Tuesday, October 27, 2009

Masyarakat Harus Tahu Vinai Phra

Sawadde!

Seorang kawan sepejabat bertanya kepada saya adakah Phra Thai boleh makan pada waktu malam? Saya beritahu tidak boleh. Phra Thai hanya boleh makan sebelum matahari tegak di atas kepala yakni sebelum tengah hari. Selepas masa itu, Phra Thai hanya boleh minum air. Dia bertanya kerana dia selalu nampak Phra Thai makan malam di restoran dekat rumahnya.

Saya beritahu dia lagi mungkin Phra palsu kerana sekarang banyak Phra palsu cari makan di bandar. Phra betul tidak keluar malam melainkan dijemput. Dia bertanya lagi tentang Vinai Phra Thai. Saya menerangkan mengikut saya tahu.

Apa yang ingin saya tulis di sini ialah masyarakat patut tahu Vinai Phra supaya mereka boleh kenal Phra tulen atau Phra palsu.

Vinai Phra ada 227 perkara (Sila 227). Sila 227 merangkumi Sila 5, Sila 8 dan Sila 10. Tidak praktikal ditulis semuanya di sini. Cukuplah dikemukakan beberapa perkara yang boleh membezakan Phra tulen daripada Phra palsu, iaitu:

1. Tidak boleh makan waktu malam (kecuali Phra Utara Thailand) - Phra Thai yang betul tidak boleh makan waktu malam melainkan sakit.


2. Bindabart makanan pada waktu pagi sahaja - Phra tulen hanya boleh "minta nasi" pada waktu pagi sahaja. Tidak boleh minta duit. Di bandar besar banyak individu menyamar dengan mencukur kepala dan berpakaian kuning seperti Phra Song minta sedekah di jalanan. Mereka biasanya tidak pakai selipar. Apabila orang bagi duit, mereka akan bagi tali tangan, tangkal dan lain-lain sebagai tukaran.

3. Tidak tinggal di rumah sewa - Phra tulen tidak tinggal di rumah sewa atau di hotel. Mereka tinggal di wat. Kecuali dalam kes tertentu Phra yang dijemput datang dari jauh tinggal di rumah orang.

4. Makan wajib "dipersembahkan" (diberikan dua tangan) - Phra tulen tidak terima makanan yang tidak diberikan dengan kedua belah tangan melainkan dalam keadaan terdesak kerana tiada orang yang akan melakukannya.

5. Ada surat pengesahan masuk Phra - Phra palsu tiada surat pengesahan masuk Phra. Phra tulen ada surat pengesahan yang dikeluarkan oleh Upaccaya.

6. Tidak boleh sentuh perempuan - Phra tulen tidak boleh sentuh perempuan; perempuan tua atau kanak-kanak.


Enam perkara ini tidak dilakukan oleh Phra Thai tulen. Jikalau sesiapa nampak Phra Thai melakukan perkara di atas, jelaslah Phra itu palsu atau Phra Alallji (tipu).

34 comments:

putuchon said...

penjelasan yg bagus sekali, syabas!!!

namun masih ada sami yg ada sijil Sutthi, ditasbihkan mengikut proses yg betul tp masih melanggar SANGHA VINAYA..ini lebih bahaya!!..

pena reformasi said...

Mulai hari ini aku dan sahabat KSB akan siarkan komen yang berfaedah dan ada kaitan dengan topik sahaja. Komen merapu atau keluar topik tak akan dilayan.

pena reformasi said...

Tolong gunakan nama dalam komen. Komen tanpa nama tak akan dilayan.

Nunui said...

Lepas ni jarang org bagi komen sebab mereka lebih suka tembak dalam gelap.

Anonymous said...

Bagus tuan pena, bagus.....

komen tak ada nama dan merapu hanya bikin serabut sahaja. menyemak.

Ramai kaum cina di bandar senang tertipu dengan sami palsu. Mereka tak tahu bezakan sami tulen dan sami palsu.

