Friday, November 6, 2009

Betulkah "Tambun" Kepada Tok Sami Dapat Banyak Pahala?

Ini contoh bangunan dalam Wat Siam yang merupakan tempat tinggal Tok Sami.



Ini contoh rumah orang kampung yang bagi makan kepada tok Sami Siam.


Ini Tok Sami sedang menerima keperluan hidup daripada masyarakat.



Ini individu sebahagian daripada masyarakat yang tidak cukup keperluan hidup.



Bila kita bercakap tentang sedekah, kebajikan, derma atau buat pahala (tambun), orang Siam akan terbayang Tok Sami dan Wat Siam. Bagi orang Siam yang beragama Buddha, mereka percaya "tambun" kepada Tok Sami atau kepada Wat Siam dapat banyak "bun" (pahala). "Tambun" bagi orang Siam umpama pelaburan yang ganjarannya pelbagai termasuk masuk syurga.

Sebab itulah ada yang sanggup "tambun" (beli "bun") dengan wat secara insuran kerana duit tak cukup; ada yang rela keluarga sendiri makan nasi dengan kan kering, tetapi dengan Tok Sami diberikan gulai ikan tenggiri; ada yang membebel bila anak minyak duit belanja sekolah lebih sikit, tapi bila Tok Sami minta derma buat bangunan dengan senang hati terus hulurkan; ada yang menolong kerja wat dua hari dua malam tidur tak cukup; tapi kerja rumah berat tulang sesangat; ada yang makan minum ibu bapa tak pernah risau, tapi pergi risau makan minum Tok Sami; ada yang ibu bapa tak diberikan makanan dengan dua tangan; tapi dengan Tok Sami kalau ada tiga tangan pasti akan diberikan dengan tiga tangan; ada yang tak pernah "sembah" ibu bapa sendiri; tapi dengan Tok Sami pantang terserempak akan disembah-sembahnya; ada yang beli buah durian ada kelas yang berisi tebal kepada Tok sami, tapi keluarga sendiri makan durian tulang; dan ada bermacam-macam lagi yang tak terhitungkan. Semuanya mengharapkan satu iaitu BUN (pahala).

Betulkah "tambun" kepada Tok Sami dapat banyak pahala? Jawabnya YA kalau Tok Sami itu adalah Bhikkhu supatipanno yang mempraktiskan Dhamma-vinai atau Ariya Sangha.

Jawabnya TIDAK jika Tok Sami itu jenis "rojak" amalannya atau jenis yang melekat dengan keseronokan duniawi.

Jawabnya BODOH kalau "tambun" kepada Tok Sami jenis ALAJJI.

Apa kata Buddha? Buddha mengajar kita agar "tambun" kepada mereka yang ada pegangan SILA barulah dapat banyak pahala. Mereka yang ada pegangan Sila adalah orang-orang yang baik kerana tak membunuh, menzalimi makhluk lain, mencuri, merompak, melanun, membohong, menyakiti hati orang lain, mengkelentong, menzina, mabuk dan sebagainya. Sila umpama pintu menuju Samadhi dan Panya. Panya mampu mengikis atau menghapuskan kemarahan, ketamakan dan kesesatan. Mereka yang "ada Sila" bagi Buddha ialah mereka yang sedang mensucikan hati. Sebab itulah bila kita "tambun" kepada mereka, ganjarannya banyak. Orang ada Sila juga tak tamak haloba. Mereka tak memerlukan banyak keperluan hidup. Mereka tak akan jadi bebanan kepada masyarakat kerana mereka sedar bahawa menjadi bebanan kepada masyarakat adalah dosa.

Oleh itu, Bhikkhu dilarang agar tidak "merampas" keperluan hidup daripada masyarakat. Maksudkan mereka tak boleh minta, memperdaya, memujuk, menipu atau dengan cara apa saja untuk mendapatkan "keperluan hidup" daripada masyarakat sehingga masyarakat terpengaruh dan menyerahkan bahagiannya kepada Bhikkhu. Tapi sekarang keadaan telah terbalik. Bhikkhu lebih mewah daripada orang kampung yang menyara mereka.

Berbalik kepada "mereka yang ada Sila" yang dikatakan oleh Buddha, tak semestinya Bhikkhu. Mungkin orang kampung biasa. Bila mereka ada pegangan Sila, mereka adalah orang baik. Jika kita berbuat baik kepada mereka (walaupun seorang tua di kampung), pahalanya banyak.

