Friday, October 9, 2009

Dhammakai Lebih Baik Daripada Dhamma-Kaut





Ada pengikut Dhammakai e-mail kepada aku. Dia bertanya pandangan aku tentang Dhammakai.
Semua benda ada kelebihan dan kekurangannya. Theravada mahupun Mahayana ada kelebihan dan kekurangannya. Dhammakai juga tak terkecuali. Terpulang pada kita nak lihat dari sudut mana.
Di bawah ini aku petik dan olah semula tulisan dia untuk dikongsi bersama.
1. Dhammakai lebih baik daripada "dhamma-kaut" yang diamalkan di kebanyakan Wat Siam di Malaysia. Dhammakai ambil duit orang untuk menjayakan projek kemasyarakatan, mengembangkan agama Buddha ke seluruh dunia. Dhammakai meletakkan Theravada setara dengan Mahayana di mata dunia.
"Dhamma-kaut" ini hanya tahu mengaut duit masyarakat tanpa buat sesuatu yang besar untuk agama, melainkan membuat bangunan/fizikal. Bina, baiki, roboh, bina baru, baiki, roboh, dan bina baru berulang-ulang tanpa penghujung.
2. Dhammakai sudah ada Open University tahap dunia. Ilmunya mendapat pengiktirafan dunia woi. Open University ada dekat USA woi. Agama lain pun angkat topi tabik. Wat kita masih dengan Naktham/pendidikan Dhamma yang ketinggalan zaman.
3. Disiplin pengikut Dhammakai amat ketat. Kesopanan mereka amat terpuji. Masa ada majlis keagamaan di Wat Dhammakai, orang ribu-ribu, tapi jarum jatuh ke lantai boleh dengar kerana suasananya diam hening. Wat kampung kita petir belah bumbung pun tak dengar kerana ditelan bising orang ramai yang tak berapa ramai. Masa Phra suatmon pun kita berbual-bual, bersembang-sembang dan berketawa-ketawa. Perkara ini tak ada di Wat Dhammamai.
4. Strategi menarik orang sangat hebat. Di Bangkok, ada bas percuma disediakan untuk pergi Wat Dhammakai di Pratumtani. Pihak Dhammakai sediakan bas di beberapa tempat strategi. Sasarannya para pelajar. Tok Sami tempat kita nak belanja seratus dua untuk budak-budak sekolah teramatlah pahit.
5. Phra Wat Dhammakai berada dalam Vinai yang ketat, sopan, tertib dan rapi. Satu teladan kepada pengikut. Inilah tarikan utama masyarakat masuk Dhammakai. Phra-phra mereka mengagumkan, sekurang-kurangnya pada mata masyarakat biasa.
6. Kebaikan Dhammakai ini tak bermakna tak ada keburukannya. Walau apapun, cara Dhammakai jauh lebih baik daripada cara Wat Siam kita di Malaysia yang lebih banyak "duduk peluk tubuh" daripada membuat perkara yang berfaedah kepada umum. Tok Sami yang kritik Dhammakai tak baik tak buat apa langsung untuk agama Buddha, melainkan duduk kritik, kritik, kritik sambil menunggu Donation Box dan angpau.

50 comments:

suk said...

Saya setuju dengan cara yang Dhammakaya telah laksanakan.Memang baik dan maju ke depan.Memecah benteng tradisi Buddha lama,sebab buddha lama hanya duduk bawah pokok atau gua-gua.
Memang elok mengembangkan agama buddha keseluruh dunia.Ramai orang kaya yang menderma tanpa berfikir dan semua harta kepada Dhammakaya.Ini menunjukkan perkembangan yang positif ke arah nibbana.

