Monday, September 14, 2009

Sami Yang Tidak Diakui Oleh Buddha

Mana-mana Bhikkhu / Sami yang menipu, cakap tak berasas, bongkak, sombong dan ego, bukan orang Buddha. Buddha tak terima Bhikkhu sebegini sebagai orang Baginda. Maksudnya Bhikkhu begini tidak diakui oleh Buddha sebagai murid Baginda.

Ini Buddha yang cakap. Bukan aku reka cerita. Jika tak percaya, sila rujuk kitab Tipitaka: Chatukanibat Anggutaranikaya 21/33/26. Kalau baca tak faham, tanyalah Phra Maha.

Sami penipu, pembohong, sombong, angkuh dan ego tidak diakui murid oleh Buddha. hanya kita sahaja yang mengaku. Buddha sudah campak buang, tapi kita kutip balik. Buddha sudah tak pandang, tapi kita puja-puja. Sami jenis apa ni? Lu fikirlah sendiri.

Masalahnya sami yang tidak diakui murid oleh Buddha semakin hari semakin ramai. Di Kedah ada, di Kelantan ada, di Perlis ada, di Perak ada, di lembah klang ada. Pendek kata ada di mana-mana. Barua-baruanya juga ramai. Pantang disentuh sikit, barua-baruanya pasti melenting dan membalas balik.

Barua-barua ini sangat setia kepada sami. Dia sanggup buat apa saja apabila disuruh oleh sami termasuk beli beer dan nasi bungkus untuk buka puasa waktu malam.

Cukuplah membodohkan orang Siam! Orang Siam sekarang sudah celik mata!

1 comment:

suk said...

Jika pemahaman anda tentang ugama buddha sudah jelas tunggu apalagi...teruslah practic dan mengajar mereka-mereka yang masih dalam kegelapan(kafir pinjam dari ugama lain)nescaya..anda berjaya.sadhu3