Monday, September 7, 2009

Sedapnya Minum Beer dalam Kereta Mewah

Sekarang ini ramai Tok Sami Siam ada kereta sendiri. Ada kereta bagus juga kerana zaman sekarang kereta bukan lagi barang kehendak, tapi barang keperluan. Jadi, wajar juga ada kereta sendiri. Cuma yang tak berapa wajar apabila kereta itu bukan sekadar barang keperluan semata-mata, bahkan "barang kemewahan" dan untuk menunjuk-nunjuk.

Masakan tidaknya, Saga, Perodua, atau Toyota biasa saja tak ada kelas. Kurang-kurang mesti Honda, Mercedes atau kereta mewah lain barulah bergaya. Tersipu-sipu malu Tok Imam masjid melihat Tok Sami Siam duduk tersengih di dalam kereta beleduh.

Untuk kelihatan lebih bergaya, tidak kurang yang memandu sendiri. Kata sesetengah orang, sami memandu kereta tak salah (kalau ada lesen yang sah) kerana tak ada dalam vinai (disiplin sami). Sami boleh mendayung sampan. Oleh itu, kata mereka sami juga boleh memandu kereta. Aku tak mahu komen apa-apa. Cuma, satu hal kita kena ingat sesuatu yang dipertikaikan/diperkatakan oleh masyarakat iaitu "lokavacca" tak wajar dilakukan oleh sami.

Bagaimana dengan sami yang ada pemandu? Ini teladan yang bagus. Ada drebar boleh duduk berlagak seperti orang besar atau tauke kaya.

Cuma yang tak berapa bagus apabila ada segelintir pemandu yang bertindak sebagai "waiter" sekali gus. Apabila nak bawa sami ke perjalanan jauh, sebelum keluarkan kereta dari garaj, dia akan bawa bersama BEER sekotak dua sebagai minuman dalam perjalanan. Apabila kereta mula bergerak, tin BEER pun dibuka - siiuuup! Bukan pemandu yang minum, tapi Tok Sami yang minum. Tok Sami minum beer dalam kereta selamat kerana tak ada orang nampak kecuali pemandu setia itu. Apabila sampai ke destinasi, takut ada tikus terhidu bau beer, Tok Sami akan makan gula-gula Hacks.

Nak tahu Tok Sami mana yang suka minum beer dalam kereta? Tengoklah mata pemandunya. Kalau pemandunya masa turun dari kereta, mata merah dan ada bau beer, sahih bosnya juga ada minum.

Sesiapa yang pernah jadi pemandu kereta Tok Sami arif benar tentang perkara ini. Tapi bukan salah mereka. Bos mahu minum. Dia cuma menumpang sekaki saja. Dan dosanya boleh dikongsi bersama!

Nota: Aku ada senarai nama sami yang ketagih beer, tapi belum tiba masanya untuk didedahkan.

15 comments:

komuniti sederhana siam said...

setiap saat masa berlalu...
Sudah lama kita tinggalkan hari itu.Dah masuk tahun 2552 tahun buddha.Apakah kita masih belum tahu?atau masih seperti dulu,tidak tahu perubahan seperti dulu walaupun kata-kata komuniti siam baru mahu perubahan.Rasanya tidak tahu perubahan pula.Cakap saja pandai tapi buat belum pasti!Tengoklah dok lekat pasal minum beer dan kereta mewah.Apa yang dikatakan perubahan itu?Mahu berjalan kaki ke?Ikut zaman buddha dulu ke?itu kata mahu maju,itu kata mahu ubah,apa yang ubah?maafkan dunia ini dan dunia depan,sadhu.....

boxbox said...

eerrr . . !!
aku x paham apa mamat siam nie tulis.
maksud dia minum beer dlm kereta tu kira satu perubahan ke? maju ke tu? bagus ke?

kalu mcm tu apasal stop kat minum beer je? amacam kalu tok sami ada anak bini. bela pompuan. pi golok. makan mlm kat restoran. maju kan? satu perubahan. bagus kan?

eerrr . . .!! boleh sapa2 tlg xplain kat aku apa yg mat siam nie maksudkan.

Lo mo so said...

Tertarik saya dengan maksud "ubah atau perubahan" yang di soal oleh Khun KSS.

