Tuesday, July 21, 2009

Berita Tergempar Dari Mahkamah

Ini berita tergempar. Tok Sami datang ke mahkamah Ampang. Ingat mahkamah ada hantu, bawa Tok Sami halau hantu. Rupa-rupanya lebih dahsyat dari hantu. Tok Sami datang dengan tangan bergari, diiringi polis dan peguam. Tok Sami disabitkan kes rogol. Nasib baik dibenarkan diikat jamin, tak payah tidoq dalam lokap.

Sami keturunan apa tak pasti, tapi cukur kepala, cukur bulu kening dan pakai jubah kuning sebiji seperti sami Siam. Mengikut sumber, Tok Sami itu dari kuil Jalan Gasing. Kuil Siam, atau kuil apa entahlah. Dan katanya lagi, Tok Sami yang berbadan kecil itu berasal dari Kedah. Kampung mana, daerah mana tak diberitahu, cuma dari Kedah. Nama Tok Sami itu lupa pulak nak tanya.

Ini mesti minta jasa baik Persatuan Sami Siam tolong siasat. Tok Sami Siam atau Tok Sami bukan Siam, ori atau tak ori. Sebiji seperti Tok Sami Siam, tapi mungkin pelanduk dua serupa. Kuil Jalan Gasing tu, kuil apa? Kuil Siam atau kuil bukan Siam?

Peringatan: Kaum wanita bila pergi kuil, jaga-jaga sikit. Jangan sangka air tenang tak ada buaya!

23 comments:

Anonymous said...

Phra Maha pi mana, selaku pemimpin persatuan sami siam malaysia dok lena lagi ke. Ni la tugas hangpa bukannya dok asyik jumpa org politik je. Itu wat jalan gasing, wat cetakwang la. Geng hangpa la. hahahahaaa sekoq-sekoq tembelang depa terkeluaq. Thank Q sawan.

manutsiam said...

kenapa ketara sgt sakit hati kalian semua dgn para sami. gembira sgt ke dpt canang berita yg mcm ni.ibarat ludah ke langit pulak.niat buruk sungguh anonymous. napa tak berjumpa dgn para sami dan berbincang masalah ni.napa canang dlm blog.insaflah sikit.buat yg baik utk komuniti kita.ok?

LOKAM said...

Anonymous dan komuniti siam baru jgnlah kelirukan khonthai lagi.Ingatlah jika niat yg tersirat itu buruk,anak isteri atau keluarga kita akan terima padahnya satu hari nanti.I'm your fren and I kenal u.that's why I nasihatkan you.jgn dengki dan dendam pada org lain.kam senong kam tiada penghujungnya.marilah buat sesuatu yang baik utk khonthai kita yg masih lemah dari segala segi.marilah wahai sahabatku.

Anonymous said...

aku setuju dgn pendapat manutsiam dan lokam.tak baik kita heboh2kan perkara ini. memalukan.

tok sami bela pompuan kita biarkan.
tok sami buntingkan anak org kita biarkan. tok sami makan duit kita biarkan. tok sami main politik kita biarkan. jangan heboh2. tak baik.

marilah kita sama2 buat sesuatu yang baik ntk org thai. untuk komuniti kita. yg buruk marilah kita sapu bawah karpet. barulah khon thai boleh maju.

Anonymous said...

KOMUNITI SIAM BARU.. What da fuckin asshole blog... I guess the writer have gone crazy.. hahaha

If you really open minded as you said, please leave this comment on ASSHOLE!!

I'm not going to waste time with this site anymore..

Anonymous said...

Ada orang sakit otak ke yang masuk blog ini? Orang berikan berita benar, kita marah. Kalau tak percaya, pergilah tanya sama polis KL. Buddha mengajar umatnya jadi bijak, tapi orang Siam ada yang sangat bodoh. Bodoh makan taik. Nak pertahankan sami rogol orang. Blogger beri maklumat dipersalahkan.

Woi, si bodoh makan taik, Buddha ajar kita cakap benar (Samma Vaca). Bila cakap benar, kamma yang diterima kamma baik. Belajar sikit agama, jangan dok tunjuk bodoh sendiri pada orang.

Anonymous said...

Kah ... kah ... kah nasib baik rogol orang, kalu rogol ibu anjing habis maruah bangsa Siam. Elok kalu hukumnya dipotong bagi itik makan!

