Friday, September 4, 2009

Yang Palsu Dibanteras, Yang Menipu Dibiarkan

Sekumpulan penganut agama Buddha yang prihatin sedang membentuk satu "Jawatan Kuasa" untuk menangani isu sami palsu yang minta sedekah di sekitar Lembah Klang. Sami palsu ini telah mencemarkan imej agama Buddha dan memalukan penganutnya. Aku diberitahu oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa kumpulan prihatin ini kebanyakannya datang dari Buddhist Vihara, Brickfields. Mereka ingin bekerjasama dengan polis, DBKL dan Kerajaan Selangor bagi membanteras pengemis terhormat ini.

Mereka turut mempelawa wat Siam yang ada di sekitar Lembah Klang menyertai mereka. Ramai sami palsu yang berkeliaran di Lembah Klang datang dari Thailand. Jadi, penyertaan wat Siam yang tentunya lebih memahami dhama-vinai Theravada Thai amat dialu-alukan.

Malangnya, sebuah wat Siam di Lembah Klang telah menolak pelawaan tersebut. Khabarnya Presiden wat yang menolak. Alasannya tidak diberitahu.

Bagaimana pula dengan "sami dedalu" (parasit) yang tinggal di wat Siam di sekitar Lembah Klang? Bagi aku yang ini lebih bahaya daripada yang minta sedekah di jalanan. Yang minta sedekah di jalanan orang sudah tahu dia menipu. Oleh itu, sukar bagi dia menipu orang. Yang tinggal dalam wat Siam ni yang bahaya. Orang ingat dia Bhikkhu/Sangkha betul - jenis supatipanno, yayapatipanno, samicipatipanno ... punyakettang lokassatik, jadi mudahlah dia menipu orang. Kalau tak percaya, tengoklah dia pakai kereta apa, hand phone jenama apa, kamera berapa harga, tv plasma berapa inci. Mewahnya kalah pegawai tinggi kerajaan. Ini belum diambil kira duit dalam bank, ASB dan hartanah yang dibeli masa jadi sami.

Cukuplah membodohkan orang Siam.

31 comments:

Thai SIAM said...

Khun Blogger,
zaman sekarang nie kan zaman kebendaan, setiap wat siam n sami berlumba-lumba mengumpul kekayaan duniawi. Ada yang buat bomoh dan ada yang menganjurkan konsert termasuklah permainan bercorak perjudian. Tujuannya untuk apa..

Skrng ni pun kebanyakan wat siam yang ada kenderaan sendiri, van, mpv, merz dll. Ada drpdnya dipandu sendiri oleh tok sami. saya pun tak tahulah samada ia bercanggah dengan sila atau tidak.

bagi mereka yang arif tu komenlah sikit.

pena reformasi said...

Aku amat mengalu-alukan komen drp mereka yang arif tentang "barang keperluan" sami pada zaman moden ini.

Adakah kereta mewah itu barang keperluan berbanding dengan van biasa; telefon berkamera dengan harga ribuan ringgit barang keperluan berbanding set murah berharga ratusan; tv plasma puluhan ribu barang keperluan berbanding tv biasa?

Anonymous said...

Semua itu tak canggih lagi berbanding "honda accord" dua tayar yang boleh dibuka tayar automaticnya tu....dasar manusia berjiwa kucing dalam jubah kuning.

Anonymous said...

Bagi babi sama anjing makan lebih mulia dari bagi sami alajji makan. Bbi sama anjing tak tipu orang. Tapi sami alajji tipu dan rompak orang kampung yang miskin. Sami alajji lebih hina daripada babi sama anjing. Tiada yang lebih keparat daripada sami alajji ini.

Sapa tak tahu apa ke jadah sami alajji, mai aku khabarkan. Sami alajji ialah sami yang ditasbihkan mengikut adat keagamaan yang betul dalam bangunan suci Ubosot/bot oleh Upacca yang diiktiraf. Pakai, makan, minum, tidur, duduk, berdiri, berjalan dan bercakap sebji macam sami betul. Bezanya sami alajji ni "memuja duit", "menyembah pangkat", "mempraktik kuasa", "menipu masyarakat" dan lain-lain.

Kalau anda orang Siam pergi wat dengan kawan Cina, sami alajji akan tanya kawan anda dulu kerana dia sangka kawan anda bawa banyak duit, maklumlah orang Cina memang mudah ditipu sami alajji. Walhal Cina tu cuma pekerja di syarikat anda.

INGAT: SAMI ALAJJI HANYA PENTINGKAN DUIT, HARTA, PANGKAT DAN KUASA.

