Wednesday, March 25, 2009

Aku Tak Nak Bodoh Lagi

Pilihan raya kecil Bukit Selambau, Kedah bakal membangkitkan cerita lama masyarakat Siam yang tak ada kesudahannya. Jalan tar, Kad Pengenalan Merah, Sijil Tanah Pertanian, dan 1001 jenis permasalahan yang tak jemu-jemu dibangkitkan sejak dulu. Setiap kali pilihan raya sama ada pilihan raya umum atau pilihan raya kecil, perkara sama diulang-ulang. Permasalahan sama diungkit-ungkit minta penyelesaian.

Orang yang diminta menyelesaikan permasalahan orang Siam ialah orang UMNO/BN. Permasalahan yang sama dirayu-rayu kepada orang yang sama entah berapa lupuh tahun, tapi belum selesai juga. Masalah Kad Pengenalan Merah misalnya, sejak merdeka sampai kini dibangkitkan kepada kerajaan BN (dulu Perikatan), tapi penyelesaiannya haprak. Masa pancing undi, semua YB angguk - "Boleh, beres, okey, Insya-Allah, jangan risau, saya berjanji akan selesaikan, bla ... bla ... bla!" Selepas menang, kita dapati yang IC Merah tetap merah.

Cukuplah mengemis budi YB. Manusia kalau jenis tak boleh pakai nak jadi YB atau jadi apa tetap tak boleh pakai. Kita warganegara yang sah dan anak bumi di Tanah Melayu ini - ingat KITA ANAK BUMI - bukan pendatang dari mana-mana. Perkampungan Siam sama tua dengan perkampungan Melayu. Siapa nak menafikan kebenaran ini, itu hal dia. Siapa tak nak mengaku kita anak bumi, itu jadah dia. Tuhan Yang Esa ada mata. Bumi kita dipecah dan dipisahkan kepada dua negara - Thailand dan Malaysia - lalu kita dikelirukan oleh sejarah yang ditulis oleh penjajah laknat. Dulu British penjajah laknak, kini bangsa kita sendiri memainkan peranan British.

Kita bangsa yang ada maruah. Jangan melacurkan maruah kita kepada pemimpin yang tak boleh diharap. Kalau pemimpin itu boleh diharap mengapa masalah kita berpanjangan begini tanpa penghujungnya? Kalau benar UMNO/BN dapat tolong kita, sudah lama masalah kita selesai. Masalah lebih besar seperti Darurat, 13 Mei, kegawatan ekonomi 1998 dan sebagainya dapat diselesaikan. Masalah remeh-temeh yang selubungi orang Siam tak boleh diselesaikan? Bukan tak boleh, tapi mereka tak mahu selesaikannya. Mereka mahu perkara ini boleh dijadikan umpan politik setiap kali pilihan raya. Pemimpin Siam sendiri subahat.

Kenapa saya kata pemimpin Siam subahat? Mereka tahu banyak masalah Siam digantung tanpa tali, tapi mereka tetap berdiam diri dan terus sokong BN. Barua Siam ini punca masalah tak selesai.

Cukuplah mengemis kepada UMNO/BN. Kalau mereka jujur nak bantu kita, sudah lama mereka bantu tanpa biarkan masalah kita berjela-jela seperti ekor layang-layang. Mengemis perkara yang sama kepada orang yang sama memalukan sekali. Ini bukan malu biasa. Malu yang besar kepada semua orang Siam.

Sedarlah diri. Kita minoriti betul. Minoriti pun ada maruah diri yang wajib dijaga dan dipertahankan. Lebih baik kita "tidak mendapat apa-apa" daripada melacurkan maruah bangsa kita.

Bila orang bertanya saya kenapa sokong Pakatan Rakyat, saya berkata: "Saya meluat dengan kerajaan yang membiarkan masalah asas rakyat tanpa penyelesaian sehingga berpuluh-puluh tahun lamanya!"

8 comments:

aku bukan batu said...

