Saturday, November 21, 2009

Bekas Phra Pavana Buddho: Banduan Terkaya di Penjara Pusat Thailand

Saddha atau kepercayaan seseorang bukan senang dipadamkan. Kalau kena dengan jenis kepercayaan yang "masuk tulang hitam" amatlah liat hendak dipadamkan. Jikalau kepercayaan kepada perkara baik, tak jadi hal, tapi bagaimana jikalau kepercayaan yang menjurus kepada kesesatan?



(Phra Pavana Buddho)
(Phra Pavana Buddho Ketika Ditangkap)


(Murid-murid Buddho Mendengar Dhamma di Penjara)




Pelik tapi benar. "Bekas Phra yang rogol gadis sunti" dan telah disumbat ke dalam penjara, mempunyai duit simpanan lebih daripada 14 juta bath. Duit ini datang daripada "kemurahan hati" masyarakat yang masih saddha (percaya).


Phra Pavana Buddho (L.P. Buddho), Ketua Bhikkhu Wat Sam Ngam, Nakhon Pathom dipenjarakan 50 tahun kerana didapati bersalah merogol gadis bawah umur menjadi banduan yang mempunyai jumlah duit simpanan paling tinggi di penjara tersebut.
Setiap hari Selasa dan Khamis, ratusan orang yang masih saddha (percaya) berkunjung ke Penjara Pusat Thailand untuk mendengar ceramah agama daripada "banduan istimewa", Mr Chamlong (Pavana Buddho). Selepas selesai setiap sesi ceramah itu, orang ramai akan mengucapkan Sadhu! Sadhu! Sadhu! Betapa sanjungnya mereka kepada bekas Phra Pavana Buddho, walaupun bergelar banduan kes rogol, tapi hati mereka masih melimpah dengan kepercayaan, kehormatan dan keyakinan.
Orang ramai itu datang dari seluruh pelusok Thailand dan purata setiap kali penjara dibuka untuk lawatan (Selasa dan Khamis) antara dari 400-500 orang. Duit sedekah yang diperolehi Mr Chamlong purata sehari 700 bath. Orang ramai sanggup beratur panjang untuk beri sedekah duit kepada Mr. Chamlong. Mereka lazimnya sedekah mengikut angka tertentu seperti 108 (kebaikan 108 jenis) dan 227 (jumlah Sila Bhikkhu).
Mr. Chamlong juga ada mengajar Dhamma dan Samadhi (meditasi) kepada banduan-banduan lain. Bertuah sungguh para banduan tersebut, walau dalam penjara tapi masih ada peluang jadi "Ariya Bukhon".
Mr. Chamlong (Pavana Buddho) didapati bersalah kerana merogol dan mencabul gadis bawah 13 tahun, 15 tahun dan 19 tahun yang kesemuanya 9 orang. Gadis-gadis ini adalah budak-budak dari keluarga miskin yang diambil daripada keluarga Suku Kaum Bukit dari Utara Thailand. Mr. Chamlong "berhati mulia" menjadikan Wat beliau sebagai pusat kebajikan menjaga budak-budak miskin, tapi nafsu serakah lebih kuat daripada kemuliaan hati. Dia menjadi "haruan makan anak" dibawah jagaan sendiri. Turut dihukum penjara ialah 6 orang Mei Chi (nun) kerana subahat "memilih" gadis-gadis untuk dipersembahkan kepada Phra Pavana Buddho.
Pelik tapi benar. Walaupun mahkamah rayuan memutuskan Mr. Chamlong bersalah, tapi masyarakat masih ramai yang tidak percaya kepada mahkamah kerana hati mereka tetap yakin kepada Phra Pavana Buddho.

Anda bagaimana?

Nota: (Saya pernah menziarahi Phra Pavana Buddho beberapa bulan sebelum beliau ditangkap. Kawan saya, seorang Maha melahirkan kebimbangannya memandangkan begitu ramai gadis-gadis yang comel di dalam wat tersebut. Rupa-rupanya kebimbangan itu ada asas.)


