Wednesday, October 7, 2009

Belum Cukupkah Gelaran Buat Menghias Kepala Keranda?

"Demo percaya tak, lepas ni ketua sami kawe di aloq setaq akan dapat Datuk. Tahun lepas dah dapat pingat biasa. Good Morning, Datuk Phrakhru..Dengan duit, setpol pun boleh beli. Hari2 Setpol pi duduk sembang kat wat tu.Ada harapan nampaknya. Kawan kawe kat KL cakap-cakap, ketua sami kat KL juga nak Datuk. Berapa banyak duit demo sanggup keluaq. Janji boleh rekemen Datok kat demo.Rasanya alor Setaq dapat dulu sebab dia ngam dgn Setpol. KL takdak harapan".

October 7, 2009 8:23 AM

Petikan di atas aku ambil dari komen seorang sahabat yang tidak bernama. Aku rasa persoalan yang ditimbulkan ini penting dan berniat baik untuk menjaga kesucian institusi agama kita. Aku sendiri ada dengar terdapat Tok Sami yang beriya-iya sangat nak dapatkan gelaran kehormat seperti Datuk atau Datuk Sri. Kononnya, Tok sami ini sanggup bayar asalkan dapat gelaran. Kalaulah benar begini, adalah tak patut sama sekali.

Untuk apa gelaran Datuk kepada Tok Sami? Nak lawan dengan Datuk Charern, dengan Siew Chun atau dengan siapa? Belum cukupkah gelaran Phra Kru yang diberikan oleh Thailand? Belum cukupkah gelaran kehormat buat menghias kepala keranda sehingga nak tambah lagi?

Bhikkhu ialah pewaris agama Buddha yang bertanggungjawab "membebaskan makhluk dunia dari kesengsaraan". Mengejar kemewahan, pangkat, gelaran dan lain-lain bukan urusan Bhikkhu. Sekarang masyarakat sedang bising tentang pembelian gelaran sosial yang dianggap rasuah dan tidak bermoral, Tok Sami pula berputar ligat mahu dapat gelaran tersebut.

Loka-Dhamma 8 ialah Lapan perkara duniawi yang mempengaruhi mahkluk dunia; menguasai dan menakluki jiwa manusia agar sentiasa menjadi "tawanan"nya. Lapan perkara yang berpasangan itu ialah:

1) beruntung/bertuah/nasib baik (Lap)

2) tidak beruntung/bertuah/nasib tak baik (mai mi Lap)

3) ada pangkat/gelaran (yot)

4) tiada pangkat/gelaran (mai mi yot)

5) memuji (sansern)

6) mengeji (nintha)

7) bahagia (sukk)

8) sengsara (dukk)

*( Lap merujuk kepada perolehan/dapatan/kekayaan dll).

Bertuah, ada pangkat/gelaran, memuji dan bahagia merupakan perkara yang diingini yang dipanggil Ittharom (perasaan yang diingini). Manakala tidak bertuah, tiada pangkat/gelaran, mengeji dan sengsara merupakan perkara yang tidak diingini yang dipanggil Anittharom (perasaan yang tak diingini).

Sekiranya salah satu PERKARA dalam Loka-Dhamma 8 ini timbul dalam fikiran atau kemahuan kita, segeralah kita memahaminya bahawa ia tidak kekal (anitcang), membawa kesengsaraan (dukkhang) dan akan berubah-ubah mengikut masa. Hari ini kita kaya kerana "nasib kita baik", mungkin esok kita miskin kerana "nasib baik" telah tukar jadi "nasib tak baik". Hari ini kita dapat gelaran Datuk, mungkin esok gelaran itu ditarik balik. Hari ini kita jadi Phra Kru, esok masuk keranda, siapa tahu.

Bhikkhu mesti berusaha membebaskan jiwa dari 8 perkara duniawi ini; jangan tunduk kepada benda yang diingini, jangan benci kepada benda yang tidak diingini. Biarkan ia berlalu mengikut hukum kelaziman duniawi. Begitu Buddha mengajar kita.

Kiranya ada Tok Sami mengejar 8 perkara ini, bermakna Tok Sami melawan kehendak Buddha yang berhasrat agar Tok Sami bebas dari duniawi (Lokiya) demi Lokuttara yang mulia!

Nota: Kerajaan negeri yang menganugerahi gelaran kehormat kepada Sami Buddha secara tidak integriti tanpa memperhitungkan jasa-jasanya kepada agama, bangsa dan negara adalah satu penghinaan kepada agama Buddha itu sendiri.

22 comments:

Anonymous said...

Hang patut jadi consultant dalam ugama Buddha.seminggu sekali semua sami malaysia dgr lecture kau.Maka tak ada lagi sami allaji dan sangkhom Siam akan aman damai.

pena reformasi said...

