Sunday, September 27, 2009

Sami Hadir Ke Rumah Terbuka MB Kedah



Pada 24 September 2009 diadakan rumah terbuka Menteri Besar Kedah, di Mentaloon. Ramai yang hadir.

Persatuan Sami Kedah-Perlis turut hadir bagi mengucapkan Selamat Hari Raya kepada MB dan menjamah jamuan yang disediakan .

Kunjung-mengunjung dan ziarah-menziarahi adalah baik. Tetapi persoalannya sejauh manakah perlunya sami datang ke rumah terbuka MB? Siapa menjemput? Bagaimana cara jemputannya? Bagaimana dengan persiapan majlis tersebut - makanan, minuman, tempat duduk makan, masa makan dan lain-lain, adakah selaras dan sesuai dengan sami?

Mayarakat Siam sangat sanjung sami. Semua penganut Buddha, termasuk Raja Bhumipol, Raja Thailand menyembah sami. Oleh itu, kita berharap agar jangan sampai ada sami "menyembah" MB atau pemimpin politik.




15 comments:

Nunui said...

Ini la bukti sahih sami siam dah aktif main politik sehingga sanggha dah porak peranda.

Dulu wat ada jk wat utk mengurus hal ehwal wat dan sami. La ni jk tu dah dibubarkan. Ketua sami ambil alih tugas org kg dgn sistem kuasa veto. Sapa berani bantah.

Semalam saya pi wat Trok dang. tanya sami tu kenapa tak pi wat praimai. Diapa kata ketua sami kura call jgn pi. Kebetulan ada majlis kematian di Trok dang, aku juga tanya Phra begia, kenapa tak pi. Diapa kata dah ada duit banyak dah.

Phutto Dhammo Sanggho.

Anonymous said...

terfikir juga tentang duit RM1000 ni.Klu sami duduk jauh dari Praimai,nak kena sewa kereta yg tak ada kereta,upah drebar bagi yg ada kereta,duit minyak lagi. Tinggal tak banyak duit tu.Klu dah ambil,tak buat Loy Krathong,org kata apa pulak?klu buat Loy Krathong,kena tambah pulak sbb duit tu tak cukup.Lagipun akan diwar-warkan pulak kata Loy Krathong kali ni Pakatan sponsor.Dilemma betul tak? aku rasa sbb tu ada yg tak mau pi ambil.Tak taulah.....

suk said...

....Memang susah juga nak bandingkan tok sami mana yang baik.Ada ikut vinai sangat tak dapat mengajar orang pula.Ada yang mengajar orang tak ada pendidikan pula.Ada yang berpendidikan tinggi tak mahu mengajar pula.Begitu juga banyak masalah...Ramai Tok sami yang tidak mahu berkorban,mengapa tidak.Mereka setengah-tengah macam orang biasa juga.Macam-macam kita semua.Tetapi,ada yang baik dihina pun ada.Susah juga,sebab orang tidak dapat banding yang mana,kulit, yang mana teras.Begitulah...sebab kita orang sendiri tidak mahu belajar tentang ugama,dok asyik komen tok sami sahaja.fikir-fikirkanlah

pena reformasi said...

Orang Siam bukan mahu sami duduk hutan dengan monyet, lotong, rusa dan biawak. Orang Siam cuma mahu sami yang ada ciri-ciri sami/Bhikkhu sebagaimana yang tertulis dalam kitab agama; sami yang praktis dhamma-vinai.

Tak perlu duduk seperti zaman Buddha. Memadailah kalau tidak terlalu memberatkan duniawai.

Bhuddadat Bhikkhu, Panyanantha, Acarn Cha, Acarn Sumano, Phra Dhmmapidok, Acarn Charan, Maha Vutthichai, Maha Somphong (sekadar sebut beberapa nama)dan Dhammananda (Brickfield) merupakan Bhikkhu moden, tetapi kenapa mereka boleh mengajar orang? Sebab mereka ada kesedaran akan tanggungjawab sebagai Bhikkhu.

Bhikkhu tak boleh jadi liabiliti kepada masyarakat. Sebab itu Bhikkhu wajib praktis Dhamma, kemudian mengajar orang lain pula.

Sebelum "dhapkhan parinippan" (wafat), Buddha berpesan kepada Bhikkhu agar tidak "pramat" (lalai, cuai, atau meninggalkan tanggungjawab).

Malangnya kebanyakan sami sekarang tak pernah cuba untuk memahami apa itu "pramat" menyebabkan mereka selalu berada dalam keadaan "pramat" sehingga tak layak dipanggil Bhikkhu.

Kalau anda tak percaya, cuba pergi tanya kepada sami apakah pesanan terakhir Buddha kepada sami/penganut Buddha? Rasanya ramai tak tahu.

Thai SIAM said...

Tepat sekali apa yang khun pena reformasi paparkan.

Sebenarnya siapa ya!.. yang patut ajar ugama (Dhamma) kepada kita, sebagai kharawat (orang biasalah)? Sesiapa yang tahu tolong beritahu..

Apa yang kita nampak sekarang, ada di antara sami kita (bukan semua) mengejar kemudahan duniawi. ramai kharawat tahu, tapi tak berani nak teqor, sebabnya....

suk said...

