Tuesday, November 24, 2009

Dulu Tabu, Sekarang Diboooo!!!!


Banyak "tabu" (taboo) dalam masyarakat kita yang semakin tidak "tabu" lagi. Sudah ditabur. Jika hendak tulis kesemuanya, duduk sampai pagi pun tak habis. Eloklah saya ambil dua tiga sebagai contoh.


Pertama, kejadian alam tak boleh "diperkatakan sesuka hati". Bila kita "mengata" kejadian alam kerana marah atau tak puas hati kita akan ditimpa malapetaka kerana kejadian alam ada kaitan dengan Dewa. Walaupun hujan lebat meneggelamkan tembakau kita sehingga kita kerugian puluhan ribu ringgit, kita tak boleh menyumpah hujan. Bila ribut membedal roboh rumah kita, kita juga tak boleh marah ribut. Kita hanya boleh menahan hati.


Kedua, maharaja juga tak boleh kita marah. Sejahat mana maharaja kita tak boleh marah atau berdendam atau mengata yang tak baik kerana akan mengundang kemarahan Dewa di kayangan. Dalam kitab lama-lama maharaja dkisahkan keturunan Dewa kayangan. Maharaja sepak orang, lempang orang, bunuh orang tak salah kerana itu adalah "hukuman" daripada Dewa ke atas manusia.


Ketiga, Bhikkhu Buddha (Sami Buddha) juga tak boleh diperkatakan sesuka hati, berdosa kerana sami orang suci. Mengata sami tak tercium bau syurga jawabnya. Kalau tak dapat pergi syurga, bila mati nak pergi mana? Pergi neraka? Dulu memang betullah bercakap tidak baik tentang sami berdosa kerana sami dahulu kebanyakannya jenis "Ariya Sangha". sami mengamalkan kehidupan suci, tidak tamak, hidup seadanya, tidak melekat pada duniawi dan tidak menjadi liabiliti masyarakat. Oleh itu, sepatutnyalah kita tidak boleh mengata sami sesuka hati, berdosa.


Tapi semua tabu itu tidak jadi tabu lagi sekarang. Orang sekarang telah pandai berfikir. Orang sekarang belajar sampai universiti, ada PhD. Bukan mudah mahu diperbodohkan seperti orang-orang dahulu yang mudah disesatkan. Mereka tahu bahawa hujan ribut adalah kejadian alam yang tidak ada kaitan dengan Dewa. Raja juga bukan keturunan kayangan. Raja adalah manusia biasa seperti kita. Raja baik disembah, raja jahat disanggah.


Sami pun begitu. Sami yang pakai jubah kuning belum tentu "Bhikkhu Buddha" yang wajib disembah. Bhikkhu Buddha atau Sami Buddha wajib mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha. Jika tidak mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha, dia adalah orang biasa seperti kita. Kepala botak dan pakai jubah kuning bukan lesen untuk kita sembah dan bagi makan percuma. Sesiapa pun boleh botakkan kepala dan pakai jubah kuning. Sekarang ini ramai yang "cari makan" dengan membotakkan kepala dan berjubah kuning. Bhikkhu Buddha bukan terletak pada "warna jubah" tapi terletak pada pengamalan.


Sami Buddha mesti tidak melekat pada duniawi. Walaupun tinggal di dunia, tapi duniawi tidak "mengotorkan" sami Buddha umpama bunga teratai yang tumbuh di dalam kolam, tapi air kolam tidak mengotorinya.


Kerana sedar bahawa sami adalah orang biasa seperti kita, melainkan yang beramalan mulia, oleh itu tidak hairanlah ada orang berani berterus terang tentang sami. Sami baik, dikatakan baik. sami jahat dikatakan jahat. Sami tipu makan, dikutuk. Sami muka tembok (alajji) dikeji.


Oleh itu sami-sami harus sedar bahawa era tabu telah berlalu. Orang sekarang sudah berani "booooo" kepada benda yang dulunya menjadi tabu. Era orang "memuja" sami secara membabi buta telah berlalu. Sami baik disembah, sami jahat dilangkah.


Sami harus sedar bahawa sekarang ini bukan semua orang sembah sami dengan ikhlas. Ada yang sembah kerana mengikut adat sahaja. Bukan semua yang kritik sami kerana mereka jahil agama, tapi mereka meluat dengan sami. Mereka sayang kepada agama mereka dan tidak mahu melihat sami memusnahkan agama mereka. Di Thailand, banyak kolum dalam akhbar yang selalu "tegur" sami kebanyakannya ditulis oleh bekas sami berpendidikan Maha Parian.