Dan 'sami-sami' ini pula memang tak malu langsung menghina ajaran Buddha dengan perlakuan mereka. Tak ada ke pihak berkuasa yang boleh buat sesuatu?

Mengapa tak ada orang perjuangkan supaya sami-sami ini ditangkap dan dipenjarakan?....didenda dan disebat lagi bagus.
Memalukan umat dan Buddha sahaja.

SK TIN

Anonymous said...

Tentang Persatuan Belia Theravada. Tujuan saya mencadangkan persatuan ini bukan untuk bersaing dengan wat. Persatuan ini boleh menjadi sebahagian daripada wat. Bahkan persatuan ini sepatutnya menguruskan wat (seperti AJK wat).

Segala keperluan wat sepatutnya diuruskan oleh kharawat, bukannya sami-sami. Sami-sami mempunyai peranan yang lain.

Melalui persatuan ini, remaja, belia dan masyarakat boleh dididik dan dibimbing untuk mengenali ajaran Buddha. Sami-sami boleh dijemput untuk menyampaikan khutbah/ ceramah agama.
Dengan ini, masyarakat akan dididik untuk menghormati institusi sangha dengan lebih baik dan betul.

Tugas persatuan juga mencari dana. Dana untuk persatuan dan dana untuk wat.
Dengan itu tidaklah timbul wat tidak ada wang. sampai kena buat pesta hiburan (konsert) untuk kumpul dana seperti yang disebut oleh komunitisiamlama/ sederhana.

Wang hasil tambun dan lain-lain aktiviti perlu diurus oleh persatuan, bukan sami/ ketua sami.
Mereka mana boleh buka akaun bank dan urus dana.

Harap ada tenaga dan usaha dalam masyarakat Buddhist Theravada untuk ke arah kebaikan umat.

SK TIN

awedolah said...

Tidak salah masyarakat tahu vinai,tetapi kita harus mendalami sila dulu.Vinai bukan yang kita punya.Dhamma= sila=samadhi=panja..banyak lagi yang patut kita belajar dan practis.

awedolah said...

Tuan Pena undang-undang ini untuk phra thai sahaja ke? Dahulu saya pernah tengok dalam siaran tv DR.SRi DHAMMANANDA berjabat tangan dengan beberapa orang wanita semasa temuramah di satu rancangan rtm.Undang-undang ini bertukar-tukar ke?

komuniti sederhana siam said...

Kenapa Phra utara thailand boleh makan nasi sebelah selantan tidak boleh?Pelik? ????????????????Macam mana pula sebelah timur dan barat?

anti alajji said...

Kita tahu Vinai Phra bukan apa. Apabila Phra palsu buat salah kita tahu. Vinai dengan Sila tujuannya sama iaitu menuju Sila, Samathi, Panya.


Vinai Phra Thai dengan Phra Sri Lanka mungkin ada beza. Phra Lanka makan buahan waktu malam, Phra Thai tak boleh. Phra Thai hisap rokok, Phra Sri Lanka tak hisap. Cara pakai jubah kuning juga tak sama.

Sesiapa yang arif tolong bagi penjelasan.

komuniti sederhana siam said...

Salah seorang murid Acarn itu pernah jadi phra di Wat Chetawan pada tahun 80-an. Banyaklah pekung Phor Than Pian yang dibuka. Mereka tak puas hati. Mereka kata Wat Chetawan boleh menampung puluhan phra dalam satu-satu masa. Mereka memberi beberapa alasan "pedas" kenapa Phor Than Pian menolak Acarn tinggal di Wat Chetawan, antaranya ialah:

1. Acarn itu dari aliran "praktis Dhmma". Wat Chetawan aliran "praktis materialistik". Oleh itu tak sesuai tinggal sebumbung.

2. Acarn patuh pada Dhamma-Vinai. Wat Chetawan mengingkari Dhamma-Vinai. Oleh itu tak boleh tinggal bersama.

3. Acarn makan dua kali sehari. Wat Chetawan makan dua kali sehari masih diragui.

4. Acarn tak tahu memandu. Wat Chetawan memandu sendiri. Takut Acarn dilanggar kereta yang dipandu oleh phra song. Nanti jadi kes besar yang pelik.

