Saturday, November 21, 2009

Curi Kepala Buddha


Kerana duit manusia sanggup melakukan apa sahaja. Sejumlah 7 kepala patung Buddha lama peninggalan Kerajaan Ayutthaya dicuri. Kejadian memotong kepala patung Buddha yang menyayat hati kaum Buddhis ini berlaku di dalam Ubosot Wat Dong Wai, Wilayah Ayutthaya.

Dahulu kita diberitahu bahawa askar-askar Burma yang memotong dan mencuri kepala patung Buddha dan puncak Chaidi yang diperbuat daripada emas sewaktu perang Siam - Burma. Kini orang Siam/Thai sendiri yang melakukan kerja terkutuk itu.

Kecurian kepala atau patung Buddha atau patung-patung lama lain yang dikategorikan sebagai "barang kawalan" sering berlaku di Thailand kerana ia mempunyai harga yang tinggi di pasaran negara-negara maju. Kejadian begini lazimnya melibatkan kerjasama orang dalam. Walaupun sudah banyak tangkapan dibuat, tapi tidak pernah menyerikkan perompak terkutuk ini. Ubosot dan Muzium dalam wat sering menjadi sasaran kecurian.

Di Malaysia, kejadian seumpama ini juga ada berlaku; patung-patung lama hilang dari Ubosot, tapi tidak dihebohkan.

Masalah ini jika tidak ditangani dengan baik, khazanah berharga milik kita akan pupus begitu sahaja.

40 comments:

Dek Wat said...

Patung Buddha di wat kampung aku juga ada orang curi. tiap tahun patung diperbuat dari batu marmar putih tu dibawa keluar mandi sempena hari songkran. tup-tup ada satu tahun bila orang nak bawa patung tu keluar mandi dari ubosot, alamak patung tak ada.

siasat punya siasat pergi jumpa di kampung orang cina. siasat punya siasat gundek tok sami and the geng yang curi. pastu diam sehingga sekarang. siapa berani bukak cerita, gundek tok sami woii, bukan orang biasa. Cilakak punya manusia.

fan ksb said...

sepatutnya umat Buddhist tdk terlalu "melekat" dgn Buddha Patima (patung Buddha)...patung baru, patung lama yg kaya dgn nilai kesenian tetap patung yg serupa!!

Buddha menyeru agar manusia terlepas dr kemelekatan, tp nampaknya tdk ramai manusia yg menganggap dirinya pengikut Buddha menyahut seruan baginda itu.

inilah Avijja namanya!!!

Puttho ,Dhammo, Sangkho...

pena reformasi said...

Kapitalisme memberikan nilai pada semua benda di muka bumi, yakni agama dan eksesorinya boleh diniagakan.

Anonymous said...

Mencuri kepala image buddha adalah perkara biasa dan sudah lama berlaku.Permintaan di barat yang tinggi nilainya.Jadi,mengajak pencuri-pencuri kecil dan taukeh-taukeh besar mendapat pulangan yang tinggi.
Dalam usaha mengelak dari perkara ini,pihak thailand terpaksa menbuat pemeriksaan yang rapi,sebelum sesuatu yang hendak di export ke mana-mana sahaja.
sikamma

rakthai said...

pihak berkuasa yang tolong eksport.

gajah mina said...

pencuri ni bila ditangkap patut pancung kepala. pancung kepala bawah dulu baru kepala atas bagi dia seksa sikit.

Hingprak said...

25.11.2009 puak sangga seluruh Malaysia bermesyuarat di Wat Alor Setaq.

1 kampung hantar 3 orang iaitu 1 ketua sami, 1 ketua jk wat dan 1 ketua kampung.

Mungkin perubahan besaq noh. Kalau utk kebaikan OK la sikit, kalau nak kumpul geng nak pukoi KSB rasanya lagi seronok la kan..

pena reformasi said...

(Hingprak)Mereka ada serampang dua mata. Satu buat kebaikan dan satu lagi bagi menikam sesiapa yang mendedahkan perlakuan buruk mereka. Kah, kah, kah!

