Tuesday, October 20, 2009

Kathina: Perayaan Jual Pahala

Sekarang ni musim Kathina. Pergi ke mana-mana ada dengar orang cakap pasal Kathina. Antara dialog yang biasa kita dengar ialah:

"Kathina Wat Than Chau Khun bila, aku ingat nak pergi?"


"Tak balik kampung ke Kathina tahun ni?"


"Kampung aku tak ada Kathina, Phra masuk Pansa tak cukup. Buat Phapa aje"


Apabila lepas Kathina, dialognya bertukar rentak.


"Tahun ni aku pergi Kathina di lima buah wat."


"Dengar kata, Wat Than Kru dapat banyak tahun ni, RM150,000."


"Wat Than Maha lagi banyak, RM200,000, kereta penuh wat. Parking tepi jalan sampai kepala jambatan."


"Dua hari, dua malam budak Khlong Yau kampung aku mabuk sakan. Duduk berkumpul tak buat apa langsung. Cak-pong, cak-pong, minum, minum, minum, mabuk, mabuk, mabuk, muntah, muntah, muntah, minum lagi, lagi, lagi.... timbunan botol beer tenggelam kepala .... Dahsyat betul budak-budak ni!"

"Uhh... uhhh... uhhh!"

Semua wat sibuk dengan persiapan perayaan Kathina. Khatina sangat penting kepada kaum Buddhist. Bagi orang biasa (kharawas), Khatina bermakna masa bagi mereka membuat pahala kepada Sangha. Sampul Kathina entah dari wat mana; Malaysia dan Thailand bertimbun seperti bukit di atas meja rumah.

Bagi Sangha, Kathina bermakna masa bagi mereka mengira duit. Dari Sami paling junior sehingga sami paling senior, tak ada benda lain yang jadi bualan mereka melainkan duit Kathina. Wat mana dapat berapa semua mereka tahu. Wat yang dapat banyak Tok Saminya senyum lebar. Wat yang dapat sikit Tok Saminya masam memuncung. Betul kata orang, majoriti Tok Sami sekarang mata duitan. Duit adalah penyambung hayat Tok Sami. Siapa sayang Tok Sami, hulurlah RM banyak-banyak untuk Kathina tahun ini.
Tok Sami dapat duit. Orang kampung dapat pahala. Duit beli pahala. Pahala diperolehi dengan duit. Pahala tak nampak, hanya untuk dibawa naik syurga yang entah di mana, entah ada atau tidak. Jangan-jangan hanya omong orang tua menipu budak semata-mata. Kata orang, syurga-neraka di hati kita. Siapa boleh komfirm tolong beritahu.

Pahala buat bayar teh tarik Mamak tepi jalan tak laku. Pahala buat bayar "duit kopi" masa bawa kereta lupa bawa lesen tak diterima. Malah pahala untuk ditukar balik dengan duit Tok Sami pun Tok Sami tak terima. Betapa tak ada nilainya pahala di dunia ni. Pahala hanya ada nilai di akhirat.

Duit dapat beli banyak benda - simen, besi, batu, kayu, kereta, rim sport, tayar Dunlop, laptop, kamera, telefon dan 1001 jenis barang. Duit sangat berharga di dunia. Hidup tanpa duit susah. Mati tak ada duit juga susah. Keranda kena beli. Bagi orang Cina, tapak kubur kena beli. Panggil Phra datang sembahyang mayat kena bayar walaupun Phra tersebut kita bagi makan minum sejak muda sampai tua. Bela babi boleh jual. Bela anjing, bawa pergi buru biawak tak perlu bayar satu sen pun.

Kathina penting bukan kerana ia sinonim dengan duit. Kathina penting kerana kita yang menjadikan ia penting. Istilah "Kathina" dalam bahasa Pali merujuk kepada "Rangka Kayu" atau alat daripada kayu yang digunakan untuk menenun kain. Kathina tidak membawa maksud "duit". Kathina tidak memerlukan duit puluh-puluh ribu. Kathina hanya memerlukan 1 set kain kuning untuk diberi kepada Sangha dan terpulang kepada Sangkha hendak serahkan kain tu kepada mana-mana Bhikkhu.

