Monday, October 5, 2009

Segenggam Ilmu Mampu Selamatkan Kita daripada Neraka

Phra Phayom Kalayanno pernah berkata, "Yang bijak, belajar tinggi-tinggi jadi guru, doktor, jurutera dan usahawan. Yang malas belajar, sekolah tak tinggi ibu bapa hantar masuk wat. Kalau macam ni susahlah wat nak melahirkan cendekiawan agama?"

Gurauan ini sangat bermakna.

Bagi masyarakat Siam Malaysia, bila seorang lelaki masuk sami, harapan mereka tak banyak. Antaranya, dapat selamatkan ibu bapa dari neraka, dapat jadi penyambung hayat agama Buddha, dapat suatmon (suat mongkon, suat kusala dan suat Patimok) dan ada sedikit pengetahuan Dhamma. Harapan masyarakat kita tak banyak. Harapan ibu bapa tidak rumit. Tapi harapan yang tidak banyak, yang tidak rumit itulah yang sukar kita tunaikan.

Orang jadi Phra ada beberapa ketegori:

1. Makan dan tidur. Apa pun tak peduli. Ini kategori yang teruk.

2. Belajar suatmon - tamat 7 tamnan dan belajar Naktham sehingga tamat Naktham Aik. Phra kategori ini jadi kebanggaan ibu bapa dan masyarakat.

3. Tamat 12 Tamnan dan lancar suat Patimok. Ini jarang ada sekarang, kecuali tok sami yang tua-tua.

4. Belajar Pali sehingga tamat Maha Parian 4 sekurang-kurangnya. Kategori ini pergi mana-mana orang panggil Phra Maha. Jika rajin sambung sampai Prayok 9. Malaysia tak ramai yang ada Prayok 9. Itupun tinggal terus di Bangkok.

5. Masuk aliran Vipassana-Kammathan. Ini sangat kurang sekarang. Acarn Vipassana juga kurang di Malaysia.

(Aliran ini bahaya sikit kerana adakala sami yang masuk aliran ini menjadi ekstrem kegila-gilaan.)

Dalam 5 kategori ini, kategori yang ke-5 sangat penting kerana mampu membawa seseorang melepaskan diri dari kesengsaraan hidup selama-lamanya. Bhikkhu zaman Buddha kebanyakannya tergolong dalam kategori ini. Segelintirnya mempunyai keistimewaan dan daya ingatan yang kuat sehingga mampu menghafal semua Dhamma-Vinai. Contohnya, Phra Anon hafal Dhamma; Phra Ubali hafal Vinai; Phra Saribut amat bijak; Phra Mogganlan ada kuasa luar biasa; dan Phra Mahakaccai sangat kacak orangnya.

Dahulu suatmon 7 tamnan dan 12 tamnan belum ada. Dan banyak lagi benda yang tak ada zaman Buddha, tapi ada zaman sekarang. Sebenarnya itu bukan ajaran Buddha kerana ajaran Buddha mesti keluar dari mulut Buddha. Kalau direka oleh orang terkemudian bukan ajaran Buddha namanya. Tapi kita masih terima sebagai sebahagian dari agama Buddha.

Dalam pendidikan agama (pariyat Dhamma), Maha Parian 9 kira paling tinggi. Dalam praktis agama (patibat Dhamma), tahap Arahan paling sempurna. Sekarang Maha Parian 9 masih ramai, tapi Arahan sukar diteka berapa ramai yang ada. Yang pasti Ariya Sangha masih ada.

Maha Parian 9 walaupun tahap paling tinggi dalam pendidikan agama Buddha, tapi masih terlalu rendah berbanding dengan ilmu pengetahuan yang ada dalam ajaran Buddha. Siapa yang pernah mempelajari ajaran Buddha, dia pasti tahu bahawa ilmu psikologi paling sempurna dan ilmu motivasi paling lengkap tak ada di mana-mana kecuali dalam kitab Tipitaka / Phra Traipidok. (Jangan nafi selagi anda tak baca Tipitaka).

Ilmu pengetahuan yang terdapat dalam Tipitaka tiada tolak banding banyak dan sempurnanya. Malangnya penganut agama Buddha jarang mempergunakan ilmu tersebut dalam kehidupan harian. Pengetahuan yang ada pada Buddha sebanyak daun-daun di pokok, tapi yang diajar kepada kita cuma segenggam. Manakala yang kita pelajari mungkin cuma sehelai. Dan yang kita amalkan barangkali setengah helai sahaja?

Sami ialah guru kepada penganut agama Buddha. Ini ada tulis dalam Tipitaka. Buddha minta sami pergi mengembangkan ajaran baginda kepada penduduk India ketika itu. Buddha tak minta kharawat pergi mengembangkan ajarannya. Oleh itu, mengajar agama Buddha ialah tanggungjawab sami. Ini tak boleh dinafikan lagi. Bagaimana kalau sami sendiri tak ada ilmu agama?

Sami moden sangat cerdik. Mereka selalu memberi alasan bukan mereka tak mahu ajar Dhamma, tapi kharawat yang tak mahu belajar. Bagaimana kharawat nak belajar jika ajarannya "terlalu ketinggalan zaman" dan tak masuk akal. Kharawat sekarang tamat universiti, jadi sarjana, jadi doktor falsafah. Kaedah pengajaran wajib ditingkatkan agar sesuai dengan minda kharawat. Kaedah lama yang membosankan mustahil mampu tarik minat kharawat. Sami Buddha mesti kaya ilmu lebih daripada pakar psikologi atau pakar motivasi. Jangan terbalik. Kalau terbalik, siapa nak percaya cakap sami. Masalahnya sekarang ini sudah terbalik. Ilmu pengetahuan yang ada pada kebanyakan sami di Malaysia terlalu sedikit. Adakala tak ada langsung.

