Monday, November 16, 2009

Aduhai Boon Som, Krathong Hang Bawa Suwei Ke?!

(NSTP) SUNGAI PETANI: Some 3,000 Malaysians of Siamese descent converged at Wat Olak Madu in Sidam Kiri near here on Monday night to celebrate the annual Loy Krathong festival. Although moderately held, the Thai event saw the release of a giant 1Malaysia loy krathong, a symbolic gesture to pray for the fulfilment of the wishes of the congregation.


According to the organiser of the celebrations, Boon Som Inong, everyone had their own personal wish for better health and fortune for themselves as well as for the nation."This is also what 1Malaysia is to them. To work harder and foster closer ties at the same time, contribute towards nation building."




(Sinar Harian) OLAK MADU - Masyarakat Siam di Kampung Olak Madu di sini melahirkan rasa kecewa dan tidak berpuas hati terhadap seorang individu berketurunan Siam yang mendominasi sambutan perayaan Loy Krathong di Wat Olak Madu baru-baru ini dalam satu kenyataan media dibuatnya.



Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kampung Olak Madu, Bau Wong berkata, pihaknya telah mendapat maklum balas negatif daripada pengunjung dan masyarakat Siam yang menyambut perayaan pada malam tersebut setelah mereka membaca kenyataan akhbar pada salah sebuah akhbar tempatan selepas perayaan tersebut.



Menurutnya yang juga jawatankuasa penyelaras majlis sambutan itu, kebanyakan maklum balas yang diterimanya menyuarakan rasa tidak berpuas hati dan kecewa dengan kenyataan akhbar tersebut yang lebih menjurus kepada sambutan perayaan tersebut yang disambut bercampur aduk dengan pengaruh unsur politik individu berkenaan. “Dia hanya hadir pada malam itu sebagai pengunjung Wat Olak Madu yang mahu menyambut Loy Krathong dan sama sekali tidak terlibat dari awal mengenai persiapan majlis Loy Krathong yang telah diusahakan pihak saya dan orang kampung yang bertungkus lumus menjayakan majlis,” katanya ketika ditemui di Wat Olak Madu.




................................................................................



Boon Som woi, aku ingat tak nak tulis dah pasai krathong 1Malaysia hang, tapi gatai tangan nak tulis juga.

Hang ni tak abis-abis buat hal. Ligat kepala otak hang ni tak ada taranya, tak ada orang boleh lawan. Memang hebat lagi rerror; otak Siam kelas 1 dalam masyarakat kelas 3.

Kesianlah sikit orang Olak Madu. Hang buat sampai madunya habis hilang. Hang tahu ke hang telah potong stim ketua kampung? Hang telah koyak muka depa. Dulu bolehlah, sebab hang wakil khas MB, cakap apa orang dengar. Hang kencing berlari pun orang angkat ibu jari. Sekarang hang hanyalah Boon Som yang tak ada apa lagi kecuali harapan Najib celik mata lantik hang jadi Senator. Ada peluang ke?


Hang ni memandai bawa 1Malaysia pergi Loy Krathong di Olak Madu sapa suruh? Najib atau Muhyiddin atau Rosmah? Ni Najib mesti tak tahu yang Loy Krathong orang buang suwei. Hang bawa 1Malaysia pergi buang dalam sungai. Suwei sangatkah 1Malaysia Najib tu? Reporter pun kurang asam juga. Orang buang gagasan 1Malaysia ke dalam sungai dia bagi puji-pujian.

Sudahlah hang hanyutkan gagasan BN, hang pergi pacak bendera parti pula. Hang nak promote budaya Siam ke nak promote parti politik? Lain kali kalau nak buat gitu, bawa sikit kertas cap kepala Agong dan hulur-hulur kepada orang di sana. Orang Siam bila ada masyuuuk, tak becok sangat mulutnya. Rasa benci jadi sayang. Rasa sayang bertambah sayang. Sebab hang pergi tangan kosonglah jadi hal begini. Takkan perangai orang kampung hang tak kenai.


