Friday, November 20, 2009

Bolehkah Karma Dicuci?

Agama lain bila buat salah boleh bertaubat. Setelah bertaubat dosa-dosa akan diampunkan.

Sedangkan agama Buddha dosa-pahala bergantung pada karma. Karma pula akan ada hasil dan balasannya, lambat atau cepat. Maksudnya semua orang yang melakukan karma tak boleh elak daripada balasan karma (vibak kamma). Kaya-Kamma (tubuh), Mano-Kamma (hati) atau Vaci-Kamma(tutur) akan menghasilkan balasannya.

Jadi, orang yang pernah membunuh orang akan menerima balasan karma mati dibunuh oleh orang juga? Bagaimana dengan lelaki yang merogol perempuan? Adakah dia akan dirogol balik oleh perempuan itu?

Ada yang berkata karma jahat walaupun tidak boleh dicuci secara langsung, tapi boleh dikurangkan dengan membuat karma baik. Umpama air garam dalam tempayan yang ditambahkan air paip setiap hari, lama-lama air garam akan jadi tawar. ( Tapi air hujan yang turun ke laut tak pernah mengurangkan masin air laut). Boleh pakaikah teori ini?

Manakala Phra Arahant telah memutuskan semua karmanya. Maksudnya perbuatan Phra Arahant tidak akan menghasilkan balasan karma. Kalau ada pun cuma karma remeh temeh. Contohnya, ketulan batu menimpa kaki Buddha dikatakan kerana karma remeh-temeh yang masih berbaki. Ini boleh terima kerana luka kaki Buddha pun tidak teruk sangat.

Bagaimana dengan seorang Phra Arahant (lupa namanya) yang mati ditanduk oleh lembu betina pada hari dia hendak jadi Bhikkhu? (Dia mencapai Arhant sewaktu jadi gharawas). Kononnya lembu itu dalam kehidupan dahulu adalah seorang wanita yang pernah dilacurkan oleh Phra Arahant itu. Jadi, Phra Arahant itu mati kerana karma terdahulu? Walaupun telah mencapai Arahant, karma berat masih sempat mengejar?

Phra Moggala dikatakan amat berkuasa sehingga mampu menziarahi syurga dan neraka tapi pernah dipukul oleh perompak sehingga pengsan semalaman, kemudian datang menghadap Buddha sebelum meninggal dunia (parinibbana). dua kali beliau mengelak diri daripada perompak, tapi kali ketiga beliau tidak mengelak lagi kerana tahu balasan karmanya telah tiba.

Ini bercanggah pula dengan pendapat yang mengatakan Phra Arahant tiada balasan karma kecuali karma remeh-temeh.

Ong Gulimarn melakukan pembunuhan kejam dalam kehidupan ini tapi terlepas dari segala balasan karma.

Karma senang disebut tapi sukar difahami dengan tepat. Semua orang tahu balasan karma ada, tapi tidak tahu datangnya bila dan bagaimana. Atau ia akan jadi "ahosi-kamma" iaitu tiada karma lagi.

Jadi, bolehkah karma dicuci?

Bagaimana pendapat sahabat semua, boleh kita kongsi-kongsi?

5 comments:

Anonymous said...

Bolehkah karma dicuci?

Jawapannya bergantung kepada sejauh mana kekotoran yang dibuat.
Kotoran degil susah dicuci, betul tak tuan pena?

Karma hasil membunuh orang dengan niat terutamanya ariya sangha itu antara kotoran degil yang sukar dicuci.

Pada pendapat saya karma yang buruk boleh diubah dan dibaiki.
kalau tidak Bhagava Buddha tidak akan menyeru kita kepada kebaikan.
Kebaikan hasil minda, ucapan dan perbuatan akan menghasilkan kebaikan juga.

Kepada mereka yang membelenggu diri dengan karma yang lepas, anda harus pandang ke depan.
Bhagava Buddha tidak menyuruh kita melihat masa lampau tetapi menumpukan pada 'masa sekarang'.
apa yang kita usahakan pada masa sekaranglah yang akan memberikan hasil pada masa hadapan.

Tidak guna kita meragui dan meratapi sesuatu hakikat yang terjadi sekarang (hasil perbuatan lepas) kerana kita tidak mampu mengubah apa yang TELAH TERJADI.

Kepada yang meragui karma, anda juga harus melakukan kebaikan dalam hidup kerana hanya dengan melakukan kebaikan, maka hidup akan tenteram dan tenang.

Apakah yang perlu dibimbangi oleh orang yang suci minda, tutur kata dan perbuatannya?

Bahkan orang yang melakukan kebaikan tanpa mengharapkan balasan akan lebih sejahtera hidupnya kerana tidak melekat kepada duniawi.

apabila kita bertanya
"mengapakah ini terjadi kepada aku/ keluarga aku?"
.....dan kita tidak menemui penjelasan dan jawapannya, maka itulah 'karma'.

SK TIN

JBond said...

kotoran degil pakai breeze sama klorox tak boleh cuci ke SK Tin?

jenis boleh cuci jenis mana? jenis panjat anak dara orang hingga bunting, lepas tu keluar kahwin boleh cuci ke? jenis ni ada kat kampung aku. cikgu ajar nakhtham lagi.

Anonymous said...

Karma bukan senang untuk di cuci. Kita dapat menyucikannya dengan berlawan ,bertahan,dan terima balasannya itu.Dalam dunia ini atau tunggu sehingga kelahiran yang lain pula.
sikamma

gajah mina said...

karma boleh diputuskan sebagaimana dilakukan oleh phra arahant. tapi aku tak nak arahant sebab aku belum puas hidup di dunia. keh, keh, keh....

aramboy said...

Saya setuju dengan sikamma, mahu memutuskan Karma tidak mudah seperti makan pisang.