Kathina hanya boleh diadakan sekiranya Bhikkhu yang masuk Vassa (Pansa) 5 orang. (Sangha bermaksud Persaudaraan Bhikkhu / sekumpulan Bhikkhu melebihi 4 orang).

Yang pelik lagi ajaib apabila ada Samnak Song mengadakan Kathina walaupun Bhikkhu masuk Pansa tak sampai 4 orang. Sepatutnya mereka tak boleh buat Kathina, melainkan buat Phapa sahaja. Oleh sebab Cina kota jahil agama, mereka pun kelentong Cina buat Kathina, jual Civorn (kain kuning), jual pahala kerana Cina hanya tahu Kathina, tapi tak tahu Phapa. Kerana RM ... RM ... RM Tok Sami sanggup jual maruah agama, kelentong masyarakat.

Yang lagi pelik, lagi ajaib, lagi musykil ialah ada Samnak Song yang tak ada "Song" (Sangha) seekor buta pun, tapi buat perayaan Kathina, jual kain kuning, jual pahala. Woi, itu bukan Samnak Song lagi. Itu rumah orang. Itu tempat tuan rumah mengawan dan membiak baka. Jangan jadi bodoh. Rumah orang tak boleh diadakan perayaan Kathina. Jual kain kuning, duit masuk poket, kain kuning simpan balik dalam almari untuk kitar semula tahun depan dan depan. Woi, mana boleh gitu! Cukuplah tipu Cina, dosanya sama dengan tipu Siam juga.

Tiada manusia di dunia ini yang paling mudah ditipu duit melainkan manusia Buddhist yang jahil agama. Tiada manusia di bumi ini yang paling senang diperbodohkan dengan hal agama kecuali manusia Buddhist jahil agama. Tiada manusia yang paling bijak menipu duit orang melainkan manusia Bhikkhu Siam (alajji). Tiada manusia yang paling licik menjual pahala kecuali manusia Bhikkhu Siam (alajji).



43 comments:

Anonymous said...

Memang sedih dengan perayaan Kathina yang diharapkan mendapat berkat tetapi dicemari dengan dosa.

Memang betul wat-wat dan samnak song boleh buat duit dengan umat Buddhist yang jahil agama sendiri. Mereka hanya tahu nak buat "pahala" sedangkan yang mereka buat belum tentu dapat pahala.

Menjadi tanggungjawab kita yang tidak buta agama ini mendidik dan menyedarkan mereka.

Sebab itu saya cadangkan penubuhan Persatuan Belia Theravada yang dianggotai oleh belia Buddhist daripada semua golongan dan lapisan.

Saya betul-betul harap persatuan ini dapat segera ditubuhkan untuk melahirkan generasi Buddhist yang bukan sahaja mewarisi ajaran murni Bhagava Buddha bahkan melangsungkan hayat Dharma.

SK Tin

-- said...

siapa suruh bodoh?? kan dah kena tipu..sekolah tinggi, cari duit pun pintar namun senang ditipu..padan muka, aku pun nak cukur kepala, kalo senang nak tipu org..

pena reformasi said...

SK Tin, anda seorang yang ada kesedaran tentang agama. Namun, tak ramai orang seperti anda. Yang ramai adalah orang yang suka ambil kesempatan ke atas kesucian agama.

Kita beruntung kerana Gautama Buddha meletakkan asas kukuh pada agama baginda lalu membolehkan kita dapat menumpang berkatnya sehingga ke hari ini. Andainya asas agama Buddha rapuh, telah lama hancur oleh perbuatan penganutnya sendiri.

Thai SIAM said...