KSB tak jadi hal, sedia bekerjasama dengan semua pihak demi kebaikan agama kita!

sahabat KSB said...

Aku tak pasti perjumpaan sangha nak bincang apa, tapi Maha kampung aku ada beritahu dia nak bangkit isu blog KSB. Bertambah popular KSB lepas ni.

Teruskan brader, aku sokong seratus peratus!

pena reformasi said...

Sathuk! Sathuk! Sathuk!

Itsarasunthorn said...

Aku juga sokong jika ia mendatangkan kebaikan dan untuk kemuliaan agama kita.

Anurak said...

Dulu semasa kathina khanaksong kat wat BM, ada beberapa org sami pi tidoq kat hotel. Depa juga makan buffet kat hotel tu. Bila mai sampai wat BM, depa sendawa depan aku,, bunyi erkkkkk. sambil berkata attama dah kenyap makan kat hotel tadi.

Takdak tempatkah kat wat BM utk tidoq? Wajarkah sami tidoq kat hotel? Rongtham, ubosort takleh tidoq ke? Bantal basi, tikar plastik dgn ciworn utk jadi selimut takleh ke? Sewajarnya sami hidup ala kadar, ni dah terlampau mewah dgn duit dana org ramai.

Hilang sattha habis aku kat sami zaman la ni. Dulu bila sami lalu, semua org tunduk dan sembah hormat. La ni bila sami lalu orang kalih belakang. Tu pun depa tak sedaq diri lagi.

Adakah depa sentuh isu ini kat meeting pd 25hb ni? Atau depa nak cari pengaruh baru utk jaga kepentingan depa. Than cau khun dah jadi macam Nai Luang Thailand. macam boneka je. Aku rasa bila chau award, nai wat dan nai barn bersemuka... lebih dahsyat lagi kain sabung/ciworn diselak satu per satu.

Puttho.

pena reformasi said...

(Anurak) Inilah jadinya bila sami telah melekat dengan kemewahan dan keselesaan. Wat bukan tak ada tempat, tapi mereka tak nak tidur. Memang patut sami macam ni kita tak usah hormat. Saddha sami jenis ni tak dapat apa pun, dapat bodoh adalah.

Than Chau Khun patut keluarkan larangan tegas sami tak boleh tidur hotel.

Anonymous said...

Tidak kira apa-apa perubahan,jika kita semua berniat ikhlas itu patut dipuji.Sesiapa yang berniat tidak baik akibatnya akan tiba.Tidak kira anda KSB atau alajji,cuma lambat atau cepat saja.
Asoka Member

Anonymous said...

Patung buddha yang dicuri menjadi masalah kita pula. kenapa ya pada zaman buddha tidak berlaku hal ini?

Bhagava Buddha tidak suruh kita buat patung emas apatah lagi yang sebesar gunung.

Apabila patung itu bernilai kita jadi 'terlekat' kepada nilainya.
jadi timbullah kebimbangan dan ketakutan. ini kerana kejahilan kita sendiri.

kepada wat-wat yang sering kecurian patung,pakai poster Buddha sahaja. Murah dan jimat. boleh dicetak sebanyak mungkin untuk 'dicuri' dan diambil.

Kepada persatuan sangha yang hendak bermesyuarat tu, harap ambil cakna apa yang dibincangkan di KSB ni. Banyak yang perlu dilakukan selain menghentam tanpa guna akal.

Kalau persatuan sangha masih tidak mahu berubah, tanggung sendiri karma masing-masing.

isu-isu yang dibangkitkan terlalu banyak. Yang tidak pasti, boleh rujuk 'Tipitaka' dan 'Vinaya'. kaum buddhis biasa boleh rujuk 'maha google' dan 'maha yahoo'.

Harap dapat selesaikan isu-isu dasar agama kita.

SK TIN

Anonymous said...

