Friday, October 2, 2009

Samnak Song: Tempat Cari Makan Sami Alajji!

Ini satu projek menipu Cina, membohong Siam, mengkelentong India yang beragama Buddha. Peojek ini lazimnya dibuat di bandar-bandar yang ramai tauke Cina. Kuala Lumpur, Johor, Pinang, Ipoh, Kuantan dan lain-lain menjadi lokasi popular projek menipu duit penganut agama Buddha.

Projek yang dimaksudkan ialah projek membuka "Samnak Song" atau dalam istilah Melayu ialah tempat kediaman sami. Bukan semua, tetapi kebanyakannya tidak tulen. Dibuka bagi cari makan dengan menipu. Boleh kata setiap bandar besar, ada Samnak Song yang didirikan oleh sami Buddha. Sami-sami ini membeli banglo atau rumah teres, kemudian mengisytiharnya sebagai Samnak Song. Setiap tahun mereka menganjurkan sambutan Hari Wesak, Khatina/Phapa dan Loy Krathong. Duit daripada jual civorn (kain kuning), duit tambun khatina/phapa, dan duit jual Krathong bukan sedikit. Puluh-puluh ribu. Misalnya kalau satu set civorn dijual RM100, kalau dapat jual 500, sudah dapat RM50000. Bagaimana kalau satu set RM300, tentu banyak bukan?

Untuk mengaburkan mata masyarakat sami yang membuka Sambak song akan menjemput sami-sami lain datang setiap kali Hari Wesak, Khatina atau Loy Krathong. Dia akan melakonkan upacara "memberi dana" kepada sami-sami yang hadir di depan orang ramai seolah-olah dia bukan cari makan, tapi dia buat demi agama. Hakikatnya angpau yang diberi kepada sami-sami itu cuma seciput sebagai upah bodoh dan rela dijadikan alat dan umpan cari makan. Yang sedihnya bukan sami-sami biasa yang dijadikan umpan, Than Chau Khun, Phra Maha dan Phra Kru pun pernah terkena.

Sepintas pandang aktivitinya seperti Samnak Song yang betul. Samnak Song "cari makan" ini bertujuan nak cari duit dengan cara pintas - menipu dan membohong masyarakat dengan memperdayakan "kepercayaan" (sattha) mereka kepada agama Buddha dan sami. Orang Siam yang arif agama Buddha juga ramai yang tertipu. Bila Samnak Song mengadakan majlis tertentu, berduyun-duyun mereka pergi memberi sokongan.

Kenapa aku kata kebanyakan Samnak Song di Malaysia, terutamanya di bandar besar yang ramai Cina menipu orang? Antara ciri-ciri menipu ialah:

1. Samnak Song yang tulen mesti didaftarkan atas nama persatuan agama Buddha/Khanak Song. Samnak Song yang didaftarkan atas nama diri sendiri bertujuan menipu. Ingat ... Samnak Song atau Wat Thai yang didaftarkan atas nama individu, bertujuan tidak ikhlas. Kalau dia ikhlas nak mengembangkan agama Buddha, dia wajib daftar atas nama "persatuan agama Buddha" kerana bila berlaku apa-apa dia tidak ada hak untuk mengambil balik tempat/Samnak Song tersebut. Tidak kira siapa yang membuka, membina atau mendirikannya, Wat/Samnak Song milik masyarakat bukan milik individu.

2. Bila didaftarkan atas nama individu (tok sami) dan bila individu itu mati, Samnak Song jadi milik sanak saudaranya. Orang lain tiada hak. Undang-undang Malaysia "tak kenal" Samnak Song sebagaimana undang-undang Thailand. Bila sami mati, saudara maranya kaya hasil kutipan derma "donation box". Duit yang diperolehi melayakkan dia kerap pergi berjudi di Genting Highlands. Ini berlaku di KL.

3. Bila sami berkenaan keluar dari alam sami (la sikha) dia masih tinggal di Samnak Song tersebut dengan isteri dan anak-anaknya. Samnak Song jadi tempat kediaman. Yang sedihnya, walaupun dia bukan lagi sami, dia masih menganjurkan Hari Wesak, jual civorn, buat Khatina dan loy Krathong atas nama agama Buddha. Ini juga terjadi di sebuah Samnak Song di KL.

