Thursday, November 26, 2009

Buddha Jayanti

Wesak Day @ Buddha Jayanti Temple


(Wat Buddha Jayanti, Kuala Lumpur pada malam Wesak)



( Foto ini diambil dari internet - klik flickr nak tengok yang original)


JAYANTI bermaksud lahir. BUDDHA JAYANTI bermaksud Kelahiran Buddha (Keputeraan Buddha). Buddha Jayanti sama erti dengan Buddha Purnima. Hari penting agama Buddha. Klik sini untuk bacaan seterusnya.

Foto di atas diambil sempena Hari Wesak di Wat Buddha Jayanti, Kuala Lumpur.

Sama ada foto ini fokusnya kepada 3 Bhikkhu Buddha atau kepada tulisan "Please Put All Donation In
The Box? Dua kombinasi yang kontras?

Satu misteri yang hanya diketahui tuan punya foto.

34 comments:

Thai SIAM said...

maksudnya pihak yang meletakkan notis tersebut takut ada tangan panjang yang kebas duit donation, termasuk 3 sami yang duduk bersila.

Otak sempit..

Khimao Talay said...

Hari Wesak, Buddha Jayanti, Donation Box, Sami Gemuk, betoi-betoi kontradiksi.

Tulisan peringatan tu takut orang taruh duit dalam poket sami. Kosonglah poket Kammakarn (AJK). Wat separuh, kammakarn separuh. Geh... geh... geh!!!!

Anonymous said...

Ini semacam sesuatu tidak kena,semua duit derma ini kepunyaan persatuan yang bertanggungjawab.Jadi,undang-undang di tangan sesiapa yang mengetuainya.Mungkin tidak salah ?
Pandangan sahaja.
Mr Narong

Kopi-o-kau said...

macam kenai saja 3 sami ni. Jack ni mata tajam.

Anonymous said...

Lain belalang lain padang.Orang datang mahu sembahyang,anda pula dok kira wang. Apa nie?
Tangan kotoq dengan taik ayam lebih baik dari kotoq curi wang wat!
mat kelate

Anonymous said...

wuuuuu!demo tak takut kamma ke wooit. terorlol
jebat

member Buddha Jayanti said...

Ada orang saddha tak taruh duit dalam box, depa bagi sami. AJK tak puas hati lalu letak notis atas donation box. Box tu sami punya tapi jumlah duit dikira oleh AJK dulu baru serah pada sami. Kadang simpan tiga empat bulan baru serah. Pernah simpan satu tahun baru bagi sami. sebab musababnya tak siapa tahu.

AJK juga tak percaya orang yang pergi tolong wat hari Wesak. Depa takut orang bagi duit sukarelawan tak taruh dalam box. Lepas wesak, duit kutip berapa puluh ribu tak pernah bagi tau orang yang pergi tolong. entah takut apa. bukan duit depa pun. Duit wat kenapa nak rahsia.

AJK kata sami tak patut kumpul kekayaan. Sami kata AJK tak telus pasal duit. Saling tak percaya antara sami dan AJK.

Ini baru mukadimah. Banyak lagi cerita sebalik tabir. Bagi orang lain pula sambung cerita.

Junior said...

Wat 8 Liam ni lebih baik dari dahulu.

Sekarang boleh letak mayat. Dahulu masa Cina jadi AJK tak boleh. Orang mati tak boleh bawa masuk wat. Tapi sekarang bila Siam ambil alih orang mati boleh letak dalam wat. Mayat pertama yang letak sini mayat Cina. Baru bulan lepas.

Tak payah bayar. Tambun kos air api cukup. Senang. Phra pun ada. Selesa. Pasar belakang wat saja. Kedai kopi Cina pun ada. Nak yamseng pergi belakang wat. Dalam wat tak boleh yamseng. Haram.

Tolong beritahu kepada semua Buddhis Siam/Cina/India yang nak letak mayat saudara mara di Wat 8 Liam boleh jumpa terus dengan Presiden. Jangan segan kerana Presiden orang dhamma-dhammo, gerenti tak perlu interview. Datang jangan tak datang.

samanera said...

Tempat letak telah ada. Bila nak sediakan tempat bakar?

Anonymous said...

Hang dah piiiii pasal lain lah..dek!
pakat-pakat baliklah dhamma dhammo eteklah!
sadhu sadhu sadhu

Anonymous said...

