Thursday, October 29, 2009

Bhikkhu Jangan Cipta Situasi Meragukan Orang

Semenjak zaman Bhagava masih hidup lagi tohmahan-tohmahan dilempar kepada Bhikkhu oleh musuh agama. Bhagava sendiri pernah difitnah membuntingkan anak dara orang. Tohmahan-tohmahan dan fitnah-titnah berterusan sehingga kini.

Apabila disebuat tohmahan dan fitnah ertinya perkara itu tak benar. Perkara benar tidak dipanggil tohmahan atau fitnah. Tetapi pada hari ini, apa yang dikatakan tohmahan barangkali benar. Apa yang dikatakan fitnah mungkin betul. Ertinya apa yang "diperkatakan orang tentang Bhikkhu" tidak semuanya tohmahan atau fitnah. Contoh, apabila kita dengar orang kata: "Tok Sami wat sekian-sekian ada bina!" Mungkin ia satu fitanah, tapi mungkin ia benar. Kita tak boleh terus percaya. kita juga tak boleh tidak percaya. Kita mesti melihat "situasi" yang berlaku sehingga timbulnya tuduhan berat begitu.

"Situasi meragukan" salah satu punca timbulnya tuduhan. Parachik berkaitan dengan perempuan tidak senang dicari bukti kerana tiada Bhikkhu, andainya ada, "berasmara" di tempat terbuka. Terdapat tuduhan hanya dibuat bersandar pada " situasi meragukan" yang dilihatnya.

Bhikkhu dilarang berdua-duaan dengan wanita, siang mahupun malam - (1) di tempat yang berlindung dari mata orang; (2) di tempat yang tidak berlindung dari mata orang tetapi orang tidak dengar apa yang dibualkan mereka berdua (suara juga mampu membangkitkan nafsu syahwat). Maknanya dalam semua keadaan, Bhikkhu dilarang berdua-duaan dengan wanita muda, tua atau kanak-kanak.

Bhikkhu duduk berdua-dua dengan wanita di dalam bangunan yang tertutup adalah contoh "situasi yang meragukan". Orang akan tanya Bhikkhu buat apa dengan wanita di dalam bangunan itu? Parchik tidak akan terjadi jikalau tidak berlaku hubungan seks/ oral seks antara mereka. Tetapi kerana "situasi meragukan" Bhikkhu tersebut mudah jadi sasaran tuduhan. Pernah terjadi Bhikkhu ternama jadi sasaran tuduhan begini sehingga reputasinya jatuh.

Oleh itu, Bhikkhu jangan berada dalam "situasi yang meragukan" bagi mengelak dari tuduhan liar. Antara "situasi yang meragukan" ialah berdua-duaan dengan wanita ditempat berlindung (timbul spekulasi negatif), beli mi goreng pada waktu malam untuk makan keesokan pagi (orang menuduh Bhikkhu makan malam), membeli aset wat (bangunan, tanah) atas nama sendiri, memberi wang (wang peribadi) kepada sanak saudara, menjual tanah pusaka dan wangnya diberi kepada adik-beradik dan lain-lain. "Situasi yang meragukan" atau menimbul syak wasangka atau spekulasi harus dielakkan oleh Bhikkhu. Orang-orang biasa, terutama wanita dan sanak saudara Bhikkhu (Phor Than) harus berwaspada suapaya situasi meragukan ini tidak melibatkan mereka.

Natijahnya, ramai Bhikkhu sekarang mengambil mudah dengan "situasi meragukan" ini. Bhikkhu tidak segan silu pergi ke mana-mana berduaan dengan wanita. Bhikkhu tidak rasa bersalah memberi modal kepada sanak saudara buat business. Bhikkhu tidak rasa berdosa menamakan sanak saudara sebagai pewaris harga yang dicari sewaktu jadi Bhikkhu (harta Sangha). Bhikkhu tidak malu membenarkan sanak saudara memandai-mandai dalam wat seolah-olah wat itu keluarga mereka yang punya.



Oleh itu, bagi mengelakkan masyarakat bercakap tidak baik tentang Bhikkhu, mereka tidak harus berada dalam situasi yang meragukan. Situasi meragukan umpama tempat gelap atau samar yang mengundang seribu spekulasi. Bhikkhu wajib berada di tempat "terang" sepanjang masa.