Sebenarnya,kita lupakan tugas sebagai seorang penganut agama buddha.Tidak kira sami atau maechi,tidak kira suri rumah atau suami,tidak laki atau perempuan.Ramai yang lupa tugas sendiri.
Akan tetapi kita berminat dengan tugas orang lain,di mana tugas itu tidak bersabit dengan dengan kita.
Tengoklah,apa yang diperkatakan oleh KSB ini,ramai tugas-tugas sami di salah gunakan oleh sami-sami itu sendiri.
KSB ini pun sama juga.Tugas sendiri dah lupa dan tidak laksanakan,beria mencari tugas lain pula.
Sama-samalah kita menjalankan tugas kita.Tugas sebagai seorang bapa,sebagai sami,tugas sebagai senator,tugas sebagai president,tugas sebagai bendahari,tugas sebagai polis,tugas sebagai ketua dan lain-lain tugas.Kita laksanakanlah tugas itu dengan sempurna dan bijaksana kita.
Asoka member

Dekbarn Trokdang said...

Hallo Than Neam, Ini Than Nukul ni. Dari wat kora. Kamu jgn pi Wat Praimai ambik duit tu. Dia tu hina sami.

Inila yg aku dengar.. Masaallah, sami Thailand dah berkuasa di malaysia.

pena reformasi said...

Salah satu tugas KSB membongkar penyelewengan sami. Sekarang KSB sedang menjalankan tugasnya dengan amanah.

Kenapa urusan sami jadi minat KSB? Sebab sami hidup dengan hasil titik peluh masyarakat. Sami tak boleh jadi liabiliti kepada masyarakat. Entah berapa generasi masyarakat Siam diperbodohkan dan dipergunakan oleh sami muka tembok, oleh itu sudah sampai masanya masyarakat sedar. Saya tak tahan melihat bangsa saya ditipu oleh bangsa sendiri yang berselindung di sebalik "individu suci".

Jika orang biasa buat salah, langgar Sila,pedulikan kerana mereka hidup dengan usaha mereka sendiri. Kita tak perlu tanggung mereka.

Falsafah KSB mudah. SANGHA yang bermaksud Persaudaraan Bhikkhu ada peraturan yang ditetapkan oleh Buddha. Jikalau kita tak mampu ikut atau patuhi peraturan itu, kita keluar dan jadi orang biasa. Habis cerita. Tiada paksaan.

Harap semua orang Siam, terutama "generasi berpendidikan", memahami falsafah KSB dan memberi sokongan padu demi menjaga maruah agama kita. kita tahu tak bahawa agama kita sekartang sedang jadi sasaran kritikan dalam dan luar kerana "perbuatan individu suci" yang melampaui batasan Dhamma-vinai Buddha.

Anonymous said...

Itulah KSB,tugas tuan sendiri sebagai penganut buddha belum selesai lagi.Dalam hati tuan masih simpan perasaan benci membenci.Simpan dendam yang berbara dan mendalam.Tuan kritik hingga senator bukan pasal sami sahaja.Tugas membenci itu patut dicuci dalam hati tuan sebagai penganut buddha yang tulen.
Tugas sebagai suami dimana?Tugas sebagai kawan/teman di mana?Tugas sebagai seorang ayah di mana?Tugas sebagai seorang yang mengikut jejak buddha di mana? Menghina atau memperlekehkan kerja orang lain itu?Sendiri pun tidak pandai lakukan.Dulu sama sekarang tuan pandai komen dan kritik sahaja.Tapi,anda sendiri tidak pandai lakukan.Apatu?
Asoka Member

pena reformasi said...

(Asoka Member) Jika semua orang jadi seperti anda kata, aman dunia, tak perlu ada polis, mahkamah dan penjara kerana semua orang tumpu pada tugas masing-masing.

Phra Sri Ariya Metriya tak perlu datang lagi.

Saya kritik Senator kerana dia pada hemat saya patut dikritik. PM pun dikrtitik, inikan Senator. Dia kata dia Senator wakili orang Siam, tapi apa yang dia buat untuk masyarakat Siam? Jumlah orang Siam 60,000 tapi ada 50% yang kenal Senator? Tak kenal sebab dia tak pernah jelajah kampung-kampung Siam tanya "khabar" susah senang orang kampung. Keadaan bertambah buruk bila pembodek-pembodek di kiri kanan dia jenis pentingkan diri.