5. Acarn tak ada anak angkat wanita. Wat Chetawan banyak anak angkat wanita. Takut acarn terganggu. Kalau tak percaya pergilah tengok sendiri.

6. Acarn minum milo. Wat Chetawan minum banyak jenis minuman, termasuk ... (?) nak tahu detail tanya Phor Than Pian.

7. Acarn sudah tua. Wat Chetawan muda-muda belaka. Boleh bekerja dan jaga wat.

8. Acarn mengajar Dhamma kepada orang. Wat Chetawan pantang dalam hal ini. Mengajar lain bolehlah.

9. Acarn tak pernah ada rekod busuk. Wat Chetawan ada rekod busuk kerana ada orang pernah report kepada kedutaan Thailand bahawa Phra Wat Chetawan bawa girlfriend makan angin (dating) dengan kereta pandu sendiri.

(pada tahun 60-an Thailand hantar "Phra Dhammathut" ke Wat Chetawan kerana pada suatu hari Duta Thailand di KL pergi wat tersebut, tapi semua pintu kutti dan pintu Ubosot tutup rapat. Duta itu menolak pintu Ubosot dan masuk ke dalam, Buddho, Duddhang, phra sedang bercumbu dengan pompuan dalam Ubosot. Masa itu Wat Chetawan masih dibawah jagaan Kedutaan Thailand. Lalu Thailand hantar "pakar Dhamma" bagi mendidik phra Wat Chetawan).

10. Acarn selalu uzur. Kalau sakit atau mati Phor Than Pian pasti tanggung susah. Daripada membawa susah kepada diri, lebih baik reject saja.
(INI BUKANKAH MENGHENTAM ORANG KE?)

Siam Cheras said...

KSB akan lebih dihormati tanpa komen-komen yang merosakkan. Tapi KSB juga harus lebih bertanggungjawab, sopan dan adil.

pena reformasi said...

Kepada Komuniti Sederhana Siam - saya tulis bersandar pada alasan yang diberikan orang. Soal menghentam orang lain tak timbul. Kalau saya nak hentam Than Pian, banyak lagi saya boleh tulis. Saya kenal Than Pian bukan sehari dua, tapi sudah lebih 20 tahun.

Apa yang dimaksudkan dengan menghentam orang? Orang buat salah mesti ditegur, diberitahu kepada orang agar orang tak tertipu. Tidak msuk akal kita memuji orang yang buat salah. KSB hanya mahu "memberitahu perkara yang betul" kepada masyarakat. Tidak ada media didunia yang tulis tentang kebaikan sahaja. manusia tulis tentang manusia. Jadi mesti ada baik dan buruk. Soal "menghentam" tak timbul. Cuma KSB tak pernah buat fitnah sesiapa.

Harap maklum!

Kopi-o-kau said...

Kekalkan rentak sedia ada Tuan Blogger. Jangan berlembut dengan perosak agama. Hentam, kutuk, kritik orang jahat tak salah.

Anonymous said...

Kepada Komuniti Sederhana Siam,

saya nak tanya saudara, adakah saudara pernah pergi ke Wat Chetawan di Jalan Gasing, PJ tu?
Dah pernah duduk tinggal dan buat siasatan di sana ke?

Tuan Blogger hanya mendedahkan kebenaran, kalau tak percaya pergilah siasat sendiri.....buat apa nak sindir-sindir orang.
Pergilah sindir sami-sami di Wat Chetawan tu.

Perbezaan Waktu Makan Sami

Bagi saya ini adalah kemudahan. Agama Buddha tidak menyusahkan.
Bahkan Buddha pernah bersabda bahawa mana-mana vinaya (vinai)yang tidak bersifat muktamad boleh dihapuskan.

Cuba bayangkan kalau ada orang Eskimo yang tinggal di kawasan kutub menjadi sami, adakah mereka patut pakai seperti sami Siam?