Kita sebagai gharawas juga harus berwaspada agar tidak terjebak sama dalam situasi meragukan ini dengan Bhikkhu. Dosanya berat.


Bhikkhu/Phor Than di kampung anda bagaimana? Ada yang mengkayakan sanak saudara sendiri?

36 comments:

putuchon said...

kesian kat sami-samian yg terpaksa menongkah arus kilesa serta mengharungi cabaran era globalisasi yang serba moden dan penuh pancaroba ini… ...


andainya suatu hari nanti tak ada tinggal lagi sisa2 sami tulen, KARAWAT mcm kita nak ARATANA sila dr siapa agaknya yer tuan blogger??..

Anonymous said...

Cerita dari seorang drebar teksi.." Mu tahu? Pothan yang kaya kat penang dulu"?
"Pernah dengar".jawab penumpang teksi,senyum.
"Dia memang kaya,pandailah dia.Buat tembok rumah macam istana raja dulu-dulu.Beli kereta mewah untuk adik perempuan dia,beli peti save takut orang curi duit kat rumah."drebar teksi kata sambil menggeleng kepala.
"siapa buat apa,dia dapat apa la,"
:dari drebar teksi

Anonymous said...

Bagus, pandangan yang bagus sekali.

Adapun orang yang membuat perkara yang meragukan dan orang yang memfitnah itu sama-sama bersalah.

Tetapi orang yang membuat sesuatu yang meragukan itu lebih besar salahnya jika dia seorang sami/ bhikkhu. Kenapa?
Kerana dia mewakili agama Buddha, salah satu daripada Triratana.

Bhikkhu yang berada dalam 'kesamaran' perlu ditegur.
Tetapi banyak yang sengaja melanggar sila dan vinaya.

Tentang pembelian harta dan pengurusan kewangan, sepatutnya ini dilakukan oleh AJK wat yang bukan sami. Sebab itulah penting penglibatan komuniti dalam urusan wat. wat dan segala kebendaaan di dalam wat bukan harta milikan sami-sami.

SK TIN

Anonymous said...

Bukan salah masyarakat sekiranya masyarakat berprasangka buruk atau membuat tuduhan negatif terhadap phra/sami.

Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang.

phra/ sami perlu mengelakkan situasi/ perkara yang boleh menimbulkan syak.

kerana nila setitik rosak susu sebelanga;
kerana sesuatu yang meragukan, rosak nama baik.

Harap phra/ sami dapat membawa diri dengan baik selayaknya gelaran siswa bhagava.
Kita mahu mengikut contoh teladan yang baik.

SK TIN

pena reformasi said...

(Putuchon)Setiap hari sebelum pergi kerja saya ada aratana Sila 5di depan "hing phra" rumah saya. Saya pegang setakat saya mampu.

Kita nak pegang Sila tak perlu ada sami. Sila wujud sebelum wujudnya agama Buddha. Sila adalah hukum alam. Siapa langgar Sila akan dapat balasan buruk. Siapa pegang Sila akan dapat kebaikan. Sama ada dia aratana sama sami atau tidak tidak menjadi soal.

Kaum Buddhis di negara yang tak ada sami ramai yang pegang Sila 5 / Sila 8. Sama juga dengan kita.

Aratana Sila dengan Bhikkhu hanyalah adat/upacara agama. Dukkha/Sukkha tak bergantung pada sama ada kita aratana Sila atau tidak. Yang penting bangun pagi kita ada niat nak pegang Sila. Berusahalah realisasikan niat kita itu.

* Sila bermaksud "pokkatik" (normal, kelaziman, kebiasaan). Bila kita langgar Sila bermakna kita dalam keadaan tidak "normal".

(SK Tin) Saudara seorang yang rasional dalam agama Buddha. Syabas.

Anonymous said...

Saya sokong padangan tuan blogger bahawa kita tidak perlu aratana sila daripada sami.

Masalah kita adalah terlalu bergantung kepada sami dan adat upacara. sebab itu apabila sami tidak ada (atau menjadi palsu) kita gelabah.

Rukun sila itu tanggungjawab individu. Kalau diikut, kita yang selamat dan sejahtera. Kalau tidak diikut kita yang rugi.