Buddhaborisat said...

Lokam, sapa you yang cakap Melayu campur Mat salleh tu, tahu ke ajaran agama? Nak nasihat orang konon, nasihat sendiri dulu, rajin-rajin buka kitab agama, jangan jadi jahil tukil sampai ke mati. Dosa ke cakap benda yang betul? Hukum bapak sapa? Hukum Buddha tak ada. Kalau ada hukum berdosa cakap benda yang betul, tolong khabarkan ada dalam kitab mana, wahai sahabatku!

Sami hanya orang biasa seperti kita kalau tak praktis dhamma. Kepala botak dan pakai kain kuning tidak akan membezakan sami daripada orang biasa. Kain kuning adalah 'bendera Phra Arahan'. Sesiapa ynag pakai kain kuning mesti praktis ikut jejak Phra Arahan. Pakai kain kuning, tapi perangai macam babi - makan free dan tidur free - tanpa melakukan suruhan Buddha sama seperti memperlekehkan Phra Arahan.

Misalnya, ada seorang rakyat yang menyelimut badan dengan bendera Malaysia pergi merompak atau menyamun, pa perasaan kita selaku rakyat Malaysia? Marah, suka atau sedih, atau tak ada perasaan langsung?

Aku marah bila ada orang pergi pakai kain kuning (bendera Phra Arahan) pergi menipu, bohong, rogol dll kerana aku malu. Orang begini kalau dibiarkan akan merosakkan Bhikkhu baik-baik yang juga pakai kain kuning. Renungkanlah wahai sahabat yang buta hati dan sesat (samma ditthi).

pena reformasi said...

Ha, ha, ha lucu juga bila ada orang yang kononnya sayang kepada agama Buddha, sayang kepada institusi phra song, tapi jahil pasal agama.

Bukankah Buddha menyuruh kita mencabut buang sejenis lalang yang menyerupai padi yang tumbuh di sawah kerana ia akan merosakkan padi? Sami yang tak praktis ajaran Buddha boleh diibaratkan seperti lalang tersebut yang wajib dicabut buang untuk memelihara kesucian sami-sami yang lain.

Sami-sami yang melanggar ajaran Buddha dinamakan alajji. Alajji akan merosakkan agama Buddha, oleh itu wajib disingkirkan daripada 'Sangha'. Kesucian Sangha terjejas dengan adanya Alajji ini. Kalau tak dihebohkan yang mana Alajji, bagaimana masyarakat nak tahu.

Dari pengalaman aku selama beberapa tahun dalam Sangha, sami yang suka minta orang 'tidak hebohkan' perlakuan buruk sami adalah sami dalam kategori Alajji ini. Seorang sami di utara tanah air contohnya, suka sangat minta orang tak ceritakan keburukan sami kerana dia sendiri kaki mabuk dan kaki judi.

Aku tak ada niat nak memburukkan sami. Aku menghormati Bhikkhu tetapi bukan kerana kain kuning yang dipakainya, tetapi kerana amalannya yang mulia.

Dan bagi sesiapa yang tak selesa dengan blog ini, aku tak paksa kalian masuk baca. Aku tak rugi apa-apa tanpa kalian. Cuma aku minta kalian fikirlah dengan bijak (panya) kerana kesucian Sangha tak mampu dipertahankan kalau Alajji dibiarkan membiak di dalam institusi Sangha. Ini bukan soal malu atau soal menjatuhkan maruah bangsa atau agama, tetapi soal masa depan.

Umpama sebuah negara yang membiarkan penjenayah berleluasa tak akan aman negara tersebut. Sangha juga sama. Selagi ada Alajji atau lalang yang menyerupai padi, Sangha akan hancur suatu hari kelak. Insafi apa yang pernah berlaku di India. Agama Buddha di sana hancur kerana penganutnya mengabaikan nilai agama, Bhikkhunya pula dangkal ilmu dan tiada amalan mulia, bukan kerana ancaman agama lain.

Fikir-fikirkanlah!

JST said...

