Sunday, October 4, 2009

Kepada Penyanjung Than Bun

Posting ini aku tulis khas untuk "Siamalay" yang fitnah aku dalam Forum Pekemas kononnya aku menghina Than Bun, orang yang sangat disanjungnya. Baguslah kita sanjung orang yang baik-baik.

Untuk pengetahuan Siamalay, di Klang, Selangor ada sebuah pusat meditasi, kalau tak silap namanya Uttamaram Meditasi Centre. Nama Uttamaram diambil sempena nama Wat Uttamaram, Bangsek. Pusat meditasi ini dibuka atas kebenaran Than Bun. Matlamatnya nak mengembangkan Dhamma aliran Luang Phor Kron, Wat Bangsek. Tapi realitinya korner ke lain.

Orang yang buka pusat ini ialah anak murid Than Chau Khun Chan. Selepas Than Chau Khun Chan meninggal dunia, dia masih pergi "tambun" di Wat Bangsek. Tiap-tiap tahun dia dan gengnya bawa duit ke Bangsek. Dia - orang Bangsek panggil dia Ah Chai - salah seorang yang memberi idea kepada Than Bun buat Phra Pitta dan tongkat.

Pernah sekali masa perayaan apa aku sudah lupa, geng dari Klang ini duduk minum beer beramai-ramai di dalam Wat Bangsek, betul-betul depan taman meditasi (suan patibat dham). Tin beer bertimbun-timbun. Adakah perbuatan ini tidak menghina Than Bun? Siamalay boleh tolong jawab?

Balik kepada pusat meditasi di Klang. Siamalay tahu tak mereka buat apa di pusat meditasi itu? Duduk meditasi atau duduk teguk Wiski? Dengar Dhamma Talk atau nonton video lucah sama amoi? Kalau takut orang menghina Than Bun, tolonglah pergi pantau brader. Pastikan pusat meditasi tu betul-betul buat meditasi, barulah tak menghina Than Bun dan Wat Uttamaram. Kemudian report kepada Than Bun. (Andainya kepala terpisah dari leher kerana dipancung Cina Klang, sendiri tanggunglah).

Lagi satu, di KL ada orang buat patung Than Kron (Tok Raja), buat Phra Pitta pim Bangsek, katanya Than Bun bagi kebenaran. Sedangkan Than Bun tak tahu menahu pun. Tolonglah siasat brader Siamalay. Mana boleh menggunakan nama Than Bun tanpa kebenaran. Menghina namanya. Tolonglah siasat brader, kalau jumpa belasah cukup-cukup. Ini kerja mulia, 1000 kali lebih mulia dari dok fitnah aku.

Kamu tuduh aku Parachik dan dihalau keluar dari kampung. Kalau gitu, tolong beritahu yang aku jadi phra di wat mana, dan tahun bila agar orang-orang kampung boleh buat pengesahan. Tuduhan melulu, orang kampung marah. Siapa tak marah tuduh phra kampung mereka Parachik.

Kalau kamu tak jawab soalan aku, sahihlah kamu pembohong besar.

(Nota: Aku bukan jenis sami alajji yang melanggar Sila 227 sesuka hati. Bila ditegur, maka mulalah dia reka cerita, bohong, fitnah supaya masyarakat benci kepada orang yang menegurnya. Dasar alajji sombong bodoh tak boleh diajar).

13 comments:

Anonymous said...

Kawe cukup sanjung Than Bun dan Than Phiang. Mereka cukup lantang bersuara bagi membangunkan modal insan di kalangan generasi muda. Than Bun dan Than Phiang adalah tempat puak Ruamthai mengadu hal utk aktiviti kemasyarakatan. Dulu mahamat dan Phra Pat juga sokong puak Ruamthai. Bila teknologi IT semakin berkembang dan blogger semakin aktif maka puak Ruamthai mendapat tentangan hebat drp Mahamat dan Phra Pat melalui organisasi Sanggha kebangsaan. Kesian Than Bun dan Than Phiang bertungkus lumus mempertahankan budak2 Ruamthai yg dianggap pelapis generasi akan datang. Kawe harap ada lagi sami2 yg akan tampil membantu Than Bun dgn Than Phiang untuk bersuara bagi pihak anak-anak kita yg dah macam anak yatim piatu yg disisih bapanya sendiri melalui orgnisasi yg amat berpengaruh.

pena reformasi said...

