Monday, October 26, 2009

Curi Phra Kreung, Beli Dadah

Penganut agama Buddha biasanya pakai "Phra Kreung" bagi melindungi diri dari bahaya. Sekarang "Phra Kreung" pun tak berkuasa melindungi dirinya sendiri kerana selalu menjadi sasaran pencuri. Boleh kata curi Phra Kreung ini trend baru yang membimbangkan dalam masyarakat Siam.

Siapa ada simpan Phra Kreung baik-baik tolong simpan baik-baik bagi mengelakkan daripada dicuri. Sekarang remaja ketagihan dadah menjadikan rumah yang ada "barang baik" sebagai sasaran kecurian. Contoh, Somdej Wat Rakhang, Luang Phor Thuad Wat Chang Hai, Pitta Luang Phor Kron (Tok Raja), tongkat, Phra Sri Vichai, takrut, pha yan dan sebagainya selalu dicuri. Barang-barang ini senang dijual di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur.

Ketagihan dadah punya pasal, semuanya boleh terjadi. Seorang kawan dari Kelantan beritahu saya yang Phra Pitta dia baru hilang. Dia syak anak sendiri yang curi. Bila ditanya anaknya tak mengaku. Rumah dimasuki orang, tetapi tak ada kesan pecah masuk. Siapa lagi kalau bukan orang dalam. Orang dalam tersebut anaknya sendiri yang telah beberapa tahun dikesan "jadi doktor" bangkai bernyawa.

Phra kreung yang baik tak senang dicari. Simpan baik-baik agar tak jadi sasaran remaja tangan panjang. nakal sungguh remaja Siam. Curi Phra Kreung untuk beli dadah.

Phra Kreung yang baik tak lagi jaga kita tapi kita yang mesti jaga dia. Di Thailand, ramai Sami Buddha yang ada Somdej Wat Rakhang diketuk kepala sebelum disamun samdej itu. Jaga-jagalah siapa yang ada Phra Kreung baik-baik.

21 comments:

putuchon said...

ada yg curi Phara Kreung pergi main pelacur??..

hukum karma ambik cuti??..

Anonymous said...

Kesiannya .....

Dah tahu tangkal tak boleh lindungi diri buat apa beli dan pakai.
pakai tangkal takut diri tak selamat, sekarang takut dicuri pula. Kesiannya dengan umat kita.

Sebab itulah Buddha bersabda bahawa kerana tajut dan kejahilan, manusia mencari pelbagai perlindungan (yang sia-sia).

Hai, umat Buddhist sekalian, kembali kepada ajaran Bhagava, agar kita selamat dan sejahtera...bukan bergantung kepada tangkal azimat yang terbukti tidak dapat melindungi dirinya sendiripun.

Bangunlah!

SK Tin

pena reformasi said...

Ada komen membina, ada komen jujur, ada komen balas dendam, dan ada komen serkap jarang nak perkena aku.

Apapun niat KSB cuma satu iaitu melahirkan generasi Buddhis yang celik akal dan tak senang ditipu.

putuchon said...

ada yg potong kepala Phra Prathan dlm ubosoth, mcm mana pula hukumnya tuan Blogger??..

kira dosa berat tak memotong kepala Phra Prathan tu??..

dah rujuk ANANTARIYA KHAMMA ..potong kepala Phra Prathan tdk tergolong dlm karma berat..

pena reformasi said...

Aku tak tahu hukumnya. Tapi kalau antik, harganya mahal.

Phra Buddharup lama-lama dalam Ubosot di sebuah wat di Kelantan habis dicuri.

Anonymous said...

Lumrah manusia mencari rezeki,tidak kira dosa atau pahala. Tuan pena pun kerja dulu jual phra kreung cari makan juga.Apa hukumya?

pena reformasi said...

Aku bukan businessman.

Anonymous said...

Saya sependapat dengan sk tin, komen mengarut tak perlu layan dan tak perlu disiarkan.

samanera said...

Dasar sami alajji keparat sampai kiamat tak akan insaf akan perbuatan kejinya. Hidup menjadi manusia sia-sia, apabila mati masuk neraka avici. Masa kecil tidak mahu mati, apabila besar menyusahkan orang.

Blog KSB diwujudkan untuk memberi kesedaran kepada generasi muda agar dapat membezakan Bhikkhu tulen daripada Sami Alajji. Generasi muda Siam ada akal boleh berfikir, tetapi oleh kerana fikiran mereka dipengaruhi ajaran salah, mereka menjadi keliru. Manakala sami alajji pula menambahkan kekeliruan yang sedia ada.

Kepada sami alajji, KSB bukan tempat untuk menyedarkan kamu semua kerana otak kamu tidak akan sedar sehingga kiamat. Kamu tidak tumpah seperti udang yang kepalanya dipenuhi tahi.

Kalau kamu sedar kamu tidak akan terus memperalatkan agama untuk mencari makan, menipu manusia sesama agama. Oleh itu, niat kamu untuk menggagalkan blog ini tidak akan berjaya. Selain Pena Reformasi, ramai lagi manusia lain yang bersedia menulis perkara yang benar demi agama mereka.

Demi Buddha, Dhamma dan Sangha yang suci, blog KSM akan terus beroperasi selagi diizinkan Karma.

Anonymous said...

Kenapa menggunakan ayat yang kasar dan tidak beradat. Samanera sepatutnya menunjukan ayat yang manis dan bersopan-santun dalam penulisan anda.Di dalam agama buddha tidak ada perkataan "kiamat'atau erti kiamat.Jadi anda dalami agama buddha lagi.

Anonymous said...

