Saturday, June 6, 2009

Makhluk Asing Muncul Pada Hari Wesak

Manusia tak boleh jadi seperti itik - boleh jalan, lari, berenang dan terbang. Hanya makhluk asing yang boleh jadi seperti seperti itik.

Cerita makhluk asing yang aku paparkan ini cerita berbingkai. Aku dapat cerita daripada seorang kawan masa kami berbual tentang Hari Wesak dan sejarah perayaan itu di Kuala Lumpur. Kata sahibul hikayat daripada mulut si sahabat bahawasanya pada hari kebesaran penganut Buddha, satu mahkluk asing muncul di Wat Jayanti. Dia tak pasti sama ada makhluk tersebut ada muncul di wat lain seperti Wat Chetawan dan Wat Meh Liew, atau di wat di Kedah atau di Kelantan.

Makhluk asing ini ada pengetahun yang luar biasa. Manusia biasa mustahil dapat lawan dia. Mirip wajahnya seperti manusia, cuma fikiran dan pengetahuannya yang membezakan dia daripada manusia. Mengikut cerita, makhluk asing ini - orang menamainya "Sawat Dang" atau "Wat Dang" - sempena dengan suaranya yang kuat seperti bunyi tembakan meriam buluh "dang". Dahulukala, masa zaman ekonomi negara belum dirompak oleh Soros, gaya hidup dia gaya orang kaya. Tapi lepas Soros mengamuk, saham menjunam, dia juga menjunam. Kata empunya cerita dia hampir bankrupsi sehingga terpaksa bawa diri dari kampung halaman. Kata empunya cerita lagi, dia meniaga beras secara kecil-kecilan.

Aku tulis hari ini bukan nak cerita tentang makhluk asing berniasa beras. Aku ada cerita lain yang lebih hebat. Makhluk asing ini tahu srba-serba tentang persatuan orang Siam. Inilah kelebihan dia daripada manusia biasa. Sebutlah persatuan mana; Persatuan Siam Malaysia, Persatuan Siam di Kelantan, Kedah, Perlis dan Pinang semua dia tahu. Dia memang betul-betul tahu, tapi sejauh mana kebenarannya terpulang pada pengetahuan anda. Kalau anda jenis kaya ilmu, kaya pengalaman, anda akan tahu bahawa pengetahuan dan percakapan dia seperti tembakan senapang patah - "dang, dang, dang" bunyi membelah langit, tapi sekor haram burung tak gugur ke bumi.

Dia kata Senator Siam pertama makan duit berjuta ringgit. Banyak tuuuu. Duit sapa yang dikunyah makan oleh Senator itu? Duit persatuan atau duit wat. Persatuan mana, wat mana? Persatuan PSM sahih tak ada duit sebanyak itu. Wat Teluk Wanjah? Adakah wat ada duit berjuta-juta? Dia dakwa dia ada bukti. Kalau ada bukti kenapa tak bagi kepada SPRM? Pencegah rasuah tak akan ambil tindakan kepada pengadu yang ada bukti. Lainlah kalau pengadu kelentong dengan niat buat fitnah. Makhluk asing buat fitnah? Untuk apa?

Sebutlah tentang persatuan, NGO, parti politik atau gerakan bawah tanah semua dia tahu. Latar belakang Senator pertama dia juga tahu walaupun tak tepat. Betul-betul itik. Dia juga dakwa dia pejuang kaum Siam - pembangun minda golongan muda tahun 90-an. Dia aktif dalam persatuan masyarakat Siam (Thai) Kelantan. Aktif sangat sampai orang sekampung ketawa kekeh-kekeh sambil geleng-geleng kepala bila sebut nama dia.

Dia tambah, Senator Siam kedua bodoh. Aku tak tahu apa alasan dia tuduh orang lain bodoh. Dia sendiri pun tak berapa bijak juga. Kalau bijak dia tak cakap benda yang dia tak pasti kepada orang yang lebih pasti. Orang bodoh tak akan berebut jawatan Senator, tak akan menglembukan Tok Sami, dan tak akan putar belit fakta. Dia kata dia tahu semua perkara tentang PSM sejak mula-mula ditubuhkan. Dia kata dia kenal Khun Songkram, tapi tak kenal Khun Woon (Endin Win). Kah, kah, kah makhluk asing serta tahu tak kenal bekas Pengerusi PSM kepala berkilat itu.

Bila cakap berkenaan politik, dia juga nombor satu. Dia kata dia bawa Semangat 46 masuk kampung orang Siam Kelantan sehingga orang-orang Siam dapat jawatan Ketua Kampung. Rupa-rupanya dia bekas orang kuat S46 yang tercicir namanya dari senarai rasmi parti S46. Sewaktu aku pergi menghadap Tengku Razaleigh (selepas S46 dibubarkan), Tengku bangga kerana orang Siam Kelantan ada pemimpin di kalangan Siam. Dulu, kata Tengku pemimpin masyarakat Siam Kelantan ialah Gan Teck Lee. Habis, Si "Wat Dang" meriam buluh itu Tengku tak kenal? Macam mana dia bawa S46 masuk kampung orang Siam sehingga Presiden parti tak kenal? Kelentong lagilah si makhluk asing ini.

Banyak lagi cerita tentang makhluk asing ini, tapi cukuplah setakat ini. Makhluk asing begitu banyak dalam masyarakat Siam. Tahu semua perkara tetapi satu pun tak dapat dibuktikan kesahihannya. Semua yang orang buat tak baik. Hanya yang dia buat sahaja baik. Orang Siam mesti jaga-jaga. Makhluk asing ini akan muncul di mana-mana sahaja. Dengar boleh, percaya jangan!

1 comment:

Anonymous said...

Duit wat telok wanjah ada RM4.7 juta. Dulu aku dengaq Tok Ren kata dlm AGM PSM, duit wat telok wanjah masih ada dlm akaun RM4.7 juta. Tak pernah ada orang tengok akaun. Betoi atau tak betoi, allahualam.