Tuesday, September 29, 2009

Pesta Loy Krathong: Konsert Lawan "Dhamma Talk"

20 September 2009. Ini tarikh penting, tarikh bersejarah. Ini sejarah masyarakat Siam Kelantan. Masyarakat Siam lain terkecuali. Sejarah ini bakal tercatat dalam "Siam Tuak Masam Book of Record". Sejarah masyarakat memulihara pesta tradisi warisan Sukhothai.

Lazimnya Loy Krathong diadakan pada bulan 12 (kalendar Siam), lebih kurang bulan November. Tapi Loy Krathong di Terengganu ini diadakan pada bulan 11 (kalendar Siam), iaitu pada 20 September yang lepas. Pesta ini bakal tercatat dalam "Siam Tuak Masam Book of Record" bukan kerana kepelikannya ia diadakan pada bulan 11 Siam, tapi ada banyak faktor lain yang menyokong, antaranya ialah:

1. Pesta Loy Krathong ini disokong oleh Khanak Song Kelantan, pemimpin Siam Kelantan dan masyarakat Siam Kelantan. Sami yang hadir ke pesta itu antaranya ialah Than Chau Khun Kelantan, Than Bun, Than Neung dan lain-lain serta segerombolan sami. Sekali pandang ke arah gerombolan sami yang datang ni, ingatkan ada kebakaran kerana ada asap berkepul-kepul ke udara. Rokok dan sami Siam bagai kuku dengan isi, tak boleh dipisahkan. Sami-sami ni ada yang berdiri cekak pinggang, ada yang pegang kamera, ada yang cakap telefon, dan ada yang tergedik-gedik kaki mengikut rentak lagu di pentas.

2. Pesta ini disertai persembahan konsert oleh penyanyi dari Thailand - 4 orang (2 dari utara dan 2 dari selatan). Dan turut disertai kumpulan band Siam Kelantan. Ini umpan untuk menarik orang ramai dan gerombolan sami yang sememangnya minat dengan konsert begini.

3. Sewaktu konsert berlangsung, Than Bun (Wat Bangsek) beri "Dhamma Talk" dalam bahasa Inggeris. Dhamma lawan konsert. Cuba teka siapa yang mendapat sambutan? Dalam "Dhamma Talk"nya, Than Bun memuji Tauke Chan bermacam-macam pujian. Kata Than Bun, Pesta Loy Krothong anjuran Tauke Siam ni sangat bagus kerana dapat memelihara adat tradisi kaum Siam. (Loy Krathong bulan 11 dapat memelihara adat tradisi atau dapat mencemarkan adat tradisi?) Selepas Than Bun, giliran Than Neung pula beri ceramah Dhamma dalam bahasa Hokkien. Bahasa Siam mana?

4. Menambahkan seri lagi pesta tradisi ini ialah pesta minum arak. Satu meja RM200 (aku tak pasti bayar RM200 dapat beer percuma berapa botol). Siapa yang tak bayar meja, duduk atas tanah. Meriah sungguh. Kombinasi 3 suara - suara konsert, suara Dhamma Talk dan suara orang mabuk.

5. Pesta ini diadakan di Kelab golf dan dianjurkan oleh Orang Kaya Baru yang terkenal di Kelantan mutakhir ini. Orang panggil dia Tauke Chan atau Tauke Chut. Sesiapa yang bercita-cita nak pergi intai anak dara orang Kelantan, nak pergi cuba tuak masam Kelantan atau nak pergi buat apa-apa saja, rajin-rajinlah berkenalan dengan orang ini. Tak sah pijak bumi Siam Kelantan kalau tak dapat kenalan dengan orang sohor ini. Kenduri nikah kahwin tanpa kehadiran Orang Kaya Baru ini tak meriah, tak dapat muka. Dulu, masa Orang Kaya Baru ni masih miskin, belum bergelar "tauke", ketika kepala terkulai mabuk tuak, anjing pun tak pandang. (Sebab aku tak pernah tengok anjing menyalak dia masa dia datang mabuk tuak di kampung aku). Sekarang bila dah jadi Orang Kaya Baru, Chau Chau Khun dan Than di Kelantan respek habis. Nasib baik vinai larang sami menyembah orang biasa, kalau tidak ... entahlah.