Walau apa pun kritikan puak-puak Anon,, saya secara peribadi menyokong tindakan khun Pena Reformasi. Tindakan khun menyembunyi identiti sebenar, dapat mengelakkan mala petaka menimpa keluarga khun. Teruskan perjuangan, dedahkan apa yang patut. Cabut lalang daripada padi, cabut alajji daripada sanggha. Saya juga akan terus mendedahkan kemungkaran yang berlaku di Utara.
Baru2 ni dlm mesyuarat agong mereka di Penang, saya dihentam teruk oleh alajji kedah. Nasib baik bhikkhu dari pantai timur faham kedudukan sebenar. Maka ada check and balance. Di utara bukannya tak ada Bhikkhu yang bagus. Cuma mereka tutup mulut kerana para alajji mempunyai kuasa yang amat hebat. Rasa kesian juga kepada Bhikkhu yang bagus-bagus kerana mereka sentiasa ditekankan oleh puak alajji.
SETIAP PERBUATAN MESTI ADA BALASAN.

Anonymous said...

Berkata benar walaupun pahit,teruskan pendedahan salahlaku para bhikku@sami...
apa mau takut?

Lokam said...

Tak salah membuang lalang dalam padi.Tak salah membongkarkan perbuatan salah para sami dan tak salah kita membongkarkan apa saja cerita yg benar.Bagi saya jika perkara yg dah sahih kesalahannya tak salah dibongkarkan tapi bab sami kes rogol dihadapkan ke mahkamah tu dah di jatuhkan hukuman ke? Jgn kita hebahkan benda yg belum ada keputusannya. Tak baik.Apa perasaan keluarga sami ini bila anak mereka atau adik abang mereka dituduh sedemikian rupa.Lebih dosanya wahai saudaraku jika ianya tidak benar.Saya tak mau panjangkan cerita ini lagi.tapi fikirlah apa yg saya tulis ini benar atau tidak. Saya tak rugi sesen pun dalam hal ini tapi niat saya cuma jgn sensasikan cerita yg belum ada mutlaknya.Blog ini bukan dibaca oleh bangsa siam saja.semua bangsa baca.Klu betul niat Pena reformasi atau JST nak selesai masalah ini atau apa saja masalah khonthai,saya syorkan saudara buat perjumpaan dgn pihak mana yg kita rasa ada masalah.Bincang dan selesaikan secara terbuka dan gentleman.Yg penting keikhlasan kita.Jika berterusan begini,saya percaya tiada penghujungnya. Buatlah sesuatu yg berfaedah untuk semua org.Maaf kiranya komen saya mengguris perasaan sesiapa saja. Tapi percayalah saya ikhlas dan mengharap sesuatu yg baik untuk setiap generasi khonthai dan rakyat Malaysia tercinta.Maafkan saya.

Anonymous said...

Wahai phinong Khonthai thang lai, renungi dan fikirlah semasak-masak dan seikhlas-ikhlasnya komen dari Lokam. Kita patut lihat dari banyak sudut.Khop Khun Kharp

Sawaddi said...

Aku dah lihat, aku dah baca komen LOKAM? Dia ni indah diluar, di dalam entah apa dia sembunyi. Mungkin najis para alajji. Pena Reformasi belum hina sesiapa. Dia langsung tak sebut nama tertuduh dan juga tak papar wajahnya. Aku rasa tak ada sesiapa rasa terhina. Pena Reformasi belum jatuh hukuman tertuduh lagi. Cuma maklumat awal. Para polis la hina dia sebab gari tangan dia pi mahkamah. Buatpa hangpa merasa. Bolehkah benda busuk disembunyikan. Kalau boleh silakan. Hang ingat bersemuka dengan mereka boleh atasi masalah. Salah kita tetap salah kita, salah depa pun salah kita. Kalau kita buat benda tak senonoh buatpa takut satu dunia tahu. Kalau tak mau satu dunia tahu, lain kali jangan buat. Lapaq sangat la sikha la.. Aku nak minta LOKAM pi jumpa dia atau sapa2 saja, slow talk dgn depa kot2 boleh selesai masalah. Cakap senang la.. Penjara bukan simpan utk kurung anjing.

Lokam said...

Sathuk! Sathuk! Sathuk!
Komen Sawaddi amat saya hargai.
Selepas ini saya tak akan terlibat lagi.Maafkan saya semua.Tapi dalam hati naluri saya tak memihak pada sesiapa atau mana-mana pihak.Niat ikhlas saya di salah ertikan.Saya ucapkan selamat maju jaya untuk semua dan sekali lagi maafkanlah diri saya.