Bukan hanya Cina Kota yang menjadi mangsa. Malah masih ramai lagi kaum Siam yang menjadi mangsa.

Tengok sajalah disetiap perayaan yang diadakan di wat Siam (bukan semua tapi majoritinya) apa yang dapat diperhatikan mesti ada jamuan Lao/bir walaupun bukan secara rasmi. Yang menjamu itu bukanlah orang lain tapi kaum Budhhist (SIAM). Saya tak pasti samada perayaan kaum-kaum lain yang diadakan ditempat suci mereka seperti di Kuil Hindu, Gereja dll juga ada jamuan lao/bir...

Saya pernah hadiri satu perayaan Kathina di sebuah Samnak Song di sekitar Cheras tahun lepas, memang meriah walaupunpun samnak song tersebut tidak ada sami yang masuk pansa. Yang ada hanyalah sami jemputan untuk perayaan tersebut dan saya dimaklumkan diantaranya adalah phra khru (ketua sami) dari sebuah wat terkenal dikalangan pelancong di jajahan Tumpat.

Perayaan tersebut bertambah meriah dengan pukulan krong jau kumpulan nam deng (nama yang saya berikan kerana nampak mereka minum air bebuih).

Soalannya mana pergi pendapatan yang diperolehi dari perayaan tersebut.......

Siam Cheras said...

Sdr.Thai Siam, kalau yang dimaksudkan itu Samnak Phromniwas, saya boleh berikan jawapan. Duit tu masuk poket tuan Samnak la. Sebenarnya itu bukan Samnak tapi rumah orang. Phra Kru yang dijemput datang ialah Than Fa dari Wat Jambu tu acarn tuan rumah.

Khanak Klong Jau tu geng persatuan Siam Kelantan/KL. Pengerusinya saudara mara dengan tuan rumah tu. Persatuan Siam "apri" ni tengah rakus jahanamkan agama Buddha. Geng ini suka sekali bawa peminum arak masuk minum dalam wat/samnak song. Yang berkumpul di bawah rumpun buluh Wat Chetawan geng dia orang juga campur geng Kedah. Kalau tak caya tanya Latuk Sawai.

Samnak penipu ni setiap tahun buat Kathin, Wesakha, Loy Krathong atas nama agama Buddha, pendapatannya ratusan ribu.

Kita orang Siam patut buat sesuatu supaya Samnak begini tak terus tipu orang. Rosak imej agama kita. Malangnya ramai orang Siam pergi sekongkol dengan mereka. Bila tanya mereka kata pergi minum dan suka-suka. Hakikatnya mereka sedang jahanamkan agama Buddha.

pena reformasi said...

Budaya jual beli civorn (kain kuning/yellow robes)"kitar semula" ni dahulunya tak ada. Ia diadakan pertama kali di Wat Meh Liew. Kerana untungnya banyak, budaya itu merebak ke Wat Buddha Jayanti, Wat Chetawan, dan beberapa Samnak Song sekitar KL. Kemudian budaya jual beli civorn ini berkembang ke Kelantan.

Begitulah yang diberitahu oleh seorang kawan kepada aku. Jikalau silap, tolong betulkan.

Anonymous said...

Budaya penipuan yang berleluasa ini adalah kerana sikap kaum Buddhist sendiri yang tidak arif tentang agama mereka.

Sami-sami tidak malu membuat dosa.

Oleh itu hanya melalui suatu perjuangan melalui suatu persatuan, perkara-perkara sebegini dapat dikurangkan.

sk tin

Anonymous said...

Tuan,

ini first time saya masuk blog Tuan. Saya dah baca tulisan-tulisan tuan yang lepas-lepas. You are doing a good job, keep it up.

Pasal kathina dan agama ni, saya tak arif, and my opinion is simple. It is up to the people to decide how they want to thambun and thamthaan. Once you have given duit kathina to the wat, you are done.