1. kITA ANAK PRIBUMI BUKAN PENDATANG DARI MANA-MANA.
2. PERKAMPUNGAN ORANG SIAM SAMA TUA DG PERKAMPUNGAN ORANG MELAYU.
3. BRITISH, PENJENAYAH LAKNAT MEMISAHKAN KITA ORG SIAM KPD MALAYSIA DAN THAILAND.
saya sangat bersetuju sangatlah.Fakta sejarah yang tidak ditulis oleh mana-mana pihak baik orang puteh,orang melayu mahupun orang siam/thai itu sendiri.
Dulu-dulu lagi nenek moyang kita bergerak bebas di kedah, perlis,penang,perak dan kelantan trengganu di tanah melayu ini.
Begitu juga org melayu, mereka bebas bergerak disebelah selatan thai.
Penjajahan british dan kelemahan pemimpin melayu/siam lah menyebabkan orang siam malaysia menjadi terasing di tanah air sendiri.
Lihat saja org melayu disebelah thailand sana, mereka ada semua hak sama dg org thai lainnya.
dari segi pemilikan tanah dan pendidikan.
Tiada sekatan utk org melayu islam terus maju disana,mereka pernah menjawat jawatan spt speaker parlimen,menteri luar,timbalan perdana menteri thailand, ketua turus angkatan tentera thailand,bahkan ketua perampas kuasa tentera dan pernah memegang tampuk pemerintahan no.1 dinegara tersebut.THAKSIN YG KAYA RAYA DAN SANGAT BERPENGARUH ITUPUN DITENDANG KELUAR DARI THAILAND MACAM ANJING TIDAK BERTUAN.
Kita org siam malaysia macamana?
HAK dari segi pendidikan...tanya lah encik SERI neng buah.
HAK Pemilikan tanah..tanya sama itu bekas senator siw chun..nak pindah milikan harta pusaka bapa kepada anak kena mohon sijil siam.Melayu boleh beli tanah nenek moyang orang siam, siam tak boleh beli tanah orang melayu.!
HAK bumiputera...org siam tergolong dlm kaum bumiputera ada sijil ASB tapi tak berkelayakan beli rumah lot bumiputera di Negeri JOHOR!
Dlm pemerhatian saya kita ni koi lama koi parah.klu ikut sistem kasta hindu,nenek moyang kita dulu mungkin kategori pedagang petani.

JANGAN TERKEJUT,KLU ANAK CUCU KITA NANTI MENGANGGAP MEREKA SUDAH TERGOLONG DLM GOLONGAN RAKYAT YG TERRENDAH DLM HIREIKI RAS KAUM DI TANAH AIR MEREKA SENDIRI, SAMA TARAF DG PARIAH DLM KASTA HINDU.
PD MASA ITU KITA TAK PERLU MENUNTUT HAK APA LAGILAH..SEBAB KITA DAH TAK ADA LAGI DI DUNIA INI.CUMA PENINGGALAN SEJARAH KITA SAJA LAH PADA ANAK CUCU CICIT KITA.
APA-APA CACIAN ANAK CUCU PUN KITA TAK DENGAR LAGI.
SAYA MENGUCAP BANYAK TERIMA KASEH PD SAUDARA SS BAGI DIRI SAYA SENDIRI KERANA BERANI DAN TELUS MENUNTUT,MENYUARAKAN HAK KITA.
ANJING BOLEH MENYALAK..!
MANUSIA BOLEH BERCAKAP..!
CUMA BATU SAJA TAK BOLEH BERSUARA..!
TERUSKAN KERJA ANDA.

Anonymous said...

Saya juga setuju...

Ini amat berlainan dr hujah dan topik sebelumnya.

Lebih fokus!

Saya juga ingin melihat perjuangan ini membayangkan kesudahan yang berpihak kepada kita!

SIAM MEMANG BUMI...MEMANG DUNIA KITA DIBELAH OLEH PERJANJIAN 1909. KALU TAK PERCAYA BUKA BALIK SEJARAH NEGARA RAHMAN! KENAPA LESAP BEGITU SAHAJA. SEDANGKAN CUCU CICITNYA MSIH BERGELAR TENGKU...ADA YANG TINGGAL DI SELARONG, PENGKALAN HULU, PERAK DR! MASIH TEIDAK TERBELA SESETENGAHNYA. Kalau nak tenok berapa setia pengikut Raja2 Rahman terhadap Rajanya..lihatlah berapa banyak motor2 plat thailand keluar masuk di kawasan Istana lama, Selarong! Sempadannya jauh melebihi Lenggong!

Tapi bukan salah kita...salah siapa ya? MASA TU RAMA V aka CHULALONGKORN BUAT PERJAJJIAN YANG MENGUBAH SEGALA GEOGRAFI KEHIDUPAN KITA DI SEMPADAN...SEBABNYA HANYA SATU!!! TAK MAHU INGGERIS MEJAJAH THAILAND!

Jadi...memang betul SIAM dipisahkan oleh GEOGRAFI kerana SURVIVAL POLITIK! Tapi salah siapa ya?

BRITISH, THAILAND atau RAJA2 MELAYU KETIKA ITU?

Saya juga ingin dicerahkan minda!