Aratana sila dari sangha itu hanya upacara persaksian. Seperti angkat sumpah depan peguam/ hakim.
Tanpa peguam/ hakim pun, kita tetap tidak boleh menipu.

Ini bergantung kepada niat.
Kalau ada usaha dan niat, boleh buat tanpa sangha, boleh buat depan Buddharupa (imej) atau Buddhapatima (patung).

Kepada tuan blogger,
Saya pernah dengar, orang yang keluar phra boleh kahwin dan buat bisnes hasil duit (suat monkh)semasa jadi phra.
Sejauh mana perkara ini dalam agama Buddha?
Sehinggakan menjadi buat mulut orang.
Adakah amalan ini betul?
Terima kasih.

Mungkin lain kali tuan boleh siarkan muka-muka sami palsu yang berkeliaran di pasar malam dan warung-warung di pj dan kl.

SK TIN

SAYAM MEIUM said...

Aratana sila depan hing Phra dan SILA 5 ada sebelum BUDDHA.Ini macam satu ajaran sesat dari PENA REFORMASI.(saya takut tak disiar pula komen saya ni).
Selain keburukan sami,diharap diselitkan juga contoh sami yg baik (supatipanno) di negara kita. Bukan apa,takut lama-lama tawar pula orang dgn phra song kita. At the end masuk agama lain pula. lagi besar masalah jadinya. Sekarang pun banyak anak bangsa kita convert ke agama lain pasal kita yg bagus otak dari segi agama asyik berbalah saja.

Lagi satu saaya nak komen sikit tentang SK TIN.Dia ni nampak macam BARUA blogger je!! Blogger kita ada feeder juga rasanya. Biasalah.strategi nak merancakkan lagi blog. ha ha ha! thumb up!

SAYAM MEDIUM

putuchon said...

suatu ketika yg tak berapa lama dulu, bhikku2 yg kacak lagi tampan muncul kat hi5..tentu ramai yg kenal apa itu hi5, sekarang hi5 dah agak kurang popular setelah kedatangan facebook..

apa komen tuan blogger pula bhikku muncul dlm media canggih mcm ni, adakah menyalahi sangha Vinaya??

pena reformasi said...

(Saudara SAYAM) Sila ialah nilai moral yang wujud bersama kewujudan tamadun manusia. Golongan Samana Brahmma / Resi praktis Sila 5 / Sila 8 sebelum kelahiran Buddha lagi. Mereka ini telah mencapai tahap yang tertinggi dalam praktis kecuali Arahant. Sebelum jadi Buddha, Siddharta praktis dhamma dengan dua orang Brahmana. Sila apa yang dipegang oleh beliau? Tentulah Sila yang lebih tinggi dari Sila 5 / Sila 8.

Mereka yang pegang Sila Ubosot mesti memulakan niat dari rumah lagi. Maksudnya mereka mula pegang Sila sejak di rumah,sewaktu matahari baru terbit. Lepas itu baru datang Aratana Sila dengan sami di wat.

putuchon said...

benar tuan Sayam Medium!!!

kita juga harus paparkan di mana kelebihan agama kita utk generasi2 muda..

anak2 muda sekarang lebih senang tertarik dgn ajaran yg diturunkan terus dr Tuhan, kata meraka ajaran2 dr Tuhan serba lengkap dan tdk ada cacat cela utk dipertikaikan sebab Tuhan Maha mengetahui..

ajaran2 dr manusia spt Buddha tdk menjamin akhirat kata mereka..

Jadi mcm mana tuan Blogger nak ajak mereka utk menghayati agama Buddha, Phra Supatipanno pun dah dekat nak pupus!!..

Khon Thai Lantan said...

Phor Than kampung aku bagi duit anak buah dia buat business. Bila anak buah dia kaya raya, main golf tiap minggu, dia masuk Dhammakai, pungah duit bagi Dhammakai. Keh, keh, keh, padan muka.

Camna nak ajar orang kampung, anak buah sendiri tak boleh diajar.

putuchon said...

dlm agama Jainisme yg lahir beberapa tahun sebelum Buddha juga terdapat sila 5 yg dikenali sbg PANCAMAHAPROT


mungkin benar teori Tuan Pena!!

pena reformasi said...

Tentang bagaimana nak ajar agama Buddha mesti tanya Phra Maha. Saya tak tahu kerana saya bukan pakar agama. Saya tulis ikut apa yang saya tahu saja.