Samada sami wat atau AJK wat salahguna pakai duit, itu dia orang yang tanggung. Dari apa yang pernah saya nampak, orang yang makan duit wat nie...tak lama. Orang tak nampak macamana mereka kebas, tapi orang nampak bala yang dia tanggung. Ada bala yang anak cucu tanggung. Karma works in its magical way.


Cucu Tok Moh

putuchon said...

kpd cucu Tok Moh...

terkadang kita nak harapkan "karma" menjalankan tugas dia secara sendiri pun kurang tepat juga..

kalo hanya nak harapkan hukum karma maka tak perlulah ada balai polis, ada lokap lagi..tunggu jer bila karma nak balas..

Buddha mengembangkan ajarannya supaya manusia berbuat kebajikan dan berhenti dr segala kejahatan dan kemungkaran agar umat manusia tdk tersesat jln serta tdk perlu tanggung hukuman dr karma buruk..

oleh itu adalah lebih baik kita tegakkan kebenaran..jgn biarkan manusia yg tdk bertanggung jawab memperalatkan agama Buddha utk kepentingan peribadi..

Thai SIAM said...

kepada Khun Siam Cheras dan SK Tin,

Phra Kru (Than Fa) yang menjadi acarn (guru) kepada tuan rumah (samnak) itu sendiri sebenarnya yang kurang arif tentang agama Buddha. Beliau sepatutnya memberi nasihat/mengajar anak muridnya & kaum Buddhist mempraktiskan ajaran yang sebenarnya bukan menumpang sekaki.

Mungkin disebabkan kuasa RM... sampai ada sami yang berpangkat Acarn menjadi rabun...

Dek Wat said...

Jadi AJK wat yang kaya seronok gila. Pergi tambun di mana-mana wat di Malaysia pakai duit wat atas nama "wakil wat".

Khabarnya ada AJK dari wat di KL pergi upacara Luang Phor mati di Kedah tidur hotel, makan di restoran semuanya duit wat.

Phor Than wat tu kata, lebih baik aku beli kereta daripada bagi AJK makan. Gaji beribu-ribu masih makan duit wat. Siam oh siam.

Pergi makan angin di China pun pakai duit wat juga ke?

Anonymous said...

Than Fa, Tok Sami pertama dari Kelantan yang memandu kereta ke hulu ke hilir. Tok Sami ni pernah digosip ada perempuan simpanan. Entah betul ke tidak aku tak tahu.

Anonymous said...

Dulu masa Than Chau Khun Chan, Wat Uttamaram masih hidup, beliau datang bersama Than Fa ke Samnak Song ni bila ada Kathina. Tapi masa tu tuan rumah jadi Phra lagi walaupun dah ada bini. Main korek korek di tingkat atas, sembahyang di tingkat bawah. Jadah punya orang!

Sri Damansara

putuchon said...

tok sami yg hidup mewah memandu kereta ke hulu hilir hasil saraan hidup dan keringat masyarakat Buddhaborisat, sampai ke hari ni pun belum menerima balasan hukum karma??...


Boleh percaya ker kata hukum karma wujud??

boleh tuan Blogger atau siapa2 yg arif di sini perincikan sikit??..

Anonymous said...

Adalah sesuatu yang pelik mengapa arak dibenarkan di wat-wat.
Bukankah arak itu dilarang dan perkara ini terkandung dalam pancasila yang menjadi asas sila kepada semua penganut Buddha.
Mengapa perkara ini boleh dibiarkan dan memalukan umat Buddhist?

Dan jubah kathina yang dikitar semula. mengapa ini dibiarkan?
ketamakan dan kejahilan yang nyata.

di kelantan, wat-wat berlumba-lumba membina dewan upasaka (ubasok)dan patung-patung gergasi untuk perhiasan.

dewan upasaka (ubasok)indah tapi tak ada aktiviti dan khutbah dharma. mungkin ada, setahun sekali.

