Tuesday, September 15, 2009

Siapa Mahu Lihat Buddha, Baca Ini

Ada orang kata kita rugi dilahirkan zaman sekarang kerana tak sempat lihat Buddha. Orang yang sempat lihat Buddha ialah orang yang beruntung. Aku tak menafikan bahawa mereka yang sempat lihat Buddha ialah orang yang beruntung. Jika dapat dengar ceramah dari mulut Buddha, atau dapat jadi anak murid Buddha lagi beruntung.

Saribut, Mokkanla, Anon, Ubali dan lain-lain ialah Bhikkhu yang beruntung kerana sempat belajar dengan Buddha sampai Arahan. Ong Kulimarn paling beruntung kerana tanpa Buddha, nescaya beliau sudah jadi penghuni neraka. Hasil nasihat Buddha, Ong Kulimarn praktis Dhamma sampai Arahan. Nang Visaka individu beruntung kerana sejak umur 7 tahun sudah capai tahap Ariya Bukkhon (Sodaban). Banyak lagi orang beruntung pada zaman Buddha yang tak terhitungkan. Mereka ini "mempersembahkan diri" pada Buddha.

Walau apapun, kita yang lahir zaman sekarang juga tak rugi. Kita masih ada kesempatan lihat Buddha, kenal Buddha dan "mempersembahkan diri" pada Buddha.

"Siapa nampak Dhamma, dia nampak kita; siapa nampak kita, dia nampak Dhamma!" Lebih kurang beginilah kata-kata Buddha.

Maksudnya, bukan semua orang yang lahir pada zaman Buddha, pernah berjumpa Buddha atau bersembang dengan Buddha akan "nampak" Buddha jikalau dia tak "nampak" Dhamma (tak tahu Dhamma). Orang yang lahir zaman sekarang iaitu kita yang tak pernah jumpa Buddha, tak pernah lihat wajah Buddha tetap akan "nampak" Buddha jikalau kita "nampak" Dhamma (memahami Dhamma). Malah kita yang mengamalkan ajaran Buddha lebih mengenali Buddha daripada sesetengah Samana Brahma yang asyik menafikan ajaran Buddha.

Buddha pernah kata bahawa Bhikkhu yang memegang hujung kain (sangkati) Buddha sambil berjalan rapat-rapat mengekori jejak Buddha sekalipun, andainya Bhikkhu itu penuh dengan perasaan tamak, dendam, berniat jahat, bernafsu-nafsi, hati tak tenteram dan sebagainya, dia sebenarnya berada jauh dari Buddha dan Buddha juga berada jauh dari dia.

Sebaliknya, Bhikkhu yang berada jauh dari Buddha (100 jod) tapi tak tamak, tak ada simpan dendam, tak berniat jahat, dapat kawal nafsu-nafsi, hati tenteram dan sebagainya, dia sebenarnya berada dekat dengan Buddha dan Buddha juga berada dekat dengan dia.

Apabila kita belajar dan praktis Dhamma sehingga berjaya melupuskan ketamakan, kemarahan dan kesesatan, kita juga boleh mengenali Buddha, berada dekat dengan Buddha dan Buddha juga akan berada dekat dengan kita.

Amalan "suat mon" dan Samadhi (meditasi) merupakan amalan yang kita dapat berada paling hampir dengan Buddha. Ketika kita duduk samadhi, kita berasa tenteram, jiwa kita hening; ketika itulah detik paling sesuai "menghadap" Buddha dan berada hampir dengan Buddha.

Tapi orang Siam sedikit rugi kerana jalan ke arah mengenali Buddha selalu dipesongkan oleh kaum Sami Alajji. Mereka ini suka benar membawa orang Siam ke arah yang salah. Mereka patut bawa orang Siam ke jalan mengenali Buddha, sebaliknya, mereka bawa orang Siam ke jalan sesat. Siapa yang tak ikut jalan mereka akan dilabel bermacam-macam, termasuk dituduh anti-sami (anti phra song). Tak ada penganut agama Buddha di dunia yang anti sami kalau sami tersebut betul-betul sami.

Sampai bila kita nak biarkan diri kita dibawa ke jalan sesat?