Banyak blog/web yang tulis tentang kebaikan agama Buddha/Sami Buddha. Blog KSB juga begitu, tapi lebih tumpu pada sudut "penyelewengan dalam agama Buddha" kerana sudut ini tak ramai yang berani tulis/cakap, takut dosa.

KSB rela "tanggung dosa" daripada membiarkan penganut Buddha/orang Siam diperbodohkan oleh sami-sami alajji.

Anonymous said...

Tea-o
Sebenarnya,tuan pena dengan sk.tin orang sama kot? ayat2 yang ditulis seakan-akan sama sahaja.Barangkali?Kebarangkalian.

Anonymous said...

SK.tin,
Masalah sami bukan setakat yang anda tamparkan, tapi lebih banyak. Semua bukan disebabkan oleh sesiapa tetapi kita semua juga.Kita orang siam penting nama,pangkat serta darjat.
Masyarakat kita penting kebendaan,jadi mereka akan menyebabkan tok sami pun berubah. Toksami pun anak-anak siam juga,darah siam juga,jadi- Kamma Phantuk,ibubapa turun ke anak-anak mereka.Anak-anak siam kita jugalah.
Kita kena mula pada akarnya.Ajar ibubapa yang akan menjadi model kepada anak-anak mereka. Sekadar idea. jangan percaya..
keris emas

pena reformasi said...

Lagi ramai orang seperti SK Tin akan muncul. Bukan saya seorang tahu baca Tipitaka, orang lain juga tahu baca. Sekarang Tipitaka ada dalam puluhan bahasa dunia. Kalau tak caya tanya Maha Google. Bila datang dari sumber yang sama, idea dan tulisan hampir sama. Itulah sebabnya orang yang tahu dhamma akan ada penulisan hampir sama. Hanya orang malas baca saja yang menulis entah apa-apa.

Sudah tiba masanya wahai sahabat Siam untuk kita belajar agama dari sumber yang betul. Asyik mengikut adat tradisi sahaja sampai bila pun kita akan tetap bodoh.

Kerana bodohlah bila Dhammakai masuk Malaysia kita jadi seperti kera kena belacan, resah dan gelisah. Tahu ke sekarang ini "panya chon" Siam (bijak pandai Siam) ramai masuk Dhammakai kerana mereka tak mahu terus dibodohkan.

putuchon said...

bijak pandai yg joint Dhammakai tu sebenarnya hanya bijak ilmu dunia tp jahil ilmu Dhamma..

mana2 manusia yg pernah belajar Dhamma walo sedikit, tak akan mudah tertipu dgn dakyah2 Dhammakai..

masuk Dhamakai lebih baik masuk Santiasoke..

Khimao Talay said...

SBA ada problem ke? Bawalah Siam dari Kelantan halau Cina keluar seperti mereka buat kat Chetawan dahulu. Cina-cina yang berjasa dihalau keluar dari Chetawan. Siam jadi maharaja nak minum, nak makan dan nak asmaradana semua boleh. Siam boleh!!!!

Anonymous said...

Merujuk tulisan Putuchon 12:06 AM, aku nak tumpang komen sikit. Tak salah rasanya kalu nak percaya pada tuhan yg maha mengetahui, tapi kalu kata semua tata cara kehidupan manusia sudah diberi tunjuk oleh tuhan, ini mengarut.
Tuhan dah siap bagi otak suruh guna utk berfikir, tapi bila lepas mengawan mula gelabah cari user manual mau tau cara-cara nak cuci alat sulit masing-masing..tak ke ini membuang masa...tak kan benda yg mudah-mudah pun kena rujuk user mannual dari tuhan.

DinKheng

pena reformasi said...

Saya hanya mengakui ajaran Buddha dan akan menulis tentang ajaran Buddha saja. Ajaran agama lain tak nak campur.

Namun, pembaca bebas memberi pendapat tentang ajaran agama lain tapi mesti dalam konteks mencari persamaan demi kebaikan bersama.

Siam Cheras said...

Tuhan yang masuk blog KSB sama ke dengan Tuhan dalam forum Pekemas?

Anonymous said...

