Thursday, November 19, 2009

Konsep Karma Dalam Agama Buddha

Karma bermaksud perbuatan. Setiap perbuatan pasti akan ada hasilnya sama ada kecil atau besar, sengaja atau tidak sengaja. Contoh, apabila kita tertendang seketul batu tanpa sengaja, kaki kita mungkin terluka dan berdarah. Ini hasil perbuatan. Semua perbuatan akan memberikan hasil. Tetapi perbuatan tanpa sengaja walaupun memberikan hasil tetapi tidak mendatangkan "balasan karma". Contoh balasan karama ialah andainya hari ini kita membohongi orang, mungkin esok lusa orang pula membohongi kita. Ini dikatakan balasan karma.

Buddha tidak menafikan karma melangkaui kehidupan terdahulu. Tetapi Baginda tidak mahu kita fokus kepada perkara itu kerana tiada siapa tahu sama ada kita pernah lahir pada kehidupan dahulu atau tidak. Mungkin kehidupan sekarang merupakan kehidupan pertama kita. Sekiranya ini kehidupan pertama kita, pastilah kita tak ada karma dahulu (karma yang dilakukan pada kehidupan terdahulu). Jadi, tidak wajar apabila kita ditimpa musibah, kita kata ini adalah balasan karma terdahulu.

Satu lagi apabila fokus kepada karma terdahulu, bagaimana kita akan mendapat "kebebasan minda" sepenuhnya kerana hati kita asyik terbelenggu dengan karma dahulu? Pada zaman Buddha dahulu, ramai pengikut aliran Brahmana "menyeksa diri" dengan pelbagai cara, antaranya bergayut pada dahan pokok, berdiri sebelah kaki, tidak makan minum berbulan-bulan, merenung bulan sepanjang malam dan lain-lain BAGI MENYUCIKAN DIRI DARIPADA KARMA YANG DILAKUKAN PADA KEHIDUPAN TERDAHULU. Bila semua karama jahat disucikan, barulah mereka boleh pergi tinggal dengan Phra Phrom (selepas mati).

Buddha melihat perbuatan mereka itu salah kerana mereka fokus kepada perkara yang tidak pasti. Bagaimana mereka tahu mereka pernah hidup pada kehidupan terdahulu? Mungkin kehidupan sekarang merupakan kehidupan pertama mereka? Tiada seorang pun dapat menjawab pertanyaan Buddha. Lalu Buddha memberitahu mereka bahawa yang penting dan patut dilakukan ialah fokus kepada kehidupan sekarang. Mulakan membuat kebaikan dari saat ini dan di sini untuk mendapat hasil pada kehidupan ini juga. Hasilnya ramai antara mereka mendapat Arahant.

Hukum karma ialah hukum berangkai. Siapa yang tahu hukum Paticca-samupata (hukum sebab-akibat) dengan baik, dia akan dapat memahami hukum karma dengan jelas. Hukum Paticca-samupata merupakan hukum "rasional" yang menjelaskan kepada kita bahawa semua perkara, kejadian, peristiwa berlaku secara berangkai melalui proses SEBAB -AKIBAT. Contohnya, benih menghasilkan pokok, pokok menghasilkan dahan, dahan menghasilkan ranting, ranting menghasilkan daun, bunga, buah dan sebagainya secara berurutan. TIADA perkara, kejadian, peristiwa yang terhasil TANPA SEBAB.

Karma juga begitu. Setiap karma ada hasilnya, sama ada hasilnya PUTIH (baik), HITAM(buruk), TAK PUTIH DAN TAK HITAM (tak baik, tak buruk) dan PUTIH dan HITAM sekali (baik dan buruk bercampur aduk).


Konsep Karma dalam agama Buddha menekankan "PHASSA" (contact /sense-impression). Maksudnya karma terjadi sewaktu berlaku Phassa iaitu "pertembungan" antara mata, telinga, hidung, lidah, tubuh, dan hati dengan objek luaran. Misalnya mata melihat gambar, telinga mendengar suara, hidung menghidu bau, lidah merasa perisa, badan menyentuh barang dan hati teringatkan peristiwa. Apa akana terjadi? Ia akan melahirkan satu perasaan yang dipanggil Vedana. Dari Vedana (perasaan) akan terjadi pula tanha (kemahuan), upadana (kebergantungan/kemelekatan), kelahiran, tua, mati dan segala kesengsaraan.