PERJUANGAN YANG SAMA WALAUPUN CARANYA AMAT BERBEZA!!!

TERUSKAN SS!!!

3

Anonymous said...

Masa telah tiba Siam bangkit dari tidur memanjang. Kitalah pejuang masa depan bangsa Siam.

Kita mesti bersatu hapuskan penindasan terhadap bangsa kita.

Khonthai thong suu!!!!

Anonymous said...

BEtul kata Khun,

Tapi khonthai suu di platform mana? Ini yang harus difikirkan dgn mendalam.

Kita masih di fasa menyedarkan anak bangsa lagi wpun telah lama berusaha. Kenapa jadi begini? Salah satu sebabnya ialah kerana kita berjuang dalam gelap. Kita sendiri bertindak ala ninja atau hantu...

Ia akan terus menerus di tahap ini kalau kita hanya terus berjuang di JIWA dan, bukannya secara PRAKTIKAL, PROAKTIF DAN PRAGMATIK!

Maka kalau inilah gamanya, kesudahannya akan habis lagi di mulut sepertimana biasa.

Hal yang pertama pelu dilihat ialah, adaah siam sudah ersedia utk membelakangkan segala kelainan demi perjuangan yang kolektif dan berfokus?

Terus terang, saya amat gembira apabila melihat ramai Siam kita sudah berani bersuara. Syabas! Cakap pi la...idea tu tak bagus takpa, janji fokusnya...demi kepentingan bersama! Jangan kita bertujuan utk mengaibkan serta "malicious" sudah mencukupi! Rata-rata, saya perhati hampir semua posting berisi! Bravo!

Namun, saya akan menjadi lebih gembira kalau percakapan dan api dijiwa raga ini dapat diterjemahkan dalam bentuk dan cara praktikal yang lebih produktif!

Waddee

3

sang senja said...

1. KITA ANAK PRIBUMI BUKAN PENDATANG DARI MANA-MANA.
2. PERKAMPUNGAN ORANG SIAM SAMA TUA DENGAN PERKAMPUNGAN ORANG MELAYU.
3. BRITISH, PENJENAYAH LAKNAT MEMISAHKAN KITA ORANG SIAM KPD MALAYSIA DAN THAILAND.

Aku harap kalau ada dikalangan kaum ku yg nak tulis buku tentang sejarah susur galur orang Siam Malaysia,harap sangatlah renungkan juga 3 FAKTA KEBENARAN YG NYATA diatas.

Sekurang-kurangnya,generasi/keturunan Siam dikemudian hari nanti dapat memperjuangkan hak kaumnya diatas landasan kebenaran fakta sejarah yang betul.

Titik permulaan perjuangan bermula dari jiwa,kerana hak dan minda yg tertindas.
Keberanian bersuara dan luahan rasa terhadap penindasan adalah satu perjuangan.

NELSON MANDELA disumbat berpuluh tahun kedalam penjara kerana memperjuangkan hak bangsanya sendiri dan juga di tanah airnya sendiri.

Dalam usiaku yg sudah ke petang dan menghampiri senja ini..berharap jugalah kemunculan seorg NELSON MANDELA yg berani menterjemahkan perjuangan haknya dan hak kaumnya yang dinafikan di tanah air nenek moyangnya sendiri.

KEMAMPUAN INDIVIDU ADALAH TERBATAS!

BERIKHTIARLAH..PERBEZAAN BERPOLITIK BUKAN HALANGAN UNTUK KITA BERSATU MEMPERJUANGKAN HAK ASASI KITA DI NEGARA KITA SENDIRI.

Anonymous said...

KEMAMPUAN INDIVIDU ADALAH TERBATAS!

BERIKHTIARLAH..PERBEZAAN BERPOLITIK BUKAN HALANGAN UNTUK KITA BERSATU MEMPERJUANGKAN HAK ASASI KITA DI NEGARA KITA SENDIRI.

March 26, 2009 5:46 AM

Waddee

Saya setuju sangat2...

Tua bukan bermakna tidak mampu atau hilang kudrat...pandangan dan nasihat yang konstrukfit amatlah diharap dan disanjungi tinggi! Mari kita menggembeling tenaga seadanya, megikut kemampuan dab batasan masing2!

Saya percaya, walau seorang sedikit sumbangan itu akan menjadi besar dan nilai tambah apabila ia dikolektifkan nanti!

Saya sedang menulis tetapi mengenai biografi seorang bekas pemimpin siam yang merupakan icon yang menjadi titik tolak utk kita bersangkhom di peringkat Patcuban! Da lama bincang dgn beliau dan ianya sedang dlm proses penulisan dan kutipan data!