Kita patut mencontohi Persatuan Buddhist (aliran mahayana) di mana bangunan persatuan adalah tempat aktiviti dan ibadat.
Sepatutnya wat-wat dikendalikan oleh kharawat atau persatuan buddhist yang dipimpin oleh orang kebanyakan...bukan ketua sami.
Jika ketua sami yang jaga wat maka mereka akan terdedah kepada material dan politik.

Di kelantan, sangat jarang kita dengar phra beri ceramah agama.
sebab itu mereka tidak dipandang tinggi, hanya tahu makan tidur, kata orang.
sebenarnya masyarakat tertanya-tanya juga, apa gunanya sami-sami ni???

sk tin

pena reformasi said...

Sebenarnya para Buddhis Siam di Malaysia banyak ikut tradisi bukan ikut ajaran Buddha. Banyak perkara yang dilakukan oleh kaum Buddhis Siam tak ada dalam ajaran Buddha. Sasana Pitthi (upacara keagamaan) contohnya, banyak yang tak ada dalam Kitab Tipitaka, tapi diamalkan oleh orang Siam dengan kepercayaan bahawa itu ajaran Buddha.

Ajaran Buddha mesti keluar daripada mulut Buddha (phra od), tapi kiranya keluar dari mulut Bhikkhu lain walaupun ratusan tahun dahulu, ia tetap bukan ajaran Buddha.

Kita ambil contoh Vipassana-Kammathan, terdapat puluhan konsep yang diamalkan oleh kaum Buddhis sekarang. Semuanya dicipta oleh Acarn Vipassana. Konsep Buddha hanya satu iaitu Anapanasatik (orang dahulu panggil Anapan)yang berasaskan Sati-Patthana 4 (Kaya-nupassana-satipathan, Vedana-nupassana-satipathan, Citta-nupassana-satipathan, Dhamma-nupassana-satipathan).

Berkenaan kenapa kesalahan dibiarkan berlaku dalam agama Buddha Siam. Jawapannya adalah kerana orang Siam anggap menegur/mengingkari perbuatan Tok Sami satu dosa besar. Padahal dalam tipitaka tak ada sebut. Yang disebut dalam Tipitaka "menegur/mengingkari Bhikkhu Sangha" yang ada ciri-ciri Supatipanno .... Tok Sami jenis makan tidur tak ikut pun tak dosa.

Tentang hukum Karma, memang betul ada orang buat baik tapi hidup derita. Orang buat jahat hidup senang. Karma memberi hasil mengikut masa, mungkin sekarang, akan datang atau kehidupan lain. Konsep Karma dalam agama Buddha tak sama dengan konsep Karma dalam kepercayaan Brahmana. Karma yang kita percaya hari ini kebanyakan dipengaruhi oleh kepercayaan Brahmana bukan Karma yang diajar oleh Buddha. Kalau nak tahu jangan tanya Maha kerana Maha bukan semua cerdik. Cari sumber yang betul daripada Acarn yang praktis Dhamma-vinai.

Anonymous said...

Tentang balasan karma itu kita tidak boleh lihat dalam sekelip mata.

karma dalam agama Buddha ini melibatkan tiga hayat masa yakni hayat lepas, hayat semasa dan hayat akan datang.

mungkin pahala sami penyeleweng dari hayat yang lepas belum lunas lagi, sebab itu dia masih boleh bermewah dan tidak ditimpa musibah.

lagi satu, kita tidak tahu sama ada sami itu tidur lena ke tak, hidup aman ke tak, bila karma buruk yang akan menimpa dia.
inipun balasan karma juga.

terima kasih saudara tuan blogger tolong perjelaskan isu yang saya bangkitkan.

sk tin

putuchon said...

jgn2 sampai agama Buddha dah lenyap dr muka bumi barulah karma nak sampai kat Alajji..

Zaman Buddha karma bertindak sangat cepat contohnya Dewathad dihisap bumi kerana cederakan Buddha..

