Sunday, November 1, 2009

Hari Loy Krathong

Esok, Isnin 2 November bersamaan Wan Phen Deuan Sipsong (Bulan purnama, Bulan 12) adalah Hari Loy Krathong bagi masyarakat Thai/Siam. Loy Krathong merupakan tradisi yang diwarisi dari zaman Sukhothai dan berterusan sehingga hari ini.


Walaupun Loy Krathong hanya tradisi yang tak ada kaitan dengan agama secara langsung, tapi masyarakat Siam lazimnya akan berkumpul di wat pada malam "wan phen deun sip song" sebelum ke sungai untuk menghanyutkan krathong.

Sesetengah wat menganjurkan pesta Loy Krathong secara besar-besaran. Meriah sekali. Kita patut berbangga kerana dapat mempertahankan tradisi ini sehingga ke hari ini.

Orang Siam mempunyai beberapa versi tentang asal-usul Loy Krathog tapi yang diterima secara meluas ialah versi Sukhothai. Begitu juga dengan kepercayaan tentang Loy Krathong. Orang tua-tua minta kita potong kuku untuk dihanyutkan bersama krathong, kata mereka untuk buang sial. Ada juga yang percaya bahawa Loy Krathong untuk menyembah bekas tapak kaki Buddha dan ada yang mengatakan untuk "berterima kasih" kepada air (Phra Mea Kongkha). Bagi pasangan bercinta, loy Krathong ada makna tersendiri. Mereka akan berdoa agar cinta mereka direstuai.

Sesetengah orang generasi baru pula percaya bahawa Loy Krathong adalah pesta buang sampah ke dalam sungai. Polystyrene foam (bahan berbahaya) yang kita buat krathong merupakan bahan berbahaya yang akan mencemari dan meracuni sungai. Oleh sebab itulah Thailand mewajibkan krathong dibuat daripada bahan semulajadi seperti sabut kelapa, batang/daun pisang, buluh, bunga dan lain-lain. Tapi di Malaysia kita masih menggunakan polesterin. Inilah contoh bahawa kita belum sedar akan kebersihan alam sekitar dan kesihatan.

Biar apapun kepercayaannya, kita wajib mempertahankan tradisi ini untuk diwarisi ke generasi akan datang.

Namun, sejak kebelakangan ini muncul "golongan reformis" kepala abuk gergaji menganjurkan Hari Loy Krathong bukan pada Wan Phen Deaun Sip Song. Alasannya nak cari wang. Takkan nak cari wang pun nak melacurkan Loy Krathong?

Kita wajib menentang golongan reformis pemusnah tradisi ini. Dengan alasan apa sekalipun kita tak boleh merosakkan tradisi kita. Walaupun ada pihak yang memandang remeh hal ini, tapi kita harus sedar bahawa Loy Krathong bukan milik peribadi kita, tapi milik bersama. Merosakkan tradisi ini bermakna kita mengguris perasaan orang lain. Tok sami yang merestui "golongan reformis" ini patut sedar diri. Sudahlah bersubahat menjahanamkan agama Buddha, kini tradisi orang Siam juga mahu dijahanamkan.

Akhir sekali, marilah kita sama-sama pergi Loy Krathong di wat berdekatan.



Lagu loy Krathong.


Wan Pen Duan Sip Song,

Nam Kha Nong Tem Taling,

Rao Tanglai Chai Ying,

Sanuk Kanching Wan Loy Krathong,

Loy Loy Krathong,

Loy Loy Kratong,

Loy Krathong Kan Laew,

Kho Chern Nong Kaew,

Awk Ma Ram Wong,

Ram Wong Wan Loy Krathong,

Ram Wong Wan Loy Krathong,

Bun Cha Song Hai Rao Suk Chai,

Boon Cha Song Hai Rao Suk Chai,



(Terjemahan dalam English):


The full moon of the twelfth month,

As water fills the banks,

We, all men and women,

Have really good fun on Loy Krathong day,

Float, float the krathongs,

Float, float the krathongs,

And after we have floated our krathongs,

I invite you my dear,

To come out and dance,

Ramwong [traditional dance] on Loy Krathong Day,

Ramwong on Loy Krathong Day,

Good merit brings us happiness,

Good merit brings us happiness.