Sami betul pentingkan disiplin, moral dan pendidikan umat.

Anonymous said...

Saya juga ada sumber dari Kedah. Seorang alajji bukan Than Chau Khun dah keluarkan fatwa kepada semua ketua-ketua sami di Kedah. Jangan hadir majlis yg dianjurkan di Wat Praimai pada 25 Sptember ini. Katanya majlis yg dianjurkan tu cuma menjeratkan ketua-ketua sami dengan duit haram. Nanti ketua sami yg terima duit akan hadapi masalah besar.

Saya rasa sami la ni pelik betul. Tak bagi duit bising, bila bagi duit tu boikot pulak.

Lagi satu fatwa. Ini fatwa masa AGM sami di Penang. Mengenai jangan bagi duit kat Ruamthai anjur seminar. Depa ni anjur majlis mengorat sesama mereka sahaja. Mana-mana Ketua Sami dlarang bagi sumbangan bila puak Ruamthai mai kutip duit. Inilah sami zaman baru di Kedah. Kesian Than Bun dgn Than Phiang.

Anonymous said...

Klu beli kenderaan sebagai hak milik wat tu kira Ok la..yang tak Ok nya milik peribadi...duit hak org tamboon utk wat..
Tamboon pi la para kaum buddhist yang budiman dan dermawan....buat lagi majlis pokok bunga...derma banyak-banyak!!

pena reformasi said...

Nak bagi duit pada Ruamthai buat apa, bukannya ada "Mei Mai" dalam Ruamthai. Kalau ada "Mei Mai" boleh raba-raba bontot, berebut nak bagi sponsor.

Apa khabar Phor Than Khum, berapa duit yang dikebas oleh "Mei Mai" tempoh hari? Kah, kah, kah, ingat gua tak tahu ka?

Anonymous said...

Phor Than Pat dan Phra Maha Mat makin ganas di Kedah.

Anonymous said...

Wahai ahli2 Ruamthai. Dah lama hangpa wujud, rasanya dah boleh berdikari. Jangan harap duit sami lagi. Sami la ni tak sama dgn sami dulu. Depa lebih sayang duit drp bangsanya sendiri. Ada ka patut kata seminar tu utk mengorat. Aku rasa lebih baik siam mngorat siam, drp bagi sami bantai sendiri.

suk said...

semoga anda semua bahagia,
Dalam dunia ini banyak idea...tapi kalau idea sahaja tak berguna. Bercakap aje tidak berguna.Berfikir aje tidak berguna. Rasanya kena lakukan sesuatu.Sesiapa yang aje yang pandai bercakap jadi ahli bahas memang elok.Berfikir aje jadilah ahli fikir.Begitu juga ahli kritik kena jadi kritik aje.Entah yang lain pandai atau tidak.Maaf tak pasti.Selalunya orang yang membuat(yang buat)yang susah.Mereka kena berat dengan kerja tambah orang kata lagi.BUKAN SEKADAR TIDAK BAGI IDEA TAPI LETAK PENGHALANG KRONKRIT LAGI....sedar wahai saudaraku.. maafkan saya dunia ini dan dunia depan.sadhu.

pena reformasi said...

Aku amat setuju dengan kata-kata Suk. Fikir dan cakap saja tanpa buat tak berguna. Buat tanpa cakap pun tak boleh nanti orang ingat kita bisu. Buat tanpa fikir lagi tak elok, nanti jadi kaldai.

Seeloknya fikir, cakap dan buat barulah berhasil.

Nota: "Phra Teimi Bai" ada fikir, ada buat walaupun tak cakap.

suk said...

Semoga anda semua bahagia...
Mengkritik tidak salah, memang bagus.Ramai boleh kritik.Sesiapa pun biasa membuat kritikan.Tetapi,kita kena ingat juga kritik untuk apa? Apa yang Dapat? Masa kritik itu ada dengki tidak?Tamak?Marah? atau lain2 sifat yang tak suci.Lepas itu kita mengkritik orang lain. Kalau sifat itu ada,maknanya kritikan yang kita buat jadi tidak elok.Tidak sesuci yang mana.Tidak mendapat apa-apa.Mungkin dapat melepaskan geram sahaja.Seelok-eloknya(samadhi)tenang fikirkan kita dulu.Renung ke dalam badan kita dulu,(15 minit)bagi hati cukup tenang.Selepas itu baru buat kritikan yang suci.(apa yang kita tanam,yang itu kita dapat)kena ingat juga.Orang lain tidak tanam untuk kita,kita yang tanam sendiri.Dosa pahala adalah kita lakukan bukan sebab orang lain.Cuba guna fikirkan kita ke jalan yang murni dan suci.Cuba kita berdoakan kepada sesesiapa yang melakukan kesalahan dapat kembali yang jalan yang baik.Kesianlah mereka.Mereka pun teman kita juga.Teman lahir,tua sakit dan kita.Tidak kira ugama mana,bangsa mana,negara mana,pun sama...mati juga akhirnya.Jadi,doakan semuanya.Tidak berdengki dengan mereka.(dalam cerita phra teimi bai)itu junjung sacca...tapi tetap lakukan...sadhu

suk said...