(Sila rujuk Tipitaka: Itivuttaka Kutthakanikaya 25/300/272)

(Nota: Aku terpaksa beri rujukan Phra Traipidok supaya barua Alajji yang tak percaya tulisan aku buat rujukan)

14 comments:

Anonymous said...

Ambo suka baca posting ini, teringat Guru ambo yang selalu pesan jangan lupa dekatkan diri dengan Buddha.

Ambo sokong usaha pena reformasi yang dedahkan perbuatan sami alajji di samping beri penjelasan dhamma. Syabas!

Anonymous said...

Barua alajji reti baca phra traipidok ke? Menyalak pertahankan tuannya reti la!

Anonymous said...

Anon 12.39 hati di tak dekat dgn Buddha langsung.Sah memang sah.ha ha ha!tgk saja cara dia tulis.Dengki dan penuh kemarahan.Ha ha ha! Boleh tak KSB nasihat dia sikit.

Thai SIAM said...

Syabas khun pena reformasi...

Satu paparan yang sangat baik. Teruskan usaha mulia anda.

Anonymous said...

Alajji ni slalu dok bawah kain sarung sinator. hah hah 55555555 Mana nak nampak cahaya Buddha.

Anonymous said...

Tuan Blogger, boleh tanya ke? Pernah ke Buddha ditegur atau diberi nasihat oleh orang kampung?

suk said...

Ramai orang yang tahu dhamma belum pasti lagi mengikut cara dhamma.

Anonymous said...

Aku setuju dengan khun suk. kadang-kadang ada juga orang yang tahu Dhamma hanya mempergunakan pengetahuan dhammanya itu untuk memperdayakan orang lain iaitu memperlihatkan kebaikannya untuk niat yang tidak baik.

pena reformasi said...

Buddha pernah ditegur oleh Brahmana yang tidak faham dengan ajaran Buddha.

Contohnya, Buddha pernah ditegur (disindir)oleh seorang pesawah yang Buddha hanya tahu makan, tak tahu tanam padi sendiri. Buddha juga pernah dituduh sebagai dedalu menumpang masyarakat.

Semuanya dijawab dengan baik oleh Buddha. Buddha beritahu yang "amalan mulia" yang diamalkan baginda umpama "sawah padi" yang sedang diusahakannya.

suk said...

masalahnya,di sini bukan ditegur atau difitnah ataupun dituduh tetapi jelas mempermainkan ugama...ramai yang kata tahu tetapi amal tak?
...cubalah mengajar dalam blog ini tentang: sila,samadi dan panja.
metta,karuna,mudita dan ubekka.pun elok....sekadar cadangan sahaja,kalau tidak mampu tidak mengapa,lupakan saja.

Anonymous said...

Puak alajji ni mesti dibanteras habis-habisan. walaupun tak berhasil sepenuhnya, tapi lebih baik daripada membisu seribu bahasa. Orang yang subahat dengan puak alajji sebenarnya yang penakut dan pengecut. Kalau berani, kenapa tak keluar dari sami cari makan sendiri tak perlu tumpang orang kampung.

bila keluar dari sami mesti buat kerja. Baka alajji jenis malas kerja. Selain kakan free, tidur free dan raba buntut free, lain tak tahu nak buat. Tak guna betul binatang alajji ni. anjing pun tahu cari makan sendiri.

Woi, malas sangat, pergi terjun sungai!, tambun-tamtan pada buaya!

Syabas KSB!

Anonymous said...

aljji kampung aku dah tua bangka tapi gatainya mengalahkan alajji muda. Pantang nampak anak dara, kenyit-kenyit mata.

suk said...

kepuasan manusia tidak sama! ada yang memburuk-burukan orang lain,ada yang merendah-rendahkan orang lain.Tetapi,tidak membaiki diri sendiri.(nape?) dah kata kan,kepuasan manusia tidak sama.Bila menjadi seorang anak kita komen bapa kita,bila kita menjadi bapa,baru kita tahu...(kenape macam nie)pengalaman tidak dapat dibeli.Kita sendiri akan alaminya.Pemain bola sepak dengan penuntun bola sepak tidak sama. Turun padang bermain bola,dok atas kerusi lepar batu dan botol,kan tidak sama.

Anonymous said...

Betoi tu khun suk . yang aku risau dah lah ada sami alajji. nanti timbul pula Blogger alajji. kah kah kah.