Ada orang kata, Loy Krathong ini hanya "umpan" untuk sekumpulan manusia menganjurkan pesta hiburan. Tanpa Loy Krathong, mereka tak boleh tarik tok sami datang, tarik orang kampung datang, tarik Cina datang, sukar mendapat kebenaran dari kerajaan. Mereka tahu yang kerajaan memang bodoh dan mudah tertipu, lalu gunakan adat tradisi - Loy Krathong sebagai umpan.

31 comments:

suk said...

......ha ha ha tuan pena pun ke sana juga.?Hem.bagus tu mencari berita terkini.Boleh juga gua share-share berita bagus-bagus.Pasal loy krathong nie kena komen Taukeh chan @tauke chot(mungkin ada pihak-pihak lain lagi.)Jika kata tok sami saja macam tak kena nie.Siapa yang panggil tok sami nie pergi?Memang anak dara siam dari kelate hendak ke sana untuk berpesta.Susah hendak halang budak zaman ini,kat thailand pun sama.Dhamma orang tidak minat.Pub dan karaoke lagi best.Baca dhamma boring ,baca pasal seks ok.entah macam mana dah.Tengok sendiri anak kita di rumah laaa.Ramai dah duduk macam monyet gatal,...dah ubah la..pening

Anonymous said...

Ada seorang mat salleh cakap ---ada siam ada wat,ada siam ada menora,ada siam ada babi,last sekali ada siam ada pokok TAR (pokok buat tuak masam)...BETOI ke?

Nunui said...

Loy Krathong wat Begia, sik, kedah pada 6 dan 7 November. Yang ni sesat pulak.

NOM NOI said...

Salam Sejahtera tuan blogger,

Saya juga nak kongsi cerita berkenaan Pesta Loy Krathong yang diadakan di Kuala Terengganu pada 20/9/09. Iaitu sehari selepas upacara Song Pret.

Pada awalnya saya menjangkakan pesta tersebut adalah upacara Song Pret versi baru iaitu melalui sungai, kerana masih ada lebih kurang 1 ½ bulan lagi tarikh sebenar loy krathong.

Saya telah diajak oleh rakan untuk menonton konsert artis dari Thailand di Kuala Trg pada malam tersebut. Pesta ini memang mendapat sambutan dari orang-orang Siam Kelantan n Terengganu. Turut hadir ialah VIP-VIP termasuklah pegawai Konsul Diraja Thai di Kota Bharu dan juga Gabenor Narathiwart (kalu tak silap dengar pengumuman). Pegawai Konsul dan Gabenor itu sepatutnya lebih arif tentang Pesta Loy Krathong atau mereka juga buta budaya....

Dari pengamatan saya pada malam tersebut, memanglah sama seperti apa yang telah dipaparkan oleh khun Blooger.

Tempat yang dikhaskan kepada para sami adalah ditepi pintu masuk ke tapak pesta dan terletak berhampiran dengan pentas pertunjukan. Saya difahamkan sami-sami tersebut dijemput untuk menjalankan upacara sembayang (chakjanto) keatas Krathong yang akan dihanyutkan. Saya pun tak tahu samada betul atau tidak kerana pulang sebelum upacara loy krathong dijalankan.

Sekian....

suk said...

Carilah jalan tengah.Begini,siam-siam kelate atau mana2 suka hiburan.Dah banyak restoran separuh pub dibuka dikampung2,pompuan muda2 dari thailand jadi pelayan.Itulah bencana baru kat kampung,hebat dari sg golok,hatyai pun kalah,lagi.Depan rumah pun ada peha-peha untuk ditengok dan seterusnya.

Anonymous said...

Kes loy krathong sebelum dan selepas tarikh "wan phen khen 15 kham duen 12" dah pernah berlaku dulu dalam era yb senator ke 2 di Perlis.

Alasannya MB tak dapat datang pada tarikh sebenar hari/malam loy krathong tu.