Pada pendapat dan fahaman saya,"ubah dan perubahan' disini adalah bermaksud keberanian Khun KSB meluahkan isi hati dan rasa bertanggung jawab terhadap kaum dan agamanya dan kesediaan beliau membuka pekung dalam masyarakat kita terutamanya dalam masyarakat sangkha.

Cakap-cakap dan bisik-bisik tentang salah laku dan aktiviti songsang dalam komuniti SANGKHA bukanlah perkara baru malah sudah lama dibualkan oleh masyarakat kita.

Perbezaannya disini ialah orang tua dulu-dulu (orang kampung)cuma berbual hal hal begini dikalangan kelompok dan kampungan masing-masing saja berbeza dengan sekarang yang berani dedahkan terang-terangan melalui internet.

Saya sebagai seorang yang pernah menjalani hidup sebagai DEK WAT dan PHIKKHU dapat memahami bahwa majoriti phikkhu itu sendiri tidak bersetuju dengan cara hidup para jubah kuning pengamal aktiviti songsang vinaisong ini.

Walaubagaimanapun bukanlah semudah yang difikirkan nak menasihati dan membawa "mereka" ini balik ke pangkal jalan kerana seakan-akan ada "kuasa hitam" yg menghalang apatah lagi kalau ia melibatkan yang "senior" dan bertaraf "ketua".

Kemungkinan sebab diatas adalah salah satu penyebab mengapa Khun KSB mengambil keputusan "membuat perubahan" menulis tentang kepincangan dan salah laku segelintir "mereka" yang terpesong itu.

Disini..saya juga ingin mengambil kesempatan (minta maaf khun KSB)menyambut kemunculan blog Khun KSS.Saya harap KSS dapat terus menulis dan memberi info yang tepat pada kaum komuniti kita demi untuk elak tanggapan salah faham dan untuk kemajuan minda bersama dan generasi seterusnya.

SAYA, SEORANG YANG KERDIL INI MENYOKONG DAN BERPANDANGAN POSITIF TERHADAP TULISAN DARI MASYARAKAT KITA DAN SETIA MEMBACANYA.

Anonymous said...

Lo mo so dan boxbox kenapalah kurang cerdik kamu berdua.Kenapa tak suruh KSB guna saluran anak jantan utk selesaikan masalah sami.Saya pun tahu ada sami yg bermasalah dinegara ini dan juga di Thailand.Tetapi kenapa tak panggil sami tersebut dan para sami lain dan org kampung utk bersemuka bagi menyelesaikan masalah?Kenapa cetek sgt fikiran kamu berdua?Selain hari ini,esok akan mendatang.panjang lagi perjalanan kita dalam dunia ini. Fikir-fikirkan.

suk said...

Seakan-akan membawa idea baru,tetapi sebenarnya idea lama.Atuk-atuk,nenek-nenek,bapa dan emak pun kritik tok sami juga dulunya.Biasanya kat rumah ataupun kat kebun-kebun.kini tempatnya tidak sama dalam internet pula.Tidak habis-habisla
Misalnya zaman 60an kritik pasal tok sami perlihara lembu dan lembu itu makan padi orang,jadi sampai kena report kat Than Chau koon pula.
Pasal tok sami tidak suka cakap pun orang kampung bual-bualnya juga.apa guna jadi kalau tidak berbual dengan orang kampung,kat mereka.
Ada juga kritik ,tok sami tidak reti suat kusala,jadi phra dah lama tapi tidak pandai suat.Ada juga mereka complain.Apa guna mereka kata.ha ha ha.
Jadi,dah lama..bukan idea baru saja.Kini,kat kedai kopi dan pasar-pasar pula orang berbual pasal tok sami.
Berbalik kepada pula pasal KSB itu kritik,rasanya dia hari dalam blog aje,mana berani nak berdepan dengan tok sami-tok sami.Masalah bukan senang,nanti bila kritik depan-depan,tok sami tanya kita pula,hemmmm susah juga.
Mungkin mereka akan tanya pasal sila5 yang kita patut pegang sebagai manusia.Atau jasa kamu kepada masyarakat siam pula..rasanya begitulah.
Saya tidak pasti.cuma agak-agak sahaja.mungkin KSb berani kerana benar?Atau ....semuanya tidak pasti..

pena reformasi said...