Kawasan utara Thailand lebih sejuk, oleh itu mereka perlu pengubahsuaian.

Jalan yang patut diambil setiap penganut Buddha ialah jalan pertengahan. Bukan menyeksa diri atau mengkhayalkan diri dengan kebendaan.

Oleh itu, jika ada perbezaan dalam vinaya yang bukan muktamad maka kita wajarlah mengubah mengikut keadaan.

Buddha menetapkan vinaya juga mengikut keadaan dan kehendak semasa. Bukan meniru bulat-bulat daripada kaum Brahmin dan agama lain pada zamannya.

SK Tin.

pena reformasi said...

Komen tanpa nama tak akan disiarkan. Kalau nak gunakan Anonymous, tuliskan NAMA di hujung komen. Nama penting untuk dijadikan rujukan bila komen anda dibalas.

Anonymous said...

Kepada saudara sk tin,
Kenapa kita hendak sindir wat pj pula.mengata-ngata orang kan tidak baik.Tengok apa yang tuan pena tulis tu...bukan ke menyindir orang.Dia cuma dengar orang cakap,kemudian karanglah dia ,entah ke mana.Jadi,tidak sindir orang ke?Dah kata mahu membina,bukan meruntuhkan martabat orang lain.Tolonglah tengok kebaikan orang lain juga,jangan dok tengok yang tidak baik dia sahaja.Sk Tin,kata kita kena tengok keadaan,jadi wat pj,pun tengok keaddan juga.Sinn bukan india,bukan thailand,bukan kampung kedah ker,kelantan ke,tapi bandar yang dah maju,dan mencabar.Jadi,wat pj pun kena maju juga ikut keaadaan.
dari keris sakti

Anonymous said...

Kepada komuniti siam sederhana,

saya nak tanya, apa sebenarnya tujuan saudara mempertahankan sesuatu yang batil (palsu)?

Adakah salah memperkatakan kesalahan yang dilakukan oleh wat dan sami?
Adakah bagus membiarkan sahaja perkara yang salah diteruskan?

mengenang budi biar bertempat.
bukan budi orang yang membuat kejahatan.

Jika sami dan wat menerima teguran dan membuat perubahan, ini untuk kebaikan siapa? Tuan blogger ke? penulis-penulis di sini ke?

SK Tin

Anonymous said...

Engkau nie puak allaji juga ke?Bila tidak puas hati baru engkau bongkar rahsia wat pj.kah kah kah!
Tea --o

pena reformasi said...

Nampaknya ramai yang nak tahu 'siapa di sebalik KSB' daripada 'apa yang KSB tulis'. Banyak yang buat serkap jarang, main teka-teka dan raba-raba. Ada yang pasang perangkap nak perkenakan KSB.

Woit, KSB tak mudah masuk perangkapla!

samanera said...

Lantaklah depa tu.

Orang berbudi kita berbahasa, orang keji, kita cuci kepala.

Pergi merantau di negeri orang,
masuk kandang kerbau menguak,
masuk kandang kambing mengembek,
masuk kutti alajji jumpa maggi.

Anonymous said...

Minum air tepi jalan,
air sejuk cap master,
jangan mudah jadi setan,
Jadilah teladan kepada member.

Air sejuk cap master,
beli dari kedai bengali
jadilah teladan kepada member,
Supaya jangan sesal kemudian hari,

Beli dari kedai bengali,
siap dengan serbuk kopi
supaya jangan sesal kemudian hari,
lupakah kita pada parut sendiri.
..tea o

Anonymous said...

Kepada saudara keris sakti,

saya tidak bermaksud buruk.
maksud saya, daripada menyindir orang yang menegur, lebih baik menyindir orang yang ditegur.

Yang mana lebih berat salahnya? orang yang menegur atau orang yang ditegur?

Siapa yang mewakili sangha dan agama buddha?
Siapa yang sepatutnya menjaga kesucian agama ini?