Sebelum jadi Buddha, baginda telah lahir beratus-ratus kali sebagai manusia, Dewa dan Brahma (Phra Phrom). Malah Buddha pernah dilahirkan sebagai Maha Brahma (Maha Phrom). Maha Brahma ini adalah Yang Maha Agung, Maha Kuasa, Maha Suci bagi pengikut Brahmana ketika itu. "Bun-barami" (kebaikan) yang ada pada Buddha sehingga dilahirkan sebagai Maha Brahma bukan "bun-barami" yang dibuat dengan Bhikkhu kerana ketika itu Bhikkhu belum wujud. Yang ada dan dianggap suci ketika itu cuma Samana Brahmana (individu ada Sila).

Begitu juga bun-barami yang membawa Baginda mendapat Pencerahan Sempurna (Trassaru) juga bukan dibuat dengan Bhikkhu kerana Bhikkhu hanya wujud selepas Buddha.

Di sini, saya hanya hendak membuktikan bahawa agama kita mengajar kita buat baik mesti kepada orang yang baik barulah ganjarannya banyak. Orang baik tidak semestinya Tok Sami. Tok Sami bukan semuanya baik. Orang baik adalah orang yang ada Sila. Orang ada Sila ini bila dia mengamalkan Samadhi dan Panya dia boleh jadi orang suci. Orang suci inilah yang dikatakan "lapang pahala/sawah pahala" di dunia bagi penganut agama Buddha.

Jadi, jangan segan untuk "berbuat kebajikan" kepada orang lain selain Tok Sami kerana pahalanya tetap banyak. Bagi yang mahu syurga, balasan syurganya tetap ada.

Kita pengikut Threvada Thai harus mengambil teladan daripada Mahayana dalam hal kebajikan masyarakat ini. Mahayana percaya "berbuat baik sesama manusia" tidak mengira jantina, keturunan dan agama akan mendapat hasil (barami/parami) yang lumayan. Mereka tidak mengehadkan "berbuat baik" hanya kepada Bhikkhu atau Biksu sahaja. Membantu mangsa ribut, gempa bumi, banjir, kebakaran dan seumpamanya tetap ada pahala berlipat ganda. Inilah ajaran Bhagava kepada kita yang ada kalanya kita kurang menghayatinya.

Walau apapun berbuat baik mesti dengan hati yang ikhlas. Jika tak ikhlas jangan buat kerana sia-sia.
Saya masukkan link ALAJJI di atas agar pembaca/alajji yang masuk blog ini sedar dan insaf akan ancaman Sami Alajji terhadap kita.

25 comments:

putuchon said...

Adegan perebutan kuasa dlm Wat Luangphor Sothon Thailand pun belum berkesudahan.

Dikatakan wat ini mempunyai pengaliran wang masuk sebanyak 500,000Baht(+-rm50,000) sehari..cuma jual colok, lilin dan bunga shj dah mampu menjana pendapatan RM10,000 sehari, cuba bayangkanlah!! siapa tak terbeliak biji mata??..

Siam Cheras said...

Saya sependapat dengan Tuan Pena, Khonthai bila nak tambun mesti pergi wat cari sami walaupun sami sekarang kaya raya. Kita pakai Proton, sami pakai Honda atau Mercedes. Inilah masalah Khonthai sekarang. Susah-susah cari duit pergi bagi sami kaya kononnya nak pahala.

Tolong orang miskin barulah dapat pahala.

Khimao Talay said...

Soal buat kebajikan ni kaum Buddhist tidak sepatutnya terbatas kepada agama sendiri sahaja. Orang yang perlu pertolongan mesti tolong. Hindu, Kristian atau Islam bilan mereka dalam kesusahan kita mesti tolong. Orang hidup senang tak tolong pun tak apa. Barulah dapat pahala.

putuchon said...

tambunlah kepada manusia atau haiwan yang benar-benar memerlukannya.
Bukankah Buddha suruh kita berbaik-berbaik dengan semua makhluk??

Kalau dengan haiwan yang tidak berakal lagi mudah kita tambun dengan mereka, kita tak perlu ragu-ragu dan was-was mereka akan khianat. Makan mereka pun setakat kenyang tidak pandai menyimpan dan mengumpul harta seperti manusia berakal seperti kita.

