Tuesday, March 10, 2009

Siam Mesti Muhasabah Diri

SHAH ALAM: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mahu semua pihak menghentikan perbalahan dan demonstrasi jalanan yang menjejaskan keamanan, keharmonian dan perpaduan kaum. Baginda bertitah demikian pada perasmian persidangan pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN), di sini hari ini.

(Berita Harian)

Ini titah Baginda Sultan. Jangan ada sesiapa buat-buat tak dengar. Sudah dengar, balik fikir baik-baik. Dalam berfikir pakailah akal dan pengetahuan. Jangan bebal sangat sehingga kalut tak tentu pasal. Negara kita mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan yang berbeza dengan sistem dahulu kala. Ini penting difahami. Silap faham yang ini, maka tuduh-menuduh, derhaka-menderhaka tak akan berhenti. Keluhuran Perlembagaan dan Kedaulatan Undang-Undang, dan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara dalam Rukunegara faham betul-betul. Konsep "Kedaulatan Undang-Undang" sering diputar belit apabila berhadapan dengan kes tertentu. Fahami betul-betul maksud Kedaulatan undang-Undang dan Raja Berperlembagaan.

Orang Siam sendiri pun mesti faham juga supaya tidak menjadi bebal. Kalau tak faham, bertanyalah kepada mereka yang faham. Tetapi jangan tanya orang politik, tanya pakar undang-undang yang bebas. Kalau tak faham benda ini, kepala otak tak dapat fikir dengan rasional apabila berbual dengan orang tentang raja dan negara.

Tahun 2009 merupakan tahun orang Siam buat muhasabah diri - nilai diri dari segi politik semasa. Dulu kebanyakan orang Siam sokong BN, jadi ahli BN, pikul bendera BN, makan lembu BN, minum tuak BN, tipu duit BN (duit rakyat, bodoh), sumpah orang BN (bila permintaan ditolak), berak pun keluar BN, tetapi masa pilihan raya tetap pangkah BN. BN parti keramat yang tak ada parti lain lagi bagi orang Siam melainkan BN.

Bukan semua orang Siam suka BN. Ada yang nampak pekung BN, tapi tak berani buka mulut. Setakat main acah-acah pun, Ketua Kampung sudah datang ke rumah, lalu berkata dengan tegas: "Dengar khabar kamu, Din Dee, nak undi PAS? Kamu nak hidup terpencil seorang diri dalam kampung?"

Celaka punya Ketua Kampung siap dengan ugutan. Kecut telur Din Dee. Macam-macam ugutan dilemparkan ke muka Din Dee. Baja padi, air paip, elektrik dan telefon jangan nak mimpi kalau undi selain dari BN. Dajal sungguh Ketua Kampung BN ketika itu. Kalau ada sekarang, aku rasa kena sepak pemimpin babi macam ini. Nasib baik zaman aku tak ada pemimpin kurang ajar kerana takut anak-anak muda yang terlebih ajar bagi siku muaythai.

Kerana takut diugut, niat nak pangkah parti lawan BN terpaksa dilupakan. Maka menang begaya BN setiap kali pilihan raya. Sejak tahun 90-an orang Siam disuntukkan keberanian. Ramai yang pilih jadi ahli parti lawan BN. Mereka ini aku namakan manusia yang berfikiran ke depan melampaui masa dan tidak rela dibelenggu ideologi sempit.

Umno ditubuhkan untuk membela Melayu. Tetapi parti itulah yang jadi minat orang Siam. Orang Siam tak dapat bezakan antara tanggungjawab kerajaan dan parti. Mereka ingat yang tolong mereka ialah Umno. Sebenarnya yang banyak tolong mereka ialah kerajaan kerana menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat. Kebetulan orang kerajaan dan orang Umno adalah orang yang sama, maka orang Siam yang kepala udang, jadi keliru. (Jangan pula ada sesiapa tak dapat bezakan antara kerajaan dan Umno).