Dan seperkara, siapa yang memecah-belahkan orang Siam, siapa yang membahagikan Sangha kepada dua kumpulan? Tahukah hukumnya memecah-belahkan Sangha? Kalau tak tahu pergi tanya Phra Maha. Kenapa dalang perpecahan ini tak jadi sasaran kritikan?

Masyarakat Siam bukan semua jenis yang boleh dicucuk hidung dan dibutakan, kemudian dipimpin perjalanannya dengan berkata:"Mari saya bawa anda ke syurga!"

bekas ahli psm said...

Awas kaki bodek dan kaki ampu berkeliaran di dalam blog ini, buat pemantauan kalau-kalau boleh diambil tindakan saman malu kerana menyelak kemaluan sammiiiii, membuka bontot senatet. Uwek...uwekkk .... uwekkkk!

Anonymous said...

Tugas tuan pena siapa yang melantik anda? Adakah melantik diri sendiri menjalankan tugas.Ini boleh di kira gila kuasa.Atau teman-teman kedai kopi yang melantik anda.
Pembaris mana yang anda gunakan untuk mengukur senator,orang siam,sami dan lain-lain.Mestilah pakai pengukur juga nanti anda kena ukur pula.
Zaman ini bukan zaman batu.Internet pun sudah merebak.Jadilah kita pun mesti perubahan juga.Bukan sekadar bercakap kosong macam yang anda lakukan.Sekejap reformasi,sekejap protes,sekejap prathai-pidok,sekejap mahu berbudi.
Berbuat sesuatu biarlah beransur-ansur dan berterusan.Bukan hendak mengajar anda cuma tunjuk jalan selamat.
Asoka member

pena reformasi said...

Saya ada hak untuk tak beritahu siapa yang menugaskan KSB bongkar "cerita di sebalik tabir" yang berkaitan orang Siam.

Orang celik tak perlu pakai kayu ukur apa menilai Senator. Pergilah tempat orang Siam berkumpul dan bangkitkan isu Senator, kita akan dengar suara-suara yang mengutuk. Saya tak pernah dengar orang puji Senator.

Kalau Asoka Member rasa Senator patut dipuji, tolonglah jelaskan agar saya dan para pembaca mengetahuinya bahawa Senator kita ada berjasa kepada orang Siam yang saya tak tahu.

Semua orang akan berubah. Manusia berubah sejak ribuan tahun dahulu. Ikut teori Darwin manusia berasal dari beruk dan berubah jadi seperi sekarang. Perubahan lumrah kehidupan manusia.

Tapi MELANGGAR DHAMMA-VINAI oleh Bhikkhu bukan perubahan namanya, melainkan sikap terkutuk ALAJJI.

Asoka Member, saya tak pasti anda Bhikkhu atau Gharawas, tapi gaya anda seperti seorang Bhikkhu bila anda bangkitkan tentang perubahan. Jadi saya bertanya, apakah perubahan-perubahan yang disarankan oleh Buddha kepada penganut-penganutnya? Adakah Buddha menyarankan penganutnya berubah mengikut peredaran dunia? Adakah Anicca, Dukkha dan Anatta akan ikut berubah mengikut perubahan dunia?

Saya tak tolak kiranya anda mahu mengajar saya kerana saya memang memerlukan ilmu dan pengajaran.

Dan harap jangan simpan dalam hati. Setiap orang berhak untuk berbeza pendapat dan berbeza tindakan.

Anonymous said...

"Perubahan "itulah tuan pena.Tengoklah anda yang tuliskan dan yang mahu perubahan,peliknya anda lupa ayat anda sendiri.Saya cuma meminjam ayat yang anda pakai sahaja.
Berubah ke arah mana ,yang anda indamkan,betulkah?
Dulu jawatan senator mana ada? Kini dah ada.Inikan perubahan.Dulu ketua kampung siam tidak ada gaji,kini dah ada.Cop pun dah laku.ini perubahan,kan?
Itulah tuan,anda sendiri pun kebingungan tentang perubahan sendiri.
Kalau mahu simpan dalam jauh sekali.Memang banyak lagi hal dibuat.
Asoka Member

pena reformasi said...

