Monday, July 27, 2009

Gila Kuasa: Lebih Bahaya Daripada Selsema Babi

Penyakit selsema babi H1N1 sangat berbahaya kerana virusnya merebak tanpa kawalan. Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) seperti kecewa melawan virus laknat ini sehingga mengisytiharkan tak mahu merekod jumlah mangsa lagi. Sekarang telah menjangkau 1 juta orang. Dalam masa setahun lagi entah berapa juga lagi yang jadi mangsa.

Negara kita telah mencapai angka ribu. Boleh tahan. Tetapi tak sehebat kecelakaan di jalan raya yang mati hampir setiap hari. Tiada orang takut pula. Bawa kereta laju seperti biasa. Belok kiri, pusing kanan jarang bagi lampu signal. Lalu di lebuh raya walaupun jarum meter melepasi angka 120, kaki masih pijak pedal minyak. Pemandu wanita, minta maaf, paling merimaskan. Bawa slow tapi di lorong tengah. Orang potong kiri kanan, dia buat selemba saja. Sedap sangatkah memandu di lorong tengah?

Berbalik kepada H1N1. Vaksin pencegahannya pula tidak gerenti 100% berkesan. Pening kepala manusia memikirkan bala yang diturunkan Tuhan ini. Tuhan sengaja nak menguji umat manusia dengan menurunkan selsema babi - binatang yang diharamkan oleh penciptaNya sendiri.

Sehebat mana bahayanya selsema babi, bahaya lagi sikap orang Siam. Bukan semua orang Siam, cuma segelintirnya. Walaupun cuma segelintir, ributnya lebih dahsyat daripada puting beliung. Sekali bertiup, terselak kain dan skirt sehingga menampakkan bayang-bayang kemaluan.

Sikap jadah apa? Sikap gila kuasa. Gila kuasa ini ada banyak jenis dan paten mengikut musim. Sekarang musim pelantikan senator. Ramai yang tak tidur malam kerana asyik terfikirkan jawatan ahli Parlimen itu. Berapa ramai nama yang ada di atas meja Perdana Menteri dan berapa ramai pula yang ditongsampahkan, aku tak tahu. Yang aku tahu, hampir 10 nama yang tergila-gilakan jawatan ini. Daripada 10 nama itu, disaring kepada 4 nama. Daripada 4 nama, harap tak terlepas habis. Siapa paling layak? Siapa pandai mengampu dan membodek, dialah paling layak. Politik kita tak terima orang yang tak tahu mengampu dan membodek.

Cuma yang aku tak faham, saranan PSM agar siapa yang dilantik jadi senator dilantik juga jadi Presiden PSM. Kalaulah betul saranan ini, betapa ceteknya akal PSM. Orang yang dilantik senator oleh kerajaan (baik pada kaca mata kerajaan, belum tentu baik pada pandangan orang Siam) dilantik jadi Presiden PSM yang bermakna PSM tunduk kepada kerajaan. Kenapa nak ikut telunjuk kerajaan? Sepatutnya kerajaan ikut pilihan PSM, iaitu siapa yang jadi Presiden PSM dilantik jadi senator, bukan sebaliknya.

Dalam politik, orang yang ada jawatan dalam parti (atau yang aktif) dilantik jadi senator melalui rekemen parti. Bukannya senator ditarik masuk parti dan diberikan jawatan. PSM mesti bijak dalam hal ini. Kalau mahu sokongan masyarakat Siam, jatidiri Siam dalam PSM wajib dipelihara. Jangan suburkan jatidiri Umno dalam PSM.

Menjadikan PSM sebagai batu loncatan bagi mencapai cita-cita peribadi mesti dielakkan sama sekali. Bukan saja PSM, persatuan Siam yang lain juga mesti jaga identiti.

Jawatan senator tak mampu selesaikan semua masalah kita. Memang tak dinafikan jawatan senator membolehkan masalah orang Siam dibawa masuk ke Parlimen, tapi tanpa usaha orang Siam sendiri masalah tersebut mustahil dapat diselesaikan. Contohnya, masalah IC Merah, masalah asas, pernah dibangkitkan masa senator pertama, Charern Intachat dan berlanjutan sehingga ke senator kedua, Siew Chun, tapi masalah masih tak selesai. Dan tidak mustahil senator ketiga masih terpaksa berhadapan dengan masalah yang sama. Sampai bila?