Orang baik-baik bila dengar orang cakap perkara baik dia akan "anumodana". Orang tak baik bila dengar orang cakap baik dia akan perli. Ini jugalah yang membezakan sami tulen dengan sami alajji.

Anonymous said...

Tuan blogger ada pesan kalau tak suka jangan baca KSB buat sakit kepala. Tak ada paksaan dalam ugama Buddha.

Saya masuk sebab saya suka. syabas, tuan blogger!

TEECNX2521 said...

bagaimana pula kalo seseorang bhiksu itu dah benar2 memahami Lokha Dhamma 8...masih layakkah bhiksu tersebut menerima pangkat yg dikurniakan??...Bukankah Lokha Dhamma 8 hanyalah suatu bentuk peringatan dr Buddha kpd umatnya agar tidak pramat (lalai/alpa)..??

khon corn said...

Bukankah lokha Dhamma 8 hanya peringatan dr Buddha kpd umatnya supaya tdk "pramat" (lalai/alpa)..

Mampukah institusi Sangha berfungsi tanpa dikurniakan SAMANAKSAK (PANGKAT SAMI)..??

khon corn said...

Mampukah institusi Sangha berfungsi tanpa kurniaan SAMANAKSAK (PANGKAT KESAMIAN)??

Lokha Dhamma 8 hanya peringatan dr Buddha agar umatnya tdk hidup dlm keadaan "PRAMAT" ..suka duka tdk akan berkekalan..

pena reformasi said...

Menerima pangkat/gelaran yang dikurniakan tidak salah/boleh terima, tapi jangan sampai MENGEJAR dengan cara yang menyalahi dhamma-vinai atau hukum moraliti, contohnya membeli pangkat dll tak patut dilakukan oleh Bhikkhu.

Gelaran yang dibeli tidak dihormati oleh masyarakat bila masyarakat tahu.

Dulu aku ada seorang kawan di Thailand iaitu Phra Maha yang menjadi "orang kepercayaan" kepada seorang Somdej. Dia cerita betapa rakusnya Phra Malaysia berusaha mendapatkan gelaran sehingga sanggup menipu resume; memasukkan "jasa/phon ngan" yang tak pernah dibuat dalam resume. Tak kurang juga yang "membeli".

Nak salahkan Phra yang "membeli" gelaran semata-mata tak boleh juga sebab siapa yang tak "beli" atau tak ada "hadiah" kepada orang yang rekomen, borang resumenya akan dibuang tong sampah.

Tanpa pangkat/gelaran institusi Sangha boleh berfungsi. Zaman Buddha gelaran/pangkat tak ada. Mereka hidup berdasarkan Phante-Avuso.

khon corn said...

maaf tuan blogger kerana menghantar komen yg sama sampai 3 kali...terdapat sedikit kesalahan teknikal namun saya amat bersyukur kerana komen saya dipaparkan..

khon corn said...

di Thailand semua "wongkarn" ,pangkat memang diperolehi memalui wang baht..(bukan wang ringgit)..

payah nak buat perbandingan institusi Sangha zaman dahulu dgn zaman sekarang..Raja Thai sendiri dah berikrar kata nak jadi pen "tamnuk bamrung phraphuttasartsana"...pangkat sami pun sebenarnya dimulakan oleh raja Thailah , rajakarn ke berapa saya dah lupa..tuan blogger ingat kot?? hehhehe..

pena reformasi said...

Loka-Dhamma 8 bukan sekadar peringatan, tapi suruhan Buddha kepada umatnya yang ingin "bebas dari kesengsaraan" mesti "keluar" dari Loka-Dhamma 8 kerana ia Lokiya Dhamma Dhamma Duniawi). Ariya Song mesti berada dalam Lokuttara Dhamma.

Bhikkhu yang tak berusaha mencapai tahap Lokuttara Dhamma inilah yang dikatakan Pramat. Kalau kita nak duduk dalam Lokiya Dhamma, kita tak payah jadi "samana/nak-buad/bhikkhu". Jadi kharawat cukuplah.

Masalahnya adalah orang yang jadi Bhikkhu tak faham apa itu maksud Bhikkhu. Kalau kita tak mampu penuhi ciri-ciri Bhikkhu, mungkin kerana "bun-barami" kita tak cukup, kenapa mesti paksa diri. Jadilah kharawat. Kharawat pun boleh praktis Dhamma sehingga Arahan walaupun sukar sedikit. Inilah puncanya segala masalah.

pena reformasi said...