Malaysia mana ada?Tiada.Tok sami malaysia hanya tunggu dan makan sahaja.Tidak berguna,kan?Menjaga wat sahaja ? Ya.Begitulah gelagat tok sami malaysia.Tidak aktif.
Tetapi,kita kena fikir pula kenapa tok sami tidak aktif?Adakah mereka malas?Atau ketua-ketua mereka yang tidak beri kuasa?Atau kuasa dipegang oleh penghulu kampung? Atau siapa berkuasa di malaysia dalam undang-undang wat?
Kajian mendalam kena laksanakan juga.Kini,ada perkembangan baru di thailand.Wat sanghakathan dah muncul di tengah-tengah dhammakaya yang gagah mengkaut.Jadi,siapa hendak ke mana boleh pilih.Wat sanghakathan pun ada kelebihannya pula.syabas kepada semua tidak kira di malaysia,thailand atau pun seluruh dunia.Memang kita ada cara masing-masing untuk bergerak.Menjalar macam ular pun ada,melompat macam tupai pun ada,berjalan macam kura-kura pun ada.Jangan duduk diam,jatuh mara,lebih berdiri di tempat yang sama.(wahai penganut Buddha jangan tertipu dengan Theraveda atau Mahayana,Dhammakaya atau Malaysia sami,semua kita ada minda untuk berfikir....

musafir hina said...

betul ker joint Dhammakaya boleh menghapuskan kemiskinan?? masuk Dhammakaya boleh membuatkan kita jadi kaya, aku pun nak masuk jugalah..

setia dgn agama buat kalo hidup melarat papa kedana??

apa kaedah Dhammakaya ni pakai hah?? sampai org miskin buleh jadi kaya??

Thai SIAM said...

Saya hanya dengar "KAYA BUN" atau "BUN YAI" kaya lain tak dengar. Bagi mereka yang kaya dan menderma dengan banyak pula, akan dilayan sebagai VIP.

Itu sahaja yang saya dengar, ada yang kata boleh nampak "Thevada"...

Anonymous said...

Bagi duit kepada Dhammakaya kita puas hati sebab dapat tengok projek "membina umat" yang mereka buat. Habis ribu-ribu pun tak apa.

Bagi duit kepada Tok Sami tempat kita, buat beli rim sport sama aksesori kereta bolehlah. Lain tak ada. Bina banguan besar-besar, anjing juga tidur di kaki limanya.

Terus-terang saya katakan sami-sami tempat kita tak mampu menarik penghormatan dari masyarakat. (mai na leum sai).

pena reformasi said...

Aku kagum dengan keupayaan Dhammakai mengumpulkan ratusan ribu orang dan sami setiap kali ada hari penting. Duit yang dikumpul juga banyak. Bermula dengan kudarat seorang Mae Chi (Chan), Wat Dhammakai kembang sayap ke serata dunia. (Kemampuan Mae Chi mengatasi kemampuan Tok Sami). Pejuang hak wanita patut berasa bangga.

khon corn said...

ikut dengar ceramah Dhammakaya tak ubah mcm ikut kursus motivasi..org malas boleh jadi rajin, kaki botol boleh kembali ke pangkal jln kalo betul2 ikut nasihat depa..

Bagi org yg mengaku kata umat Buddha tp tak nak belajaq Dhamma Buddha elok sangat joint depa ni sebab depa pandai buat program pemulihan ..drp jadi kaki judi,kaki betina/ botol ada baiknya jd pengikut Dhammakaya..

Anonymous said...

Biarlah kita dgn pilihan kita.Bagi yg kata Dhammakai bagus teruskanlah.
Bagi yg masih thambun diwat-wat Siam Malaysia (turun temurun dari nenek moyang kita termasuk nenek moyang 5 komentor sebelum saya) teruskanlah.Yg penting niat kita suci dan bersih.Jgn dgr sesiapa. Percaya pada apa yg kita buat nescaya kita dapat yg baik.
Percayalah kata saya ini,kalau asyik sembahyang tapi tak usaha buat kerja,dalam agama apapun dlm dunia ini,takkan kaya.Percayalah!!!
pi wat kalau kita rasa wat tempat yg boleh di percayai. Utk yg kata Dhammakai bagus,teruskan buat cara Dhammakai.(tapi seeloknya kita pergi kesana)Jgn sembahyang depan TV aje.
Malaysia bebas.Kita buat apa jua cara kita tapi jgn kata cara yg itu baik dan cara yg ini tak baik dan sebaliknya.
Fikirkanlah wahai teman duniaku. hidup kita sementara,jgn sia-siakan lagi. Happy selalu tetapi jgn susah hati dgn masalah org lain.Biarlah mereka dgn cara mereka.

pena reformasi said...