Percaya tidak cukup.Macamlah orang kata berbalas budi kepada ibu bapa kita.Tunggu mereka mati dulu lepas kita sembah nasi dengan ikan kering di depan gambar mereka. Masa mereka masih hidup tidak melawat mereka di kampung-kampung.alasan tidak senang. Ramai orang siam kita lupa budi,lupa diri,lupa yang memberi(lupa selalu makan maggi kat wat).Tapi,kesian mereka ini,
Tea-o

Thai SIAM said...

Khun Khimao Talay,
Setahu saya, SBA takada masalah.. yang ada mungkin sesetengah AJK dan ahli-ahli SIAM saja..

SBA ditubuhkan lebih 50 tahun dahulu oleh orang-orang Cina untuk mengembangkan agama Buddha, tapi yang peliknya bila ramai Siam jadi ahli dan AJK lain pulak yang nak dikembangkan...

Awas, di luar sana ramai kaum Buddhist sedang perhati, jangan sampai ada yang report kepada ROS dan bawa kes ke mahkamah...

Anonymous said...

Kepada Sayam Meium dan Tea-O,

saya dan tuan blogger bukan orang yang sama. Dan saya bukan feeder kepada blog ini. Sila baca komen-komen saya yang lepas. Saudara akan tahu saya dan tuan blog tidak mungkin orang yang sama.

Seperti banyak lagi di luar sana, saya tertarik dengan perubahan yang dibuat oleh saudara Pena Reformasi. Sudah lama saya menunggu-nunggu perubahan ini.
Telah lama saya melihat 'kecacatan' dan 'kekurangan' yang ada di wat-wat kita.

dan saya percaya masih ramai lagi di luar sana yang mahukan perubahan.

Seperti kata tuan blogger, Tipitaka itu boleh dibaca dalam macam-macam bahasa utama dunia.
Sesiapapun boleh baca dan berfikir sendiri. Mana betul, mana salah; mana baik, mana buruk.

Untuk makluman lagi, saya berasal dari Terengganu manakala tuan blogger dari Kelantan.

SK TIN

putuchon said...

Salah satu sebab dan faktor yg membuatkan manusia tdk takut utk melakukan kejahatan adalah kerana tdk percaya kpd Tuhan..

Manusia berani buat jahat asalkan boleh lari dr pandangan mata manusia lain.mungkin ini jugalah merupakan falsafah hidup Alajji..

Khimao Talay said...

Dengar khabar SBA Cina buat, Siam Kelate bawa geng pergi rampas, lepas tu berak berak berak dalam wat. Cilakak punya Siamlang.

Pengikut Dhammakaya said...

Siapa kata mereka yang joint Dhammakaya jahil ilmu dhamma? Mereka yang duduk mabuk dalam wat bila ada perayaan tak jahil agama ke?

Nak bagitau sikit. Pengikut Dhamakaya tak ada kaki mabuk. Beli beer bagi sami minum tak ada.

Dekat wat Dhammakaya alajji tak ada. Tok sami bagi duit anak cucu juga tak ada. Tok sami tilik nasib tak ada. Tok sami bawa kereta tak ada. Tok sami masuk bawah kain pompuan tak ada. Tok sami bawa lari bini orang tak ada. Tok sami main politik tak ada. Tok sami ketagih gelaran Dato tan Sri tak ada. Tok sami ditarik idung tak ada. Tok sami pergi berdiri bodoh di depan pejabat PM tak ada. Tok sami pergi menyembah MB tak ada.

Tok sami yang ada di wat Dhammakaya Tok sami patibat dhamma.

Maaf kerana kasar sikit. Tuduh pengikut Dhammakaya jahil agama sangat melampau.

anti alajji said...

Pengikut agama ada yang jahil, ada yang arif. Pengikut Dhammakaya, Dhammayut, Mahanikaya, Mahayana dan lain-lain ada yang bijak, ada yang jahil.

Buddha ajar kita memadamkan Avicca kerana Baginda berhasrat agar kita tak jahil.

Anonymous said...

Kepada Sayam Meuim/ Siam Sederhana dan seumpamanya,

Saya ni bukan sahaja 'BARUA' kepada saudara blogger tetapi juga 'BARUA' kepada Bhagava Buddha.
Teruskanlah guna perkataan-perkataan yang 'indah' kerana mungkin itu pegangan saudara.