Oh, perubahan saya ialah berubah kepada kebaikan yang selari dengan Dhamma-Vinai.

Anurak said...

Wahai semua pemimpin masyarakat Siam Kedah, hangpa semua jangan mai masuk campur hal-hal ehwal wat telok wanjah. Sebab hangpa tak sumbang seduit pun. Hangpa tak layak masuk campur. Ini semua duit cina.

INILAH KATA2 SALAH SEORANG KETUA SAMI MELALUI KRONINYA SEORANG BEKAS POLIS DARI BARN SIRAKO.

Kepada Tuan Pena, teruskan perjuangan kamu, aku sentiasa memberi sokongan. Tindakan membongkar kemungkaran dalam institusi Sanggha utk menyelamatkan agama Buddha adalah satu DANA.

Anonymous said...

kini muncul pula Asoka member,

sedap nama Asoka itu.
Siapakah Asoka yang agung itu?
Adakah Asoka member ini betul-betul 'member' kepada Asoka yang agung??? jauh panggang dari api.

Asoka member sudah berpuas hati dengan apa yang dicapai oleh masyarakat siam sekarang. Dia juga marah kerana KSB mengkritik dan membangkitkan isu-isu yang dia tidak suka.
Dia menuduh KSB tidak amanah dan hilang arah. Betul ke?

Adakah masyarakat siam sudah berpuas hati dengan keadaan sekarang?

Asoka member,

1.Apa peranan anda dalam masyarakat siam dan agama buddha?

2.Adakah anda telah membina hospital untuk masyarakat?

3.Adakah anda sudah puas membuat kebajikan?

4.Adakah anda telah mendidik masyarakat dengan betul, mengikut Dhamma Buddha?

5.Adakah semua sami-sami telah menjalani kehidupan yang selaras dengan vinaya, hasil usaha anda?

Yang paling penting, apakah anda mahu kami semua membutakan mata dan menutup mulut?

SK TIN

pena reformasi said...

(Anurak) Kata-kata begini bukan saja di Wat Telok Wanjah, Tok Sami wat lain pun ada yang memandang rendah orang Siam, cuma tak diucapkan secara langsung. Depa sanjung Cina kerana berikan banyak sumbangan kepada wat. Saya bukan jenis perkauman, tapi semua orang yang berjasa pada wat wajib dihargai.

Tok Sami telah lupa bahawa wat-wat Siam yang ada sekarang hasil titik peluh orang-orang Siam (nenek moyang kita) sejak ratusan tahun dahulu.

Terima kasih kepada anda dan sahabat lain semua kerana menyokong KSB. Sama-samalah kita mempertahankan kesucian agama kita. Kesian nenek moyang kita kerana menjaga dan memelihara agama Buddha sejak dahulu sehingga kini tapi dimusnahkan oleh anak cucu sendiri yang "berniat jahat".

Anonymous said...

Tuan Pena ini agama buddha ke?Anda keje ikut arahan orang lain?Tak Ikhlas laa hang nie..
S.K.Tin sukanya Bodek. Pakailah idea sendiri,dah masuk UNi pun masih cetek agama lagi.
Nanti saya hantar anda pergi pertapa dekat Banjaran Himalaya,tiket airasia murah aje.
kah..kah..kah..
siam hulu

pena reformasi said...

(Siam Hulu) Boleh bagi tips sikit tak bagaimana nak jadi seorang yang beragama Buddha? Apakah ciri-cirinya? Ramai kawan saya yang bukan agama Buddha masuk baca blog ni, mereka pun nak tahu ciri-ciri penganut agama Buddha.

Pena Reformasi tak kerja ikut telunjuk oranglah. Yang ikut telunjuk orang ialah KSB kerana KSB cuma blog yang tak boleh tulis sendiri. Ada betoi ke tuan?

DEK DEK said...

Apakah ada keikhlasan dalam diri anda semua wahai umat SIAM sekalian? Tanyalah diri anda sendiri.
Rak Chart,Rak Sasana kap Rak Tua Row Eng

Anonymous said...