Aku tak tahu sejak bila sami diberikan gelaran/pangkat, tapi yang aku tahu sami dahulu bila langgar Vinai akan dirotan. Kalau tak silap Rajakarn Ke-4 yang menghapuskan sistem merotan sami ni.

khon corn said...

zaman ni mana ada lagi org yg bercita2 nak mencapai arahan.??.masuk sami pun sekadar tak nak wat terbiar, takut org mati tak ada siapa nak suat kusala...

pena reformasi said...

Itulah kelemahan kita. Kita rela mencemarkan maruah agama, merosakkan ajaran Phra Samma Sambuddha demi kepentingan diri.

Suat "kusala" untuk orang hidup dengar agar mereka dapat memahami "kusala" (kebaikan) dan "akusala" (kejahatan) yang dilakukan oleh manusia. Bila manusia mati hanya kebaikan dan kejahatan yang dijadikan ukuran. Orang mati dengar apa lagi.

Anonymous said...

Saya pernah dengar Acarn Panya Nantha kata suat Kusala bagi orang hidup dengar. Tapi kenapa tempat kita ada suat Kusala bagi orang mati?

khon corn said...

pada zaman Buddha terdapat seorang gadis yg sangat jelita bernama CHINCHAMANWIKA...sayang sekali gadis ni seorang yg micha thitik, dia membuat fitnah kononnya Buddha menghamilkan dia..??

apalah dosa Buddha kat sigadis tu sampai sanggup dia melemparkan fitnah sedemikian rupa??..

suk said...

Memang suat kusala untuk orang mati.Tetapi kalau tidak kata untuk orang mati ramai tidak mahu datang pula atau tidak berminat.Tengoklah kat kedah sebelum kusala atau lepas suat kusala ada ceramah ugama kepada mereka yang berminat.Phra yang ceramah ini akan menggunakan kebijaksanaannya menerang tentang suat kusala.Sudah banyak kali saya dengar ceramah agama lepas suat kusala nie. Jadi,ini adalah teladan yang baik kepada wat-wat di tempat lain pula.Jangan duduk suat kusala sahaja tapi orang datang tak tahu apa-apa.

Thai SIAM said...

Saya hanya sekali mendengar ceramah selepas phra suat Kusala, tu pun bukan sami Siam, sami dari Myanmar, keturunan Thai Jai. Ceramah tersebut berkisar kepada keterangan sila 5 dan juga berkaitan bhot "Suat Kusala".

suk said...

Ceramah kat kedah dan perlis lepas kusala ada! DATANG! KALAULAH SESIAPA MATI! ADA CERAMAH

Anonymous said...

CERAMAH SELEPAS SUAT KUSALA TU AKU TAK PASTI.
YANG AKU PASTI..SELEPAS SUAT KUSALA IALAH..POK DENG..POK...E KUNG E PLA..HAM TAI...NA MI 20 BATANG...PHAI CHOT (sangat di minati kaum ibu)dan beberapa RUKUN JUDI LAGI.

INILAH REALITINYA DI RUMAH ORANG MATI DI KEDAH PERLIS...DI WARISI TURUN TEMURUN DARI ZAMAN BERZAMAN HINGGA KE HARI INI.

Anonymous said...

Jadi,kalau siam yang main judi siapa salah?Tok sami siam yang ajar ke? Atau siam yang tidak dapat baiki? Siam mahu ikut perangai yang dulu,kaki pukul,judi,minum arak,hisap ganja,gam,itu sahaja ke siam pandai?

Thai SIAM said...

Yang duk berjudi, minum arak dll tu pun selepas sembanyang dan "rap sin (silla)'.

Anonymous said...

Agama buddha tidak akan pupus dari dunia. Dah lebih 2500 tahun masih utuh.Ajaran Buddha dah wujud sebelum wujudnya MHA NUSIA SIAM lagi.
Yang nak runtuh dan pupus adalah MHA NUSIA SIAM Msia kita lar..

Apa jadah ke tidaknya,ada wat siam tapi tak dak sami.Tak ada sami kpg sendiri pi import mai, tak suka hati..halau macam orang bangsat.

Bila ada sami anak watan sendiri nak bawa perubahan. Depa pakat caci hamun kata sami sesat.

Mak hang oii...diri sendiri tu pengetahuan mendalam sangat ke bab agama ni..?? Semua orang tau hang buat samsu haram jual dan berjudi sara hidup jer..mentang mentang suara je kuat tapi otak kosong.

Yang lebih teruk lagi...dia ni adik seorang pemimpin, entah dirasuk binatang apa, memperlakukan emak sendiri macam hamba dia.Kerana dia tak sebulu dg sami, dengan emak sendiri pun dilarangnya membawa nasi ke wat.Bila emak tak hirau paksaan dia, dihalang ditarik sampai jatuh bertaburan bekas nasi tu.

Ini adalah beberapa contoh bahwa nilai akhlak Siam kita dah nak runtuh bukannya agama buddha.