Umno bukan pandang tinggi sangat orang Siam. Tetapi desakan daripada pembangkang dan parti komponen seperti MCA dan Gerakan, maka Umno terpaksa "terima" orang Siam. Jawatan Ketua Kampung yang diperolehi oleh orang Siam Kelantan kerana desakan daripada parti Gerakan dan MCA. Parti Gerakan dan MCA desak BN Kelantan berikan jawatan tersebut kepada orang-orang bukan Melayu kerana tak adil hanya orang Melayu yang dapat jawatan Ketua Kampung. BN Kelantan ketika itu diketuai Annuar Musa yang terkenal sombongnya dengan orang bukan Melayu terpaksa akur apatah lagi tekanan PAS begitu hebat.

Sejarah orang Siam bersama BN cukup lama, sejak belum merdeka lagi melalui Parti Perikatan. Tetapi apakah yang orang Siam dapat? Duit berbakul-bakul, kilang, gudang, lesen kontraktor, permit teksi, permit bas, peluang pelajaran, pinjaman tanpa bayar balik seperti Mara, projek mega, usahawan kecil dan sederhana atau sekadar kacang hijau yang ditaburkan untuk rebutan burung-burung merpati di tepi jalan?

Lihat dan perhitungkan kenyataan. Siapa yang mendapat hasilnya daripada kesetiaan orang Siam kepada BN? Semua orang Siam mendapat hasil yang sewajarnya? Baguslah kalau begitu. Tetapi kalau berlaku sebaliknya, misalnya hanya segelintir sahaja mendapat hasilnya, sedangkan yang ramai sekadar dijadikan alat atau batu loncatan, orang Siam wajib membuat muhasabah diri dan mencari pokok lain untuk berteduh.

Jangan takut untuk berubah. Hanya orang yang berani mengambil risiko yang berjaya. Apakah gunanya kita membiarkan diri dijadikan tangga untuk dipanjat untuk mendapatkan madu. Orang-orang tua di kampung mungkin tak sedar tentang ini. Oleh itu, anak-anak mereka - kita yang berpelajaran inilah harus menjadi pembuka mata mereka!

(Aku petik dari e-mail seorang kenalan yang tak mahu dedahkan namanya)

5 comments:

Anonymous said...

Saya pernah minta bantuan Umno bina sekolah Siam di wat, tapi ditolak alasannya tak boleh diluluskan kerana haram. Saya minta Pas, Pas bagi RM10,000. Tak haram pula.

Masa nak bagi kita tak boleh lulus, haram. Masa masuk poket sendiri tak haram.

Anonymous said...

Al-kisah suatu masa kat London saya dan kawan-kawan (termasuk Melayu) mencuba nasib kat satu mini casino...

Setelah dapat bekalan dan perut pun lapar, kami turun ke bawah (turun memang ke bawah la, mana ada turun ke atas), si Melayu pun berkata "kat mana ada restoran halal ya?"

Nak termuntah darah saya dengar pertanyaan tersebut...judi tak haram, makan nak cari yang halal...bayangkan telur rebus pun dibasuh berkali-kali...nak samak kot. Thuuuiihhhh...

Anonymous said...

Masa tambun orang mati pun sama. Kita bagi depa tak haram, depa terima. Masa depa nak bagi kita, haram, jadi depa tak boleh bagi. Jadah punya hukum. Orang bagi kita halal, kita bagi orang haram.

bunn wassana said...

Aku baru celik mata dan hati selepas bawa teksi kat KL,masa aku kena saman dengan LPKP dan JPJ,aku di layan sebagai bangsa asing tetapi kawan aku yang bangsa melayu dapat layanan speSIAL dan dapat diskaun.

soldadu siam said...

Bunn Wassana,

Selama ini keturunan kita sokong dan undi UMNO/BN, tapi kerajaan masih layan kita seperti orang asing. Oleh itu, sudah tiba masanya kita hitung balik sokongan kita. Kita mesti berani MENOLAK yang tak baik demi kebaikan masa depan kita.