Wahai...saudara-saudari!Janganlah berpecah belah pula.Kita orang siam sedikit sahaja.
Bermaaf-maafanlah semoga kita berjaya dunia ini dan dunia depan.sadhu
sikamma

Anonymous said...

Tidak perlu ajar!Anda dah membaca Phradai-pidok 99x mesti dah cair dalam pemikiran.
Lagipun,kalau tidak cukup mahir lagi tanya Than Maha aje.
Belum cukup tanya kroni-kroni anda.
asoka member

Anonymous said...

Siam hulu, siam sederhana, asoka member, siam lama dan seumpamanya....orang yang sama kot?

apa yang boleh dibodek?
apa yang perlu dibodek?
memperkata kerosakan yang sama dikira membodek ke?
membincangkan hal yang sama membodek ke?

adakah hal-hal berkaitan Dhamma boleh guna idea sendiri?
Ini ke agama Buddha yang anda anuti?
boleh pakai idea sendiri......

bodek = kritik

orang yang kritik pun seperti suka bodek juga.....
dah jadi ketagih ke?
kritik tak tentu hala tuju = meracau.

Apa yang 'puak' penentang ini bela sebenarnya?
errr....siam hulu, boleh tolong perjelaskan misi dan visi anda...biar TERANG sikit.
terima kasih.


SK TIN

Thai SIAM said...

MEMANG SAH.. ASOKA MEMBER ADALAH DR KALANGAN SAMI @ PROKSI SAMI yang terkena bahang KSM..

Anonymous said...

Wahai! saudara-saudari,carilah jalan penyelesaian yang bersama-sama.Kita semua duduk dibumbung buddha,dhamma,sangha yang sama.Negara pun sama,bangsa pun sama,mungkin idea sahaja yang tidak sama.
Kalau idea tidak sama tetapi kita pun bersama.Bersama Dalam PESILA ,PSM, bergerak maju,Bersama SBA menjadi tugas sebagai seorang buddhist yang mulia.
Lupakan krisis lampau yang keruh,binalah rumah kedamaian bersama.Sekadar idea.
sahabat anda.

pena reformasi said...

(sahabat anda)Terima kasih kerana mengingatkan. Maklumlah manusia mudah lupa. Tapi siapa krisis dengan siapa. Ini cerita tentang "Phra dengan Marn", tak ada krisis apa.

Kalah jadi phra, menang jadi marn ... kah, kah, kah, pilihlah sendiri!!!

Hingprak said...

Asoka member,

Than Maha mana yg kita perlu rujuk. Maha mat wat kura,, piangggg phuiiiis. Maha tak cukup garam.

Khun Pena, Meeting khanaksong Kedah/Perlis semalam di wat telok Wanjah, OK je. Than Chau Khun Maison mau pemimpin kharawat (nai wat dan Nai barn) menjadi ahli khanaksong yg boleh bersuara mulai tahun hadapan. Sebab agama adalah tanggungjawab bersama.

Khathin khanaksong tahun depan dapat wat Cindaram, Kg. Senara, Prai Tiaw, Kubuq Panjang. Sebab nak bina ubosot. Wat SP usya nak juga tapi tak bina apa pun bangunan.

Than Chuang wat Naka bangkit isu Loy Krathong sesat. Dia kata kalau tak mau serentak dgn wat lain, CHING PRET pun kita jgn buat serentak la. Lagu loy krathong tak payah dok nyanyi. Than Chung tegur semua ketua sami dan juga Senator. Dia kata sebagai pemimpin jgn mencemarkan budaya.

Ha5555, Phra asli dah mulai bangkit bersuara. Semua ALAJJI diam seribu bahasa.

pena reformasi said...

(Hingprak) Khup Khun Krab kerana memberikan info.

Thai SIAM said...

kalu mereka-mereka yang meneraju dalam Pesila, PSM n SBA yang hanya mementingkan diri sendiri dan kroni masing-masing maka pada pendapat saya bertambah majulah ore kite..