Juga berminat utk meneruskan penulisan spt yang disarankan, kerana masih bingung mengenai status kita di sini! Kenapalah susah sgt kita diiktirafkan sptmana patut! Ia mungkin menyentuh atau berdasarkan ketiga-tiga isu yang SS utarakan sekiranya patut dr segi perkongsian idea. Yang ketiga amat berkaitan sekali dgn niat asal saya kerana dm masa yang sama, saya akan dapat mencari jawapan kepada sejarah pembabitan moyang saya dlm sesetengah perkara di masa lampau!

Duai khwam khaurob!

3

soldadu siam said...

Terima kasih semua kerana memberi komen yang bernas. Segala masalah kita mesti diluahkan agar sampai ke telinga pihak pemerintah. Kalau sekadar berbincang dalam kumpulan sendiri, siapa akan tahu masalah dan ketidakpuasan hati kaum kita. Asyik memuji pemimpin kerajaan sahaja tak membawa apa-apa kebaikan kepada kaum kita.

Salah satu tujuan saya wujudkan blog kerana ingin "menasionalkan" masalah orang Siam agar semua orang tahu bahawa terdapat kaum pribumi yang tidak diiktiraf lagi ditindas.

Apa guna jawatan Senator walaupun sepuluh kalau kewujudan kita di bumi sendiri dinafikan!

Anonymous said...

Waddee...

Selama saya berjinak2 dan berkecimpung dlm arena ini, saya perhatikan masalah kita semakin bertimbun. Kita seolah-olah semakin kehilangan "bargaining power" dek kerana blanket talk dalam "politiking siam" di malaysia!

Salah satu puncanya ialah peredaran drpd sifat pendiam kepada vocal dlm masyarakat kita, yang menjadi perkembangan yang bagus dalam memastikan kebajikan masayarakat dapat diluahkan dr setiap lapisan masyarakat! Namun, titik bawahnya ialah ia juga sedikit sebanyak menjadi faktor penyumbang kepada perbezaan pendapat yang pada sesetengahnya menterjemahkan kelainan itu sebagai kelainan dr segi perjuangan!

Sebenarnya, kita semua yang lantang bersuara ini memperjuangkan perkara yang sama, iaitu kebajikan dan kemajuan siam secara realistik! Adalah menjadi kerja gila kalau seseorang iaitu mengambil risiko utk bercakap dan menjadi tidak popular hanya kerana beliau mahu dikenali. Ia sesungguhnya lebih dari itu...penulisan memerlukan tahap pemikiran yang amat cergas dan minda yang beinformasi tinggi. Cara penghujahan hanya mencerminkan pendekatan seseorang bagi memastikan impak maksimam dalam penyampaian mesej, ia tidak sama sekali mencerminkan perbezaan perjuangan.

To hell with differences in camps that we are in...kita hanya beberapa permata yang bersinar dan timbul dr pelbagai latar belakang, tidak kiralah ianya politik mahupun cara kita di perbesarkan oleh ibubapa kita. Kita hanya zarah2 kecil sebesar kuman dalam society org lain. Faktor yang amat penting ialah mencari titik persamaan itu, mencari jalan tengah di mana molekul/zarah2 inin dapat bercantum, menjadi kolektif serta dapat merangka dan mengusahakan pelan2 pembangunan yang lebih fokus dan efektif utk semua! Itu yang paling penting...satukan jari2 ini dahulu tuk dijadikan penumbuk agar kata2 verbal yang kurang diberi perhatian ini menjadi berkesan dan berdaya "bargain" sekali lagi!

Jangan berhenti bersuara hanya kerana kita fikir ianya tidak akan menjadi produktif. Memang betul suara2 verbal hanyalah bersifat maya namun, jika difikirkan dgn menjadi suara2 yg kadangkala dilabelkan sumbang itu ialah sebenarnya faktor pemangkin kepada semua kejayaan. The power of words! Kata2 yang baik akan terus diingati dan akan menjadi lebih bermakna kalau kita boleh terjemahkannya kepada perlakuan agar ia dapat dikapitalisasikan oleh semua pihak yang disasarkan kebajikan itu!

Teruskan bercakap dan cakaplah dr minda, hati dan naluri kita seikhlas-ikhlasnya agar kawan2 kita yang berlainan pendapat, pendekatan serta sistem kepercayaan masing2 dapat merumuskan jalan tengah yang akan membawa kebaikan kepada semua!

Kritikan membina adalah yang terbaik dan paling efektik sekiranya ia dapat diasingkan drpd kata2 "malicious"...

Duai khwam khaurob!

3