Betul tu, kita bebas memilih. Asalkan buat baik, di mana-mana pun ada balasan baik. Daripada jadi kaki yang tak berguna ... lebih baik jadi kaki Dhammakai. Tak kaya tak apa, asal tak jadi sampah masyarakat. Papa kedana tak apa asalkan puas hati.

Thai SIAM said...

Saya sependapat dengan khun Anon 6.44pm.

Seorang pengikut Dhammakai berkata Thambun (derma) di wat di kg (bukan wat Dhamakai) tidak dapat Bun. Apabila beliau (pengikut Dhamamakai tersebut) meninggal dunia, maka sami wat di kg tersebut dijemput untuk sembayang "Suat". Ketua sami pun bertanya, mengapa tak jemput sami Dhammakai pi "Suat", takut "Suat" sami wat kg tak diterima oleh si mati.

Ini hanyalah cerita yang saya dengar dari kg.....

pena reformasi said...

Tambun/tamtarn kepada penyamun pun dapat bun, jangan kata tambun kepada Phra di kampung. Beri makan kepada binatang pun dapat bun, jangan kata beri makan kepada orang.

Penganut Buddha seharusnya tumpu kepada perkara yang lebih tinggi daripada bun (pahala). Kalau kita masih "ba bun" tak ada bezanya kita dengan agama lain.
Kita patut tumpu kepada "moraliti mulia", "pewujudan panya" dan "pembebasan minda".

musafir prihatin said...

kira apa dgn suat bila mati??sekutu sami Dhammakai ada di mana2 sekarang..

joint geng Dhammakai dpt byk pengaruh sebab networknya besar tak kiralah sami ataupun Karawat..

kalo sami mesti dpt sampul yg padat dgn duit sekiranya pandai tarik pelanggan masuk Dhammakai network...

Anonymous said...

Buddha ajar kita ikut jalan tengah, sederhana dan tak fanatik.

Jalan tengah tu jalan macam mana?

musafir said...

jln tengah yg Buddha ajar ialah

1.jgn gilakan KAMAKHUN (nafsu seks)

2. jgn menyeksa diri dgn berlapar umpamanya..

seterusnya harus menjadikan MAGGA 8 sbg panduan atau jln 8 lapis..

tuan blogger mungkin boleh perincikan MAGGA 8..

penganut Buddha zaman ini buat pahala (tambun) mengikut nafsu semata2 bukan menghayati Dhamma Buddha pun..sebab tulah lahirnya "Latthik" pelik2...

Anonymous said...

Jgn terlalu fanatik dan jgn terlalu longgar dalam sesuatu kepercayaan.Biarlah sseorang insan itu memilih cara utk beribadat.Jgn kita mempengaruhi sesiapapun dalam hal ini.
sembahyang dan amalkan cara yg kita suka.Yg penting kita bahagia.

Anonymous said...

Di Wat Dhammakai,Org miskin yg kotor baju (pengemis) tidak di benarkan masuk sembahyang bersama pengikut yg lain.Kenapa? kerana tidak bersih. Betulka?
luaran bersih dgn hati yg bersih,yg mana lebih baik?

suk said...

Kalau hendak kira macam mana? Dhammakaya pun salah juga.Asyik minta duit,tidak henti-henti.Kata 10 tahun dulu chedi itu siap,tapi sampai kini asyik kutip duit lagi.apa nie?Duit itu dah jatuh ke ahli perniagaan mana? Atau ahli politik mana? ha ha ha

pena reformasi said...

Magga 8 (mark 8) sangat penting kepada penganut agama Buddha. Boleh kata Magga 8 ini trademark agama Buddha kerana agama lain tak ada. Malangnya ramai penganut agama Buddha tak tahu apa itu Magga8 dan tak usaha praktiknya.

ore kita said...