Oleh itu, apabila kita "melihat" sesuatu perkara dengan niat yang baik atau pemikiran positif, mendorong kita bertindak/respon terhadap perkara itu dengan perbuatan yang baik - lalu kita akan mendapat hasil yang baik juga (karma baik/ karma putih. Begitu juga dengan mendengar, menghidu, merasa, menyentuh dan memikirkan sesuatu.


1. Kamma putih ada balasan putih;

2. Kamma hitam ada balasan hitam;

3. Kamma putih dan hitam ada balasan putih dan hitam;

4. Kamma tak hitam, tak putih ada balasan tak hitam, tak putih.


1. Bila kita melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat baik, kita akan memasuki dunia baik (kita akan menjadi seperti apa yang kita fikir, cakap dan buat), melakukan PHASSA yang baik, tentulah akan mengalami VEDANA yang baik dan hasilnya kita memperolehi kebaikan/kebahagiaan (syurga).

2. Bila kita membiarkan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat jahat, kita akan memasuki dunia kejahatan, melakukan PHASSA yang ada kejahatan, tentulah akan mengalami VEDANA yang dipenuhi kejahatan dan hasilnya kita memperolehi kejahatan (neraka).

3. Bila kita melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran dengan niat yang baik dan jahat bercampur-aduk, kita akan memasuki dunia yang ada kebaikan dan kejahatan, melakukan PHASSA yang baik dan jahat, tentulah akan mengalami VEDANA yang baik dan jahat bercamp[ur-campur dan hasilnya kita memperolehi kebaikan dan kejahatan sekaligus (sesetengah manusia, dewa dan makhluk neraka).

4. Bila kita dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran baik (karma putih), dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran jahat (karma hitam), dengan sengaja meninggalkan perbuatan, percakapan atau pemikiran bercampur baik dan jahat (karama putuh dan hitam), kita sedang melakukan karma yang dipanggil KARMA TIDAK PUTIH DAN TIDAK HITAM. Karma jenis ini bakal membawa kita kepada tahap kehabisan karma (Nirvana).

Perkara ke-4 harus diberikan penekanan kerana ini merupakan cara/ jalan/kaedah melakukan perbuatan, percakapan atau pemikiran yang akan membawa kita kepada "pembebasan minda" secara mutlak kerana tiada karma yang "mengawal" kehidupan kita lagi - kita akan mencapai Nirwana.

Praktis tahap tertinggi dalam agama Buddha menuntut kita meninggalkan kejahatan dan kebaikan sekali gus. Kedengarannya pelik sekali kerana kita selalu disuruh berbuat baik. Tetapi Buddha minta kita meninggalkannya. Kenapa? Kerana perbuatan baik akan menghasilkan balasan karma yang walaupun baik, tetap membelenggu kehidupan kita menyebabkan kita tidak bebas daripada Vatta Samsara (kitaran kehidupan) - misalnya, pagi gembira, petang murung, malam senang hati, kesesokan pagi masam muka dan lusa mungkin ketawa bedekah-dekah dan begitulah kitaran hidup kita sepanjang hayat - bahagia dan duka silih berganti, sampai bila? Hanya Arahant yang akan memutuskan kitaran ini.

Kesimpulannya, karma mungkin melangkaui beberapa kehidupan (bagi mereka yang mempercayainya), mungkin juga bermiula pada kehidupan sekarang sahaja (dari kecil kita telah melakukan karma dan menerima hasilnya dan berentetan sehingga mati), atau mungkin membawa sehingga ke kehidupan akan datang.

Walau bagaimnapun, kita mesti fokus kepada kehidupan hari ini, di sini dan sekarang ini. Karma baik atau jahat atau tiada karma terletak pada DERIA ENAM kita kerana di situlah karma terhasil.


(Sila rujuk Tipitaka: Kukkuro-Vattha Sutta / Macchimpanna-Macchimnikaya/ 13/82/88)

(Nota: Andainya terdapat kesilapan, sila berikan teguran untuk dikongsi bersama)

18 comments:

Siam Cheras said...

Karma adalah ketentuan kita senidri. Kita ada kuasa memilih mahu karma jenis mana.

Anonymous said...

Marilah kita menyucikan diri kita dari kamma-kamma hitam yang membungkus diri kita.Usahalah ! wahai saudara-saudari buddhist semua.
sikamma

samanera said...