Sudah tentulah saya tidak bermaksud pergi ke wat dan menyindir-sindir sami-sami di sana.
apa faedahnya? dalam hal ini apa yang kita boleh buat selain daripada menegur secara tidak langsung dan menyedarkan orang yang masih belum 'bangun'.

SK TIN

Anonymous said...

Saudara Sk Tin,
Banyak cara yang boleh dibuat oleh anda.Misalnya,menganjur seminar mengajak kaum buddhist mengamal amalan buddhist yang tulen.Menulis buku-buku seperti Dr sri dhammananda atau uncle vijaya,pun boleh.Tengok dan lihat cara mereka mempraktis dhamma dan menyebar.
Jika tidak dapat keseluruhnya,mengajar sanak-saudara sendiri dulu.Buatlah berperingkat-2,pasti anda akan berjaya.
Jika senang bacalah sikit dhamma yang berfaedah kepada sendiri dulu.Jangan lupa tentang ego,ramai sesat di situ beratus kelahiran pun masih di situ,bahaya tahu...
keris emas

SAYAM BARU said...

Semua yang beri komen tentang keburukan sami adalah pengecut! ini pandangan peribadi saya.Kenapa? kerana mereka cuma berani komen dalam blog aje.kenapa tak bersemuka atau bermusyuawarah dgn pemimpin kampung di mana wat itu terletak.
Tegur secara terbuka dan ikhlas baru dapat selesaikan masalah.setakat dalam blog,berapa sangat khonthai dan sami yang baca? be realistik sikitlah. pakai otak untuk berfikir bukannya guna lutut wahai kaum bangsaku.
(Saya harap komen say dapat disiarkan jika tuan blogger benar-benar ikhlas nak selesai masalah sami alajji)

pena reformasi said...

Berani atau takut harus bertempat. Melawan dengan harimau dalam Zoo bukan berani namanya kerana peraturan Zoo melarang kita "mencederakan harimau peliharaan Zoo".

Saya akui blog mempunyai sebaran yang terhad. Sami kita pula ramai belum celik IT.

Sayam Baru tolong khabarkan kepada sami apa yang ada dalam KSB kerana saya tahu Sayam Baru selalu pergi wat. Khop khun krap.

Khimao Talay said...

Berdepan dengan Sami tak berguna apapun. Sami bukannya tak tahu kesalahan yang mereka buat. Cuma degil tak nak berubah ke arah kebaikan.

Semua sami tahu raba bontot bini orang salah, tapi buat juga. Semua sami tahu bawa lari anak dara orang salah tapi bawa lari juga. Semua sami tahu makan duit wat salah tapi makan juga. Piiiirah!!!!

Anonymous said...

KEPADA SAYAM BARU,
Saya menyokong pandangan anda.Mereka takut,jika berdepan dengan tok sami,sebab riwayat sendiri pun lebih teruk.Teruskan komen anda juga,tengoklah siapa menang.
Keris emas

Thai SIAM said...

Sebagai orang biasa walaupun riwayatnya teruk, hanya melibatkan sorang saja, tapi kalu sami yang berkelakuan teruk, masalahnya bukan kepada sami tu seorang, ia melibatkan khanaksong.

Bagi para sami yang tak boleh mengamalkan Sangha Vinaya (Vinai), keluar sajalah dari sami (la sikha), menjadi orang biasa walau seteruk mana kelakuannya, yang rosak hanya anda sorang saja tak melibatkan orang lain.

kadang-kadang kita kena memberi komen keatas sami yang berkelakuan tak senonoh nie, agar dapat menyedarkan mereka.

kepada khun Sayam Baru n Keris Emas, takkan anda tak tahu apa peranan tok sami kepada kaum Buddhist....atau mungkin anda salah seorang sami allaji yang tak mengamalkan Sangha vinaya...tahu makan dan tidur saja.....

Anonymous said...

Thai Siam..hemmm...
Tidak silap memberi komen,tapi yang saya mahu anda terus berbincang dengan tok sami.Dalam IT ini sudah hendak berhubung.Jalan pintas cakap dengan mereka. sudah cerita.
keris emas

Anonymous said...