Aku bukan nak merendahkan sesiapa, jauh sekali nak sombong, tapi itulah realiti yang dapat daripada soal selidik aku. Rata-rata setuju bahawa: "Sami sekarang kurang pengetahuan!"

Ilmu-ilmu yang diketemukan oleh saintis yang tak ada dalam Tipitaka bukan bererti Buddha tak tahu, cuma tak diajar kepada kita kerana yang diajar kepada kita cuma "segenggam", tapi sudah cukup untuk kita "melenyapkan kesengsaraan" Vatta Samsara. Sudah mampu selamatkan kita daripada neraka. Ingat, ILMU YANG DIAJAR OLEH BUDDHA HANYA UNTUK MENGHAPUSKAN KESENGSARAAN (DUKKHA). Buddha hanya mengajar perkara-perkara yang ada kaitan dengan menghapuskan kesengsaraan.

Untuk kaya, untuk cepat naik pangkat, untuk dianugerahkan darjah kebesaran (dato, tan sri, phra kru, chau khun), untuk berlumba jadi sohor, untuk dibangga-bangga, disombong-sombong, dipuja-puja dan disanjung-sanjung bukan ajaran Buddha. Mereka yang mengamalkan ajaran inilah yang dinamakan ALAJJI.

Bhikkhu, Bhikkhuni, Ubasok, Ubasika yang mengamalkan Dhamma "bukan untuk menghapuskan kesengsaraan" bukan pewaris agama Buddha.

Marilah sama-sama kita berusaha menjadi pewaris agama Buddha!

12 comments:

Anonymous said...

Tulisan yang baik, tabik tuan!

Thai SIAM said...

Syabas khun Pena Reformasi..

Satu paparan yang baik, gua caya sama lu....

pena reformasi said...

Terima kasih! Kalau ada silap, tolong tegurlah. Pasal Dhamma ni tak boleh silap.

Anonymous said...

Tuan pena reformasi selain dari mahir akan dhamma, saya harap tuan juga mahir mempraktikkannya. tahu tulis dan faham saja tak guna.

Ramai orang macam ini, teori boleh tahan tapi praktikal gagal.

suk said...

ha ha ha semacam yang tanya tuan pena dulu..berapa orang terpelajar mau berkorban?..jadi hari ini cerita yang sama dah ada,syabas!

pena reformasi said...

Terima kasih kerana ingatkan aku praktik Dhamma. Sebenarnya semua orang - termasuk aku dan anda semua - sedang praktis Dhamma sejak lahir hingga sekarang. Cuma bezanya, tahap praktis tak sama. Ada yang berada tahap tinggi, ada tahap sederhana dan ada tahap rendah.

Praktik Dhamma/patibat Dham bukannya duduk pejam mata sambil berbisik Putto...Putto atau Phong nor...yup nor, atau Samma Arahang. Praktik Dhamma ialah menyesuaikan diri dengan Dhammachat dengan cara yang betul.

Sejahat-jahat orang ada juga baiknya. Sebaik-baik orang ada juga kurangnya, melainkan Arahan.

Soal disiplin/moraliti, Phra Song wajib praktik Sila 227. Nen praktik Sila 10. Kharawat praktik Sila 5, 8.

(Dhamma itu Dhamachat. Mengikut sains, manusia tak akan kekal sehingga hari ini kalau mereka tak mampu sesuaikan diri dengan Dhammachat)

Anonymous said...

ha hahahaha jawapan Pena kena balik kepada tuan punya soalan. Org yg dah bergelar Maha pun masih mengejar kebendaan duniawi.

Anonymous said...

Siapa makan cili dia pedas, ha, ha, ha!

suk said...

Sejahat-jahat allaji ada pun baik juga ke?sejahat-jahat pencuri ada baik?Macam mana puak hisap ganja?Puak main perempuan? Kaki judi?

pena reformasi said...

Orang jahat ada juga kebaikannya. Orang tak akan jahat dalam semua segi kehidupan. Orang jahat yang langsung tak ada kebaikan bukan orang tapi setan.

Pencuri dia hanya curi, tapi tak membunuh. Pembunuh mungkin ada perasaan kasih sayang juga. Penagih dadah, kaki judi, kaki perempuan ada yang pergi tambun di wat. Ada seorang jutawan VCD haram tambun ratusan ribu kepada sebuah wat di Kelantan.

Ong Kuliman terkenal dengan kejahatannya tapi dia masih sudi dengar nasihat Buddha.

Anonymous said...

Tuan Blogger,

saya amat berharaplah tuan dapat menubuhkan Persatuan Belia Theravada. mungkin pengalaman tuan dapat membantu menjayakan persatuan ini.

hanya melalui persatuan banyak perkara boleh dibuat kerana adanya tenaga dan sokongan.

tentang dana tu, saya rasa akan ada orang yang sudi demi kesejahteraan umat buddhist malaysia (theravada) dan kelangsungan ajaran asal Bhagava.

Mungkin tuan ada kenalan yang dapat mengasaskan persatuan ini.

sk tin

Anonymous said...

Jangan duduk dengar Tuan blogger sahaja,nanti buat rumah tiang tak siap dah mahu roboh pula. Dia sendiri pun tiada kuca-kacir,tiada anak bini