Wednesday, November 25, 2009

Karma Siapa?


Phuket - Kemalangan yang menyayatkan hati. Seorang pemuda berusia 23 tahun meraikan ulang tahun kelahiran dengan "tak bart phra" (sedekah nasi kepada sami) pada waktu pagi. Sewaktu dia duduk menerima "porn phra" daripada sami tua itu, sebuah kereta meluncur laju lalu melanggar mereka. Kedua-dua orang - pemberi sedekah dan penerima sedekah - mati di tempat kejadian. Pemandu kereta melarikan diri dengan meniggalkan kereta di tempat kejadian.

Karma siapakah ini? Kematian tidak memilih tempat dan waktu. Walaupun sedang melakukan kebaikan, apabila tiba masanya, kematian tetap akan sampai.

Oleh sebab itulah Buddha mengajar kita sentiasa mengingati kematian (morana-sati) agar kita tidak mengabaikan kebaikan. Bila mati peluang membuat kebaikan seperti tertutup. Dunia manusia merupakan dunia yang paling sesuai membuat kebaikan.

Kita silap - jika kita berfikir bahawa kita masih muda, kematian kita masih jauh.

Kita silap - jika kita berfikir kita telah tua, tapi kita masih sihat, kematian kita belum tiba.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan mati setahun lagi.

Kita silap - jika kita berfiir kita akan mati sebulan lagi.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan masi keesokan hari.

Kita silap - jika kita berfikir kita akan mati hari ini.

KITA SEHARUSNYA BERFIKIR KITA AKAN MATI BILA-BILA MASA SAHAJA, MUNGKIN KETIKA TARIK NAFAS MASUK, ATAU KETIKA HEMBUS NAFAS KELUAR KERANA KEMATIAN BERADA DENGAN KITA SEPANJANG WAKTU. Itulah morana-sati.

Renung-renungkanlah!





4 comments:

Anonymous said...

Kamma kadang-kadang tanpa diduga.Kita tidak jemput dia datang.Jadi kamma menjadi tempat tumpang.Kesian juga kalau kita tidak faham hal.
sikamma

pena reformasi said...

Orang bila belum sampai masa mati, kapal terbang jatuh pun tak mati, makan daging manusia, redah salji masih boleh hidup.

Anonymous said...

Pernah juga dengar.Masa tsunami atau tanah runtuh dulu dengar juga orang terperangkap dalam tanah beberapa pun tidak mati,tidak ada makanan pun tidak mati.Kalau tidak sampai ajal,bom meletup dikaki pun tidak mengapa.
sikamma

dek dee sri damansara said...

Aku tak sudi fikir pasal mati kerana aku belum puas hidup. keh... keh... keh... belum kahwinla brader Pena ... camna nak mati...tulisan brader bestla ... bravo ... takleh tidoq nak cuba samathi sikit malam ni... nak pavana apa brader... puttho, leh ke?