Tahun pertama ok..masuk tahun seterusnya dah dapat teguran dari orang kampung dan sami sami.

Alasannya ialah takkan dalam setahun sebuah kampung dan wat yg sama nak menyambut pesta loy krathong sampai 2 kali kot..?

Wah..sekarang penyakit ni dah merebak dan membiak pi kedah, kelantan dan trengganu dah ke..!!

Tak salah kalau ada orang SIAM mempertikai dan mempersoalkan tujuan apa sebenarnya para pemimpin dan Sami Siam kita menganjurkan pesta yang sesat tarikhnya ini.!!

Tak lain tak bukan..nak cari glamour le tu.

DAH LA MEROGOL, MELACUR AGAMA DAN BUDAYA..SEKARANG DAH MULA MERACUN DAN MENYESATKAN ANAK BANGSA PULA.

SPESIS PAGAR MEMBAWA REBAH..!!!

suk said...

Aiyo ! kita kena sesuatu benda dengan pandangan yang positif dan negatif.Bukannya,Asyik komen saja,tak jadi la.Bagi saya,pesta loykrathong tidak salah diadakan bulan mana-mana pun,siapa minat boleh pergi,siapa tidak minat jangan pergi.(kan tuan anouymous kata tidak ada paksa-paksa dalam agama buddha.jangan lupa ya.Cuma ceramah dhamma mesti didulukan,kemudian bolehlah dan menari-tari pula,loykrathong pula.Sami pula mesti duduk di tempat yang dikhaskan. Rasanya begitulah....

Anonymous said...

Siapa yg jadi penganjurnya? Di sebalik hiburan,dhamma talk dpt sambutan tak? setahu saya hari tu org Siam seronok tgk konsert,tapi org Cina banyak yg dgr Dhamma talk. kenapa jadi lagu ni ya?
Mungkin sebab inilah sami siam lebih cenderung sebar ajaran pada org cina.Fikir-fikirkan...
Kenapa org siam jadi mcm ni? nak salahkan sami aje ke dalam hal ni? kita ibu-bapa dan pemimpin siam pulak macammana?Org siam cenderung minum tuak masam dan arak,nak salahkan sami siam juga ke? fikirkan lah wahai umatku semua.

Dengar kata tuan blogger pun kuat MINUM.betul ke? ha ha ha

Dek Thai said...

Loy Krathong bulan 11 Siam kerja orang bangang, orang sewel, orang keparat. Ini pemusnah budaya, perosak adat, penjahanam tradisi. Siapa yang sekongkol dengan orang-orang ini juga bangang, bodoh, makan tahi. Ingat Loy Krathong bapak dia orang punya, boleh buat ikut suka hati. Sami yang ikut serta juga sami bangang, bodoh, makan tahik. Nak buat konsert, buatlah, tak payah nak cemarkan tradisi Loy Krathong.

Sami 'suad chayanto' Krathong? Makan tahik punya sami ni. Loy Krathong adat tradisi, bukan agama. Sami tak perlu masuk campur. Sebetulnya sami diperalat untuk jadi umpan tipu Cina bodoh. Bila ada sami, Cina bodoh ingat agama, ramai-ramai beli Krathong untuk dapat 'bun'. Rupa-rupanya Than Chao Khon Kelate dalam kategori spesis bengap juga!

pena reformasi said...

Apa faedahnya aku kritik sami alajji kalau aku sendiri mabuk kepala pacak tanah!

Anonymous said...

Lebih baik wat kosong daripada ada sami alajji jenis penipu masyarakat. Lebih baik nasi diberi makan anjing daripada beri makan alajji kepala botak penyangak orang Siam. Upacara agama tak ada pun tak apa kerana ia tak jamin kita bebas dari sengsara.

Simpan sami alajji umpama simpan buah nangka busuk yang berulat.

suk said...