Orang lain buat kerja, hang dapat nama, sapa pun akan marah. Orang penat-penat buat persiapan, hang senang-senang bawa reporter datang potong stim dia orang. Bila muka hang masuk paper, melenting dia orang. Paper Omputih pulak tu. Ramai politikus baca. Sahih hang dapat kredit sakan.


Hang jangan lupa orang lain pun nak tunjuk muka juga. Hang ingat hang sorang ke nak muka, orang lain juga nak muka. Punca utama orang Siam tak boleh bersatu sampai sekarang kerana pasal nak muka inilah. Tengoklah bila ada orang besar datang kampung, berebut-rebut orang Siam nak duduk depan, nak tayang muka kat kamera orang surat khabar. Untung-untung boleh masuk TV, seronok tak habis.


Muka masuk TV atau paper ada glamor woi, kembang hidung sanak saudara. Dah lama muka hang masuk paper, bagi peluang orang lain pulaklah. Orang lain pun nak terkenal juga.


Apa cerita perihal Senator? Hang boleh lawan sama itu wakil PSM ke? Sekarang ni dengar khabar ada orang buruk-burukkan nama hang sebab takut hang dapat Senator, betul ke? Kenapa hang tak lawan balik? Lawanlah biar rakyat Malaysia tahu orang Siam semuanya buruk-buruk belaka.


Bila hang dapat Senator, jangan pula minta Menteri multimedia ban blog KSB.

5 comments:

Kopi-o-kau said...

Jahanamlah orang siam bila dia ni dapat senator.

Anonymous said...

Rasanya ada rahsia tersembunyi di sebalik pesta Loy Krathong yang kita tak tahu.

(anak siam)

Anonymous said...

Dalam akhbar Inggeris berkenaan, disebut, Boon Som itu ialah penganjur perayaan tersebut di kampung itu. Tidak betul ke?

Takkan wartawan/ pemberita begitu tolol tidak dapat bezakan penganjur asli dan yang palsu.

penganjur pun ada palsu dan tulen juga ke?
Macam-macam......

pesta perayaan sekarang ini memang berbau politik....sebarang peruntukan, sumbangan dan derma semua melalui perayaanlah....
tapi kita kena ingat, semua itu duit rakyat juga.

SK TIN

pranuk said...

org yg karang pasal boon som pun sama je,, tiada kurang bezanya seperti maki di hadapan cermin,, ha3,, lu ingat kat kg olak madu tu smua gla kertas $ sgt ke? sori la beb,, kat o.m x kira la dia bsar mana kalau just nak datang buat pala tu sori la, akan kami tentang habis habisan,, smua ketua siam sama je masing2 tulis blog just nak kutuk siam bukan nak membangun kan.. klu betul2 la ikhlas nak bantu siam mesti siam dah lama maju dah,, hampa semua ni sama je jadi anjing menyalak luar pagar rumah org,, hehehe,,

Anonymous said...

Saudara saudari Khon Thai,

Sebagai Khon Thai yang memegang jawatan Pegawai kanan perkhidmatan kerajaan, saya amat memandang tinggi kepada budi bahasa Khon Thai yang lain. Kini, sangkaan saya meleset, rupanya ada lagi dikalangan Khon Thai Moden mempunyai perasaan hasad dengki terhadap bangsanya. Ada lagi bangsa saya membuat sesuatu kerja kebajikan dengan tidak ikhlas

Di harap ajaran DAMMA dikaji balik atau membuat kempen secara besaran-besaran agar anak-anak Khon Thai yang datang ke Wat supaya tidak lepak dibawah pokok. Anak-anak Khon perlu diajak masuk 'Rong Tham' agar dengar DAMMA.

Ingatlak Khon Thai, Runtuhnya sesuatu kaum bukanlah kerana kaum lain ianya akibat daripada perbuatan kaumnya sendiri. Ambilah contoh kejatuhan Kerajaan Ayutaya, panglimanya sendiri yang membuka kota untuk tentera Burma masuk menculik Rajanya.

Daripada
Phai Chit Chindamanie-Jitra.