16 comments:

Desbil said...

Selamat Loy kratong untuk Pena Reformasi and the team dan seluruh warga siam. semoga masyarakat siam akan terus bersatu padu dalam menghayati agama dan budaya kalian. Semoga kalian semua akan temui satu jalan penyelesaian kepada masalah2 yang dihadapi.

Hanyutkan juga satu bunga loy kratong untuk saya.

Anonymous said...

.Orang "NA NA CHIT TANG, yang komen teruskan komen.Niat ikhlas pun dah ok..kalau niat tidak iklhas anda pun kena"kamma hitam" juga.Berhati-Hati Mr.P.
dari MR.A

pena reformasi said...

Selamat Loy Krathong! Saya akan doakan semua pembaca blog KSB yang belum kahwin cepat dapat jodoh, manakala yang sudah kahwin, kekal sehingga ke anak cucu.

Khon Thai Lantan said...

Sawaddee Hari Loy Krathong. Tuan Blogger pergi Loy Krathong di mana?

Thai SIAM said...

Pesta Loy Krathong disekitar Lembah Klang:-

Wat Chetawan PJ pada 7/11/09 (info dr Web Ruam Thai)- dah meyimpang..
rheam 5 gham dearn sip song.

Sementara Wat 8Liam & Pesila pada 14/11/09 (dari Banner yang digantung di Wat 8Liam) - ini lagi menyimpang ... rheam 12 gham Dearn sip soag.

Tuan Pena Reformasi kena tukar/ ubah lirik lagu Loy Krathong tu, sebab pada 7/11 dan 14/11 dah tak ada bulan purnama...

Kedua-dua wat ini mungkin dianjurkan oleh golongan reformis SIAL pemusnah tradisi ..

Lo mo so said...

SELAMAT WAN LOY KRATHONG PADA SEMUA UMAT MANUSIA YANG MEMAHAMI/MENGHARGAI DAN MENYAMBUTNYA.

WAN PHEN KHEN 15 KHAM DEAN 12 TIAP TIAP TAHUN.

BERGEMBIRA SEMUA.

Anonymous said...

Selamat Hari Loy Kratong untuk seluruh masyarakat Siam/ Thai yang meraikan perayaan ini.

Tradisi yang baik dan berfaedah perlu dipelihara agar kita tidak lupa diri.

sk tin

pena reformasi said...

Loy Krathong milik kita bersama. Eloklah jikalau kita sama-sama menjaga keunggulannya.

Agama Buddha adalah agama kita. Siapa yang akan menjaga kesuciannya kalau bukan kita. Kesianlah moyang kita yang telah menjaga kesucian agama Buddha sejak ribuan tahun dahulu sehingga ke hari ini. Takkan sampai ke tangan kita, kita nak musnahkannya.

Pusaka kita, adalah tanggungjawab kita menjaganya. Tak mampu nak kembangkan agama dan budaya tak mengapa, asalkan tak merosakkannya.

pena reformasi said...

(Khon Thai Lantan): Saya pergi Loy Krathong di tasik belakang rumah.

(Thai Siam): Terima kasih kerana beri info tentang Loy Krathong di sekitar Lembah Klang.

Desbil said...

My Reply to Mr. Anon aka Mr A.(9.39PM)

Zaman sekarang rambut tak sama hitam lagi sebab yang hitam pun dah kena kaler. Hati sejak dulu hingga kini tetap lain2. Namun tujuan adalah sama iaitu mencari titik persamaan. luahan pemikiran yang berbeza akan melahirkan satu idea yang mungkin dan diharap akan mempertemukan titik persamaan tersebut.

Tak ada yang perlu di takuti jika berada di pihak yang benar. seandainya pena reformasi dan team berada di tempat yang sepatutnya mmg tak perlu gentar. Teruskan perjuangan anda.