Nak tambun dengan makhluk berakal umpama manusia harus berhati-berhati sebab kalau kita tambun dengan orang yang hati busuk, tak ubah seperti melepas anjing tersepit!!!...

Khon Thai Lantan said...

Perebutan kuasa dalam wat ada di merata tempat. Bila wat kaya mulalah ada sami yang merah mata mahu rampas kuasa. Di Kedah dan Penang perkara ini lumrah berlaku. di Kelantan krang sikit kerana Phra Kelantan tak tamak seperti Phra Kedah. Bukan aku kata tapi adik aku yang tinggal di Kedah beritahu aku.

pena reformasi said...

Phra mana-mana pun bila tak ikut Dhamma-vinaya akan jadi tamak haloba harta dunia.

Thai SIAM said...

Inilah warisan kepercayaan dari nenek moyang kita dahulu, thambun untuk ganjaran ke syurga..

tengok sajalah apabila selesai satu-satu upacara tambun orang ramai akan membaca ayat agar bun (pahala) yang dilakukan itu mengikuti roh mereka kelak ....

BooonDA said...

Tuan Pena memberi pencerahan kepada massa tepat pada masanya. Kini, kita khususnya orang yang menamakan dirinya Buddhist, sebenarnya memperlakukan segala amalan-amalan secara ikut-ikutan sahaja, tanpa menggunakan otak fikir, logika mahupun rasional. Sedangkan Baginda sendiri menyeru umatnya membuat pertimbangan yang wajar dalam segala tindakan. Kerana segalanya bermula dengan "sebab" dan "akibat".
Tak tahu betul ke tidak? Tolong betulkan. Saddhu.

pena reformasi said...

(BooonDA) Betul sekali. Kita mesti menggunakan pertimbangan yang wajar sebelum bercakap/berbuat sesuatu kerana agama kita berasaskan hukum Karma (hukum sebab-akibat).

DEK LW said...

Dalam thambun,kita perlu ada keikhlasan dan pertimbangan sendiri.Tidak kira dimana kita buat, sama ada di wat yg kayaraya, tok sami yg supatipanno,sami yg alajji,dgn haiwan atau dgn manusia yg susah atau kaya,seagama atau tidak seagama TETAPI jika IKHLAS dan rasa puas hati nescaya bun akan dapat pada kita.INGAT! membuat sesuatu dgn mengharapkan BUN secara banyak atau datang dgn cepat adalah tersimpang dari ajaran.Buatlah dgn NIAT yg baik,suci dan IKHLAS. Buat baik terpulang kepada individu.Tak perlu diajar atau suruh.Niat KSB rasanya ada tersirat niat yg tak baik terhadap sami Alajji.(mungkin saya silap.Maafkan saya).TETAPI tahukah ada pembaca yg kurang penilaiannya akan tersimpang jauh kepercayaan terhadap para sami yg baik disebabkan salah faham dgn ryangan dan setengah dari komen anda semua.Tolonglah wahai bangsaku semua!!! Siarlah sesuatu yg lebih baik dari yg ada ini.Buatlah yg terbaik utk bangsa kita.Masih ada lagi yg baik yg boleh membawa kpd kebaikan Khontai.
Cerminkan diri kita dulu.Layakkah aku mengajar orang lain? bolehkah aku melihat hidung aku sendiri selain dari bantuan cermin atau org lain?FIKIRKANLAH!!!
Ingat!!! KEIKHLASAN lebih sinonim dgn BUN.

pena reformasi said...

(DEK LW) Saya memang berniat tak baik dengan Sami Alajji. Anda tahukah bahawa ALAJJI adalah musuh kepada Bhikkhu supatipanno. Alajji menyamar sebagai Bhikkhu padahal dia bukan Bhikkhu. Ini akan merosakkan imej Sangha. Kita wajib hapuskan Alajji dari agama kita.

anti alajji said...

Setiap kali artikel alajji disiarkan dalam KSB, ada pembaca yang tidak senang duduk. Kenapa terjadi sebegini? Kita orang Buddhis patut pertahankan Bhikkhu bukan Alajji.

Atau masih terdapat kaum Buddhis yang tak dapat bezakankan antara Bhikkhu dengan Alajji?

Alajji ialah individu yang 'tak tahu malu', individu 'bermuka tebal' yang tak amalkan ajaran Buddha tapi cari makan dengan agama Buddha. Individu ini haiwan perosak agama. Kenapa kita nak pertahankannya?

