Saturday, September 12, 2009

Ego Sami Bawa Mati

Sami Thailand dengan sami Siam Malaysia ada satu persamaan yang sukar dibezakan iaitu sikap ego. Bukan semua, tapi rata-rata sami ada sikap ego. Mereka tak akan mengalah apabila bercakap dengan orang biasa (gharawat). Walaupun salah, mereka tetap pertahankan kesalahan tersebut. Bagi mereka, sami (bhikkhu/sangha/song) semuanya betul; orang biasa semuanya salah. Kalau anda tak percaya, cuba anda pergi tegur perbuatan sami yang anda rasa tidak betul, apa akan terjadi? Teguran anda biarpun ikhlas, tak akan diterima. Silap-silap anda akan ditempelak.

Seorang sahabat aku pernah menegur acarnnya (Tok Sami) di sebuah wat di Tumpat, Kelantan kerana "membazir" duit membina bangunan besar-besar tapi tak ada sami tinggal. Tok Sami tersebut menjerkah (maklumlah mana boleh murid menegur guru) dengan berkata:" Aku buat bangunan dengan duit Cina. Kamu ada cari duit untuk aku?"

Teguran yang ikhlas dibalas dengan kecaman bodoh. Itulah sikap sami Siam, tak boleh ditegur pasti melatah. Kenapa? Kerana orang-orang kampung yang menyebabkan sami jadi begitu. Orang kampung terlalu menghormati sami seperti menghormati Phra Arahan. Padahal sami/bhikkhu dengan Phra Arahan itu bagai langit dengan bumi.

Kalau Phra Arahan, memanglah wajib kita beri penghormatan tidak berbelah bagi. Sebenarnya ada 3 kategori sami yang patut kita beri penghormatan iaitu:

1. Phra Arahan

2. Phra Ariya - Sodaban, Sakitagami dan Anagami

3. Sami biasa yang sedang berusaha (praktis dhamma-vinai) untuk mencapai mark - phon - Nibban.

Tapi kalau setakat "sami dedalu" yang "makan - tidur" seperti babi atau jenis makan - menyalak sana sini seperti anjing tanpa melakukan tugasan sami (kit phra), tak hormat pun tak apa. Dan spesis "alajji" biarpun ada pangkat Phra Kru atau Than Chau Khun tak hormat pun tak rugi apa-apa. Kena dengan jenis yang sombong bodoh, lagilah menyampah. Belakang parang lagi tajam kalau diasah. Sami jenis makan-tidur, makan- menyalak atau alajji tak akan tajam biarpun diasah seumur hidup.

Sami jenis inilah yang dikatakan oleh Buddha "tak boleh diajar dan patut dibunuh saja!"

Sudahlah tak praktis dhamma dan langgar vinai hari-hari, ego pulak. Penghormatan yang diberikan kepada sami telah menyebabkan mereka menjadi ego dan sombong. Pelik sungguh, masa jadi budak kampung, sikapnya baik dan sopan. Apabila masuk sami sikap mula berubah. Apabila lama sikit, kesombongan dan keegoaan mula naik kepala. Pantang ditegur sikit, menerkam macam harimau. Geram juga berdepan dengan sami jenis ini. Rasa seperti nak ketuk kepala dengan belakang parang.

Anehnya, apabila keluar dari sami, ego terus hilang. Sombong dan angkuh entah ke mana. Ego masa dalam sami selamat kerana orang Siam tak berani mencederakan sami, takut dosa. Apabila keluar dari sami, jadi orang biasa cubalag tunjukkan sikap ego kalau tak kena ketuk kepala.

Sami patut tunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Bersikap ego dan sombong bukan ajaran Buddha. Buddha tak mengaku murid kepada sami yang ego dan sombong.

22 comments:

Thai SIAM said...

Sikap Sombong tu mungkin disebabkan mereka tu disembah oleh semua/kebanyakkan kaum buddhis termasuk sekali raja (Thai).

Manakala Ego pula, kebiasaan orang ramai (Siam) menyanjung tinggi dan menghormati mereka. Tengok sajalah dalam sesuatu majlis @ peristiwa tertentu tempat duduk yang disediakan untuk mereka kebiasaannya lebih tinggi dari tempat duduk kharawat (orang biasa).

Kalu silap, tolong betulkan..

Kharawat said...

Aku ni nak kongsi cerita, minggu lepas pada hari sami (wan Phra) ramai ketua2 sami seluruh Kedah turun bot (long Phra Ubosot) untuk dengar owat song atau suat patimok.

Aktiviti ini diadakan di dalam tempat suci iaitu Ubosot di salah sebuah wat di Pendang, Kedah.