Ubat pun main,mabuk pun ada,macam nie?....(tanya demo sendiri oooiii)

Anonymous said...

Dalam setangkai padi ada yang bernas, ada yang hampa.

musafir said...

tambun kat Dhammakai boleh buat loan mcm beli kereta , beli umah..

nak bina patung luang phor Sod seseorang dibenarkan buat pinjaman dgn finance dan bayar bulanan secara ansuran , dengar kata boleh pinjam sampai 150k baht...Sadhu Sadhu..

pena reformasi said...

Aku respek pengikut Dhammakai kerana mereta tak pernah bising tentang "duit tambun" sebaliknya orang lain yang tolong bising.

Anonymous said...

mana ada penagih dadah bising keluar duit byk mana pun utk beli dadah??...org lain juga yg sibuk pergi report polis suruh tangkap mereka.. mengapa tak biarkan sajer penagih dadah utk menghisap dadah sesuka hati mereka?? kot2 ada yg jeles dgn penagih dadah??...

suk said...

Orang mereka yang tolong bising,ini kan politik,takkan sendiri angkat bakul sendiri,ha ha ha kata dhamma kuat,tapi terlekat yang remeh temeh pula...

Anonymous said...

Dhammakaya ... boleh kaya ... kaya ... kaya ... semua orang mahu kaya ... tunggu apa lagi ... mari, oh mari kita pergi kaya ...

Orang miskin suka benor jeles orang kaya ... kenapa? Tuan tolong jelaskan cikit!!!!!!!

samma arahang ... samma arahang ... samma arahang ... Dhammakaya ... kayaaaaaaaaaaaaa!!!!

suk said...

Bagus tuu... ke Dhammakaya kita kaya lah. tunggu apa lagi pi pi pi pi...dhammakaya kita kaya.neraka belaka!

Anonymous said...

Phra yang urus Wat Dhammakai terdiri daripada Maha/Doktor/Sarjana. Mereka ni kepala IT, kepala sains & teknologi.

Phra yang urus wat kampung kita hampeh. Kepala bendul yang menyondol.

Speaking tahu sikit-sikit ego melangit. Nak minta visa pergi USA cari orang merata dunia tak tahu isu borang. Kah... kah ... kah...

suk said...

Kalau dah keluar uni masuk phra buat ape lagi,cari bini lagi bagus,tengoklah tak masuk uni pun tak mau jadi phra,mau cari bini,mau duniawi la

Anonymous said...

Mereka bukan keluar U masuk Phra. Mereka masuk Phra kemudian sambung belajar sehingga masuk U, dapat PhD. Phra kampung kita malas. Sudahlah bodoh, malas belajar lagi bodoh.

Anonymous said...

Mengata orang memang senang,tetapi jangan lebih-lebih pula nanti orang lain kat kita pula.he he he.Mengajak orang membuat baru itu teladan yang baik.Hendak baik buatlah kebaikan,nanti kebaikan sahaja tidak berguna.

Anonymous said...

Siapa yang menjaga pentadbiran wat-wat di bandar-bandar? Di malaysia saya bertanya.

Anonymous said...

Dhamma pakai akal.
Kita kena kembali kepada ajaran Bhagava Buddha.
Memang betul wat-wat di negara kita telah banyak menyeleweng tapi siapa yang nak jadi sami dan mulakan reformasi??? Generasi muda sudah tidak tertarik dengan kemurnian agama ini. Wat-wat juga tidak mahu berubah.

harap akan muncul satu wat yang baru yang menjunjung nilai asli agama Buddha. atau sebuah wat lama yang berani BERUBAH.

Thai SIAM said...

Phra kat Mesia memang tak berkelulusan tinggi, apatah lagi degree, master n phd, spm pun berapa orang yang ada. Sebab tulah mereka ni tak pandai untuk menarik orang-orang kaya menderma jika dibandingkan dengan phra Dhammakaya yang dah dilatih.