Walaupun sami tidak boleh terima teguran atau kritikan - marah, dendam, sumpah seranah atau mengamuk sekalipun, siapa akan peduli lagi. Orang hanya malu Dhamma-Vinai. Bila Dhamma-Vinai tidak ada, hendak malu apa? Orang kata syurga ada mata, ada telinga dan bila kita kutuk "orang jahat" biarpun berpakaian kuning, tidak berdosa. Pengkhianat amanah Buddha wajib dikutuk.


Siapa yang masih menganggap "tabu" adalah kebenaran, berfikirlah semula. Zaman sekarang bukan zaman tabu tapi zaman dibooooo!


Sami Buddha tidak ada pilihan lain kalau mahu terus disembah dengan ikhlas melainkan mengamalkan Dhamma-Vinai Buddha. Tangan terasa sangat ringan untuk angkat sembah bila jumpa sami "patibat", tapi terlalu berat bila jumpa sami jenis aljji!

13 comments:

Anonymous said...

Itu pandangan kolot dan kuno.Wat Dhammakaya ramai PHd yang menyembah.Puak-puak taukeh besar dari seluruh dunia menghulur sumbangan.Bangunan-bangunan macam istana pun ada,rumah condon pun ada.
Masih tertidur ke?Orang dah naik kapal terbang ooi!,Wat Dhammakaya dunia pun terkejut!
tea-o

Anonymous said...

Luang pho koon,orang minta cop tapak kaki.Orang besar-besar pula tu,
Mereka mahu berkat,
syabas

sahabat KSB said...

Phra Wat Dhammakaya ada dhamma-vinaya sebab itu disembah.

pena reformasi said...

Luang Pho Koon phra patibat Dhamma-vinai. Jangan kata cop tapak kaki, air kencing Luang Phor Koon orang ambil minum. Orang yang minum "air kencing" itu sendiri beritahu saya.

Phra Dhammakai juga tak abaikan Dhamma-vinai. Walaupun ada orang pesimis terhadap mereka, tapi itu hanya persepsi. Hakikatnya phra Dhammakai sangat disiplin, tertip dan berhati-hati dalam pertuturan. Patut disembah. Phra lain patut jadikan contoh.

Anonymous said...

Itulah Ksb dok baca paper dan tengok kat malaysia saja.Orang dah pergi jauh.Senang-senang pergilah ke singapura tengok dunia sana.
Melawat
wat Dhammakaya pada hari biasa,tuan akan nampak apa yang ada.
Sri lanka,india dan lain negara yang ada agama buddha.Celek sikit idea tuan.
jangan marah,saya ni nampak tuan ni pekat sangat,asyik komen tidak tahu pasal.
Memang apa tuan benar,tapi tuan kena tengok dulu dan pattibat dulu baru tahu.Kalu sekadar masuk Phra seminggu aje,tak cukup cair lagi .
Fikir-fikirkanlah.
Anti-puak fanatik

pena reformasi said...

(Anti puak fanatik) Adakah amalan Brahma-cariya Phra di India, Sri Lanka, atau Singapura tak sama dengan Phra kampung kita? Adakah bukan Nirvana yang mereka fokus?

Tuan jangan menyamakan ajaran Buddha dengan amalan "sami kapitalis" yang tuan nampak. Amalan kita mesti selari dengan Dhamma-vinai, bukan mengikut nafsu dunia.

Saya boleh cerita pasal Phra Sri Lanka atau India kalau saya mahu. Tapi KSB hanya tumpu kepada Phra Thai kerana KSB adalah blog Khonthai untuk Khonthai. Hal orang India, orang Sri Lanka biarlah orang mereka yang tulis. (Kalau tuan rela tanggung musibah, saya boleh buka cerita senamrobik di wat Thai di Singapura)

Lagipun, amalan phra di mana-mana pun sama, ada betul ada salah. Agama Buddha di India telah hilang seri. Agama Buddha di Sri Lanka pernah ranap sehingga mereka terpaksa datang ambil "benih" dari Thailand.

Mana tuan tahu saya tak patibat? Saya dan juga tuan patibat dhamma sejak lahir sehingga sekarang, sebab itu kita boleh hidup sampai sekarang. Saya tulis blog, tuan beri komen juga kira patibat Dhamma.

penjaga malam said...

boleh tumpang mulut? jangan dilayan mereka buta agama tuan ksb, buang masa. sendiri jahil cakap orang cetek ilmu. semenjak aku baca ksb banyak ilmu agama aku cedok dari tuan pena dan para komen yang budiman. seksyen agama ksb lagi ceria dari forum. waala!

Anonymous said...