Da Di Du said...

Gua pergi wat Siam. Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami tengah kira sampul merah.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami tidur siang lepas makan.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami mandi kasi orang.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami tilik nasib.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami jampi minyak pengasih kasi orang.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami tengah tulis nombor ekor.

Gua cari tapi gua tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami mabuk arak.

Gua cari tapi tak jumpa. Yang gua jumpa Tok Sami buntingkan anak dara orang.

Gua cari Bhikkhu Supatipanno seperti kata Tuan Pena tapi tak jumpa. Siapa tahu di mana Bhikkhu Supatipanno tolong bagi tau gua.

putuchon said...

pemilik blog KSB sedang melakukan kebajikan (BAMPHEN PARAMI) dgn melakukan Than(DANA) Parami

Than Parami terdapat 2 bentuk, pertama WITTHAYA THAN kedua ialah DHAMMA THAN..

kegiatan membongkar dan membuka topeng sami-sami ALAJJI boleh digolongkan dalam WITTHAYA THAN kerana memberi kesedaran kepada orang ramai dalam membezakan yang mana satu sami tulen dan yang mana satu musang berbulu ayam??..

B. Shinlangwat said...

Alahai rakan teman yang budiman,
Kan sebelum Baginda menuju Paranibbana, salah satu pesan dan wasiat yang penting ialah menyerah segala ajaran untuk dijaga dan dipelihara oleh semua Bhiksu, Bhiksuni, Ubasok dan Ubasika. Hatta, setiap kelompok mempunyai tugas dan habuan sebanyak 25% dari wasiat tersebut. Seandainya kita yang masih siuman dan waras sengaja membutakan mata termasuk membutakan hati dan akhirnya membisu untuk berkata-kata, nescaya kemungkaran akan menjadi rutin seharian kita. Nanti, pengakhirnya bukanlah masa untuk menyanyi lagu "bangau oh bangau" bagi mencari siapa yang silap, siapa yang salah. Percayalah tidak akan ada sesiapapun akan mengaku kesilapannya, kerana dunia globalisasi mengajar manusia supaya pandai mencari helah bela diri.

putuchon said...

SDR B. Shinlangwat

mengapa Buddha tdk mewasiatkan ajarannya kpd Phra Arahant yer??..

Bukankah masa itu masih ramai Phra Arahant wujud??..

Anonymous said...

Setiap orang perlu berusaha untuk mencapai nirvana sendiri, sebab itulah Buddha tidak menurunkan kuasanya kepada mana-mana bhikkhu/ institusi.

Mujurlah sarana kita yang kedua itu ialah Dhamma. Maksudnya, selepas Buddha, kita beriman (saddha) dengan Dhamma.
Saudara-saudari sekalian, harap anda faham kenapa sarana yang kedua itu Dhamma, bukan sangha.

Dhamma itu petunjuk dan panduan untuk kita. Oleh itu, wajarlah kita pergi mencari Dhamma yang benar. Bagaimana? Kena belajarlah.

Kalau selalu lafaz
"Sura meraya majjha pamadatthana veramani sikkha padam samadiyami" tetapi tidak faham apa yang dilafaz, bagaimana????
Kalau sila yang mudah itupun sukar difahami, macam mana nak harapkan dapat diamalkan dalam hidup sehari-hari??

tentang tambun itu, bagi saya, hanya tambun dengan niat yang ikhlas dan tambun kepada orang (termasuk haiwan) yang betul baru dapat pahala yang besar.
tambun yang tidak ikhlas, tambun kepada orang yang tolol, dan tambun kepada penjahat tidak memberi pahala.

SK TIN

Anonymous said...

Memang sedih kita lihat, bangunan wat dibina dengan indah, ratusan ribu, jutaan ringgit dibelanjakan.
sedangkan kebajikan umatnya dipinggirkan.

Agama yang dihiasi dengan keindahan material tetapi tiada pengisian dan jiwa akan lenyap.
Apabila masyarakat sudah meluat maka mereka akan mencari sesuatu (agama) yang lain atau berubah (menjauhi).

Bangunan agama yang indah dijadikan tempat menilik nasib, mendapatkan nombor ekor dan berpesta arak. Mana lagi penganut di dunia ini yang mampu memalukan agama sendiri seperti ini?

