Tuesday, November 10, 2009

Berapa Sekilo Harga Orang Siam?

Orang siam dijual dalam kiraan kepala atau timbang kilo? Kalau kiraan kepala, satu kepala jatuh berapa ringgit? Jika pakai timbang kilo, berapa sekilo?

Beberapa hari lepas saya pulang ke kampung disambut hujan yang maha lebat dan banjir di beberapa tempat. Saya menziarahi rakan-rakan yang kampung mereka ditengelami air. Sambil berbual, seorang Cikgu wanita mengajukan soalan kepada saya: "Berapa banyak peruntukan yang diberi oleh Kerajaan Persekutuan kepada masyarakat Siam Malaysia dalam setahun?"

Saya terdiam sebentar kerana sememangnya saya tak ada jawapan untuk soalan itu. Kerajaan Persekutuan menghulurkan bantuan kepada orang Siam bukan melalui saya. Perkara ini mesti diajukan kepada Persatuan Siam Malaysia (PSM). Tapi saya yakin PSM juga tak mampu berikan jumlah yang tepat kerana "saluran" masyarakat Siam banyak. PSM, PSK, Pekemas, PMSK, Pesila, Persatuan Wanita Siam SeMalaysia dan lain-lain. Semuanya mungkin pernah terima peruntukan dari Kerajaan Pusat. Kalau dicampurkan semuanya, agak-agak berapa setahun? Saya tak boleh agak langsung. Selain Kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri juga ada hulur-hulur juga. Ahli Parlimen dan Dun pun hulur-hulur juga. Masyuk juga masyarakat Siam. Tapi berapa? Puluh ribu, ratus ribu atau juta? Siapa tahu tolong khabarkan.

Pertanyaan Cikgu Wanita yang comel lote itu ada rasional juga. Ramai orang Siam berasa Kerajaan Pusat (BN) tak ambil berat akan mereka. Janji BN tak akan pinggirkan orang Siam tapi bantuannya tak ada, mana boleh. Itu sangkaan mereka kerana mereka tak tahu bahawa Kerajaan Pusat ada hulurkan peruntukan. Bagi yang tahu, tapi tak pasti jumlahnya. Kalau dibahagikan kepada 60,000 orang Siam agak-agak seorang dapat berapa? Boleh lawan sama peruntukan yang diberikan kepada orang Melayu, Cina atau India?

Masyarakat tak tahu sebab persatuan yang terima peruntukan tak beritahu kepada masyarakat. Bila dapat duit AJK main syok sendiri. Saya bukan menuduh persatuan makan duit, tapi maklumat tak sebar secara meluas. Akibatnya, orang Siam ingat kerajaan tak boleh pakai.

Bagaiamana pula dengan bantuan yang diberikan terus kepada Wat Siam oleh Kerajaan Pusat mahupun Kerajaan Negeri? Tok Sami buat diam-diam juga? Saya pernah baca dalam sebuah blog bahawa Tok Sami ada terima peruntukan daripada kerajaan. Entah betul atau tidak.

MAKLUMAT BERKAITAN PERUNTUKAN DARIPADA KERAJAAN PUSAT/NEGERI YANG DIBERIKAN KEPADA MASYARAKAT SIAM MELAUI PERSATUAN/WAT SIAM MESTI DIBERITAHU AGAR MASYARAKAT SIAM TIDAK BURUK SANGKA TERHADAP KERAJAAN.

Siapa nak beritahu jika tiada seorang pun betul-betul tahu. Masalahnya kerana kita tak ada "badan penyelaras" yang dapat mengumpulkan semua maklumat tentang peruntukan kerajaan yang diterima oleh semua persatuan Siam/ Wat Siam di Malaysia. Maklumat ini bagi sesetengah persatuan dianggap "rahsia rasmi" persatuan. Inilah yang sukarnya bila persatuan tak ada ketelusan.

Bagaimana pula dengan golongan sasar? Adakah peruntukan sampai kepada mereka? Ini satu lagi persoalan yang sukar dijawab.

