Tuesday, September 15, 2009

Kalungan Selipar Jepun

Biadabnya perwakilan MIC yang mencadangkan agar diletakkan kalungan selipar pada gambar Tun Mahathir Muhamad. Adakah patut selipar yang orang pakai pergi jamban mahu dikalung ke gambar Tun?

Ramai pemimpin UBN terkejut. Samy Vellu sendiri terkejut. Sebenarnya perwakilan ni marah kepada Tun kerana campur tangan dalam hal ehwal dalaman MIC. Tapi cara dia menunjukkan kemarahan keterlaluan sangat. Tun tu siapa nak gantungkan selipar pada gambarnya. Jangan samakan Tun dengan Bush yang dilontarkan kasut. Tun tak boleh dilontarkan selipar. Apatah lagi selipar yang dipakai ke jamban. Walaupun pernah disemburkan serbuk lada ke dalam mata Tun, tapi itu cerita lama. Walaupun gambar Tun pernah dipijak-pijak, itu kisah sudah berlalu.

Akibat tekanan kiri kanan, Samy Vellu telah gantung keahlian biadab itu dan di samping menunggu tindakan dari Badan Disiplin parti. Dengan tindakan ini, Samy Vellu anggap isu hina Tun ini selesai. Mudahnya selesai?


(Nasib baik tak ada cadangan dikalungkan selipar pada leher Tok Sami Alajji dalam mesyuarat Sangha yang lepas)

13 comments:

Anonymous said...

Samy India, Madey India. India sama India bertengkar, Siam tak usah campur!

Selipar di leher alajji? Kah, kah, kah!!!!!!!!!!!! Gua sokong.

Anonymous said...

nie satu lagi sami yang nak kena turunkan 5555 . . .

orang suruh berundur pun tak paham2. alajji jugak kot?

Anonymous said...

Tak faham saya dgn penulis ini. Kenapa pula diselitkan tentang gantung kasut pada sami alajji pula? bukankah itu nampak sifat dendam dan marah pada seseorang? apakah fifat ini diajar dalam ajaran ugama anda?Sayangnya anda juga dalam golongan yg tahu dan arif dalam agama tapi tak praktik.Ini dalam kategori tak diterima oleh BUDDHA.betul tak?
Sadhu! sadhu! sadhu!

pena reformasi said...

Aku kata nasib baik tak ada cadangan gantung selipar pada leher alajji, bukan aku suruh gantung.

Kenapa anda nak pertahankan alajji? Atau anda satu spesis dengan alajji?

Selaku penganut agama Buddha, kita wajib berjuang bersama singkirkan alajji daripada Sangha, bukan pertahankannya. Buddha ada suruh umatnya halau alajji daripada Sangha.

pena reformasi said...

Sami sekor tu memang patut turun. Gila kuasanya lebih teruk dari alajji.

Anonymous said...

Saya tak tau SAMI yang mana satu tuan blogger maksudkan..yang tak mau turun tu....hebat betoi dia ni, makan ubat pa mata selalu merah.!

Kat kampong saya ada juga sorang..dia ni malas keje, tak mau turun asyik duduk kat situ juga.

Orang kampong kata dia sayang pada POKOK PETAI dia.

Dia "DAI TOOR".

Anonymous said...

Lepas Than Chau Khun moranak, dia tu secara automatik macam anjing kurap. nak lempar dengan selipar jepun pun takpa. La ni dia jadi tok dalang. Bila patung tak ada maka tok dalang hilang kerja.

Teruskan usaha KSB. Aku akan sentiasa menyokong. Kita sama-sama menentang alajji yg memasuki blog ini. tembak dalam gelap lebih selamat drp cara JST.

pena reformasi said...

Bila berdepan dengan musuh yang kuat, kita mesti gunakan cara gerila, serang hendap.

Khop khun, semua "kanlayanmit" kerana sokong usaha aku!

suk said...

Tahu banyak ramai orang,betul-betul tahu susah hendak dicari...fikir-fikirkanlah

Anonymous said...

Ini bukan caranya utk singkirkan alajji.Ini cara pengecut bangsa.Boleh dikategori sebagai bangsat.Penakut utk bersuara tapi hanya tulis dalam blog aje.Ini ada niat lain dlm pengamatan saya. Berani bersuara dan bersemuka jika anda benar2 mahu selesaikan masalah alajji wahai pengecut bangsa. tanya diri kamu sendiri apakah kamu ikhlas utk singkirkan alajji? tanyalah wahai sahabatku....

pena reformasi said...

Ramai juga Alajji dan baruanya masuk baca blog KSB. Baguslah.

Alajji yang sekor ni minta aku bersemuka dengan dia. Aku tak kenal dia, macam mana nak bersemuka. Aku cuma tahu dia aljji (daripada cara dia pertahankan alajji), tolong beritahu aku nama apa, tinggal di mana, wat mana boleh aku pergi cari.

Selama ni aku ada jumpa ramai Phra Song, tapi bukan alajji. Sebab itulah alajji yang sekor ni tak aku yang aku ada semuka dengan Phra Song nak selesaikan masalah.

Kepada Suk - satu cadangan yang baik agar blog KSM ajarkan Sila, Samadhi, Panya. Bukan tak boleh, tapi itu bukan matlamat aku. banyak blog/web lain yang ada ajarkan cara Samadhi, tolong baca blog berkenaan.

Blog KSB hanya untuk membongkar penipuan Sami Alajji yang telah berakar umbi sejak sekin lama tapi tak pernah ada orang berani kata apa. Sami Alajji umpama Raja yang memerlukan keberanian dan kaedah tertentu saja untuk menegurnya kerana masyarakat Siam yang sesat agama masih menyanjung tinggi golongan alajji ini.

Aku tetap akan tulis dan tulis sehinggalah masyarakat Siam faham betapa bahayanya Sami Alajji.

Sewaktu aku balik kampung minggu lepas, aku ada tanya segolongan anak muda (bawah 40 tahun), rata-rata mereka melahirkan rasa tidak hormat kepada Phra Song kerana kata mereka majoriti Phra Song sekarang minum beer, makan malam dan enjoy berlebihan. Yang paling terkejut bila seorang pemimpin masyarakat Siam melahirkan kesedihannya kerana Phra song sekarang cakap besar, tapi tak ada ilmu agama mahupun dunia. Hidup jadi beban kepada masyarakat.

Anonymous said...

Rasanya org yg mencabar khun PENA supaya bersemuka atasi masalah alajji tetapi dia sendiri tembak dalam gelap. Piraaah. Satu kali sami cakap tak sama 10 kali kharawat cakap. Guna teknik gerila lagi bagus. Harap barua alajji kat sini sila guna Dhamma yg betoi utk pertahankan geng hang bukan alajji. Adakah hang banyak nama? atau anyname. Teruskan khun PENA, KSB dah berada di landasan yg betul utk membongkar kemungkaran yang berlaku.

suk said...

Bagusla..ada pro dan kontra.Apa-apa yang kita buat mesti orang ada yang sokong dan yang tak sokong.Apa takut?Teruskan jika benar-benar ikhlas.Tetapi jangan cepat melatah pula,kita boleh komen orang lain,orang lain pun boleh komen kita.Adilkan? he he he...