semua anda semua bahagia!
Bila sami dah mendapat derma duit sangha nak buat apa,ya?Sponsor budak universiti,bila dah pandai keluar mari gigit orang yang memberi pula.Sponsor sami pergi belajar dekat thailand,belum habis belajar dah bawa bini balik.Simpan untuk saudara sendiri takut "barami" tak cukup,makan diri.Sepatutnya diberi kepada siapa ?Pemikir dan pengkritik pasti tahu.

suk said...

semoga anda semua bahagia,
Ada kereta memang salah.Kereta apa pun memang begitu. Tetapi,...tengok ke jauh-jauh.Sami ada hal dekat kampung siapa nak hantar?emak bapa sakit dekat macam mana nak balik? Bus kena tunggu hingga malam.Keretapi pun sama.Kapal terbang mahal.Teksi kena booking,tiada penumpang,mahu cepat kena bayar lebih.Tunggu kawan pun cepat,mahu habis kerja dulu,(kadang-kadang pun benci sebab hari-hari minta simpati tolong hantar)Tolong bagi idea ya

sukki said...

semoga anda semua bahagia,
Siapa di antara kita ini yang tidak tolong sami.Bermula baru beranak dah minta tolong sami sembahyangkan kononnya nak berkat.Lepas itu ,cukup 40 hari pun nak minta tolong sami juga.Jadi,banyak juga peranan sami yang kita kata kepala botak ini.Ada setengah masuk universiti minta duit dekat sami juga.Pergi kerja dekat kuala lumpur,tumpang wat tempat sami tinggal juga,bukan sekejap,bertahun-tahun pun ada,juga.Ada yang sami kena masak untuk mereka.Dah besar dan pandai datang complen sami pula,ini adat orang mana ya,?orang timur?orang barat?sadhu tolong beri idea ...

Anonymous said...

Suk komen anda ada betulnya.Tapi banyak komentar kita yg lain tau cakap je tapi tak tau buat dan tak berani buat. Manusia jenis tak ada telur(mai chai lok phuchai tua cing!)
Setakat dengar kawan pukul gendang aje,kita nak menari.Tak guna macam ini.Tak di perlukan dalam sangkhom Siam.Saya cabar anda semua buat sesuatu untuk selesaikan masalah Alajji.Kita tak boleh duduk diam wahai Siam pengecut!
Berkenaan Ruamthai pula saya syorkan jgn dok minta derma sana sini lagi.Alumni ruamthai tak ada ke?Semua dah bekerja dan ada yg dah hidup senang lenang.Kenapa tak boleh bantu program Ruamthai?Ini masalahnya Khonthai.Cakap aje pandai tapi nak bantu dalam kewangan demi Ruamthai tak mahu.Aktiviti Ruamthai sekarang tak macam dulu lagi.Tak membantu dalam perkembangan dan kemajuan Masyarakat Siam di masa depan.Siam mesti bersatu dan maju.Bila bersatu dan maju barulah kita dihormati.Bila dihormati barulah maruah kita terjaga dan mulia. Fikirkanlah wahai bangsaku.
Siam mesti maju kehadapan selangkah demi selangkah dari semua aspek terutama ekonomi dan taraf hidup kita.Jangan kita jadikan masalah Alajji sebagai penghalang utama.Alajji buat perkara yg salah,dia yg akan terima balasannya.
Anak muda kita dah terpelajar. Mereka dah tahu menilai mana baik dan mana buruknya.Saya syorkan kita maju bersama dalah situasi harmoni. Masalah alajji biar para sami selesaikan.Jika ada diantara kita nak selesaikan juga,saya syorkan supaya kita jadi sami dan selesaikan masalah alajji dan lain2 masalah sami.
Jangan lupa kata2 BUDDHA bahawa sasana akan sentiasa mengikut peredaran masa dimana satu hari kelak para sami cuma akan dapat di kenali identitinya dengan secebis kain kuning ditelinganya saja. Jangan lupa para sami pun manusia juga. Jika kita tahu kesilapan mereka,bawalah mereka kemeja untuk berbincang bagi menyelesaikan masalah. Berani kerana benar tetapi pengecut jika kita tidak membetulkannya. Fikir-fikirkanlah.
Maafkan saya jika komen saya tidak boleh diterima kalian.

sukkaman said...

semoga anda semua bahagia,
Apakah sumbangan kita kepada agama,bangsa dan negara setakat ini?

komuniti sederhana siam said...

semoga anda semua bahagia,
Nampaknya penulis tidak pernah beli barang dari china.Tv 28 inci baru rm400 saja.handphone bercamera baru rm150 saja.Jadi,hendak komen tengok dulu,nanti naik kepala sendiri.
Kawan saya dulu kata ramai siam menumpang wat,yang lupa diri.Masa miskin makan nasi wat,tidur dekat wat,berbini pun pinjam duit wat,dapat anak pun pinjam duit wat,kereta rosak pinjam duit wat.(duit wat erti duit sami di sini)Tidak bagi bangkit hingga 7 keturunan.sudah bagi bukan hendak terima kasih tapi lempar fitnah kepada sami-sami pula.Apa nie?Ini sifat siam ke?

komuniti sederhana siam said...

semoga anda semua bahagia,
CERITA SEORANG LELAKI...Umur belasan tinggal kat wat belajar NAK-THAM.Umur 20 MASUK sami pula,kerana mau bayar budi ibubapa.Bila masuk sami ibubapa akan dapat pahala banyak.Tetapi lelaki ini belum pasti dapat pahala lagi,sebab perangainya tidak dapat di ubah.Masuk sami 5 tahun asyik belajar duniawi saja.Ketua sami suruh belajar dhamma,dia kata tidak dapat cari makan,dunia dah berubah lah.Lelaki yang masuk ini selalu lawan cakap.Dunia dah maju kita kena ikut yang baru.Vinai tidak berguna.Dhamma tidak berguna.Pengetahuan duniawi saja yang akan menjamin masa depannya.Bila dah mendapat tawaran kerja lelaki ini keluar dari sami dan kerja serta berkawin.
Hari ini dalam sejarah.Lelaki ini sudah bertukar pula,umurnya dah 60an dah dekat kubur pula.Dia suka komen sami itu,sami ini,tidak ikut vinai pula.Tidak ikut ketua sami cakap pula katanya.Dhamma itu penting kata.Sebab itu dia bersama dhammakaya..menyebarkan agama buddha.
Ini bukan senjata makan diri?Ingat.....ingat...ingat...kita dulu macam mana?Nanti takut bayangan diri pula.sadhu sadhu sadhu kalau-kalau lelaki ini betul-betul insaf.

Thai SIAM said...

T/ksih khun suk atas komen di atas,

memang saya akui tak banyak sumbangan yang saya sumbangkan kpd agama, bangsa n negara. sejak zaman budak-budak lagi memang wat tidak asing bagi saya, tempat bermain/berkeliaran. jadi sami pun bolehlah dibilang dengan jari tambah pula tak gaji naktham.... ramai orang di kg saya mengaji naktham, ada yang dapat naktham eik, tapi yang sedihnya cara/gaya hidup mereka ini lebih teruk drpd yang tak tahu Dhamma.

memang saya akui, saya kurang arif dalam Dhama. Mujur jugalah sekarang ada TV satelit Thai, saluran TV Dhamma dan TV Dhamakaya yang banyak membantu mendalami Dhamma. nak harapkan para sami kita, entahlah bila...

khun suk,
memanglah tak dinafikan sangkhom thai/siam berkait rapat dengan sami, boleh dikatakan semua aktiviti yang dijalankan kebanyakan melibatkan sami. mengapa?...adakah kita hanya sekadar mengikut/turuti apa yang nenek moyang kita buat?
Apa pula peranan/sumbangan kita kepada sami? boleh dikatakan tiap-tiap hari/minggu masak derma kepada sami, tu semua untuk apa, dll....

Pohon maaf sekiranya ada yang tersilap kata..

komuniti sederhana siam said...

Antara kita siapa anak derhaka!
Masa budak main dok kat wat bila besar lawan Tok sami.
Belajar sekolah tinggi-tinggi dibantu duit Tok sami,bila dah kerja makan gaji,lupa Tok sami,lupa diri.
Masa jadi sami perli Tok sami(ketua)dah keluar mari dengki Tok sami.
Bila susah mari mencari Tok sami,dah jadi senang benci Tok sami.
sadhu.....3x nor

komuniti sederhana siam said...

Salam sejahtera semua,
Sedikit sebanyak buat bicara.Cerita dari kampung terbak yang tidak jauh dari bandar tumpat.Seorang sami menegur orang tua,tapi dijawab oleh orang tua itu,saya dah tau."ibubapa kamu pun aku yang mengajar mereka.Sekarang kamu nak mengajar aku pula,budak mentah".Biasa berlaku dalam sangkhom thai.
Kadang-kadang suara dhamma phra payom dibuka waktu pagi,ramai orang benci Tok sami,sebab mereka hendak tidur.
Mengajar tidak kena,tidak ajar pun tidak kena.Memang ramai suka tok sami thailand,sebab pandai berbahasa lembut,silap hari harta habis tidak khabar.Kesian anda semua...dalami agama buddha dan ikut dhammanya.Tidak berfikir pasal yang lain,sadhu sadhu sadhu

Thai SIAM said...

SEMOGA ANDA SEMUA BAHAGIA...

maaf ya pinjam katax2 dari khun suk, sukki n KSS. adakah mereka ini orang yang sama. kalaulah sama tak perlulah pakai banyak nama samaran.

Wat tu milik siapa khun suk????
Siapa tok sami? adakah mereka ini tak boleh diteqor? adakah teqor bermaksud lawan? kalau macam tu, majulah kaum Buddhis (siam), sebab yang tak betul tak boleh ditequr.

Boleh tak sapa-sapa boleh beritahu ada berapa wat siam kat mesia. berapa wat yang mengajar Dhamma @ ceramah agama (dhamma talk). tak perlulah tiap-tiap hari, adakan pada hari kebesaran @ hujung minggu pun dah cukup.

maaf ya kalu-kalu ada yang tersinggung....

suk said...

semoga bahagialah yang ingin bahagia,semoga niat tercapai juga yang ingin menyusahkan atau mahu susah...fikirkan saja
Berkenaan dengan belajar kelas nak-tham di msia tidak tahu.tetapi,jika di kelate sahaja ada 16 buah wat dan samnak yang mengajar nak-tham.(Berita dari wat jubakar darat)
Berkenaan dengan syarah dhamma tidak pasti!

pena reformasi said...

Belajar Naktham bagus, tapi sukatan dan kaedah pembelajaran harus dikaji semula kerana kurang berkesan "memberi kesedaran Dhamma" kepada pelajar.

Ramai bapak-bapak di kampung ada Naktham Eak (A) tapi tahap kesedaran Dhamma sangat rendah. Bapak saudara aku pun ada Naktham Eak, malah diberikan Phra Pitta dan Luk Om oleh Luang Phor Kron(Bangsek) kerana lulus cemerlang, tapi praktisnya hampeh. Mabuk siang dan malam.

Thai SIAM said...

Khun Suk,
Betulkah yang khun kata ada 16 wat dan sammak di kelate yang mengajar nak_tham, mungkin bahasa thai kot.

Anonymous said...

seperti biasa aku nie lembab skit. jadi aku nak tanya beberapa soalan:

1. phra kalu buat silap boleh ditegur?

2. kalu kita terhutang budi dengan phra tetapi phra itu main pompuan. boleh kita tegur?

3. apakah phra sama dengan orang awam? maksud aku perangai dia, kelakuan dia, sikap dia dan sebagai nya? kalu sama apakah aku juga phra? dan apakah perbezaan aku dengan phra?

aku ada lagi soalan tapi takat ini dululah. boleh sapa2 tolong jawab.

tq

pena reformasi said...

3 soalan yang bagus. Sapa-sapa jadi phra yang masuk baca blog ini, tolong jawablah dengan jujur.

suk said...

...tidak silap ditegur..sesiapa,tetapi orang nie siapa?..sebab bila ditanya mcm mana pula?...kena tau banding batu dengan berlian juga..

Anonymous said...

"Jangan lupa kata2 BUDDHA bahawa sasana akan sentiasa mengikut peredaran masa dimana satu hari kelak para sami cuma akan dapat di kenali identitinya dengan secebis kain kuning ditelinganya saja."

Siapa yang tulis komen di atas tolong jelaskan ada dalam sutta mana? Aku pun selalu dengar dari mulut orang tua "kain kunig terselit di telinga" tapi tak pernah jumpa dalam kitab Buddha.

Zaman sekarang kita tak boleh tulis ikut sedap, mesti ada sumber sahih.

suk said...

Seperti kata-2 anouymos mahu yang sahih.Tetapi,kena beringat juga kadang-kadang sesuatu perkara ada benda disebaliknya pula. banyak kita lihat...bidang kehakiman,politik dan sebagainya...yang sahih tidak menang pula...he he he