Dalam aktiviti tersebut salah seorang anak murid bawah katil (Jom Tai Kre) Ketua sami mengeluarkan fatwa kepada semua Ketua Sami Negeri Kedah, jangan hadir ke Wat Praimai pada 25.9.2009 ini kerana ada manitc6.

Masa tu Than Chau Khun Praimai pun ada. Langsung dia tak hormat Than Chau Khun Praimai sebab dia anak murid Than Chau Khun Maison. Nasib baik Than Chau Khun Praimai tak dengar sebelah pihak. Beliau panggil pemimpin2 veteran Kharawat untuk soal siasat. Bagi membuktikan kebenaran maka EXCO Kerajaan negeri Kedah sanggup turun berjumpa Than Chau Khun sendiri. Akhirnya beliau bersetuju majlis 25.9.2009 tetap diteruskan di Wat Praimai. Ketua sami mana tak datang, jangan bagi.

Rupanya masih ada lagi sami yang bagus.

pena reformasi said...

Aku hairan kenapa para sami boleh boikot Manit? Bukankah Manit cuma seorang belia. Kalau apa yang diperkatakan tu tak betul, cubalah perbetulkan.

Para sami tu ramai yang dah rambut beruban, masih nak konfrantasi dengan seorang belia. Sepatutnya, berilah dia tunjuk ajar apa yang betul dan apa yang salah.

Semua orang tak terlepas dari buat salah. Kalau Manit buat salah, tegur dia dengan baik. Kalau sami yang buat salah, perbetulkan diri. Buddha tak benci orang yang buat salah. Yang penting bila dah sedar buat salah, segera insaf dan buatlah baik.

Ong Guliman terkenal dengan kejahatan dan kekejaman tetapi bila sedar dan insaf terus tinggalkan kejahatan. Dia praktis dhamma-vinai sehingga dapat Arahan. Sami Siam pun mesti ikut cara Ong Guliman.

pena reformasi said...

Masa turun Ubosot baca Patimok pun boleh keluarkan fatwa mengarut boikot Manit. Sami, oh sami! Sedarkah apa yang sedang dilakukan tu? Bawa "dosa" (kemarahan)turun Ubosot sekali ke?

Anonymous said...

Waa..kah..kah..kah. fatwa gini pun ada, apadaaa (tepuk dahi) tak profesional langsung. Sebabnya apa? jawabnya, kerana ada manitc6. Waaa kah..kahh..

Anonymous said...

PHOTHAN yang sebenarnya tu tak pa, mereka baik baik belaka.Yang paling aktif memporakkan porandakan komuniti sangkha dan masyarakat adalah kalangan IKAN BILIS CAPCAI-CAPCAI yang berlagak acting "ORANG KUAT PHOTHAN" inilah yang sangat menjijikkan sekali.

Orang jenis ini badan saja tidur dalam WAT tapi hati depa asyik dok merayau depan KONSERT dalm PUB dalam BAR sampai mati.

JENIS LOTUS TERATAI BAWAH TANAH,SUKARLAH DALAM KEHIDUPAN INI NK DAPAT LIHAT CAHAYA MATAHARI APATAH LAGI NAK DAPAT JUMPA CAHAYA THAMMA.

Anonymous said...

Saya dapat maklumat manitc6 tak akan pergi ke Wat Praimai pada 25 September ini. Depa kata dia nak menjaga nama baik Than Chau Khun Praimai. Agar tidak nampak sangat Than Chau Khun Praimai melanggar keputusan yg telah diputuskan di kalangan sanggha dalam Ubosot.

Bagus la, kita patut jaga nama baik sami yg bagus.

Kharawat said...

Bila berhadapan dgn sami seluruh Kedah ekoran masalah Alajji... nampaknya JST dah stop menulis dlm blognya.

Nampaknya geng dia hilang satu per satu takut dipalit lumpur. Aku harap dia akan bangkit semula suatu hari nanti. Berani kerana benar.

Anonymous said...

Yeop,, semua JKKKP Kedah tak setuju cara Manitc6 anjur Majlis kat Praimai. Mereka kata Manitc6 sokong pembangkang. Betoi ke?

Kalau dia tak anjur macammana nak settle isu duit tu hah. Bahlol punya pemimpin Siam. Sebab tu siam masih tak maju.

Anonymous said...

aku tumpang gelak skali
wa ka ka ka ka ka ka . . . . .

nampaknye sekarang manit lebih ditakuti dari mara, lebih ditakut dari dosa, lebih ditakuti dari amerika.

manit lebih besar dari amerika. sebab itu dia ditakuti oleh tok sami.

wa ka ka ka . . . . bodoh punye siam

Anonymous said...