Nampaknya di sini ramai orang yang tidak berapa tahu hal ugama buddha ,tradisi siam ,sopan santun orang timur.Barangkali,dah tahu pun sengaja tak mahu ikut.Barangkali.Bila saya baca pun bahasa yang digunakan terlalu kesat dan tidak sepatutnya ditulis oleh orang yang berilmu..Jangan marah,ya,barangkali belajar dari universiti barat,rasanya.
Sebenarnya,bukan di sini sahaja,tetapi di sekitar kita pun ramai orang macam ini,sedikit marah dah terkeluar bahasa yang pedas.Kita patut ingatnya bukan kita sahaja yang tahu,orang pun tahu juga.Bukan kita sahaja yang ada hati orang lain pun ada hati juga.perasaan orang lain macam kita juga.
Di sekolah di ajar sivik dan di rumah di ajar bersopan-santun,jadi belum kira tempat-tempat lain lagi yang mengajar kita moral.he he he...

suk said...

Tuan anonymous, dah silap orang kot.Tuan Pena bukan orang yang tuan fikirkan.Tuan Pena dah jadi orang baik,dah tak minum arak,dah tak main perempuan,dah tak kaki gaduh,dan lain-lain yang tidak bermoral..Jangan tuduh tuan pena seberangan ,tak baik tau.

pena reformasi said...

Kah, kah, kah, aku bukan arahan, tapi taklah jadi seperti setan!

Anonymous said...

ADA ORANG BANTAI HANG DALAM FORUM PEKEMAS, ruangan mencari orang hilang... ID siamalay.

Komen...,,
Terlebih dahulu saya ingin meminta maaf jika kedatangan saya mengganggu tugasan harian anda semua. Tujuan saya ke sini ialah untuk menerangkan suatu perkara kepada anda semua. Sekarang ni, dah lama, terdapat seorang lelaki yang mendakwa dirinya orang Siam Kelantan menulis sebuah blog yang bertujuan menghina sami siam di Malaysia terutama sami-sami dari Kelantan. Tidak ketinggalan juga ThanBun dan Than Chau Khun dihinanya.Sebagai seorang yang lahir di tanah Kelantan dan pernah menjadi sami di sebuah wat di Kelantan, saya sangat sanjung tinggi Than Bun dan Than Chau Khun Wat Pikulthong dan tidak suka jika mereka dihina. Di sini saya ingin menerangkan bahawa blogger yang bernama PENA REFORMASI itu adalah bekas sami di sebuah Wat di Kelantan. Saya sangat kenal dengan dia. Masa dia jadi sami dulu dia kena PARACHIK kerana bermalam dengan seorang perempuan di kampungnya, dan dihalau keluar dari alam Sangha. Selepas dihalau keluar dari alam Sangha dia sangat anti dengan sami Siam di Malaysia terutama sami-sami di Kelantan. Sekali lagi saya meminta maaf jika kedatangan saya mengganggu anda semua. Saya telah cuba untuk memaparkan pandangan di blog itu tetapi ianya tidak dipaparkan kerana semua message akan ditapis. Harap maklum bahawa PENA REFORMASI itu bukan seorang yang baik. Maafkan saya jika mengganggu anda.

pena reformasi said...

Terima kasih Khun Anon... sebab beritahu!

Kah, kah, kah, dia bukan bantai aku, tapi bantai diri sendiri. Sebab apa yang dia tulis tak ada kaitan dengan aku. Dia main tembak angin.

Nak buat fitnah, carilah fakta sikit, tak dapat semua pun ada sipi-sipi pun jadi.

Nak bela Than Bun dan Than Chau Khun konon. Masa mana pula aku kutuk Than Chau Khun dan Than Bun, boleh beritahu sikit?

Kalau nak bela dia orang, sama-samalah halau sami alajji keluar dari wat sebab kedua-dua Than Chau Khun dan Than Bun pun sedang banteras alajji.

Aku kenal Than Bun masa jadi phra di Pinang lagi la woi. Kalau aku nak tulis pasal Than Bun, aku boleh tulis dari A-Z. Mungkin masa tu kamu masih beringus, atau belum lahir. Cara kamu tulis aku tahu kamu bukan sebaya Than Bun - malah "tak kenal" Than Bun dalam erti kata sebenar. Orang sebaya Than Bun seperti aku, "kenal benar" dengan dia.