Lagi satu contoh ialah Bhikkuni Ubolwantheri yg telah mencapai ARAHANT dirogol oleh sepupunya yg bernama Nanda..
Nanda juga dihisap bumi setelah melakukan perbuatan terkutuk itu..

Zaman sekarang Alajji bersenang lenang tanpa sedikit pun rasa keinsafan disebabkan tiada2 apa musibah ataupun bala yg menimpa mereka..

pena reformasi said...

Jangan-jangan Karma juga tahu pilih bulu?

Perbuatan jahat ke atas Buddha dan Arahant cepat dapat balasan Karma. Ada Alajji yang telah dan sedang terima Karma cuma depa tak cakap kita tahu. Ada Alajji kemalangan jalan raya putus dua; masuk Wad berbulan-bulan; mati mengejut; kena parang kepala; kena tetak belakang; kena kes rogol; kena halau keluar phra kerana raba buntut anak dara; jadi pokai selepas kahwin; jadi kanser; jadi strok; dan macam-macam lagi. Aku tak boleh sebutkan nama nanti kena saman malu. Heh, heh, heh.

Yang sihat walafiat belum sampai giliran. Rasa-rasanyalah. Jangan-jangan kita yang jadi arwah dulu.

SK Tin - terima kasih. Saya sokong kiranya ditubuhkan Persatuan Theravada. cuma dalam konteks masyarakat Siam bila tubuh persatuan agama tak sah kalau tak ada Bhikkhu sekali. Bila ada Bhikkhu mulalah seleweng ke arah lain. Di Malaysia ada beberapa persatuan Theravada yang diketuai Bhikkhu, tapi walhasilnya hampeh. Meeting, meeting, meeting lepas tu diam.

Ilmu agama saya cuma sikit aje, tapi cukup untuk kondem orang.

Anonymous said...

Kpd Khun Putuchon,

I personally believe that karma works. Di wat kampung saya dulu ada khabar2 AJK wat makan duit. Tapi tak ada bukti, tak ada saksi. Tapi bendahari wat tak pernah tunjuk account wat, atau resit bayaran. Tiba2 kata duit wat dah habis. So tak pa laa...orang kampung kata simple je...tak lamaaa tu...tunggu time je.

Then, things really happened. Seorang bekas AJK dah meninggal. Sebelum dia meninggal, banyak sangat sengsara, keluar masuk hospital for many years. Duit habis tang hospital. Anak-anak dengan cucu-cucu dia sampai hari ni pun susah nak cari makan. Buat macam2 business, semua lingkup. Sekarang semua ada kat kampung, potong getah.

Ada 2 lagi keluarga bekas AJK ...anak cucu pun terima nasib yang sama. Aura depa tak bagus, dihindari masyarakat setempat. Dah laa orang tak suka, kena maki pulak tu. Family pun tunggang langgang.

Ini semua based on what i have seen, the workings of chao karm nai vain. Yang saya tak nampak, saya tak berani cakap.

Cucu Tok Moh

Anonymous said...

Ya kamma memang bagus kerjanya. Ramai antara kita yang percaya,ada yang was-was,ada yang tidak percaya.
Ada tok bomoh menipu duit tok sami,pakai blackmail.kah kah kah.
Sampai sikalang rumah belum siap,anak -beranak cerai-berai,tok bomoh sakit tak habis-habis,apa ini,kan kamma.

Anonymous said...

Menjual kain kuning bermula dari thailand dan bukan dari wat meh liew,kena kaji dan selidik sikit la,

Anonymous said...

Jadi tok sami memang senang di kritik.Vinai 227 yang kharawat tahu tu. Tapi,ramai antara kita yang kurang prihatin atau ingin menyambung sebar agama buddha.Tuan pena tahu kritik tapi tidak tahu buat apa-apa untuk agama ini.

Anonymous said...