Aku tak takut berdepan dengan Tok Sami andainya dapat selesaikan masalah. Pokoknya aku dah banyak kali berjumpa Tok Sami, tapi masalahnya tak boleh selesai. Aku bukan setakat jumpa Tok Sami Malaysia, bahkan aku pernah mengadu kepada Maha Thera Thailand, tapi semuanya bagai curah air ke daun keladi. Sekarang aku sedang usahakan cara lain untuk hantar senarai nama sami Siam Malaysia yang terlalu "melampaui batasan vinai" kepada Khanak Song Thailand. Walaupun tak ada tindakan yang konkrit, sekurang-kurangnya mereka boleh tahu sami mana yang "bersih" dan sami mana yang "kotor".

Pengaruh tok sami dalam masyarakat Siam sangat kuat. Apa yang dikatakan oleh tok sami dipercayai biarpun tidak benar. Apa yang dilakukan oleh tok sami dapat diterima biarpun jelas melanggar vinai-song. Sebabnya majoriti masyarakat Siam masih "kabur" tentang dhamma dan vinai-song. Mereka terikat dengan Micca Ditthi berbentuk mitos yang disogokkan kepada mereka sejak zaman berzaman.

Misalnya, ada dhamma mengatakan sesiapa memecah belahkan "Sangha/Phra Song" tak akan dapat masuk syurga. Akibatnya masyarakat sangat takut bersembang pasal sami kerana takut tak dapat masuk syurga (syurga tu di mana?). Walaupun mereka tahu/nampak sami buat salah, mereka lebih rela berdiam diri. Bila ada anak-anak bertanya, mereka suruh diam.

Sebenarnya "Sangha/Phra Song" yang dimaksudkan dalam dhamma itu ialah Sangha / Phra Song yang memenuhi ciri-ciri Sangha / Phra Song. apakah ciri-ciri Sangha / Phra Song? Sila rujuk bot suat Itipiso bahagian Supatipanno ....Sangha-khun). Individu yang tidak memenuhi ciri-ciri dalam Supatipanno ... biarpun kepala botak, pakai jubah kuning, bukan Sangha - Phra Song dalam erti kata yang sebenar, melainkan Sangha olok-olok yang hanya diterima oleh masyarakat Siam. Kalau Buddha masih ada, nescaya Buddha akan tolak Sangha jenis ini.

Oleh itu, daripada membuang air liur bersemuka dengan "alajji berbulu sami" lebih baik aku "buka mata" masyarakat, terutama golongan muda agar mereka dapat membezakan antara sami/phra song yang betul/tulen dengan sami/phra song kepura-puraan. Harapan aku supaya masyarakat yang "celik mata" tidak akan "saddha" secara membabi buta kepada alajji. Saddha mesti disertai panya kerana saddha tanpa panya akan jadi sesat (ngom-ngai.

Aku juga tak takut apabila disoalkan tentang agama kerana aku tahu apa yang aku tulis. Aku tak sehebat mana dalam soal agama, tapi tak sebodoh sesetengah sami yang dah 10 tahun jadi sami tapi tak tahu walaupun asas ajaran Buddha.

Ada seorang Ketua Sami di Kelantan yang jadi sami lebih 40 tahun mengeruh panjang apabila ada muridnya tanya tentang "Lokutta-dhamma". Kata Tok Sami tu, "Usah sampai ke tahap tu, tinggi sangat, bukan tahap kita!"

Alamak, "Lokuttara-Dhamma" tinggi sangat bagi sami, habis bagi siapa baru tak tinggi? Nsmpsk sangat ceteknya ilmu Ketua Sami yang bergelar Phra Kru tu.

(Untuk makluman saudara seagama sekalian, aku tak pernah langgar Sila 5 secara sengaja, kecuali dalam keadaan tertentu yang tak dapat dielakkan)

suk said...