Sesiapa mahu melihat wajah tuan pena?Saya telah menerima photo dari sebuah kampung dari negeri kelantan.Mereka di kampung telah tahu siapa sebenarnya dia.Photo ini diambil sewaktu sekolah sehingga menjadi tok sami.Anda semua akan tahu siapa sebenarnya allaji.

Anonymous said...

Nampaknya ada pembaca dan penulis yang tak mahu tengok ke depan. Mereka ini masih mengungkit-ungkit cerita 'lama' orang lain.

Mungkin mereka ini tidak tahu adanya perkataan 'insaf' dan 'taubat'. Harap banyak belajar.

Orang yang insaf dan taubat akan menjadi orang baru, jadi tak perlulah nak ungkit-ungkit cerita lama orang.
Jika tidak kita tak kena mana, pi mai pi mai tang tu jugak.

Saya percaya niat tuan blogger untuk berubah, ke arah kebaikan.
Dan berharap masyarakat turut berubah. Kalau masih tidak berubah, semakin lenyaplah ajaran Buddha dalam masyarakat kita.

Kepada mereka yang umpama otak udang itu, tak perlu dilayan.
Manakan sama otak manusia dengan otak udang.

SK Tin

anti alajji said...

Siapa Pena Reformasi tak penting kerana yang penting kita tumpu kepada isu yang diketengahkan.

Saya join KSB kerana minat dengan caranya. Kita dihantar belajar sehingga U tapi dengan mudah diperbodoh oleh manusia tak lulus standard 6.

Gautama Buddha ajar kita pandai, tapi kenapa kita masih bodoh dalam urusan agama yang dianuti turun temurun? Kerana alajji telah memutar belit ajaran Buddha. Kita pergi wat tak ada benda lain selain tambun, tambun, tambun!!!!

putuchon said...

siapa kata tak ada perkataan "kiamat" dlm agama Buddha..??

salah satu nama hari kiamat dlm Islam ialah

Yawm al-Fatḥ يوم الفتح yg bermaksud " Hari pengadilan "


mungkin konsepnya tdk sama sebab "kiamat" dlm Buddha bukanlah hari pengadilan..sebab dlm Buddha karma tak perlu tunggu hari kiamat, ianya akan terbalas pd bila-bila waktu yg sesuai..

apa yg saya kata kiamat mesti berlaku adalah kerana Buddha sendiri pernah menyatakan bahawa semua yg wujud di langit mahupun bumi adalah tertakluk kpd HUKUM TRAILAK iaitu ANITCANG ,DHUKKANG, ANATTA..

pena reformasi said...

Betul kata Putuchon. Semua tertakluk pada TRAILAK - Anitcang, Dukkhang, Anatta. Tapi berapa kerat kaum Buddhis yang tahu Trailak?

Anonymous said...

Jangan takut...pakai apa nama pun boleh tahu idea anda.Kelisa anda menyerlah. Jika biawak takkan jadi buaya.

putuchon said...

tuan Pena yg dihormati, selain dr membuka pekung dan memburaikan tembelang ALAJJI apa kata kalo kita cuba berbincang masalah yg berkaitan dgn agama Buddha??..

biar org tahu kata kita bukan hanya berbual kosong dan merapu tak tentu pasal, dr penelitian saya tuan Pena adalah salah seorang yg mempunyai pengetahuan yg tinggi dlm agama Buddha..

Kita buka peluang kpd semua tanpa ada sebarang sekatan..supaya org tahu kita benar2 ikhlas utk memperjuangkan dan menegakkan kebenaran ajaran Buddha dan saya pula akan berada di sisi pihak yg benar..


terima kasih..

pena reformasi said...

KSB sedia membincangkan masalah agama Buddha Theravada. Sesiapa yang ada masalah nak dibincangkan boleh hantar ke KSB.

Tiada sekatan. Yang ada nilai tetap disiarkan.

Tujuan KSB, selain beri kesedaran kepada generasi muda akan salah betul ajaran agama, juga bertujuan mengangkat agama kita ke taraf yang sepatutnya. Kita tak boleh biarkan segelintir orang merosakkan agama suci kita.

Anonymous said...

Tentang perkataan 'kiamat' dalam agama Buddha.

Dalam agama buddha tidak ada perkataan kiamat. konsepnya ada. tapi itu pun berbeza mengikut pandangan individu.

Segala sesuatu di alam ini tertakluk kepada dukkha, anicca dan anatta.
oleh itu bumi juga akan mengalami anicca dan menjadi lenyap.

mengikut agama lain, kiamat bererti hari kemusnahan, hari kebangkitan dan hari pengadilan.
konsep ini TIDAK ada dalam agama buddha.

Arah tuju kita selepas mati ditentukan oleh karma, bukannya hari kiamat (pengadilan)

Tetapi saudara Samanera tidak salah menggunakan perkataan itu jika maksudnya ialah hari kelenyapan bumi.

Jika ada orang mengatakan tidak ada hari kiamat dalam agama buddha, dia juga betul jika hari kiamat bermaksud hari kebangkitan dan hari pengadilan.

SK Tin.

Anonymous said...

S.k.tin
Belit-belit,semua kalau masuk bangkul sendiri tidak pe,kalau fasal orang lain,lawan entah betul tak betul...
keris sakti

Anonymous said...

Keris Sakti,

Anda ni kepala lama juga ke?
Baca sesuatu tidak pakai akal ke? Hentam sahaja.

Kepala lama jangan baca, nanti sakit otak.
Sila pergi ke laman KHAS untuk anda di Komuniti Siam Sederhana.
Meriahkan blog yang hidup segan mati tidak mahu itu.
terima kasih.

SK Tin.