Kalau demo mau bakaq kat wat8liam kena tunggu cicit aje boleh!Kaluu demo ,rasanya kat sg besi lol.
Plan belum pass.Kalu yang pass pun belum ada duit.Bila ada duit tunggu meeting dulu. Bila mahu meeting tunggu ajk datang.Bila meeting tunggu semua setuju dulu. Bila setuju kena tunggu kontrak pula.Bila kontrak datang kena yang murah pula. Bila dah dapat yang murah mahu yang cantik pula.Byk-byk lagi....tunggu 2020 pun tak ada apa-apa.
Asalan..

samseng Pudu said...

aku ada dengar kata sami wat ni dibelikan insurans kerana ajk agent insurans... takut sami mati tak ada duit nak bakar ...kih...kih...kih...tak pernah dengar ada orang buat... siapa untung... cuba teka kih...kih...kih... bagussssssss!!!!

Anonymous said...

Kepada samseng pudu dan buddha jayanti member,boleh tak tuan nasihat (Ajk wat 8liam) tolong baiki tandas? MAluuuuuuuuuuuuuuuu,LAH!Ini city.. bukan hutan wat.
mat kelate

Anonymous said...

Kita orang tangkap AJK 8Liam dan geng-gengnya cukur kepala masuk tok sami ok tak?Macam mana Samseng Pudu?Ok tak wa punya idea Junior?Setuju tak member Buddha Jayanti?he he he..kah kah kah..gua ca la
Otak kampung

Thai SIAM said...

Akupun pernah dengar ada ajk yang jaga kewangan (bendahari) guna cek peribadi untuk membayar bil-bil wat. Kemungkinan hasil kutipan dari donation box wat dimasukkan sementara dalam akaun peribadi ajk.
bagi sesiapa yang maklumat tolong sahkan.

manakala akaun pula dibentangkan kepada ahli 2-3 tahun sekali. Selamat maju kehadapan AJK SBA...

samseng Pudu said...

meeting 3tahun sekali, akaun 3 tahun sekali ahli dapat tahu, tentu ada tak kena dengan duit. biasanya ajka yang songlap duit aje takut nak meeting sebab tak dapat cover.

BAYAR PAKAI CEK BENDAHARI SALAH WOI. KENAPA TAK PAKAI CEK SBA? Ini mesti jemput SPRM mari jenguk-jenguk ni.

Tandas? Mak oooiii, bila hari Wesak macam kandang babi busuk lagi kotor. hari-hari suatmon, hampeh kebersihan wat abai.

hari tu aku pergi phra cerita wat juga sering pencuri masuk. depan masuk, belakang masuk. AJK tak buat apa. Belajar masuk U otak bilis. phra meluat dengan AJK macam mana wat nak maju. Kalau tak reti kerja keluarlah, bagi orabng lain masuk. nanti kena tangkap cukur kepala baru tau.

Apek said...

OLANG MATI BOLEH LETAK 8 LIAM, MAGUH NI. SAPA MAHU MATI CEPAT PERGI BOOKING. FREE PUNYA. CALI PLESIDEN.

pena reformasi said...

Semua wat ada masalah tersendiri, termasuk Jayanti Temple. Walau apapun kita harap AJK, phra dan semua ahli dapat bekerjasama selesaikan semua masalah dengan baik agar pembangunan wat dapat ditingkatkan.

Menyalahkan AJK satu pihak tidak betul kerana phra juga ada tanggungjawab, ahli SBA juga ada peranan yang masing-masing mesti buat.

Anonymous said...

Tolonglah kawan-kawan, jangan makan atas rumah, berak atas bumbung.

ahli SBA

Thai SIAM said...

(ahli SBA) mungkin salah sorang dr AJK SBA kot.. dah panas buntut..

Macam mana nak jadi ahli SBA,ambo nak minta jadi ahli sebab nak tengok/kenal para AJK SBA dan nak tengok macam mana proses pemilihan AJK dibuat. Saje nak buat KACAU...

Anonymous said...

Wat 8 Liam serupa Wat Jambu, donation box ada di semua sudut. Lebih banyak dari jumpah phra dalam wat. PresidenSBA/8Liam orang Kg Jambu. Phor Than dia dari Kg Jambu, Wat Sleeping Buddha terbesar di Kelantan.

Wat tak bolehlah menonjol sangat tentang duit kerana wat tempat suci, tempat amal ibadat. Buddha larang Savaka Baginda pegang duit. Walaupun tanpa duit semua kerja tak jalan, tapi jangan sampai orang luar tengok kita meterialistik. Tengoklah foto itu siar dalam Flickr (Jack)seluruh dunia boleh tengok. Notis itu menyebabkan "Donation Box" menjadi tumpuan. Semua box ada notis begitu.

Samnak Song di Cheras yang kontraversi pun orang Kg Jambu. Power sungguh orang Kg Jambu ni. Bapak burek, anak rintek!

niranarm

Anonymous said...