Kamu budak semalan, usah nak tunjuk hero nak bela Than Bun dan Than Chau Khun. Berapa lama kamu kenal dia orang?

Than Chau Khun pun aku kenal. Aku selalu pergi cari dia sejak Than Deng masih hidup lagi. Tongkat dia buat pun aku ada simpan sampai sekarang.

Woi, janganlah reka cerita tentang aku. Buat malu diri sendiri saja. Kalau tahu, beritahulah nama aku, kampung aku dan wat aku.

Kalau kamu tak tahu Dhamma, tak tahu nak balas balik kritikan aku, pergilah belajar dulu. Cara kamu reka cerita tentang aku, sebenarnya membuktikan bahawa kamu bodoh jenis tak boleh ajar. Buat malu Than Chau Khun dan Than Bun saja ada "luk sit" bodoh macam ni!

Aku tahu kamu akan baca tulisan aku.

Thai SIAM said...

Saya juga tak tahu/kenal siapa sebenarnya khun Pena Rerformasi, hanya mengikuti paparan beliau di dalam blog KSB. Kebanyakkan isu atau topik yang dipaparkan kebanyakanya mengenai sangkhon Thai/Siam dan juga Khanaksong Thai/Siam di Malaysia.

Dari paparan dan komen beliau, saya percaya beliau bukan calang-calang orang, mesti mempunyai maklumat yang lengkap tentang apa yang diutarakan, terutamanya yang berkaitan dengan sankhom n khanaksaong Thai/Siam di Kelate.

Saya memang mempunyai ramai kenalan dari Kelate, boleh dikatakan setiap kampung Siam di sana. Dari apa yang saya dengar dari kenalan saya, kebanyakan isu yang dipaparkan dalam KSB kebanyakkannya benar (walaupun tak 100%).

Jika apa yang saya paparkan tak tetap/betul, saya mohon maaf....

Anonymous said...

Sawaddi Khun Pena Reformasi. Tak usah peduli apa orang lain kata, teruskan usaha khun tu.

Saya tau ada orang sengaja hendak pengaruhi pembaca supaya tak percaya tulisan khun.

Masa saya balik kampung minggu lepas, ada puak alajji melahirkan kebimbangan dengan blog khun. Mereka sedang cari cara nak sekat tulisan khun. Tulisan khun mula ada kesan ke atas alajji.

Teruskan ...

Anonymous said...

Syabas! Ambo sokong usaha demo, Khun Reformasi!

suk said...

Bagi saya apa yang tuan pena tulis tidak betul dan tidak salah.Tetapi,yang penting mampukan kita lakukan seperti yang kita fikir?
Misalnya tentang bahasa thai di kelantan atau di mana-mana sahaja sebagai contoh ,seorang senator datang rasmi,lepastu cakap hendak bawa perubahan situ.Lepastu.
hilang begitu sahaja,rumput naik paras lutut.Menjadi apa-apa.
Banyak lagi contoh-contoh yang berlaku kita membuat ingin perubahan tanpa berfikir secara teliti.Perkara begini akan mengambil masa,bukan senang dilakukan.

suk said...

Semua pihak tunjuklah kemampuan masing-masing.Jangan memperlekeh,pandang rendah kemampuan.Kita kenalah selidik sedalam-dalam,kenapa berlaku begini.Kenapa?Mengapa?
Jika kita tidak betul-betul selidik.Kita tidak mampu selesai,masalah orang siam,ugama buddha,budaya kita di malaysia.
Sebagai contoh,jika seorang budak hisap ganja.Siapa salah.?
Bapanya asyik keluar malam tidak senang ajar anak?Ibunya asyik kerja? Sekitar rumah ada penagih? Sekolah ada penagih? Kawan ajar? Jadi kenalah selidik betul-betul, main tembak-tembak rambang tidak berguna.Menyakitkan hati orang sahaja,tidak baik,berdosa tidak habis-habislah...

Anonymous said...