Aku pernah sembang dengan Than Bun tentang perkara ini dan beliau berkata kita di Mesia tiada pilihan kerana phra yang ada pun boleh dibilang dengan jari. Sedangkan di wat Dhammakaya, mereka mempunyai beribu-ribu phra dan boleh memilih yang terbaik untuk dihantar ke merata tempat termasuklah di Mesia.

Aku memang setuju dengan Than Bun, kebanyakkan phra Dhammakaya yang pernah aku jumpa kat Mesia (Penang n Puchong) memang mempunyai rupa paras seperti aktor (ikut pandangan mata akulah), yang lain tu aku tak pasti.

Sebab itulah ramai di antara member-member aku yang dah berjaya berkunjung kesana setiap tahun (bukan sekali) untuk menderma... sebab rezeki bertambah..tambah..

Cukup dulu komen aku tentang Dhammakaya...takut bakal senato terkilan...

Anonymous said...

Banyak sgt penghinaan terhadap phra kita. kenapa ni.Tak baik menghina.tgk diri kita sama.Fikir-fikirkan....

Anonymous said...

Ada masuk phra untuk belajar fasal dunia saja,bila dah dapat apa yang mahu,keluar dari phra kawin,tak mampu ubah juga.

Anonymous said...

Than Bun bernasib baik kerana pergi belajar di Sri Lanka. Dari sana beliau dapat kesedaran untuk mendidik orang. Phra Sri Lanka selalu bertanya kepada Than Bun: "Kenapa Phra Thai tak mengajar orang?" Kerana malu dengan pertanyaan itu barulah timbul kesedaran dan nekad untuk mengajar orang. Itu yang Than Bun beritahu aku.

Phra "Phu yai" di Kelantan tak berupaya merangsang semangat Phra muda untuk mengajar/mendidik orang. Bukan tak mampu tapi tak mahu?

pena reformasi said...

Aku yakin wat kita boleh bersaing dengan Dhammakai kiranya Khanak Song Malaysia ada inisiatif ke arah membangun manusia. Malangnya phra kita hanya cari kepentingan diri.

Aku boleh kata selalu masuk wat dan sembang dengan "Phor Than", rata-rata bicara mereka tumpu pada "material". Sekarang heboh pasal kutipan Kathina yang bakal diterima.

reformasi wat said...

buat apa nak bersaing dan bertanding dgn DHAMMAKAYA tuan blogger??..

org dah sewel... tak kan pula kita juga nak sewel , bagus ke sama2 sewel??..

wat sepatutnya betul2 ada ciri2 wat
kalo hanya berlumba2 utk mempamirkan bangunan siapa lebih besar, siapa punya cantik... lebih baik jgn panggil sbg wat..

wat yg dikatakan benar2 wat boleh ambik wat phar (wat hutan) sbg contoh..wat THAN PHUTTHATHART pun boleh juga kalo siapa2 nak tahu mcm mana rupa wat yg betul2 wat..

pena reformasi said...

Walaupun bersaing ada unsur Kilesa tapi bersaing buat kebaikan ada faedahnya. Lebih baik dari "bersaing" buat jahat.

reformasi wat said...

nak saing dgn Dhammakai boleh, tp hendaklah dr segi pembangunan modal insan..jgn pula dr segi pembangunan material..

nanti org meluat sebab hari2 dok minta duit..

Anonymous said...

Wat di kelantan(pantai timur ) akan berubah bila Than Boon dan Acharn piang mengetuai di masa depan. Saya yakin dengan kemampuan dan keilkhlasan Than Boon begitu juga Acharn Piang memakai kain kuning.Mereka tidak memakai kain kuning ini sekadar mencari rezeki seperti phra lain,atau mahu pangkat semata-mata.Tetapi,mereka mahu menyebarkab ajaran buddha ke penganut2 di malaysia dan singapura.Bagaimanapun, mereka memerlukan masa untuk menjalan tugas sebagai phra yang sempurna dengan cara masing-masing itu. Saya yakin kemampuan gandingan mereka.Sebenarnya,kita sudah dapat lihat tugas-tugas yang mereka laksanakan,tetapi belum berkesan. Banyak pihak lain masih berpengaruh,jadi mereka tidak dapat jalankan tugas ini dengan sempurna.Semoga hari itu cepatlah tiba.