Semua pihak kena berhati2 bukan MR P sahaja. Dan yang paling penting semua kena ikhlas samaada pemilik blog ini mahu pun para komentarnya, kerana semua akan sama-sama ada peluang untuk kena "Kamma Hitam" mahu pun
" Kamma suci".

Anonymous said...

Tuan KSB

Izinkan saya menyimpang daripada tajuk sedikit.

Nampaknya sejak kebelakangan ini kualiti pembahas dan perbahasan telah meningkat. Tatabahasa juga lebih baik dan tersusun. Senang untuk dibaca dan difahami.

Walau pun kadang-kadang terdapat pembahas yang menggunakan perkataan-perkataan yang tidak sesuai, kasar dan sebagainya tetapi telah berkurangan.

Tahniah kepada semua pembahas yang berbahas dengan baik dan bijak. Selamat menyambut pesta Loy Krathong.

boxbox

Khimao Talay said...

Suatu hari aku pergi sebuah Wat Siam di sekitar Lembah Klang. Seorang sami muda sedang promosi krathong pada seorang Cina tua. Sami beritahu Cina tu kalu beli krathong boleh buang sial. Kalu orang niaga boleh kaya. Kalu sakit boleh cepat sembuh. Kerana loy krathong ni bagi menyembah Buddha. Cina tu beli RM100 sebiji. Lepas tu dia minta sami tolong jambi krathong dia. Sami itupun jambi sambil renjis air tawar.

Apa komen tuan blogger?

pena reformasi said...

Avicca ialah ketidaktahuan yang mendorong kita melakukan sesuatu di luar kelaziman. Jika sami tersebut ada vicca (pengetahuan) dia tak akan melakukan perkara yang memalukan itu.

Anonymous said...

Ada orang yang nak suruh orang yang pernah makan nasi wat, makan maggi wat, dan guna duit wat supaya TUTUP mulut. Mengapa?

Ada ke orang yang tak pernah makan nasi wat? Nasi di wat tu tak dibeli pakai duit wat ke?

Duit wat itu dari mana? Dari langit ke? atau dari bart ajaib?

Bila sudah pakai dan guna duit wat, kita pun tak boleh tegur wat ke?
Ini prinsip/ peraturan dari mana?
Rasuah agama ke?

Phor Than yang supatipanno kita sujud satthuk la.
Yang jauh menyimpang, macam mana nak sujud? berat kepala......tengok pun rasa malu yang amat.

Ada orang suruh anjurkan seminar dharma, buat itu, buat ini.
Saya ni individu, tidak berpersatuan kerana tidak ada persatuan (yang sesuai) di tempat saya.
Buat itu, ini, perlu wang dan tenaga sukarela, saya tak ada semua itu. Sebab itu saya masuk ke blog ini. Mungkin suatu hari nanti akan timbul sebuah persatuan baru dari sini.....dan akhirnya komuniti yang baru.

Tuan blogger pernah kata: perubahan yang sedikit lebih baik daripada tiada langsung.

Saya sokong. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

SK TIN

putuchon said...

hanyutkan kratong sekadar menjaga tradisi nenek moyang, mana boleh hanyutkan karma hitam dan meminta dosa-dosa silam diampunkan??..

andai kata karma hitam boleh dihanyutkan dgn kratong-kratong, mungkin semua org Siam dah capai Arahant..

BooonDA said...

(Putuchon) SadhuX3 spt kata-kata anda itu dapat memperingatkan kita semua. Mana ada di dunia fana ini, perlakuan yang salah-salah(ikut hukum manusia) pada masa lampau, boleh dihanyutkan oleh polisterin krathong (walaupun sebesar rumah banglo). Apa-apa pun dilupakan begitu sahaja. Hatta, secara logikanya, hutang material kita segunungan pun boleh dilupakan dengan menghanyutkan krathong!!! Samakah seperti orang-orangan berkata buat apa-apa saja, perkara bukan-bukan, lepas tu dekat-dekat nak "piap"(mati) baru BERTAUBAT, begitu kah?