Thursday, May 14, 2009

Kita Bukan Fakir Miskin

Hari Wesak yang lepas aku ronda Wat Theravada di sekitar Kuala Lumpur. Wat Theravada - Ceylon aku beri markah tinggi. AJK mereka lebih profesional daripada Wat Theravada - Thai; persiapan majlis, tetamu jemputan dan para hadirin kelihatan ada kelas. Wat Thai - wan nai-nai Phi Thai kor mau (Hari apa-apa pun abang Siam mabuk).

Setiap kali Hari Wesak, kutipan derma wat ternama ratusan ribu. Duit itu digunakan untuk pembangunan wat. Ada juga digunakan untuk pembangunan insan. Pembangunan remaja atau belia Siam ada juga menggunakan duit wat. Untung jadi remaja Siam boleh pakai duit wat yang diderma oleh orang Cina untuk aktiviti mereka. Remaja Cina habuk pun tak dapat. Kalau bagi pun, aku rasa emak bapak Cina tak bagi ambil. Duit orang derma kepada wat mana boleh diambil buat aktiviti budak kampung.

Kalau aktiviti berkaitan dengan Kelas Dhamma dalam wat tersebut, okeylah juga. Ini aktiviti "pendidikan" dan "motivasi" budak-budak datang dari luar. Ketua Sami dan AJK sekongkol pakai duit "pembangunan agama" untuk aktiviti anak bangsa sendiri. Tak malu budak-budak Cina dan budak-budak India ke?

Malu apa kerana kepala otak telah dibasuh. Pakai sajalah duit wat tu kerana itu Wat Siam dan eloklah dibelanjakan untuk aktiviti anak-anak Siam. Wat Siam tu betul, tapi duit yang dimasukkan ke dalam donation box tu bukan duit emak bapak Siam.

Kalau anak-anak Siam tu anak orang miskin aku tak kata juga. Patut juga wat tolong orang miskin. Tapi anak-anak dari keluarga berada dan kaya pakai duit wat untuk motivasi. Emak bapak mereka ada kereta dua tiga buah. Ada yang bapaknya jadi pegawai tinggi kerajaan, pengarah, pengurus, usahawan berjaya, peniaga ternama tapi dalm bab motivasi anak tumpang duit wat. Apa jenis emak bapak ni.

Budak-budak mungkin tak sedar akan kesannya. Orang tua yang berpendidikan tinggi patut sedar. Patut berusaha sendiri. Kenapa nak tumpang wat. Kita bukan fakir miskin. Apa guna gaji besar kalau pendidikan atau motivasi anak-anak pun tak sanggup nak berhabis duit. Dengan alasan apa sekalipun, selagi kita mampu kita sebagai penganut agama Buddha tidak patut menggunakan duit wat (duit Sangha). Lainlah kalau kita fakir miskin, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Bagi peluang kepada anak-anak dari keluarga miskin.

Berdosakah pakai duit wat untuk motivasi budak-budak Siam? Aku tak nak cakap pasal dosa kerana aku tak nampak. Yang aku nampak bila ada hari kebesaran, Hari Wesak contohnya, tak ada pula budak-budak yang dimotivasikan oleh duit wat datang tolong. Masa aktiviti penuh dewan, masa kerja dua tiga ketul saja yang datang. Sibuk mungkin. Dulu belajar, sekarang bekerja.

Ini bukan aku seorang berfikir begini. Orang lain juga ada berfikir seperti aku tapi mereka tak berani buka mulut. Kita tak boleh didik anak-anak Siam jadi "generasi subsidi wat" kerana bakal memusnahkan mereka. Walaupun setahun sekali, atau beberapa tahun sekali, aktiviti anak-anak Siam tak elok menggunakan peruntukan wat. Ketua Sami dan AJK Wat sendiri ada yang merungut, tapi berat nak buka mulut takut singgung hati budak-budak. Singgung hati sekali lebih baik dari jadi generasi subsidi seumur hidup.

Ini pandangan aku dan geng Komuniti Siam Baru. Pandangan orang lain mungkin lain. Untuk makluman, aku dan geng-geng aku tak pernah hantar anak-anak kami sertai aktiviti yang menggunakan duit wat. Bukan kami kaya tapi kami masih mampu setakat nak bagi motivasi kepada anak-anak.

2 comments:

Desbil said...

selamat kembali tuan blogger :).Entri pertama selepas berhibernasi nampaknya lebih diplomatik.Perlu ingat KRITIK & KUTUK dua perkataan yang sangat sensitif. Sekadar cadangan dari insan kerdil, KRITIK lah dengan cara membina.Persoalkan segala persoalan secara positif dan membina tanpa menunding jari dan tanpa elemen2 fitnah.Maaf jika ini
Umpama "ketam mengajar anaknya berjalan betul"...ikhlas.

pena reformasi said...

Terima kasih kerana komen blog KSB. Aku mengalu-alukan komen anda semua agar salah silap dapat dibetulkan.

Aku tak pernah fitnah sesiapa, tak pernah kutuk sesiapa. Kalau apa yang aku tulis tak betul, tolong perbetulkan. Aku yakin semua manusia mahu sesuatu yang benar dan betul. Aku bukan jenis menegakkan benang basah. Aku bukan pengkhianat bangsa,dan aku juga tak akan "cari makan" dengan jual bangsa.