Sunday, November 8, 2009

Apa Khabar Program Rakan Muda Wawasan Desa Siam?


KBS LANCAR PROGRAM ETNIK MINORITI- KAMPUNG SIAM

Pendang, 6 Februari- Malaysia merupakan sebuah negara yang memiliki pelbagai kaum dan etnik. Salah satu etnik yang terdapat di Malaysia adalah Masyarakat Siam Malaysia. Masyarakat Siam Malaysia juga telah melalui pelbagai perubahan yang telah menjadikan Etnik Minoriti Masyarakat Siam Malaysia berkembang mengikut peredaran masa kini.

Dalam usaha untuk menanam kesedaran masyarakat belia khususnya masyarakat siam akan kepentingan tanggungjawab sosial dalam membina masyarakat yang sejahtera, Kementerian Belia dan Sukan mengambil langkah proaktif dengan menganjurkan Program Rakan Muda Wawasan Desa Sektor Perumahan Etnik Minoriti- Kampung Siam yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Belia dan Sukan, YB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob disini.

Ini bertujuan supaya masyarakat siam tidak rasa terpinggir dalam arus kemajuan yang berkembang pesat masa kini.

Dalam ucapannya, beliau memaklumkan pelbagai program akan dijalankan khususnya untuk golongan belia siam supaya dapat melahirkan belia- belia yang berkemampuan dan berwibawa dalam setiap bidang termasuk program sukan, keusahawanan, kebudayaan dan lain- lain lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut, ADUN Sg. Tiang, YB Puan Suraya Yaakob dan Presiden Persatuan Siam Malaysia, Y. Bhg. Puan Siw Chun a/p Eam.

Di antara objektif program ini adalah bertujuan untuk membina keharmonian dan kemakmuran masyarakat desa dalam bidang ekonomi, sosial dan politik berasaskan ilmu pengetahuan di samping itu untuk mewujudkan rangkaian kerjasama erat antara masyarakat, agensi awam, swasta dan badan bukan kerajaan bagi mencapai matlamat pembangunan negara.

Sebelum itu, YB Menteri telah merasmikan Pusat Siber Rakan Muda Daerah Pendang di sini. Pusat Siber ini diwujudkan bertujuan untuk menjadikan sebagai satu gaya hidup baru kepada golongan remaja yang aktif dalam penggunaan internet di samping bagi melahirkan remaja yang berpengetahuan luas dalam bidang ICT.

Disediakan Oleh : Cawangan Media dan Komunikasi Korporat.


...................................................................................................



Ini program yang bagus. Sekiranya berjaya menembusi objektif seperti yang digariskan, belia Siam bakal mendapat manfaat yang bukan sedikit.


Tapi sejauh mana keberhasilannya hanya orang-orang yang terlibat sahaja tahu. Oleh itu, wajar sekali jikalau ada sesiapa yang mengikuti program ini melaporkan sedikit perkembangan dan keberhasilan mutakhirnya. Perkara begini patut diuar-uarkan agar semua masyarakat Siam khususnya dan masyarakat Malaysia amnya dapat tahu. PSM rasanya dapat memberikan penjelasan terkini kerana Pengerusinya terlibat sama dalam pelancarannya bersama Menteri Belia dan Sukan.


Program begini melibatkan duit rakyat. Oleh itu rakyat wajib tahu sejauh mana kejayaannya sebagaimana terkandung dalam objektifnya. Tentulah semua orang tidak mahu program sebegini menjadi sia-sia atau sekadar melepaskan batuk di tangga.


Atau program yang kelihatan indah ini tidak lebih daripada indah khabar dari rupa? Duit dikebas, aktiviti tergendala?

3 comments:

Manitc6 said...

Topik ini dibincang panjang lebar dlm website pekemas dan juga forum. Saya juga terlibat dan kebetulan pd hari itu merupakan Birthday saya 6.2.2009. Persatuan Belia Siam Malaysia pun mula diwujudkan di sini. Sijil pendaftaran PBSM diserahkan sendiri oleh menteri belia kpd wakilnya Cikgu Vinai. Apa perkembangan PBSM saya tak tau.

Khimao Talay said...

Perkara begini mengambil masa untuk dinilai kejayaannya.

Kopi-o-kau said...

Orang Siam tubuh persatuan bukan nak bangun masyarakat Siam. Tujuan utama nak peruntukan kerajaan. Bila ada persatuan mudah kerajaan salurkan peruntukan. Bila dah dapat, bagi buat aktiviti ciput, lebihnya masuk poket. Bukan semua, tapi majoritinya gitu. Haprak punya orang.