Anonymous said...

Hei! What's going on? Lokam tak patut berundur.Sejak Lokam bagi komen,saya amat tertarik sekali sebab ada yg neutral dan rancakkan ruangan Komuniti siam Baru. Fikirlah masak-masak dan saya harap Lokam terus bagi komen.Anak saya pun suka dan tunggu akan komen you.Pls consider.

Anonymous said...

Kepada menyokong dan yang menentang paparan oleh tuan blogger KOMUNITI SIAM BARU, saya tak sokong mana-mana pihak. Dari pengalaman saya, sesuatu kes yang dibawa atau dipertuduhkan di mahkamah setelah mendapat kebenaran dari pihak timbalan pendakwaraya (TPR). Pihak TPR akan memberi kebenaran sekiranya hasil siasatan pegawai penyiasat mempunyai asas tentang tuduhan yang telah di buat.

Manakala mahkamah pula akan memberi keputusan berdasarkan keterangan saksi-saksi pendakwa yang dipanggil. Jadi tunggu sajalah 2/3 tahun lagi jika kes tersebut dibicarakan.

Diakhir kata, saya berharap tuan blogger KOMUNITI SIAM BARU teruskan perjuangan anda untuk kebaikan agama & komuniti siam amnya.

ADAKAH UGAMA BUDHHA (& sami) HAK MILIK KAUM SIAM SAHAJA???

pena reformasi said...

Adakah agama Buddha dan sami hak milik orang Siam sahaja?

Pertanyaan yang bagus tapi jarang kita fikirkannya. Kita terlalu taksub sehingga menganggap sami Siam milik orang Siam, sedangkan hakikatnya apabila seseorang itu jadi Bhikkhu, jatidiri/identiti bangsa dan keturunannya akan hilang. Yang ada hanya "identiti agama" Buddha. Bhikkhu bukan lagi milik dirinya sendiri, milik keluarga atau keturunannya tetapi "MILIK SEMUA PENGANUT AGAMA BUDDHA". Sebab itulah pada zaman Buddha, ada Bhikkhu yang sejak jadi Bhikkhu tak pernah balik rumah seumur hidup.

Oleh sebab Bhikkhu milik semua penganut agama Buddha (ikut aliran), perlakuan Bhikkhu yang terkeluar dari Dhamma-vinaya tak salah apabila "ditegur" oleh kharawat.

Buddha sendiri pun selalu "ditegur" oleh Brahmma yang tersilap faham akan perlakuan Buddha, tapi dengan bijak Buddha menerangkan perkara sebenar. Contoh, suatu masa Buddha pernah dituduh "tidak menghormati orang lebih tua" sebagaimana budaya Brahmana ketika itu. Buddha menerangkan bahawa "tua orang" bukan kerana umur tapi kerana ilmu dan hasil praktis. Maksudnya, orang muda sekalipun bila telah capai Arahan mesti dihormati (memberi penghormatan) oleh orang tua. Ini bukan bermakna ajaran Buddha memperlekehkan orang tua, tapi "kesucian minda" (citta parisutthi) lebih utama.

(Kalau ada pendapat lain yang lebih bernas, amat dialu-alukan).

vesewe said...

Only insane people read Utusan Malaysia. Better buy toilet tissue for more value.

cool man said...

Umno/BN component parties and their cronies/EC/MACC/PDRM - No. 1 liar and public enemy, bunch of corrupted, despicable, racist morons rotten to the core!

reek said...

A typical corrupted spin media of corrupted Umno!

Utusan Binatang.

Anonymous said...

Harap saudara dapat siasat dahulu sebelum keluarkan apa-apa kenyataan. kerana ini ibarat ludah ke langit. komuniti buddhist juga yang malu.

Anonymous said...

Harap semua yang menulis di sini jaga bahasa. memang betul apa yang mereka sebut. tapi mereka lupa Bhagava Buddha tidak pernah mencela dengan kata-kata kesat. Mengapa kita menggunakan bahasa yang kasar untuk menasihatkan orang atau menyampaikan seruan kebenaran? Jalan siapakah pula ini kita ikut (dengan mencela orang lain)?