Dah 50 tahun dibina tapi masih mcm tu dulu juga.Jangan menyalah sesiapa tapi tengoklah realitinya.
Asyik marah-marah pun tak guna. Slow-slowlah buat perubahan demi agama kita. Penderma kat luar pun marah kalu kita asyik dok macam aje.
otak kampung

Thai SIAM said...

Sebaya dengan umok ambo, dulu kata orang Cina tak tahu nak uruskan wat 8Liam (SBA)sebab tak teror dalam Dhamma & tak tahu Vinnai Phra, tapi orang Cinalah yang mula-mula menubuhkan SBA kemudian 8Liam (tolong betulkan kalu salah info).

Tapi bila para cerdik pandai Siam (kelate majoriti) yang teror dalam Dhamma ambik alih (AJK) sekarang SBA termasuklah wat 8Liam telah menjadi wat no.1 di lembah Klang dan bertambah majuuuuk..... bangunan wat yang dulunya 2 tingkat sekarang dah jadi ??tingkat, dan persekitaran yang dulu nampak kurang elok, sekarang ni pun macam tu jugak,

Kalu nak dengar para kharawart suatmoon (tham wat chaw), sila datang pada hari ahad, tapi kalu nak dengar Dhamma, tu ambo tak pasti samada Luang Phor yang teror dalam Dhamma tu masih ada lagi ke tak..

Anonymous said...

aku tak nak komen banyak sebab anak aku ada sekolah situ. banyak tahun belajar baca thai boleh cikit-cikit. baik dari tak tahu langsung. 8 liam kira baik dari dulu. nak komen komenla jangan mention kampung. kampung mana kita khonthai sama saja. Tuan Pena tolong tapis cikit! wadde krap!

orang kita

samanera said...

Pembaharuannya telah ada. Kelas bahasa Thai berjalan lancar, CD ceramah Dhamma sering dibuka di dewan wat, Phor Thannya lebih baik dari yang dulu, ada Nakh Tham, pernah pergi Wat LP Charan dan bermurah hati dalam menolong orang. Setakat ini yang saya tahu.

Anonymous said...

Kalu ada perubahan molek la tu,jange dok mace ore phra dulu2.Sekure-kurenya angkat nama klate kita.
mat kelate.

Anonymous said...

Tuan Pena bilakah pihak SBA akan membaiki wat yang banyak kerosakan? Tandas,pagar dan pintu?
Semacam tidak ada perubahan walaupun banyak berkecurian dan samun.
asalan

pena reformasi said...

(asalan) Saya rasa soalan saudara harus ditujukan kepada AJK SBA.

Anonymous said...

Puak-puak kuat pi mana habis dah nie?KSB tidak ada orang hendak memanas,sejuk sahaja nie.Carilah hebat-hebat sikit.
mat kelate

pena reformasi said...

Panas memanjang tak boleh juga nanti terbakar hangus.

Anonymous said...

Ambo nie ikut politic kelate. Ore kita ,Datuk Nik Aziz tengah panas lo lo nie.
mat kelate

Anonymous said...

mat kelate suka yang panas-panas....

bahaya....

kalau bincang pasal dhamma memanglah tak panas.

kalau kutuk, hentam, kritik, adu, memang 'panas'
tp kita takkan ke mana juga kalau begitu. sakit hati saja dapat.

lagi pun ada yang tak tahu apa yang dia buat. merapu saja.

SK TIN

kedah f said...

Terpulang lah mereka na guna or apa duit tuh.

Anonymous said...

waddee...
emm rasa nyer rata2 daripada comentator2 ini adalah dari golongan orang dewasa@tua...

rasa nyer lebih afdal jika pakcik2 sekalian ni komenlah secara berhemah sket...ni asik menembak sesama sendiri sama jer cam kaum M ...bagi laa idea macam mana nak naik tarafkan agama dan bangsa sendiri...ni kecoh pasal politik wat dan bangsa buat aper dooo...

bila ader keramaian di wat saya sekeluarga akan pegi ke wat untuk sama2 tolong menjayakan kerja di wat tanpa mengharapkan aper2 balasan...sedangkan mak bapak saya bukan nyer org persatuan...lantak laa diorang nak salahguna aper pon...kalu tak puas hati...jadi ahli pastu hemtam laa puas2 masa meeting...jgn jadi keyboard warrior dlm alam maya nie...ni ibarat lontar batu sorok tangan...lu orang tin kosong jer lebih...dh tua berfikiran matang laa jugak! ni tidak memalukan tol..anda semua sepatut nyer memimpin kami generasi baru...bukan bertelagah sesama sendiri...meluat kami generasi baru ni tgk...pikir2 kan laa...

sekian
DEK KL