Di Kelantan misalnya, patung-patung buddha gergasi dibina dengan banyak. Tetapi adakah itu mencerminkan tingkat kehidupan material dan berakhlak yang tinggi?
Tidak. Malah banyak orang meninggalkan agama ini dan memilih agama lain.
Bukan agama ini tidak betul atau sempurna, tetapi penganut dan pendokong agama ini yang tersasar dari landasan.

Harap lebih ramai akan sedar.

SK TIN

BooonDA said...

Saya sangat2 setuju dengan SK Tin, tentang sarana yang diperkatakan, ini kerana selepas Buddha menyusullah Dhamma dan Sangha yang terakhirnya.
Selain dari itu, terdapat amalan "thambun" pada zaman ini (dulu juga mungkin!) mereka sememangnya hendakkan "bun" itu pada masa kelak, akan tetapi pada masa yang sama ia juga lebih kepada riak dan ego "nak bun" untuk bermegah-megah/menunjuk-nunjuk, siapakah yang derma paling banyak. Ada pula yang jadi agen tolong kutip duit thambun, lepas tu taruhuh nama dia sorang ja. Itu kira HEBAT la dia, itukah niat sesetengah mereka....? Bun oh bun,
thambun dai barp, ha larp dai narok..Saddhu

Siam Cheras said...

Dhamma umpama guru kepada kita. Malngnya kita lebih suka rujuk kepada Sangha (Bhikkhu) daripada Dhamma. Bila ada masalah agama kita pergi cari jawapan daripada Bhikkhu. Kita jarang cari jawapan daripada Dhamma (kitab agama).
Jawapan Bhikkhu mungkin bias, pesimis atau seleweng.

Saya pernah bertanya seorang Bhikkhu tentang merokok. Kenapa Bhikkhu Sri Lanka tak merokok. Bhikkhu Thai/Siam kuat merokok. Jawab Bhikkhu itu merokok tak salah kerana Buddha tak larang. (memanglah kerana Bhikkhu itu sendiri ketagih rokok) Saya diam walaupun tak puas hati dengan jawapan itu.

Anonymous said...

Bagi aku kalu tambun kat sapa2 pun kita dapat pahala....
Tapi fikir dulu sebelum tambun supaya mencapai sasarannya..YOM WAT

Anonymous said...

Tidak kira wat mana pun sama. wat cina pun sama,wat siam pun sama,wat sri lanka pun sama.Jika tidak percaya pergi lah sesiapa pergi tinggal dekat wat mana-mana sebulan.Yang tidak sama adalah amalan kita.Sedarlah wahai saudara-saudariku,
Mahayana pun ada banglo sendiri,tidak sesiapa berani kata,wat sri lanka ada kereta mewah tidak tahu pun tuan pena kita.Dia cuma tahu pasal lembah kelang,kedah,kelantan dan sedikit tentang penang.woit....thailand dia baca paper sahaja.
pondan pudu

Anonymous said...

Kepada pondan pudu,

Kalau wat siam nak dibandingkan dengan wat-wat aliran lain, maksudnya tak perlu berubah ke?

Maksudnya kita semua tutup mulut kerana semua wat sama dan semua manusia sama (jahat). Begitu ke?

Kita di sini mahu wat kita kembali kepada ajaran dan tradisi Buddha.
Bukan nak banding atau ikut wat-wat lain.
Tak boleh ke wat siam/thai jadi contoh kepada wat-wat lain?

Bukankah lebih baik begitu?

SK TIN

pena reformasi said...

(Pondan Pudu) Saya tahu ada wat lain kaya, sami aliran lain jutawan, tapi KSB hanya fokus pada Theravada Thai.

Saya mengaku pengetahuan saya terhad. Saya banyak merujuk pada "Maha Google" bagi menambahkan pengetahuan.

Lagi satu, bila sami aliran lain buat salah Dhamma-Vinai, takkan kita mahu sami Siam juga ikut buat salah. Tak eloklah begitu. Kita patut jadi teladan pada sami lain. Kita tak boleh kata kita boleh mencuri kerana orang lain juga mencuri.

Tuan Pondan Pudu, tolong jenguk-jenguk Sami Pudu, ada okey ke?

Anonymous said...

Tidak senang pasal bicara orang lain.Baik buat amal sendiri.
tea o