Saturday, February 14, 2009

Yang (Tak) Mulia Alajji!

Orang-orang baik apabila ditegur, dikomen, dikritik, dikutuk dan dibantah di jalalan tidak sekali-kali melenting, menuding dan menuduh orang lain salah. Orang-orang baik akan membuat muhasabah diri, merenung ke dalam diri untuk mencari kekurangan, kesalahan dan kejahatan sekiranya ada sehingga menyebabkan orang lain tak suka. Sifat orang-orang baik berpegang pada prinsip berani kerana benar. Berani di sini ialah berani menghadapi kenyataan. Seandainya benar dia telah melakukan kesalahan atau kesilapan dia akan segera minta maaf. Tuhan pun memaafkan umatnya, ini pula hanya manusia yang lemah. Orang-orang baik tak degil, tak keras dengan pegangannya. Dia dapat membezakan pegangan betul daripada pegangan salah. Kalau nak mengadu dia hanya mengadu kepada Tuhan.

Sebaliknya, orang-orang tak baik apabila dikritik, dikomen dan dilakukan bantahan beramai-ramai, dia segera membalas. Dia menuduh orang lain salah, biadab, kurang ajar, derhaka, puaka, keramat, setan, iblis dan macam-macam tanpa terlebih dahulu melihat ke dalam diri sendiri. Orang-orang tak baik tak suka menilai diri, tak minat muhasabah diri. Dia perasan bahawa dialah manusia terbaik, terhebat dan terhero dan orang lain yang bertentang pendapat atau tingkah laku dengan dia adalah manusia hina. Selain tak mengaku kesilapan diri, orang-orang tak baik gemar lontar batu sembunyi tangan atau jamah tahi, palit pada orang lain.

Orang-orang tak baik ini boleh jadi berpendidikan tinggi, tokoh agama, pakar moral, penceramah motivasi, orang politik, dan orang tak berpolitik tetapi kerana sifatnya yang tak kenal "diri" maka sesat dalam kesombongan dan keangkuhan. Firaun, Raja Mesir yang zalim salah seorang yang tergolong di dalam orang-orang tak baik.

Orang "suci" yang ada kedudukan tinggi dalam masyarakat Siam juga ramai yang serumpun dengan orang-orang tak baik. Di Kedah sekurang-kurangnya ada 5 individu yang baru sahaja dianugerahi Gelaran Kehormat sebagai ALAJJI. Gelaran ini diberikan kerana menghargai peranan mereka dalam politik masyarakat Siam. Jadi mereka berhak dipanggil Yang (Tak) Mulia Alajji. Alajji dalam bahasa dunia ialah penipu, penyamar, penyagak, dan perompak. Mereka menipu dan merompak masyarakat yang mempercayai dan menghormati mereka sepenuh jiwa raga dan sanggup berkorban harta dan nyawa. Bayangkan betapa kejinya manusia Alajji ini. Di Kelantan, Perak, Perlis dan negeri lain belum ada yang dianugerahkan gelaran Alajji walaupun ada juga orang-orang suci yang berdebu di sana. Mungkin sikit masa lagi.

Alajji ini bukan setakat keji, malah garang. Siapa sentuh mereka biarpun sentuhan untuk kebaikan, mereka ugut bawa ke mahkamah, ugut jemput Pencegah Rasuah datang siasat. Najis di kaki orang lain nampak, najis di dahi sendiri tak sedar.

Orang-orang tak baik ini teramat berbahaya. Awas rakyat Malaysia. Elakkan diri daripada orang-orang tak baik. Jangan kata berbicara, bergaul atau berkawan dengan mereka, sekadar berselisih jalan pun sudah sial. Mereka yang menyembah orang-orang tak baik ini seribu kali sial!

Orang-orang tak baik itu dibenih, dibajai dan disubur oleh ideologi manusia berfikiran sempit, zalim dan menindas.

1 comment:

Omong kosong said...

Alajji ni org kebanyakan atau sami?Boleh terangkan sikit keburukan dan penipuannya.Ramai org nak tahu siapa ALAJJI tu.POLITIK
pun POLITIK la..Jangan menuduh atau memfitnah org tanpa bukti.saya menghormati saudara SS kerana keberanian dan ketegasan menyuarakan dan membongkar kepincangan yg berlaku didalam masyarakat kita.sAYA PERCAYA SAUDARA IKHLAS DAN PENUH BERTANGGUNG JAWAB.Tapi janganlah bak kata pepatah meludah keatas langit nanti jatuh keatas batang hidung sendiri.