Friday, March 6, 2009

Nama Besar, Kepala Kecil

Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) merupakan sebuah pertubuhan berteraskan membela bangsa dan mengangkat raja sebagai pemimpin dan perlu ditaati oleh semua lapisan masyarakat.

Presiden MTRK, Datuk Ibrahim Ali berkata, raja adalah tunjang negara dan simbol perpaduan negara Malaysia. "Kita harus hormat dan mentaati raja kerana baginda pemimpin negara kita. Kita tak boleh menganggap institusi raja sebagai mainan kerana kepentingan politik semata-mata," kata Ibrahim Ali.

Kah, kah, kah! Majlis Tindakan Rakyat Kelantan. Gahnya nama. Berapa ketul ahlinya? Jangan anda keliru. Aku orang Kelantan tapi aku bukan orang MTRK. Aku cukup meluat pertubuhan yang menggunakan nama "negeri" atau "bangsa" tapi nafasnya tidak ada bau citarasa negeri atau bangsa langsung.

Membela rakyat dan mengangkat raja. Hormat dan taat raja. Sudah lupakah siapa yang perkenalkan kerabat raja dari Pasir Mas untuk menggantikan Sultan Kelantan masa krisis Umno - Perpaduan Ummah dulu? Nak mengangkat raja sampai ke mana? Raja sudah diletakkan di tempat tertinggi. Tiada lagi tempat lebih tinggi daripada tempat raja sekarang, kecuali tempat Tuhan. Takkan nak samakan raja dengan Tuhan.

Masa tanding pilihan raya pakai nama PAS, bila sudah menang pilihan raya pakai nama BN. Apa punya manusia. Nama Yang Berhormat. Hormatnya mana?

Mujurlah tiada pemimpin bangsa aku berfikiran seperti Yang Berhormat ini. Kalau tidak, hilang hormat pemimpin bangsa aku? Pemimpin bangsa aku tak akan hilang hormat kerana mereka tak pernah ada hormat. Semuanya kelentong, tipu, hipokrit dan bahlul. Tunggu sehingga nama senator diumumkan, anda akan faham apa yang aku kata!

No comments: