Wednesday, October 14, 2009

Wajarkah Wat Siam Tolak Phra Masuk Phansa?

Ada seorang kawan bertanya aku adakah "boleh" seorang Phor Than menolak permintaan Phra Akantuka (tetamu) yang ingin masuk Phansa di wat beliau?

Kisahnya begini. Ada seorang Luang Phor (status Acarn Vipassana, 70-an umur), yang pernah tinggal di USA datang mencari tempat untuk membuka wat baru di Malaysia. Beliau datang bersama seorang rakan (Phra Maha). Entah bagaimana berjumpa dengan Phor Than Pian, Wat Chetawan, P.J. Kebetulan Wat Chetawan ada cawangan (Samnak), di Melaka. Phor Than Pian pelawa Acarn tersebut tinggal di Melaka. Mereka pun pergilah ke Melaka. Mak ooii, Samnak tu penuh dengan sampah daun durian kerana lokasinya dalam kebun durian (luas kawasannya lebih kurang 2 ekar). Kedudukannya pula terpencil dan jauh dari pekan.

Acarn tersebut sudah tua dan selalu uzur. Bila sakit malam-malam, klinik pun jauh, pengangkutan tak ada, akan menyusahkan diri. Masyarakat sekeliling pula majoritinya entah Buddha, entah agama apa. Oleh itu, Acarn minta tunda ke masa lain, selepas Phansa baru datang tinggal di Samnak itu. Acarn mahu cari murid dahulu untuk tinggal bersama beliau.

Oleh kerana tinggal sehari dua saja lagi masuk Phansa, Acarn minta masuk Phansa di Wat Chetawan. Tapi permintaan itu ditolak oleh Phor Than Pian dengan alasan phra di Wat Chetawan sudah ada 10 orang dan tidak mampu untuk terima phra baru lagi. Acarn terpaksa cari wat lain untuk masuk Phansa kerana nak balik Thailand atau USA tak sempat lagi. Nasib baik beliau diterima oleh wat lain.

Dari peristiwa Phor Than Pian menolak seorang Bhikkhu yang berstatus "Acarn" masuk Phansa di Wat Chetawan menyebabkan "luksit" (murid) acarn ini tak puas hati. Bagi mereka perbuatan ini tak wajar dan langgar peraturan Bhikkhu.

Salah seorang murid Acarn itu pernah jadi phra di Wat Chetawan pada tahun 80-an. Banyaklah pekung Phor Than Pian yang dibuka. Mereka tak puas hati. Mereka kata Wat Chetawan boleh menampung puluhan phra dalam satu-satu masa. Mereka memberi beberapa alasan "pedas" kenapa Phor Than Pian menolak Acarn tinggal di Wat Chetawan, antaranya ialah:

1. Acarn itu dari aliran "praktis Dhmma". Wat Chetawan aliran "praktis materialistik". Oleh itu tak sesuai tinggal sebumbung.

2. Acarn patuh pada Dhamma-Vinai. Wat Chetawan mengingkari Dhamma-Vinai. Oleh itu tak boleh tinggal bersama.

3. Acarn makan dua kali sehari. Wat Chetawan makan dua kali sehari masih diragui.

4. Acarn tak tahu memandu. Wat Chetawan memandu sendiri. Takut Acarn dilanggar kereta yang dipandu oleh phra song. Nanti jadi kes besar yang pelik.

5. Acarn tak ada anak angkat wanita. Wat Chetawan banyak anak angkat wanita. Takut acarn terganggu. Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri.

6. Acarn minum milo. Wat Chetawan minum banyak jenis minuman, termasuk ... (?) nak tahu detail tanya Phor Than Pian.

7. Acarn sudah tua. Wat Chetawan muda-muda belaka. Boleh bekerja dan jaga wat.

8. Acarn mengajar Dhamma kepada orang. Wat Chetawan pantang dalam hal ini. Mengajar lain bolehlah.

9. Acarn tak pernah ada rekod busuk. Wat Chetawan ada rekod busuk kerana ada orang pernah report kepada kedutaan Thailand bahawa Phra Wat Chetawan bawa girlfriend makan angin (dating) dengan kereta pandu sendiri.

(pada tahun 60-an Thailand hantar "Phra Dhammathut" ke Wat Chetawan kerana pada suatu hari Duta Thailand di KL pergi wat tersebut, tapi semua pintu kutti dan pintu Ubosot tutup rapat. Duta itu menolak pintu Ubosot dan masuk ke dalam, Buddho, Duddhang, phra sedang bercumbu dengan pompuan dalam Ubosot. Masa itu Wat Chetawan masih dibawah jagaan Kedutaan Thailand. Lalu Thailand hantar "pakar Dhamma" bagi mendidik phra Wat Chetawan).

10. Acarn selalu uzur. Kalau sakit atau mati Phor Than Pian pasti tanggung susah. Daripada membawa susah kepada diri, lebih baik reject saja.


Untuk makluman, seorang Phor Than ada hak menolak Phra Tetamu (akantukak) tinggal di wat beliau dalam tempoh masa yang lama. Wat di sekitar Bangkok ada kreteria tertentu bagi menerima phra baru.

22 comments:

reformasi Buddhadamma said...

kalo benar2 sami wat Chetawan melanggar Dhamma Vinai sehebat ini, harap2 ubasok/ubasika semua jgn berdiam diri...banteraslah habis habisan..

kes ini tak sama dgn kes sami palsu BINTABART kat pasar borong..kes sami palsu BINTABART kat pasar borong mungkin kita boleh pandang sebelah mata..
walaopun ianya juga amat menyakitkan hati kita sbg penganut Buddha..tp kita masih tdk kisah sebab itu hanyalah sami palsu

yg cukup menyakitkan mcm sekenit masuk telinga ni...apabila kita dpt tahu kata terdapatnya sami yg dipandang tinggi oleh masyarakat sendiri yg melanggar Dhamma Vinai sehebat2nya..

seolah2 umat Buddha secara keseluruhannya diperbodoh...sakit hati sungguhh!!!...

Thai SIAM said...

Saya berpendapat tak salah Phor Than Pian menolak kehendak Acarn tersebut kerana sudah ada 10 phra tinggal di wat Chetawan.

Saya juga pernah dengar apa yang berlaku di wat Chetawan, tapi tak tahulah sejauh mana kebenaranya, sampai ada phra yang kena belasah dengan pisau potong daging pada tahun 80'an.

Selain itu, banyak juga kebaikan yang telah dijalankan oleh wat Chetawan, terutamanya di bawah phor Than Pian. Ini termasuklah memberi ganjaran kepada pelajar-pelajar Siam (bangsa lain saya tak pasti) yang mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan (tupun semasa PSM KL/Selangor masih ada) dan juga anjuran kursus motivasi bersama Ruamthai kepada pelajar-pelajar Siam yang bakal menduduki peperiksaan.

Anonymous said...

nah aku biasa terkena ..... aku bawa family lawat wat nie tapi tok sami dia tak layan siam .... hahah dia layan amoi cina, tak main lar siam masuk wat .. poket kosong, macam mana aku tak buruk sangka benda jadi depan mata. dah serik nak lawat wat siam kl nie .... niat nak juga bawa benda ke SPRM biar dia siasat duit tok sami tu berapa dan dibawa ke poket keluarga dia ker (pecah amanah) .... tempat aku nie ada keluarga tok ketua sami (tak mau cakap ler kat mana)rumah banglo siap pagar sampai tak nampak dlm rumah kereta berderet dengar kata siap bagi setiap ahli keluarga duit simpanan puluhan ribu lagi. fuhh kaya.

Anonymous said...

Ambil duit wat/duit sami bagi pelajar cemerlang, elok ke? Anak aku juga cemerlang dalam PMR dan SPM tapi aku tak sampai hati ambil ganjaran duit wat kerana sejak nenek moyang aku hanya tambun kepada wat. Ambil duit wat tak pernah diajar. Malu orang. Ibu bapa yang ambil duit wat Chetawan tak tahu malu ke?

Anonymous said...

Dengar cerita Phor Than Pian malas terima phra baru kerana phra yang sedia ada pun mula naik tocang. Phra yang bergelar Maha tu suka sangat potong stim Phor Than Pian.

suk said...

Alasan memang ada,ikut kita hendak fikir dan reka.Namun kena ingat juga phra dari thailand atau mana sahaja datang ke malaysia untuk sebar dhamma atau mahu wang dari orang malaysia sahaja. Jadi,susah hendak kita asingkan mana batu,mana berlian.
Benarkah Acharn datang ke malaysia untuk sebarkan dhamma?Atau ada niat lain?Than Pian sekali tengok memang zalim tetapi kita kena tengok dalam-dalam.Tidak kira malaysia atau Thailand

Anonymous said...

Phra Thailand kena berhati-hati juga,dekat Wat Mertua kelantan kebas habis image buddha yang lama-lama.jaga-jaga

Anonymous said...

Tuan Pena kenalah tahu betul-betul,apa yang mahu tulis.Sekadar tembak tidak fasal-fasal tidak berguna.Upahlah penyiasat upahan selidik kaji,kemudian tulis.Bukanlah macam tulis lagenda atau cerita dogeng oooi.Banyak cerita yang tulis ini pakai imaganasi sendiri sahaja.

Anonymous said...

Aduh ! dah jadi Phra Maha pun mahu tumpang orang lain lagi ke?Duit dollar USA dah habis mahu ringgit pula ker?Kesian juga dah belajar tinggi sampai jadi Maha= Mahal sepatutnya,tapi jadi Murah pula.murah rezeki ok juga,tapi ni dah jadi barang-barang secondhand pula.

Anonymous said...

Tembak rsmbang pun kena,tapi tak baiklah menyakit orang.Dia sendiri pun tak boleh control,orang kritik sikit mahu tampar dah.Jenis panas baran juga,dia nie.Hati-hati nanti mati kerana penyakit sakit hati.ha ha ha he he he.kah kah kah

Anonymous said...

Kemungkinan ada masalah lain yang menyebabkan Pho Than Pian menolak Acarn masuk phansa di wat chetawan:
1.kebiasaan sami dari thailand datang ke malaysia untuk mencari duit.Tak percaya tengok Dhammakaya atau yang buka samnak sewa rumah serta pasar malam minta duit.
2.Ada tempat lain lagi jika mahu mengajar Dhamma,kenapa pilih wat chetawan pula.Jadi susah hendak cakap.
3.Undang-undang di malaysia atau di USA tidak samalah,tidak boleh bebas macam dekat USA.
4.Acharn susah tua dan sakit-sakit,sepatutnya dah rehat dekat kampung dan vipassana dalam suasana yang tenang.
5.Pasal memandu kereta di USA perkara biasa,siapa mahu tolong hantar mahu ke sana sini,kalau tidak percaya kena pergi tengok sendiri.
6.jika cakap pasal record semua orang record busuk,cuma mahu baiki atau dibiar begitu sahaja.
7.Vinai itu ,takkan hendak pakai semuanya dalam satu-satu masa.Macamlah pakai pakaian kena tengok tempatnya dan keaadaannya.Di musim sejuk pakai baju tebal,lebih kurang macam ini lah.
8.Ramai orang pandai mengajar orang lain.Tetapi,kalau mengajar orang baik itu satu kebaikan,walaupun diri tidak padat lakukan.Tunjuk yang baik dan elok dengan bahasa yang lembut dan lunak.
9.Carilah sami-sami yang baik seperti yang indamkan.Yang ini pandai ajar sahaja,yang ini pandai buat sahaja,yang cakap sahaja.wah ! kena cari phra supatti panno,hidup 7 keturunan pun tidak dapat cari.silakan tunjukkan.
10.Jika Acharn betul-betul mahu membuka wat di malaysia,kena siapkan wat di Thailand atau Di USA,jadi Phor Than Pian pernah melawat wat di sana.
Tiada niat untuk merendah-rendahkan sesiapa,sekadar idea untuk difikir,bila ada masa dan ruang.

Anonymous said...

Seburuk mana wat Cetawan, tapi jika niat kita tulis tak baik,satu hari dapat balasan juga.Tak tahu betul tak kata2 saya ni... fikirkan dan bagi komen.K?

pena reformasi said...

Tak ada orang niat tak baik terhadap agama sendiri. Cuma cara menyampaikan mesej mungkin berbeza. "Baik" sesuatu yang subjektif.

Bagi aku "baik" bagi penganut Buddhis mesti selaras dengan ajaran Buddha. Perkara yang menentang/melawan ajaran Buddha adalah tak baik.

Berkaitan Karma, kita selaku penganut Buddhis jangan keliru antara hukum Karma Buddha dengan hukum Karma Brahmana. Dua-duanya mirip tapi tak sama.

Anonymous said...

Saya telah lama kenal Phra Pian Wat Chetawan. Sahabat baik dia Phra Rip Wat Buddha Jayanti, sekarang telah meninggal dunia. Saya pernah menjadi drebar van bawa mereka berdua ronda-ronda KL waktu malam. Saya percaya Tuan Pena tidak menulis kosong.

Anonymous said...

Nampaknya tuan jadi drebar dan dok makan nasi wat juga. Sekaki dengan allaji juga,tapi, bila tidak dapat macam hati niat,bongkar rahsia. Jenis ufo ?

Anonymous said...

Ramai ingin tahu siapa ini tuan pena reformasi ini,kalau mahu tahu...kena bayar upah kepada saya,saya cuma minta rm 10k sahaja.Jika berminat sila jawab.

Anonymous said...

2 hari yang lepas adik ipar aku lawat dan dengar dhamma sebelah malam, lepas beri dhamma dia makan mee katanya dia tak sihat ... aper mendernya nie ... makan mee selepas dhamma lagi depan khalayak ramai ... ramai cina yang tergangga dan tertanya-tanya sami boleh makan ker waktu malam, sandar ma betul ....

Ponyet said...

Aku tak mau tau siapa tuan pena... kalu aku tau/kenal dia, maka ia akan menggugat sokongan aku terhadap tulisan/perjuangan dia. Percayakah anda kalu aku katakan tuan pena adalah perempuan? Aku pun tak percaya sbb aku tak tak kenal siapa dia.

Anonymous said...

Perkara makan malam biasa sahaja.Tok sami sri lanka pun ada dinner,tok sami cina ada tauhu ,

Anonymous said...

Tuan pena bukan pompuan tapi macam pompuan tak ada batu.Penakut yakni

Anonymous said...

ooooo . . . . tok sami makan malam nie perkara biasa. tak tau lak aku.

makan malam aje ke? boring la makan malam aje. buat la benda2 lain sama. mantat ke. minum arak ke.pergi pub ke. disco ke.

alang2 dah buat, buat la semua sekali. baru la boleh jadi tok sami contoh.

Anonymous said...

Siapa hendak tahu tanyalah tuan blogger ini,dia pun dulu tok sami contoh.Tidak cukup yang ditulis itu.Banyak lagi..senang-senang tanyalah dia.