Hairan juga apabila masalah asas pun tak mampu diselesaikan. Bagaimana dengan masalah lain yang lebih kompleks?

Seorang kawan berkata orang Siam lebih suka melayan persengketaan sesama sendiri daripada menyelesaikan masalah kaum yang semakin hari semakin bertambah. Ini berpunca daripada sikap pentingkan diri - gila kuasa yang tak seberapa kuasanya!

Ingat penyakit gila kuasa lebih berbahaya daripada selsema babi H1N1.

16 comments:

JST said...

Masalah IC merah.. Buat masa sekarang PSK sedang mengumpul maklumat mengenai pemegang IC merah. Pihak PSK juga telah berhubung dengan Menteri Dalam Negeri YB Datuk Hishamudin mengenai perkara ini. Bila semua dokumen siap, maka pihak PSK akan pergi berbincang dengan pihak Kementerian Dalam Negeri mengenai isu ini. Sekarang lebih kurang 200 orang pemegang IC merah telah menghantar maklumat kepada PSK dari seluruh Kedah. Harap bersabar. Jawatan Senator bukannya sasaran PSK.

Anonymous said...

OK.. hal IC merah..Siam Kelantan yang berIC merah dijemput ke Wat Than Thit pd 5 Ogos 2009 atau ke Kompleks Perpaduan Kg.Terbak pd 6 Ogos jam 8am-4pm untuk urusan permohonan warganegara yang dibuat oleh pihak JPN Malaysia.

Anonymous said...

aku setuju..."gila kuasa lebih bahaya dr H1N1".sebab bila seseorang gila kuasa dia tak ingat apa dah...dalam fikiran dia hanya satu iaitu cara jln untuk dapat kuasa atau jawatan yg dia nak jawat tu...hal lain lantak p lah.

Anonymous said...

Khun JST,

Orang Siam Perlis macamana...boleh tolong tak?

Emak mertua saya orang perlis. ic merah, umur 65tahun tak ada harta apa apa..perlu tukar/mohon ic merah ke biru tak?

Agar JST DAN KSB dan sesiapa yang arif tolong beri nasihat dan panduan.

Terima kaseh banyak banyak.

Anonymous said...

anon july 30 10.50am

perkara nie toknebe dah pegi canang ke belum? kalu belum kena cepat2 buat supaya ianya menjadi makluman semua.

tinggal brape ari je lagi.

tq

boxbox

Anonymous said...

tok nebe,nai ban ni pun kdg2 slow jugak...patut2 dia tau la anak mukim dia brapa orang hak ada IC merah tu....

Anonymous said...

Lucu dan bingong la brader, orang ini ibu bapa mereka tumpah darah di sini, sampai dekat-dekat nak diusung ke menara 7 tingkat untuk dibakarpun, IC merah lagi! Orang lain datang jual karpet jual tomyam dan roti capati roti naan senang-senang ja dapat IC? Cakap Melayu pun masih berhingus lagi, disuruh nyanyi Negaraku mungkin jadi Rasa Sayang......Alahai kesian nasib "orang kita". Inilah cabaran 1Malaysia!!!

Anonymous said...

Semuanya berlaku sebab kita Khonthai tak bersatu.Asyik kutuk mengutuk dan tiada toleransi sebab itu kita tak setanding abang jual karpet......Daripada nak selesai masalah IC merah lebih baik aku layan fantasi bila teguk air KETUM dan SURA (arak).Inilah masalah paling besar Khonthai sekarang.Bangun dan bersatulah Khonthai demi masa depan kita yang lebih baik.1SIAM

romsam said...
This comment has been removed by a blog administrator.
konek said...
This comment has been removed by a blog administrator.
winner said...
This comment has been removed by a blog administrator.
kentanjim said...
This comment has been removed by a blog administrator.
vesewe said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Tuan Blogger,

Puak Anon mana lak mai lepas taik kat depan rumah hang tu....anjing hang kenyang kot tak signal bagi....

(PUAK ANON "SINGLISH" NI,KU WA MAI CHAI MHO THAI RAU NE NE..!!!)

Anonymous said...

err . . . . ku ko wa jang ngan mean kan. ku wa man 'wer' pai noi nah.

moderator chui tham arai sak jang kon khon ean man cha ma da rau.

regards