Than Bun sangat prihatin dengan pembangunan generasi muda dan remaja. Aku selalu menziarahi beliau. Beliau selalu cerita betapa sukarnya nak bentuk jiwa masyarakat. Sokongan pula kurang menggalakkan. Nasib baik ada bantuan kewangan dari Than Mit. Sejak Than Mit meninggal dunia, beliau terpaksa memikul tanggungjawab yang berat. Projek pembangunan wat yang tertangguh bukan sedikit kosnya. Sumber kewangnan kena cari sendiri, bukan senang. Itu beliau sendiri cerita pada aku.

Beliau memulakan pembanguan insan dengan menukar budaya masyarakat Bangsek. Beliau berjaya. Berlaku satu perubahan besar. Bangsek 30 tahun dahulu dengan sekarang jauh berbeza.

Sekiranya kita ada 10 orang Bhikkhu seperti Than Bun, orang Siam Malaysia akan maju dalam agama.

Anonymous said...

Mengaku menyanjung Than Bun dan Than Chau Koon, tapi pergi menuduh orang parachik, kurang asam dia ni. Orang buat tak baik, kita marah, lepas tu kita balas dengan tak baik juga. Tak betul lagu ni.

Tau ke dia apa dosanya tuduh orang parachik? Jangan kerana marah, kita main-main dengan benda ni. Marah orang tapi sendiri tanggung dosa, tak berbaloi. Tuduh phra yang suci kata parachik tak bau syurga. Tunjukkan bukti, kemukakan saksi. Jangan main hambur air liur saja.

Anonymous said...

Khun tak payah peduli tuduhan begini. Ini salah satu cara puak Alajji nak bagi orang boikot blog KSB. Bila orang boikot, orang tak baca pendedahan yang Khun buat. Selamatlah puak Alajji.

Terima kasih kerana siarkan maklumat yang saya bagi.

suk said...

Kadang-kadang sejarah seorang tidak cukup elok.Jadi,bila kita bongkar sejarah orang lain kena fikir sejarah kita juga.Takut-takut yang kita buat tidak kena dulu...

Nunui said...

Tuduhan dia tu dlm forum pekemas menambah hebat lagi blog KSB ni. Terima kasih la kat dia sebab buat promosi bagi blog ini. Betoi tak khun SUK, kita kena fikir secara positif. heheheheheheeee

Thai SIAM said...

Itulah masalah sangkhom Thai/Siam kita. Nasiblah jumlahnya tak ramai macan kaum lain, kalu tidak lebih teruk dari negara Thai.

Jumlah orang Siam di kelate boleh dikatakan banyak juga, beribu orang, kalau dicampur dengan Kedah, Perak dan Perlis lagi ramai, takkan nak bergantung kepada Than Bun & Than Phian sahaja.

Diluar sana kan ramai orang-orang Siam telah berjaya, ada yang dah jadi jutaan, hulurkanlah sedikit sumbangan untuk dijadikan modal bagi membangunkan generasi muda kita.

pena reformasi said...

Memang betul ramai orang Siam yang telah berjaya dan bergelar jutawan. Tauke Chan/Chut yang disanjung masyarakat Kelantan boleh bantu kalau dia sudi. malangnya tak ramai yang sudi dalam pembangunan remaja kerana hasilnya tak nampak segera.

Pemimpin Siam? ada yang berjiwa besar, tapi ramai yang berjiwa kecil. Dulu dengar khabar ada pemimpin Siam bawa budak-budak klong yau pergi kelaparan di satu majlis di KB. Nasib baik ada insan prihatin hulurkan duit, dapatlah budak-budak tu mengalas perut.

Orang Siam lebih rela melabur duit untuk ke syurga - membeli bun -daripada membangunkan anak bangsa sendiri.

suk said...

Pothan bun dan Than piang model tok sami yang berkoban demi bangsa dan agama.Semoga di masa depan akan lahir lagi anak-anak siam yang berkorban seperti Pothan bun dan Than piang.

Anonymous said...

Di kedah ada Porthan Chuang wat naka.

Anonymous said...

Pho Than yang baik ada banyak tapi alajji telah buat rosak. Saya harap Pena Reformasi tidak menyamakan mereka dalam tulisan.

pena reformasi said...

Apa yang aku kritik semuanya tentang SAMI ALAJJI dan ciri-ciri ALAJJI. Sami yang buat baik aku tak kritik. Andainya ada yang terasa, terpulanglah, aku tak boleh buat apa.

suk said...

Kalau sesiapa yang dapat ikut 227 Vinai (sin phra)terorlah.phra patibabtt dalam hutan pun takutlah....saya nie parti bebas,jadi jangan marah ya,(nanti kena lelong pula dari Cerita P.ramlee 3 Abdul. ha ha ha