Saya harap pembaca dapat pergi ke blog Komuniti Siam Sederhana dan lihat.
Tak ada sambutan!
Agaknya sebab itu Saudara Siam Meuim pun muncul di sini. Memeriahkan dan merancakkan blog ini.

Bahasa itu menunjukkan akal dan budi seseorang.

Mungkin ada yang lupa nasihat tuan blogger, kepala lama jangan datang ke blog ini, nanti bikin kepala sakit.
Orang yang tidak mahu berubah itu silalah perg ke KSS. Meriahkanlah blog itu.

Sabda Bhagava Buddha, "Orang yang tidak belajar itu umpama lembu, dagingnya banyak tetapi tidak berakal."


SK TIN

putuchon said...

SK TIN..saya fahami saudara

suara merdu lunak susunan ayat2 yg indah tdk semesti mercerminkan keikhlasan seseorang..


ibu bapa atau guru kadang kala menggunakan kata2 kesat utk menyedarkan anak muridnya tp tdk semestinya ibu bapa atau guru tadi mempunyai perasaan benci terhadap anak atau anak muridnya..

begitu juga dgn mana2 pembawa aliran agama yg mempunyai disiplin yg tinggi dan Vinai yg ketat, ia hanya indah di pandang ..

Adolf Hitler pun seorang perancang yang pintar, berdisiplin tinggi, pemidato yang hebat dan seorang tokoh politik yang menjadi idola namun ini tdk beerti kata dia seorang yg baik..

milo-ais said...

Supatipanno tu ape? Siapa kenal sami supatipanno tolong bagitau la.

anuttaro said...

Drebar teksi mana sorang? Yang dok beli beer bagi Phor Than minum itu ke?

Anonymous said...

Terima kasih saudara Putuchon,

Memang betul bahasa yang digunakan tidak mencerminkan niat seseorang.
Tetapi, kita disini membincangkan Dhamma dan keadaaan semasa agama kita (dengan masyarakatnya sekali). Oleh itu kalau ada yang guna bahasa kesat untuk serang seseorang, memang jelaslah niatnya.

Dari sini saya nampak SEBAB mengapa masyarakat susah hendak berubah, kerana ada yang bercakap tidak menggunakan akal. Mereka menentang perubahan tanpa sebab!

Mereka baca tulisan di sini tetapi tidak faham. Lepas itu mula 'meracau' yang bukan-bukan.
Dari apa yang disiarkan, kita dapat mengenal pasti mereka bukan sahaja tidak mahu berubah tetapi mahu menghalang dan mengacau orang lain yang mahu berubah.

Sk tin.

putuchon said...

sami supatipanno ialah sami yg pd waktu mlm dia tak curi mkn nasi, tak curi mkn maggi tak minum beer atau whisky paling kuat dia minum milo ais jer...

pena reformasi said...

Saya percaya semua kaum Buddhis mempunyai niat yang baik terhadap agamanya. Hanya segelintir yang telah dibasuh kepalanya oleh alajji. Tapi yang segelintir inilah yang memeningkan kepala hampir kesemua kaum Buddhis.

Saya amat berterima kasih kepada pembaca blog KSB kerana memberi pandangan yang ikhlas. (Yang tak ikhlas tu, lantak sajalah).

SAYAM MEDIUM said...

Niat SK Tin jika Ikhlas saya sanjungi tetapi Panya mesti ada. Jgn jadi macam lalang.ikut arah angin aje. Yang mana betul,kita tegakkan tetapi yg musykil kita simpangkan.
Saya setuju dgn DEK LW. Keikhlasan amatlah penting dalam komen kita. Jgn fokus pada Alajji aje,tetapi fokuslah pada keseluruhan KHONTHAI dan juga yg beragama lain iaitu MANUSIA.Jgn kerna nila setitik, rosak susu sebelanga.Fahamilah maksud saya.
SK Tin seorang yg arif dalam agama Buddha,jadi gunakanlah kearifan itu dgn betul demi kebaikan semua. Jgn ikut rentak KSB yg mementingkan blog lebih dari maruah bangsa dan agama.
Maafkan saya. Itu adalah harapan saya. SAYAM MEDIUM tidak akan muncul lagi jika masih terus begini caranya para arif atau cerdik pandai agama buddha. SADHU!