Tuan pena pun allaji juga. Belum keluar sami dah cari bini.

Anonymous said...

Dulu saya lihat persatuan buddha wakaf bharu, kelantan aktif dalam hal-hal agama dan kebajikan (maklumat daripada internet) tetapi sekarang laman itu dah bertahun tak update. apa dah jadi dengan persatuan itu.
persatuan itu boleh jadi contoh kepada persatuan theravada (tanpa bhikkhu).

Kepada saudara Putuchon,
Karma itu nyata dan realistik.
Jika karma baik dan jahat mendapat balasan serta-merta, ini barulah tidak logik/ masuk akal.
karma itu ada baik dan buruk, dan berbeza dari segi berat dan ringan, sedikit dan banyak dan nilainya.

mungkin saudara Putuchon boleh buat kajian ke atas sami/ orang yang saudara kata buat jahat tapi masih tak dibalas.
saya percaya ada balasannya.
cuma seperti kata tuan blogger...itu pun kalau kita yang tak jadi arwah dulu...:)

Lebih baik kita perbaiki karma kita sekarang di samping mendidik orang ke arah kebaikan.

sk tin

Anonymous said...

Ramai di antara kita yang kecewa,tiada tempat hendak mengadu,jadi terpaksa melepas geram di sini.Tetapi, kena ada batasanya juga,nanti orang saman kita pula.Mereka pun tahu kita dulu nya semeja,segelas minum "ja dong" dan makan bewok kat mana-mana sahaja.Oleh kerana tidak dapat bersatu dengan mereka kita keluar dari mereka dan mulalah komen sana sini.Jangan lupa diri,puak-puak kaki wat yang dah lupa diri,makan minum di wat,makan maggiee di wat,cari bini pun di wat,orang kata tumpang wat belaka.Orang lupa diri,lupa diri budi,sembahnyang tuhan tidak guna.

pena reformasi said...

Bagus, bagus, marilah kita sama-sama lepaskan geram di sini. Pakar psiko kata pendam perasaan boleh jadi gila.

Saling menuduh itu adalah perkara biasa bagi manusia. Sendiri buat salah, tapi menuding orang lain bila ditegur adalah lumrah. Kalau manusia sedia mengaku salah, tak payah ada mahkamah.

Setakat ini aku telah pergi buat Kathina di 6 buah wat di Kelantan. Mak ooi, entah syurga atau neraka yang diimpikan oleh orang kita, minum, minum, minum! Kesian anjing-anjing tunggu kepala babi, tapi tak ada orang hulurkan.

Anonymous said...

Sami dan AJK Wat Jayanti (8 Liam) patut dipuji kerana tak bagi orang minum dalam wat. Kenapa mereka boleh buat, wat lain tak boleh?

Anonymous said...

Kalau pergi wat tamboon ok juga. Tapi,tuan pena pergi wat minum arak,lengah-lengah intai bujang @ anak dahi licin nie yang parah.

pena reformasi said...

Aku pi tambun la.

"Kho hai chau pap chong charern, khit ngen hai dai ngen, khit thong hai dai thong. Kho hai chau pap chong charern. Yammmm seng. Puih masamnya tuak babi apa?"

Lebih kurang gitulah salah satu wat yang aku pergi. Gempak giler!

Anonymous said...

Woit, jaga-jaga alajji telah datang KL, sempena Kathina sebuah wat Siam.

Anonymous said...

Rasanya tuan pena pi cari dosa.Hang tak reti ko,mana pahala mana dosa? Hang nie spesis apa ko?Pi wat cari idea komen tok sami,komen comitee,komen orang pi wat.

Anonymous said...

Dhamma bukan sekadar dapat menterjemah buku buddhassa ke bahasa malaysia,atau baca buku banyak-banyak,.Sepatutnya makin tahu makin tunduk janganlah makin tahu makin agah(sombong pula).kesian kesian kesian

pena reformasi said...