Saya cabar penulis untuk buktikan bilakah ada tertera Buddha kata "sami yg tak boleh diajar dan patut saja dibunuh" (sebagaimana ditulis dlm ruangan ini)
Tunjuk dan buktikan dimana ajaran atau kata-kata ini dituliskan.
Saya syorkan penulis ini jadi sami dan ajar semua sami di Kelantan dan juga di seluruh M'sia.Than Bun dan Than Phiang kenal tak dgn penulis ini? Jika kenal suruh dia masuk jadi sami dan ajar semua sami yg lain termasuk samialjji,phra khru dan chau khun yg jenis dedalu iaitu yg lebih teruk dari babi.
Apa nak jadi dgn KSM ni?siapa yg EGO dalam hal ini? SADHU,SADHU,SADHU

Anonymous said...

Ada lagi Kharawat siam pembohong! buat cerita untuk malukan sami.Kalu anak jantan,tuliskan nama sama tersebut.biar semua org tahu.Lagi satu,masih ada lagi yg buta agama dikalangan kita bila sebut FATWA.Admire Tok Guru Nik Aziz banyak sgt ke? Jgn guna ayat FATWA dlm hal agama Buddha! Hormat sikit dgn ugama ISLAM.
Kalu kita aniaya seseorang,satu hari nanti kita akan terima balasannya.Bukan kehidupan akan datang tetapi di kehidupan ini juga.Bayar cash! Kadangkala keluarga kita juga akan terima atas apa yg kita buat.fikir-fikirkan.

Anonymous said...

Ha ha ha ha! Manit bukan belia tapi bapa belia. ha ha ha ha!

pena reformasi said...

Ajaran berbentuk simbolik "Bhikkhu tak boleh diajar patut dibunuh" ada dalam sutra di mana Buddha berbual dengan pembela/pelatih kuda.

Pelatih kuda mengatakan kuda yang tak boleh diajar akan dibunuh.

Buddha membalasa bahawa baginda juga akan bunuh Bhikkhu yang tak boleh diajar. "Bunuh" di sini bermaksud diabaikan/tidak dipeduli oleh Buddha. Individu/Bhikkhu yang tidak dipeduli oleh Buddha umpama individu yang telah mati.

Kalau nak lebih faham, pergi tanya Tok Sami yang tak bodoh, atau cari dalam Tipitaka.

Anonymous said...

masa jadi sami sombong bukan main. cakap bohong pun orang percaya. bila keluar dari sami, anjing pun tak pandang. itulah realiti majoriti sami-sami siam yang aku kenal. aku ada seorang kawan masa jadi sami di KL, sombong sangat. Maklumlah banyak duit. Bila keluar sami, kahwin, ada anak, poket kering, mulalah nak berbaik dengan orang. Dasar manusia keparat!

Thai SIAM said...

Itulah adat orang kita, tak kiralah samada sami atau gharawat memang perangainya sama. Masa tengah orang sanjung/hormat tu memang tak pandang ke bawah.

Anonymous said...

Tunggu la bila Ketua Sami Kedah tak ada atau moranak. Para alajji ni akan sama macam seekor anjing kurap yg dok berkeliaran dalam wat.

manit, hang jaga sikit. Bila keluarga hang mati takdak sami mai suat kusala.

suk said...

Tidak ada sesiapa pun yang tiada keegonya.Cuma setakat mana keegoanya itu.Boleh dia control atau biarkan begitu.Lihat,dewa-dewa pun ada egonya.Tidak kira mahluk apa-apa pun.Buktinya tiada kecuali anda semua praktik vipassana secara cara yang betul.

suk said...

..bila berlaku hal manit dengan than chau koon sekarang nie,teringat pula bagaimana than chau koon padang sera berdepan dengan phra siphrom,dan buddha berdepan dengan phra devadatta. semacam musuh setiap kelahiran,sebelum ke nibbnana.

Anonymous said...

Khun SUK kalau kita tengok kat layar wayang kulit tu dengar Ai Thong bercakap. tetapi sebenarnya Tok dalang bercakap. Sama juga dgn manit ngan Than Chau Khun. Aku percaya manit dgn Than Chau Khun tak ada masalah. Punca sebenar, sapa dok belakang Than Chau Khun. sudah tentu Alajji. Sapa pula dok belakang Alajji. Sudah tentu org politik.

Krisis RM43k juga ada kaitan politik nak menjatuhkan manit. Tak bagi duit, bising. Bagi duit, depa pula boikot. Inilah politik dan sami diperalatkan oleh org politik.

Marilah kita pi tengok ramai2 majlis kat wat Praimai pd 25 Sep nanti. ha 55555 ha ha 5555

pena reformasi said...

Kalau ada cantik punya berita, tolonglah kongsi-kongsi. Kita nak tahu gak apa akan berlaku.

suk said...

Baguslah jika tidak ada yang bermusuhan seperti khun anoymous kata. Tetapi,saya tidak faham berapa orang pakai nama anouymous nie?..