Friday, February 27, 2009

Sami Sesatkan Muslim, Betul Ke?

'Tok Guru' wat Siam giat sesatkan Muslim

Kami suri rumah beragama Islam, duduk di sebuah kampung di selatan tanah air. Sudah banyak kali kami terima risalah propaganda beberapa wat di Kedah dalam kotak pos kami, dihantar oleh posmen.

Kami bimbang, banyak orang Islam akan terpengaruh, jadi kami ajukan perkara ini kepada pihak tuan agar pihak tuan dapat ajukan pula kepada pihak berkuasa.
Pihak berkuasa tolonglah bertindak, sebelum ramai lagi orang Islam terpengaruh dengan propaganda yang dihantar oleh wat-wat ini. Tolonglah siasat kegiatan wat-wat ini.
Kami syak wanita-wanita yang menyertai satu skim "direct selling" menjadi sasaran kumpulan penyebar propaganda yang boleh membawa kemurtadan ini. Ini kerana kami sendiri adalah ahli kepada skim berkenaan. Kami percaya ada orang menjadi ejen dalam memberi nama dan alamat kami kepada pihak wat untuk menyesatkan kami.

Risalah dari WAT SUWANNARAM

Disertakan gambar beberapa gambar rahib Siam, paparan nombor ramalan yang menang dan testimoni berikut.

Saya Abdul Rashid berterima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum mendapat pertolongan dari TOK GURU, kehidupan saya sangat susah, suatu hari, saya terima risalah dari TOK GURU, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi TOK GURU dan saya ikut nasihat TOK GURU, akhirnya nombor RAMALAN yang diberi TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Hubungi segera: 013-4379101. Alamat A10, Jalan Kodiang Batu 3� Kampung Putat, 06100 Kodiang, Kedah.


Risalah dari WAT NATAWEE

Disertakan gambar sami Siam dan testimoni berikut

Nama saya Hafizudin dari Selangor. Saya ingin mengucap terima kasih kepada TOK GURU kerana telah menolong saya membangunkan semula perniagaan. Dulu kebakaran telah berlaku pada kedai saya. Lagi pun kedai saya tidak mendapat sebarang pampasan dari Insurance. Sejak itu saya menghadapi masalah kewangan. Pada masa itu saya terima risalah dari TOK GURU. Masa itu saya tidak percaya kepada nasib nombor. Ramalan tetapi sudah tiada cara lain lagi. Saya pun hubungi TOK GURU untuk meminta nasihat. Akhirnya nombor Ramalan yang diberi oleh TOK GURU telah mengubah nasib saya.

Sila hubungi: 017-5645925. Alamat No 33, Kampung Lubok Rambai, 06350 Naka, Kedah.

Risalah dari Wat Pailom

Testimoni seorang lelaki tertulis: "Saya Mohd Syahir. ribuan terima kasih kepada Tok Guru kerana telah menolong saya mengubah nasib saya, sebelum dapat pertolongan dari Tok Guru, kehidupan saya sangat susah, satu hari saya terima risalah dari master, saya rasa ada peluang membangunkan semula kehidupan saya, selepas itu saya pun hubungi Tok Guru dan saya ikut nasihat Tok Guru, akhirnya nombor ramalan yang diberi oleh Tok Guru telah mengubah nasib saya."

Sila hubungi 012-4693323/ 019-4543885. Alamat: 13, Jalan Sri Awang, Batu 1/2, 06300 Padang Terap, Kedah.

(petikan daripada Harakah)

Aku turunkan rencana dari Harakah. Tajuknya "Tok Guru Wat Siam Giat Sesatkan Muslim" kurang senang dibaca. Orang Muslim tentu pandang Tok Guru Wat Siam hina kerana perdaya mereka. Orang Siam pula rasa Tok Guru mereka teramat hina kerana memperdaya orang. Soalnya betulkah perbuatan Tok Guru kami? Jangan-jangan ada pihak berkepentingan pergunakan nama Tok Guru dan watnya.

Bagi sesiapa (orang Siam) yang tahu, tolong berikan penjelasan. Walaupun hal ini berlaku lama sudah, tetapi persepsi orang terhadap Tok Guru Wat Siam terpesong. Seekor kerbau bawa lumpur, semuanya terpalit!

2 comments:

raja tongkat said...

masalah tok guru siam tu..sebenarnya bukan tok sami yang edarkan.biasanya bibuat,di edar oleh sekumpulan orang tidak bertanggungjawab.mereka ini pandai memperdayakan orang dengan menggunakan wat siam sebagai umpannya. jadi berwaspadalah tak kira muslim.buddha,kristian ataupun hindu.mereka ini akan membuat helah dengan apa saja tujuannya wang.mereka tak dosa,pahala, yang mereka kenal wang dan harta dunia.semoga anda semua berjaga-jaga

Anonymous said...

Sepanjang tahu, yang menulis artikel hanya rekaan semata-mata. Memang ada orang boleh turun number ekor tapi bukanlah sami tapi tok bomoh. Dalam agama buddha dan seperti agama lain juga mengharamkan judi dan seangkatan dengannya,

Untuk pengetahuan, dulu ada pernah orang kena tipu kerana alamat diberikan tidak wujud kerana tempat dimaksudkan adalah kawasan bandar di perlis.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kalau terima surat layang seperti dimaksudkan, buat laporan kepada pihak berkuasa kerana ia mungkin melibatkan sami palsu dan ada kemungkinan anda ditipu.

Ini adalah nasihat dari salah seorang penganut agama buddha