Kes alajji bukan setakat kat Kelate je. Kat Kedo pun ramai. Di Kedo, Than Wat SP ditunggang oleh bekas senator. Habih porak-poranda. Than Chau Khun pun depa boleh control. Ubosot pun depa boleh guna untuk hapus musuh politik Siuchun. Maha Matloh juga depa asuh jadi kuda tunggangan seterusnya. Puak Ruam Thai pun kena tempias angkara alajji. Depa tubuh persatuan sami siam Malaysia, nak control semua sami. Lepas tu menyerang kharawat utk mempertahankan politik seseorang. Ada juga alajji asyik mengejar pingat kebesaran Sultan Kedah. heret sami ke sana ke sini dlm majlis kerajaan negeri.

Anonymous said...

Puak alajji makin merebak ibarat ulat dalam taik. Kalu kita tak berpakat banteras, rusak agama Buddha. Orang-orang kampung, generasi muda yang berpendidikan mesti bangkit menentang alajji ini.

Jangan membiar alajji meracun fikiran kita. Dalam blog KSB ini ramai puak alajji yang menunggu menghentam Tuan Blogger.

Anonymous said...

Loy Krathong tak ada kaitan dengan sami sebab ia bukan agama. Dekat Thailand sami tak pergi Loy Krathong. Di Malaysia sami suat Krathong. Duit punya pasal, semua boleh bikin. Woi, sami sami sami kalau mahu duit keluar kerja la ...

Anonymous said...

Ambo orang kelate, tapi ambo tak pernah dengar ada sami kelate dihalau dari kampung kerana tidur dengan perempuan. kalau ada tolong beritahu sami kampung mana, tahun berapa, siapa upacha dia. ambo nak tahu juga.

marah ksb pun jangan sampai cemarkan sami kelate. orang kelate ada maruah juga. jangan kerana marah nyamuk, rumah dibakar.

suk said...

Tidak kira sokong tak sokong. Di sini kita kena ubah.Ubah bangsa kita.Ubah siam kita.Ubah untuk lebih baik....
Modenkan pemikiran kita,jadi kita pasti maju.Misalnya,dulu,kita bual kat kedai kopi,atau kat rumah minum kopi dengan ubi kayu.Kini dah ada kedai,untuk minum kopi buka 24 jam,makan roti canai,minum chinakopor(sory eja tidak pandai).. jadi banya kyang kita kena berubah dah..

Nunui said...

Aku tak suka kehidupan sami pun kena ubah. Dulu pengurusan wat serah pada jawatankuasa Wat. La ni semua sami ambik alih. Kebanyakan jawatankuasa dibubarkan. La ni cuma org kampung dipergunakan atas nama Thambun. Bila duit banyak dalam tangan, bermacam-macam la kiles mendatang. Nak terlibat dgn politik le, nak control org kg sokong parti yg dia suka, nak guna duit beli pangkat datuk la. Boleh dikatakan ada duit, peduli apa org kg kata. Dulu org kampung bawa nasi kat sami. La ni tak bawa nasi pun sami boleh beli sendiri. Duit ada apa takut. Inikah perubahan yg diidamkan oleh kita semua.

suk said...

Kita pi fikir banyak pun susah kita pula.(dukk)Jangan pintas cari wat sesuai untuk kita,usah pi wat yang tidak ada dhamma,wat yang jahil agama.Beres..

suk said...

Jika kita tidak mahu sami berubah,kita pun tidak boleh berubah lah.Tinggal macam dekat myanmar,laos dan kemboja.

Anonymous said...

Loy Krathong is not a Buddha teaching, it is only tradition of our Thai people..but we must understand to celebration or do festival..

This all Wat make followers confused or mistake but the leaders chief monks also following of people in what people want!!

Hope new people don't confuse because in the Wat(Temple) also people bring some drugs to Wat..

Dhamma Talk said...

For Hokkien Dhamma Talk, I did recommended to listen Bhante Suvanno teaching, his dhamma talk not only humor but with very detail explanation with our daily life activities. Feel free download his MP3 for free at:
http://kidbuxblog.com/bhante-suvanno/