Anonymous said...

Ramai orang kita yang hangat-hangat tahi ayam,pepatah melayu.Pepatah siam pula kata macam kucing naik pokok pisang,sekali naik dengan cepat lepas turun.Buat tidak ada teratur dan berterusan. fikir-fikirkanlah

Anonymous said...

Macam mana sami siam malaysia mahu lawan dhammakaya.Sedangkan orang siam malaysia sendiri tidak sokong.Pergi wat nak buat boon tapi pergi kat wat hisap ganja,minum arak,pukul orang kat wat? apa siam ni? kacau wat yang suci,tak tahu tanya tuan pena sendiri,kah kah kah

Anonymous said...

Tolong perhati sebuah wat di lembah kelang.Tok sami siam dia makan duit ke?Ajk wat siam makan duit?Tandas macam stesen bas dalam hutan.Kotor dan tak ada air.Apa tu? Tok sami makan duit habis ke? Atau siapa makan oi?Orang derma dalam box donation, duit siapa kebas?Tidak ada duit nak baiki tandas ke?
Siam kenapa mu tidak sedarlah,50 tahun wat di bina tapi kotor macam wat kat kampung,macam wat hulu-hulu.Tidak ada tindakan ke?Sedarlah siam!

Anonymous said...

Kenapa siam tidak ubah? Ada yang patut ubah..tengoklah belajar dulu dok kat wat,bila dah kaya derma kat dhammakaya.Tidak percaya tanya orang yang minat Dhammakaya kat trengganu.Hemm,ada lagi,makan maggie kat wat,DAH DAPAT KERJA TEMBAK WAT DAN TOK SAMI,HA HA HA.jENIS APA NIE?

pena reformasi said...

Dhammakai umpama magnet ada daya tarikan tersendiri.

Ada individu yang dibesar dan dididik di wat di Tumpat Kelantan, tapi bila dewasa pergi ikut Dhammakai, lupa acarn sendiri. Ada juga individu yang guna duit Phor Than (saudara mara dia) buat business, bila sudah berjaya masuk Dhammakai, tiap-tiap tahun "tambun" ribu-ribu pada Dhammakai.

Anonymous said...

Bagusnya dhammakaya,panggil orang derma pandai.Buat duit pandai. Wahai...penganut buddha pakai sati ..cakap,buat dam berfikir.

Anonymous said...

Dhammakaya ni bagi saya, selagi sami-sami mereka tidak 'sentuh' dan buat duit, pertubuhan mereka tak guna duit untuk projek-projek yang membazir dan selagi ajaran-ajaran buddha dipraktikkan, maka apa salahnya???

Kita di malaysia sendiri kena berubah. kalau dhammakaya tidak bagus, apa yang bagus?
kita ada banyak pilihan?

mungkin kena tunggu Persatuan Belia Theravada?
Bila agaknya?

sk tin

pena reformasi said...

Dhammakai bakal membawa perubahan yang besar terhadap dunia Theravada. Kita wajar berfikir ke depan, bukan berundur.

Anonymous said...

Saya sokong lah pandangan saudara tuan blogger bahawa Dhammakaya bawa perubahan besar dalam Theravada.

Sebab kita tak nak berubah, biarlah orang yang ubahkan.
tapi nampaknya banyak pula suara kritik. positif/ negatif? atau orang kita memang suka kritik?

tentang than Boon dan acarn Piang tu...minta tanya mereka dari wat mana, daerah mana?
Harap ada orang tolong perkenalkan...mungkin ada harapan untuk perubahan.

sk tin

Ponyet said...

Than Boon dr Wat Uttamaram, Kg. Teresek, Pasir Mas, Kelantan.

Acarn Piang dr Wat Phikulthong Vararam Kg. Terbak, Tumpat, Kelantan.