Nak tembak aku, tembak betul-betul, tertembak orang lain berdosa nanti. Kesian member tak pasal-pasal kena peluru sesat!

Anonymous said...

Hari ini aku pergi wat 8 Liam ada perayaan Khatina, memang betul kata khun Anon 24/10 12.21pm tak ada orang minum dalam wat, tapi dekat kedai belakang wat tu memang adalah yang minum, masuk ke wat dengan muka merah padam.

Bab minum arak di wat 8 liam sekarang ni masih berlaku atau tidak aku tak pasti, tapi bab larangan tu, dari sumber yang boleh dipercayai dibuat oleh AJK proteam PESILA diawal penubuhan persatuan tersebut sekitar tahun 1999 agar kaum Buddhist menghormati tempat suci agama Buddha. Selepas tu, pada AGM pertama PESILA, AJK tersebut telah ditendang oleh sekumpulan ahli yang tak setuju dengan saranan tersebut. Itulah ceritanya yang aku dengar. Benar atau tidak, aku pun kurang pasti.

Yang aku pasti 101%, kebanyakan AJK PESILA sekarang adalah terdiri daripada kaki "Wong Lau", kalau tak percaya pergilah siasat....

Anonymous said...

Dahulu menjadi teman setia,
Sehidup semati di dalam pesila,
Sekampung,seagama juga asalnya,
Menuntut ilmu sehingga berjaya,
Berumahtangga dan hidup gembira,
Masa berlalu bertukar cerita,
Jatuh naik bersama juga,
Sekejap edaran masa,
Ada benda bermaharajalela
Pecah berai anda semua,
Bergaduh dendam sampai mana?

Anonymous said...

MEMALUKAN KHONTHAI KELATE JE!!!!

Anonymous said...

Siapa tahu sejarah Pesila tolong cerita sikit. Pesila tu apa, persatuan kebajikan ke, atau persatuan Siam mabuk?

Kopi-o-kau said...

Anon. Oktober 26, saya dapat agak siapa saudara. Siapa tubuh Pesila, siapa ambil kesempatan, siapa pemusnah dan siapa yang untung sekarang? Tiada dendam. Kalau ada dendam telah lama ada yang putus kepala. Tetapi pengalaman lalu mengajar agar lebih berhati-hati dalam berkawan.

SBA adalah "sasaran" akan datang.

Thai SIAM said...

Awas ahli-ahli SBA (SELANGOR BUDDHIST ASSOCIATION) pilihlah orang (ahli) sekurang-kurangnya mengamalkan Sila 5 untuk menjadi AJK SBA, kalau tidak hancurlah BSA termasuklah wat 8LIAM....

AWAS KEPADA AHLI-AHLI SBA, ANDA JUGA AKAN MENERIMA BALASAN KARMA SEKIRANYA AJK YANG ANDA PILIH TIDAK AMANAH, TIDAK JUJUR DAN TAK BERTANGGUNGJAWAP DLLLL...

Anonymous said...

Hang nie dari mana? WAT 8LIAM TAK ADA DALAM KUALA LUMPUR NIE. Yang ada SBA..aje...janganlah ketinggalan zaman.
...Bu te na ka

Thai SIAM said...

terima kasih khun Bu te na ka tolong bagi info, lama saya tak singgah, jauh diperantau..

Kalu tak silap saya, wat tu namanya Buddha Jayanti Temple (biasa orang panggil wat 8 Liam)terletak di hujung jalan Tun Razak, Kuala Lumpur dan diuruskan oleh SBA, Betul tak Khun Buter...

Anonymous said...

..AWAS JUGA KEPADA PUAK-PUAK YANG MAKAN NASI SEJUK PATAK BART PHRA,CURI DUIT WAT,MAKAN MAGGI WAT,BELAJAR DENGAN DUIT WAT,CARI MAKAN DENGAN WAT.DLL..KAMMA JUGA WOI!
TEA O