Kepada Keris Mas dan Sayam Baru,

kalau saudara berdua berani, taklah ada dalam blog ni juga,
kalau berani, pergilah tegur juga, kan tanggungjawab saudara berdua juga.

Kalau nak duduk dalam kepompong yang sama juga, sila pergi ke blog khas untuk anda berdua, Komuniti Siam Sederhana.

masuk blog ni nak tumpang meriah jugak ke?

Sk tin.

Kharawat Borisut said...

Begitu cetek sekali pemikiran SK Tin.Salahkah Keris mas dan sayam baru beri komen dlm blog ini? Kenapa kaitkan blog komuniti sederhana siam dalam hal ini? Bukankah ada niat yg tak baik dalam hati naluri SK TIN? Kenapa suruh mereka berdua jgn ada dlm blog ini jika mereka berdua berani? Apakah itu bermaksud anda dan tuan blog ini org yg pengecut? Come on man!!!!
Selitkan sedikit keikhlasan dalam hati anda bila beri komen dan jgn kira anda selalu betul aje.
Satu soalan bodoh dari saya. Sebelum ini SK Tin dan tuan blog sudah pernah bersemuka dgn sami yg ORI (bukan allajji) utk ketengahkan masalah allajji ini? Jika pernah,anda dilandasan betul sebab masalah kain kuning,kita kharawat harus memberitahu dan membantu sami tulen untuk hapuskan Allajji. Bukannya melalak dan mcm menyalak bukit dalam blog! nampak macam SK Tin dan tuan blog nak cari glamour saja.
Tengok cermin samada hidung atau muka kita ok tak sebelum nak mengata org lain. Alajji dalam sami mahayana dan ceylonis pun ada.Bukan dlm sami Mahiyana aje yg ada . Alajji adalah MARA untuk ugama kita.Kita kena guna cara dan saluran yg betul utk selesaikannya. HATI-HATI dalam hal ini. jika tersilap buruk padahnya. Penganut kita akan jadi confuse, takut,muak dan at last hilang rasa hormat kepada semua sami tak kira supatipanno atau alajji. saya tahu SK tin dan tuan blog berniat baik tetapi menggunakan jalan dan cara yg tak sesuai yakni mengelirukan. FAHAM TAK?????
Sedarlah wahai bangsaku.Fikirlah semasak-masak dan komen dan hentam jika saya silap dalam hal ini. TETAPI secara IKHLAS ok. NO HEART FEELING.

Note: Saya tulis ini kerana skrg rakan kerja saya dari kaum lain dah minat baca blog ini tetapi mereka selalu kecewa dan tertawakan kaum saya. Sebab itu saya tulis pada kali ini.mungkin for 1st and the last time sebab saya tak berapa minat dalam hal agama (sami supatipanno mampu selesai dgn bantuan ikhlas dari kharawat yg cerdik pandai agama)tetapi saya lebih cenderung kepada pembangunan modal insan bangsa siam dan negara ini.

Penyokong KERIS MAS DAN SAYAM BARU

Thai SIAM said...

kepada yang mengelarkan diri Kharawat Borisut...wah.sedapnya nama..

tapi komennya ...taklah borisut.. terukkkkk. Sahlah hang salah seorang dari@pengikut@barua sami Allajji..

Aku ni tak terror dalam Dhamma, tapi dari fahaman cetek darjah 6 aku, cara komen/ulasan khun SK Tin dan tuan blooger dalam bab agama Buddha/Dhamma bolehlah dikatakan setaraf dgn Phra Maha (yang patibat).

Anonymous said...

Tuan blogger lagi hebat dari Phra Maha di Kedag dan Kelate. Tuan blogger berani dedah perlakuan salah tok than. Phra Maha hanya berani tutup tahi tok than.

Kalu Phra Maha hebat bukak blog kondem balik KSB. Gerenti meriah. Aku berani taruh tak ada yang berani kerana tuan blogger tulis ada asas macam mana nak kondem balik.

Dari: Maha Celup