4. Samnak Song mesti menjalankan aktiviti agama Buddha sahaja. Tapi apa yang terjadi dengan sebuah Samnak Song terkenal, Tok Sami, pemiliknya buat bomoh. Siapa gila anak dara, cari dia; siapa bini lari pergi tonggeng kepada kekasih lama, cari dia; siapa tak naik pangkat kerana malas, cari dia; siapa beli nombor tak kena, cari dia; siapa dirasuk hantu cari dia; siapa nak memang pilihanraya cari dia; semua dia boleh buat. semakin besar angpau semakin mujarab. Tapi siapa tak ada duit nak hantar anak ke universiri jangan cari dia (dia tak reti bantu orang); siapa ada anak dara malas sekolah jangan cari dia (dia pantang pandang dahi yang licin); siapa nak belajar agama Buddha jangan cari dia (dia sendiri jahil agama). Ini berlaku di Johor Bharu, Ipoh dan Pinang.

5. Samnak Song ini diberikan nama berbagai-bagai, misalnya Pusat Pendidikan Agama Buddha, Pusat Meditasi Buddha, Uttamaram Meditation Centre dan sebagainya. Namanya gah bukan main, tapi setiap kali ada aktiviti, misalnya Hari Wesak, Hari Kathina, Loy Krathong, ... aduh umpama pub. Beer, Wine, Wiski, Hennessy, Black Label, Thai song, Thai King semua ada. Mabuk kepala pacak tanah sampai ke pagi. Ini terjadi di sebuah Samnak Song di KL dan Klang.

Sami-sami yang membuka Samnak Song dengan tujuan menipu bukan sami tulen, tapi sami kategori alajji yang wajib dihapuskan. Kharawat yang cari makan dengan Samnak Song juga wajib dihapuskan.

Penganut agama Buddha diajarkan agar ada panya (bijak) tapi bila berdepan dengan sami alajji, mereka menjadi bodoh dan mudah tertipu. Baik Cina, baik Siam sama saja. Kenapa?


Ciri-ciri Samnak Song tulen, antaranya ialah:

1. Tanah atau rumah yang dijadikan Samnak Song didaftarkan atas nama "Persatuan Agama Buddha" dan mesti diiktiraf oleh Khanak Song di kawasan berkenaan. Nama ini mustahak bagi memastikan Samnak Song itu kekal jadi hak milik bersama penganut agama Buddha selepas sami itu meninggal dunia (saudara maranya tak ada kuasa nak rampas).

2. Samnak Song mesti menjalankan aktiviti keagamaan/kemasyarakatan sahaja. Segala pendapatan yang diperolehi mesti disimpan di dalam akaun Samnak Song, bukan akaun pribadi. Ini bagi memastikan wang perolehan digunakan untuk keagamaan/kemasyarakatan bukan untuk kegunaan individu. Aktiviti perbomohan tidak boleh sama sekali. Perbuatan melanggar Sila tak boleh dibenarkan.

3. Perbelanjaan - duit masuk dan keluar wajib dipamerkan untuk tatapan umum. Ingat, Samnak Song milik publik, oleh itu publik berhak tahu perbelanjaannya.

4. Samnak Song tidak boleh ada kroni. Semuanya milik bersama. Tak ada siapa yang lebih berkuasa, atau kurang berkuasa. Rampasan kuasa jangan diamalkan.

Jadi, sebelum kita jalan masuk ke Samnak Song, memberi derma, membuat Sanghadana, menyertai aktivitinya, pastikan dahulu Samnak Song itu tulen dan tidak menipu.

16 comments:

Thai SIAM said...

Adakah Samnak Song di KL terletak di taman Cheras.....

Saya dapat berita disitu tak ada tok sami, cuma yang ada bekas sami yang sudah meninggal alam sami (la sikha), tapi masih menganjurkan Hari Wesak, Khatina dan loy Krathong DLL...,

pena reformasi said...