Wow...memang nama besar tu.Tetapi berapa orang tok sami yang dapat mengikut vinai.Bukan senang seperti yang saudara-saudara kata.Jika mahu cuba,peluang masih ada.Banyak lagi ciworn(kain kuning) yang masih tidak berpunya.
..Biasanya kita orang siam,lebih suka tuak masam,beer gajah,perempuan tolong tuang beer berskirt singkat(lihat dulu)...
Siapa senang mahu masuk wat? kah kah kah...

Anonymous said...

bagi aku senang saja.

sapa2 yg nak jadi sami tapi tak boleh atau tak mampu atau tak mahu praktis dhamma-vinai maka jangan jadi sami. tiada paksaan dalam ugama buddha. jadilah orang biasa macam aku.

jangan membazirkan kain kuning. jangan membusukkan institusi sami. jangan menjadi celaan masyarakat.

orang yang menjadi sami adalah orang yang telah bersedia. bersedia untuk meninggalkan kemewahan dan kesenangan dan keseronokan duniawi dan menghambakan diri kepada ugama.

aku pegang sila 5 dan kadang2 8 sahaja kerana aku tau aku tak mampu untuk pegang sila 227.

tepuk dada tanya selera

suk said...

...YA YA..itu pandangan tuan anonymous tetapi pandangan orang macam lain pula.Tidak ramai yang bersedia menjadi sami.Mungkin dalam 1000 orang ada 10 sahaja.Tetapi,kebiasaannya mereka belum bersedia.Mereka dapat bertahan menjadi sami seterusnya mungkin mereka yang fahami dhamma,menjadi berminat menjadi tok sami dan sebab lain2.Kita bukan Thau chau koon bukan dapat menghalang mereka dari menjadi sami.Jadi ini masalah. Tanggungjawab kharawat pratic yang kharawat pun sila.Beres..
Tok sami salah vinai bukan sekarang la,tapi zaman buddha lagi,sebab buddha buat vinai.Bukan zaman ini la.Tidak percaya tanya atok-atok kita,orang tua kita.

Anonymous said...

Kalu khun suk cabar kitaorang jadi sami. Aku cabar Alajji keluar dari sami kalau nak cari kekayaan, perempuan, pangkat, pingat dll. Jadi macam aku, bebas buat apa saja. Jadi sami perangai syaitan buat pa. Aku tak jadi sami sebab aku sedar diri sebab tak boleh tinggai duniawi. Yg jadi Alajji tu tak sedaq diri la tu. Keluaq la woi. Wat tarak org tak pa. lebih baik wat penuh najis.

Anonymous said...

khun SUK

saya setuju dengan pendapat saudara. dengan ini maka sama2 lah kita membantu KSB untuk membenteras orang2 yang berselindung di sebalik kain kuning untuk mencari makan.

suk said...

Syabas ! oh ya..kalau tidak ada sami siapa pula nak jaga wat2?kena upah askar-askar jaga mmacam selatan thailand ke? Siapa pula nak buat upacara agama?Tok bomoh ker?Siapa nak makan nasi yang ditambon oleh orang kampung,bagi anjing makan ker? Siapa pula teruskan agama buddha?.....he he he..lihat belakang,lihat depan,tengok atas tengok bawah..ukur badan,timbang badan

suk said...

Tuan anonymous jangan lupa perkataan(tiada paksaan dalam ugama Buddha)..sebab puak alajji akan dapat tembak balik pula.Berhati-hati he he he

Anonymous said...

Sami yang baik yang tidak terpesong tu lebih ramai dari yang dok menunjuk ciri ciri alajji tu.Yang orang dok tegur dan dok kutuk dalam internet ni susuk yang sesat dalam alam sami.

BUKAN KUTUK SAMI.

Susuk susuk inilah yang dok pegang tepi kain dan jadi barua orang politik.Dok berleter tunjuk pandai suruh orang kampung bela ayam bela babi.Yang dok bagi keputusan 4D dg HP canggih semasa ada majlis orang mati.Yang malas bangun pagi pergi binthabart kerana asyik tengok cd lucah sampai larut malam.Yang mengutamakan bahan bacaan tentang politik dan aktes-aktres dada montok daripada mentelajaah buku thamma.

Dan bermacam 1001 lagi yang bukan kerja ciri ciri seorang sami.

Anonymous said...

Demo percaya tak, lepas ni ketua sami kawe di aloq setaq akan dapat Datuk. Tahun lepas dah dapat pingat biasa. Good Morning, Datuk Phrakhru..

Dengan duit, setpol pun boleh beli. Hari2 Setpol pi duduk sembang kat wat tu.

Ada harapan nampaknya. Kawan kawe kat KL cakap-cakap, ketua sami kat KL juga nak Datuk. Berapa banyak duit demo sanggup keluaq. Janji boleh rekemen Datok kat demo.

Rasanya alor Setaq dapat dulu sebab dia ngam dgn Setpol. KL takdak harapan.

suk said...

Dalam semua bidang ada yang terpesong .Doktor tipu pun ada yang baik banyak.Polis rasuah pun ada,yang baik menjalankan tugas pun belana.Peniaga jual barang expired pun ada,yang baik-baik pun tidak kurang.Begitulah tidak perlu hurai banyak-banyak,fikir sendiri.