Siapa yang mendapat faedahnya ya? Seumpama seluar yang koyak di punggung,orang lain nampak tetapi kita tidak nampaknya.
Tahu sahaja tidak cukup,belajar sahaja tidak cukup,mengajar sahaja pun tidak cukup.Mengikut sahaja pun tidak cukup....
Di sini saya ingin turunkan kata-kata Dr.Sri Dhammananda..belajar sahaja tidak practic(patibat)adalah kosong,Practic sahaja tidak belajar adalah buta.
Fikir-fikirkan...ramai juga Phra Maha Thailand yang belajar Dhamma hingga mendapat hingga pangkat ke-9,tapi keluar sami(sik) mabuk siang ke petang.menumpang wat minta simpati bila tua.! semoga kita melepasi segala marn(musuh luar dan dalam)sadhu.

Lo mo so said...

Khun Anon 7.01,

Pembohong besar lah khun Anon 7.01 nih kata saya "kurang cerdik sikit"...tetapi terima kaseh banyak banyak kerana sudi menegur saya.sebenarnya saya rasa diri saya ni "kurang cerdik banyak".

Kurang cerdik banyak sampai tak tau nak buat macamana dan nak kata apa apa pada segelintir pengamal songsang terhadap agamanya sendiri.

Pada khun Anon 7.01 yang rasa diri lebeh cerdik dari saya ,saudara Boxbox dan mungkin ramai lagi yg kurang cerdik disini, harap boleh buat lah sesuatu...

Khun sendiri pun tahu dan mengaku ada sami yg terpesong. Saya fikir orang cerdik pandai macam khun bolehlah gunakan cara dan pendekatan anak jantan menghadapi mereka yang songsang itu.

Amat berharaplah khun anon 7.01 berjaya dan membenteras para perogol dan pelacur yang menumpang dan menderhaka pada agamanya sendiri.

Jadilah contoh cerdik pandai yang waras, bukan yang ego's, buta hati dan memekakkan telinga sendiri.

Anonymous said...

Sudahlah pena reformasi oi!!! kau ni penipu besar.Aku kenal kau dari kecil lagi.udahlah.insaflah.jangan tambah dosa lagi.fikirkan masa kau dalam keadaan tenang.aku nampak kau hari hari.ha ha ha ha!

pena reformasi said...

Siapa pulak yang kata kenal aku sejak kecil dan nampak aku hari-hari? Boleh buktikan tak?

Jangan berguraulah brader, mana ada kamu nampak aku hari-hari, lainlah kalau kamu ni Dewa jenis Devada dern din ... kah, kah, kah!

Anonymous said...

Teruskan perjuangan kau pena refomasi, segala tomahan, pandangan '+'ve dan '-'ve akan menjadikan engkau lebih matang/bersemangat. Kembalikan arah yg betul pd mereka yg telah lama terpesong.

Thai SIAM said...

saya sependapat dengan khun anon 12.01pm.
teruskan perjuangan anda khun pena refermasi. sekurang-kurangnya ia dapat membantu genarasi muda siam mengetahui lebih mendalam lagi tentang khanak song thai, yang mana betul dan yang mana terpesong.

Yang benar tetap benar, yang terpesong kita cuba betulkan.

pena reformasi said...

Terima kasih para sahabat yang memahami niat aku dan berikan aku semangat. Aku akan terus tulis apa yang patut agar generasi muda dapat bezakan yang betul daripada yang salah.

Seandainya apa yang aku tulis terpesong daripada Dhmama-vinai, tolong beritahu, aku amat mengalu-alukan teguran membina.

Agama Buddha dan institusi Sangha Thai (Siam) akan terpelihara kesuciannya apabila kita bersama-sama menjaga dan memuliharanya (pulih dan pelihara).

boxbox said...

aku malas nak cite pasal sapa bodoh sapa cerdik nie.

tapi kalu ditegur dah, dilarang pun dah tapi dok buat perangai lama gak tak tau la cerdik ke bodoh.

itu belum lagi yang ada mata buta ada telinga tuli,ada mulut bisu. geng nie yang paling teruk sekali.

teringat aku kat tiga ekor monyet tu.
au hu pai na au ta pai rai kata orang siam.

anak jantan tu apa? kalu diaorang tak dengar kita belasah dia? hanya kerana perjalanan kita panjang lagi maka kita kena jadi buta, pekak dan bisu?

suk said...

...sila tunjukkan apa yang anda cakap itu benar....bukan setakat berbual kosong tidak membina.Comment membina itu baik,tetapi kalau comment setakat lepaskan geram faedahnya kurang elok....