Betul kata penjaga malam,

sebenarnya orang yang anti fanatik itu menggunakan kata-kata yang fanatik....
tak tahulah mereka sedar atau tidak.

kadang-kadang saya amat hairan dengan pemikiran sesetengah orang, sepatutnya datang sini bincang, bagi idea....tetapi lain yang dibuat.
mereka inilah sebenarnya yang cetek agama, cetek akal dan cetek akhlak.

Entah apa yang mereka sokong dan bangkang.
mungkin mereka sendiri tidak tahu.

Harap saudara tuan pena dapat tapis supaya tulisan yang murni disiarkan.
Banyak manfaat yang diperoleh dari blog ini. Jangan dilayan sangat orang-orang yang tolol.

sk tin

fan ksb said...

tdk pelik jika "sami kapitalis" disujud dan dikelilingi oleh karawat yg terdiri dr puak-puak kapitalis juga.

masuk sami seratus tahun pun sia-sia kalau tak nampak kebenaran Dhamma. Kalau betul nak patibat Dhamma sbg Banphacit cubalah masuk sami kat wat-wat umpama Wat Suanmoke, Changwat Suratthani. Di sini tdk ada bangunan atau senibina yg gah tersergam indah, yang ada hanya keindahan alam semulajadi. Sesuai utk menghayati Dhamma Buddha serta lokasi yg baik utk memerhati hembusan nafas keluar masuk diri sendiri!!..

Sami nak tham ek sahaja said...

Saya pun nak tumpang sikit.Penjaga malam dah silap. apa yg anda pelajari dalam blog KSB tak lengkap.Pelajari sendiri ajaran buddha kita.Blog KSB ok tapi ada bias dalam penulisannya.Tak cukup ikhlas dan tak tepat.anyway niat KSB saya sanjungi.Saya harap KSB tulislah dgn jujur dan ikhlas untuk pembangunan minda Khonthai dan khanak song kita.Jgn samakan era sami dulu dgn zaman sami PHD. be realistik.Khop Khun

pena reformasi said...

(Sami nak tham ek sahaja) Namanya hebat, "sami nak tham ek". Bapa-bapa di kampung saya ramai ada nak tham ek, tapi tahu-tahu sajalah SILA mereka.

Sama ada bias ke tidak terpulang pada tafsiran. Siapa makan cili dia terasa pedas.

Jujur? Saya memang jujur memberi kesedaran kepada generasi muda Siam. Oleh itu, saya terpaksa terus terang apa yang saya tahu. Kalau ALAJJI saya tak boleh kata ARIYA. Kalau ARIYA saya tak kata ALAJJI. Saya pun takut karma.

Bagaimana saya nak samakan Sami zaman dahulu dengan sami zaman PhD kerana saya juga generasi selepas merdeka seperti anda semua. Saya tak tahu bagaimana kehidupan sami zaman dahulu.

Cuma yang saya tahu melaui bacaan Kitab, Baginda Buddha minta sami mengamalkan Brahma-Cariya mengikut Jalan Tengah/Sederhana (Samma Patipatha/Magga 8)yang tak condong kepada keseronokan indera (kama-sukhan-likanu-yokho) atau keseksaan diri (atta-kila-mathanu-yokho)

Setahu saya hanya Samma Patipatha yang dibenarkan oleh Buddha kepada sami Baginda sejak dahulu sampai bila-bila.

Masalahnya majoriti sami sekarang tak ikut Jalan Tengah, sebaliknya ikut jalan tepi yang dilarang iaitu keseronokan indera.

Adakah dalam Nak Tham Ek yang tuan belajar ada diajarkan "perbezaan" antara amalan sami Buddha zaman dahulu dengan sami PhD zaman sekarang? Tak tahu pulak saya hal ini.

pena reformasi said...

(penjaga malam) Terima kasih. Betul kata sami nak tham ek, blog KSB tak lengkap butiran agama, tapi dijamin tulen. Untuk melengkapkan diri mesti kaji kitab Buddha. Jangan pergi baca buku Dhamma "Maha Cari Makan" yang diupah tulis oleh Penerbit Buku, banyak menipu dari betul.

(fan KSB) Saya setuju dengan pendapat khun.

(SK Tin) Saya akan lebih berhati-hati.

fan ksb said...

kpd sami nak tham ek..

blog ksb bias dr segi apa??..tak heran kalo zaman ni terdapat ramai sami Phd tp nak tahu mereka dpt Phd dr pengajian ilmu apa??...

Phra Ariya Song Thailand tak ramai yg punyai Phd tp sila Chariyawat mereka sangat indah..Jarang nampak mana-mana sami yg ada Phd mengembang agama Buddha dgn giat.

agaknya kalo ada mana-mana sami yg memegang Phd nak juga petunjuk dr Phra Khun Chao!!..