Friday, November 27, 2009

Burung Luang Phor Dengan Burung Datin

Datin M, isteri muda, kesepian kerana tinggal rumah seorang diri. Datuk selalu out station. Jadi Datin pergi kedai membeli seekor burung Nuri yang boleh bercakap. Datin cuba bercakap dengan burung itu tapi burung seperti tidak mahu layan Datin.

"Kenapa dia tak nak cakap?" tanya Datin.

"Oh, hari ni dia dah banyak bercakap. Letih. Bila Datin bawa balik dia akan bercakap, saya jamin," kata tuan kedai.

Datin pun beli burung tanpa banyak soal. Keesokan pagi Datin bangun terus datang kepada burung Nuri kesayangan. "Apa khabar? Semalam sejuk tak?" tanya Datin.

"Datin akan mati!" kata burung.

Datin terkejut mendengar burung itu bercakap mengarut begitu.

"Datin akan mati! Datin akan mati! Datin akan mati!" kata burung berulang-ulang.

Datin takut kalau nasibnya tak baik lalu pergi cari Luang Phor. Datin ceritakan semua perlakuan burung Nuri itu kepada Luang Phor.

"Tak ada apa," kata Luang Phor. "Burung itu diajar cara yang salah. Atma juga ada pelihara burung, tapi burung Tiong. Atma ajar dia dengan baik. Datin ambil burung Atma balik supaya burung Datin boleh belajar dengan burung Atma," kata Luang Phor.

Datin bawa burung Tiong Luang Phor balik dan diletakkan berhampiran burung Nuri agar kedua-duanya dapat berkomunikasi.

"Datin akan mati!" kata burung Nuri.

"Sadhu! Sadhu! Sadhu!" jawab burung Tiong.

Datin sangat marah. "Burung Luang Phor lagi teruk," kata hati Datin. "Orang cakap benda buruk pun dia 'sadhu'. Apalah bodoh sangat burung Luang Phor ni!!!"








10 comments:

samseng Pudu said...

burong faham ke apa dia cakap? kih... kih...kih...si burong kunyit lagi tak faham apa dia nyanyi, burong tiong sama burung nuri lagilah bangang... kih...kih...kih...

Anonymous said...

Lagu merdu kot.. mcm PRamlee merdu tak?
mat kelate

Anonymous said...

Orang Buddhis ramai seperti burung Tiong tahu "cakap" tak tahu maksudnya. Tanyalah yang suatmon pagi petang, tahukah mereka maksudnya. Jika tak tahu, tak ubah seperti burung Tiong.

nok khun thong

Anonymous said...

Memang kena suatmon dulu baru tahu maknanya.Di sri lanka budak2 di ajar suatmon dulu baru tahu ertinya.
mat kelate

Thai SIAM said...

Bagi kharawat/orang biasa kira ok sebab mereka ini bukan pakar, tapi jika Phra khun Chau yang begitu fasih dalam suatmon tapi langsung tak tahu apa maksudnya, inilah yang teruk..

pena reformasi said...

Suatmon baik diamalkan, tapi lebih baik bila kita tahu maknanya sekali.

Ada orang pernah tanya saya, apakah kebaikan suatmon? Saya kata, ketika suatmon gerenti kita tak buat jahat sama ada melalui tutur kata atau perilaku.

Jika bila kita tahu maksudnya, kebaikan akan bertambah kerana kita akan lebih taat, lebih menghargai Khun Phra Buddha, Khun Phra Dhamma, dan Khun Phra Sangha serta boleh dijadikan teladan, panduan atau pengajaran dalam kehidupan.

Walau bagaimanapun tak ada paksaan dalam suatmon.

Anonymous said...

Susah hendak di kata!!!!!!!!!!!!!!!!phra koon chau pun dok bila ada peluang nak chau juga,dok !!!!!dalam kain kuning tidak serupa dalam kain batik.
dek hensem

pena reformasi said...

(dek hensem) Dok dalam kain mana lebih seronok?

Anonymous said...

Dok dalam kain putih ! Esok atau lusa tunggu orang bakar!
dek hensem

pena reformasi said...

Oh, gitu!