11 comments:

Anonymous said...

Mungkinkah ideanya boleh dipakai?Atau puak yang sadda tidak tahu hal agama?
sikamma

pena reformasi said...

Mungkin inilah yang dikatakan Saddha tanpa Panya akan menyebabkan kita sesat.

Anonymous said...

Baliklah kepada cerita..Mogganlanah dan Saribut anak murid Tok Guru Sanchai yang menasihat gurunya datang berguru dengan Buddha.Tetapi Tok Guru Sanchai tidak mahu,malah bertanya kepada anak muridnya..."dalam dunia ini orang pandai dengan orang bodoh mana yang banyak?..Mogganlanah dan Saribut kata orang bodoh lebih banyak. Jadi,Tok guru kata kalau macam ini orang pandai pergi ke Buddha,orang bodoh datang ke saya".
sikamma

anatta said...

tempat kita juga ada. Telah tau phor than tu parachik, tidur dengan pompuan dalam bilik, budak nampak, tapi orang tua ada percaya, ada tak percaya.

Depa kata tidur satu bilik belum parachik. selagi benda tu tak masuk ke dalam lubang tak boleh kata parachik. siapalah nak sumbat depan orang. bangang juga teori orang tua tu. orang bukannya anjing nak main tengah terang.

Depan tak tanya apa hal luang phor tu tidur sebilik sama pompuan kalau bukan nak cari parachik?

sampai hari ni luang phor tu ada lagi di wat. dia juga ada masuk ubosot masa upacara masuk phra. sah ke upacara bila ada phra parachik dalam ubosot?

luang phor ni kaya raya kerana orang sattha dia lagi. pelancong penuh wat dia.

pena reformasi said...

(sikamma) sedikit tapi berkualiti lebih baik dari banyak tapi teruk.

(anatta) perkara ini pernah heboh di sebuah wat beberapa tahun dahulu, tetapi kini telah senyap. Mungkin orang telah puas menyalak, tetapi bukit tetap tidak berganjak.

Anonymous said...

Tengok jugalah berfaedah kepada siapa? Jika berfaedah kepada masyarakat susah kita robohkan sadda mereka ini.Lebih-lebih lagi mereka menyumbang kepada masyarakat.
sikamma

fan ksb said...

Alajji akan terus berkuasa sekiranya masih dikelilingi dan disokong oleh Alajji yg mendapat faedah dr pdnya..

di dunia terdapat 2 golongan manusia iaitu yg baik dan yg jahat..kita jgn anggap kata yg baik shj yg ada penyokong sebenarnya yg jahat pun ada puak dan geng..

pd zaman Buddha, petapa telanjang pun masih ada org sembah..heran apa dgn sami Parachik??..

aramboy said...

Kalau dalam wayang yang jahat lagi ramai penyokong. Hero dengan seorang dua kawan lawan dengan ratusan penjahat. Saya kira ini refleksi kehiduapn manusia sejagat - di mana-mana orang jahat disanjung.

Anonymous said...

Kalau puak persatuan makan duit wat apa komen tuan pena?Duit wat banyak tapi digunakan untuk kepentingan sendiri atau Geng mereka sahaja macam mana?Kroni makan duit wat.
Wat tidak ada pembangunan tapi duit wat ada banyak..
kassim bin tidak selamat

pena reformasi said...

Kalau berlaku penyalahgunaan duit wat, report sama SPRM, bukan kita tuduh tapi untuk "kepastian" minta SPRM siasat. Kita tak boleh disabitkan dengan fitnah.

Anonymous said...

AMARAN: Kepada mereka yang makan duit wat,Persatuan anak celek huruf,Persatuan silap baru angguk,Persatuan sumo anak tiga dan lain-lain.Berjaga-jagalah anda.Bila baca fikir 2 kali,pasti tahu ertinya.
kasim bin tidak selamat.