Betul sekali Thai SIAM. Ada jual civorn, masuk duit poket sendiri. Kalau nak tengok Siam mabuk sempena Hari Wesak, pergilah situ, gerenti dapat tengok. Cilakak betul!

chin-thai said...

Samnak song ini tempat geng Pesila lepak sambil minum. Kepala mabuknya lulusan universiti tapi jahil ajaran agama. Pesila dulu dengan Pesila sekarang tak sama. Dulu aku menaruh harapan pada Pesila akan bawa perubahan positif pada orang Siam. Tapi sejak diambil alih oleh kaki mabuk, aku ucap selamat tinggal. Aktivitinya tak sah tanpa mabuk ... mabuk ... mabuk. Samnak Song tu tempat depa mabuk.

Kini tok sami tuan punya Samnak tu telah keluar kahwin sebab tak tahan keras batang, tapi masih tinggal di situ. Dia tukar Samnak jadi rumah, tapi masih buat sambutan Wesak, business jivorn, Thod Khatin dan Loi Krathong.

"Kho hai fa pha tai hong."

suk said...

Susah hendak di cakap,bila manusia di rasuk hantu tamak,jahil dan marah berdendam.Jadi,kita semua hendaklah berjaga-jaga sebab hantu ini,salah silap hari merasuk ke kita pula.Atau kenalan kita terkena merebak ke kita juga.Kalau yang berkahwin isteri terkena hantu ini,ia akan merebak ke suami nya.
Dengan itu berhati-hati,silap hari mati dalam rasuk hantu marah berdendam,tamak haloba dan jahil sesat ini.

Thai SIAM said...

Apa itu PESILA, khun Chin-Thai? Kumpulan @ persatuan @ kelab?

Anonymous said...

Pesila - Persatuan Siam Kelantan, Kuala Lumpur dan Selangor.

Anonymous said...

Pesila ialah persatuan siam kelantan di kuala lumpur. lo ni dah jadi "persatuan siam lau kaw".

Thai SIAM said...

Wooi... persatuan 3 negeri iaitu Kelate, KL & S'gor. Namanya memang hebat, lebih hebat dari PSK, tapi peranannya tak tahu.....Patut tambah lagi 2 negeri iaitu P. Pinang & juga Kedah, kemudian ditukar kepada Persatuan Siam Pakatan.

Yang tak enak didengar ialah perkataan "Lau Khaw", tapi kalu nak sedap sikit kena tukar ke "Nam Sai".

Anonymous said...

Cukuplah kawai oiiiiiii...........Hang adalah seorang yang penakut tak berani.......Macam anjing yang menyalak sahaja....Tak ada faedah langsung

suk said...

..jika ada samnak yang suci di muka bumi ini seperti tuan pena andaikan..tolonglah senaraikan di ruang ini..terima kasih banyak-banyak.

pena reformasi said...

Aku tak perlu senaraikan samnak yang baik kerana orang yang tahu agama Buddha dia boleh menilai sendiri.

Aku menghargai pandangan Khun Suk, tapi harap-harap Khun bukan dari golongan barua alajji.

suk said...

Saya bukan barua allaji dan puak suci,sekadar bagi idea.semoga siam mara ke depan maju dhamma dan maju dunia

pena reformasi said...

Lapang hati aku dapat dengar pengakuan Khun Suk dengan jujur.

Nunui said...

Aku pun fikir macam Khun Pena. Ulasan khun Suk sat ke sana sat ke sini. Macam ada 2 halatuju.

suk said...

...Khun nunui..hemm dalam agama buddha tidak ada paksa laaa.Dhamma itu Dhammacat lah..jadi kena ikutlah.Sejahat-jahat orang pun ada kebaikannya bacalah tuan pena kata itu.Practis ada peringkat-peringkatnya jadi,kita pun kena ikut kemampuan kita.Tambun pun macam juga.Korban pun begitu juga,jangan paksa-paksalah..

Anonymous said...

Kalau Ajk wat makan duit wat itu panggil apa ya?Alajji? atau makan free? atau kenyang sendiri?