"Habuan" diberikan tidak percuma, tapi ada PERMINTAAN tersirat yang wajib ditunaikan oleh orang Siam iaitu UNDI. Sudikah masyarakat Siam menunaikan permintaan itu jika mereka tak tahu-menahu tentang "habuan" yang diberikan. Inilah yang berlaku dalam PRU Ke-12 dan akan berulang dalam PRU akan datang sekiranya tiada ketelusan dalam peruntukan kerajaan.

Agak-agak berapa harga kita dalam setahun?


7 comments:

Anonymous said...

Kena ada persatuan yang benar-benar ikhlas dalam berjuang dan bekerja. Barulah persatuan jadi kuat dan peruntukan boleh diperolehi.

Sebenarnya, kalau derma yang dikutip oleh wat-wat itu digunakan dengan betul untuk memajukan sesebuah komuniti, orang Siam/ Thai di Malaysia tidak akan menjadi golongan minoriti yang lemah.

Ini semua silap wat kerana menyeleweng dan ajk persatuan yang lemah.
Harap orang Siam akan bersatu di bawah naungan agama, sangha yang supatipanno dan pemimpin yang ikhlas.

Sesiapa yang ikhlas dan 'berupaya' dari segi kewangan, tolong gerakkan persatuan secara ikhlas dan amanah.

SK TIN

Orang KL said...

Persatuan orang Siam banyak songeh dari sungguh. Pelawak nombor satu. Dapat duit masuk poket. Tarik keluar dari poket masuk botol.

Bawa budak-budak dari kampung tidur dekat wat, makan dekat wat. Minum air batu merah. Puak AJK makan dekat restoran cina. Teguk kepala anjing. Kepala bana punya persatuan.

Tahun lepas aku ikut sebuah persatuan Siam di KL pergi makan bekwah gulai lembu. Kata AJKnya ada 10 ekor. Apa lagi aku asah mulut sampai kilat niat nak pergi baham gulai lembu. Gulai kawah kena dengan lagu sedap sakan.

Bila sampai, alamak nasi lemak sama ikan bilis. Lembunya tak ada. Kena tipu oleh AJK persatuan kepala bana tu. Sial betul. Serik aku dengan persatuan Siam ni.

Menyalaklah sampai nafas terakhir KSB woi, sapa nak bagi tau demo pasai duit persatuan. Lagi diam lagi bagus. Beres belaka.

Kopi-o-kau said...

Duit wat dia orang kebas, takkan duit kerajaan nak tinggal. Bacalah apa kata pemimpin siam masa tubuhkan Persatuan Wanita Siam SeMalaysia - "senang nak dapatkan peruntukan kerajaan."

Jangan marah cik puan!

Dek Wat said...

Sebut pasal pemimpin siam menyampah aku. Cakap pandai, kerja semua tak jalan. Masa YB datang berebut nak duduk depan.

Anonymous said...

Aku adalah seorang siam daripada beberapa puluhan ribu siam itu. Aku dengan segala rendah diri dan hormatnya mengwakilkan suara hati aku pada tuan KSB.

Hang teruskanlah tulis dan dedahkan apa saja yang hang pikiq patut didedahkan.

USAH SEGAN SEGAN, USAH MALU MALU....SEMEMANGNYA IA ADALAH TANGGUNGJAWAB HANG SEBAGAI SALAH DARIPADA ORANG SIAM/THAI ITU.

TERIMA KASEH KHUN KSB.

Anonymous said...

Setiap kali menjelang pilihan raya, orang Siam dilelong oleh pemimpin mereka kepada kerajaan. Kemudian kerajaan beli dengan harga murah-murah, pemimpin suka hati, tetapi orang Siam tak tahu apa-apa.

Gejala ini akan berterusan selagi Siam tak sedar dan tak tahu harga diri. Selain menjual anak bangsa, pemimpin Siam ni suka benor jadi lembu cucuk hidung orang politik.

ayam kampung

milo-ais said...

Siapa buat, dia dapat. Siapa makan duit, dia kenyang. Orang seperti kita isap jari sendiri.