Arak, judi, pil khayal, daum ketum, seks bebas, mencuri antara Kamma Hitam yang dilakukan oleh belia kita. Kamma Hitam ini akan beri hasil hitam pada kehidupan bangsa kita.

booonDA said...

Congrats for a such an enlightening guidances. I believed : the give of truth excell other truth. All of us are really lost in this globalised's world. The truth in Buddha's teachings will remain forever.
Thus, we should always think and practise *athahi athno natho* - "Self reliance" in our daily life. Start practising by oneself, family then the society.

fan ksb said...

Ia yang melihat Paticcasamuppada, juga melihat Dhamma. Ia yang melihat Dhamma, jug amelihat Paticcasamuppada.


Yo paticcasamuppadam passati, so Dhammam passati. Yo Dhammam passati, so paticcasamuppadam pasati.


SADHU!!

pena reformasi said...

Attahi Attano Natho - merupakan falsafah kehidupan yang cemerlang.

Betul, siapa memahami Paticcasamuppada, dia memahami Dhamma Buddha; kelahiran dan kelenyapan Dukkha.

Duduk Samadhi (meditasi) yang betul, relaks, dan tenang bila dilakukan secara berterusan akan memberi hasil yang lumayan.

Samadhi (konsentrasi) mesti ada pada kita setiap waktu. Setiap kerja kita mesti ada samadhi, tanpa samadhi habislah.

Anonymous said...

Bukan samadhi--ada sati(tahu keaadan kini).Cubalah cari dari banyak master-master samadi vipassana dari thailand,sebab kadang-kadang apa yang di tulis kurang tepat dan lari dari yang sebenarnya.
yupnor,pongnor

Anonymous said...

Kepercayaan kepada hukum karma adalah sikap seorang buddhist.

konsep karma dalan ajaran Buddha berbeza dengan konsep karma Hinduisme atai Brahmanism.

konsep karma dalam buddhisme tidak terikat dan dibatasi oleh masa.

disebabkan oleh keadaan ini, maka manusia mengalami dukkha.

Manusia boleh mengubah karma sendiri kerana karma itu berdasarkan niat dan tindakan seseorang.

sucikan niat dan betulkan amalan (tindakan), maka karma pun akan jadi putih.

SK TIN

pena reformasi said...

Sati ialah kesedaran(mindfulness)- ini mesti ada setiap waktu. Kalau tak ada Sati apa pun tak boleh buat.

Tapi yang saya cakap ialah Samadhi (fokus/tenang//concentration/one pointedness of the mind) perlu ada setiap kali kita buat kerja agar hasil kerja kita dapat siapkan dengan sempurna.

Minda yang ada Samadhi adalah minda yang kuat dan sedia untuk bekerja. Sewaktu kita buat Vipassana, kita mesti membuatkan hati kita ada Samadhi melalui dahulu barulah kita boleh masuk Vipassana/Panya. Sila asas kepada Samadhi, manakala Samadhi ialah asas kepada Panya. Semua ini boleh berlaku sekiranya kita ada Sati.

samran said...

Tuan Pena, aku hanya tumpukan karma kehidupan sekarang kerana kita mana tahu kita ada hidup dalam kehidupan lepas. Lagipun dalam kehidupan lepas, aku jadi berok, anjing, gajah aku mana tau.

Bila aku buat baik hari ini, bila ada kehidupan akan datang, aku akan terima balasan baik.

fan ksb said...

Buddha menemui Karma utk pelenyapan segala jenis Karma (Karma putih dan Karma Hitam)..

Baginda mengibaratkan Karma umpamakan kita menabur benih..Putuchon (manusia biasa) melakukan Karma atas dorongan AVIJJA dan Kilesa, Vibak Karma (hasil Karma hitam) tentu akan bercambah subur.

Manakala Ariyachon pula melakukan Karma tanpa dorongan AVIJJA dan Kilesa yg hanyalah SATI-PANYA, ibarat membakar benih sehingga hangus tentu tdk lagi bercambah utk menghasilkan VIBAK Karma kpd individu tersebut..

Anonymous said...

ada kesilapan di situ...tuan pena.
Kita boleh buat sesuatu tanpa sati,orang mabuk pandu kereta boleh,cuma bahaya sahaja.
Kita berfikir tanpa sati pun ada..misalnya kita apa yang datang ke dalam minda kita setiap masa tu.atau dalam kemarahan sati yang kacau..
Bercakap pun sama juga,orang potong angin sikit kita akan serabut dan sati hilang juga.
sikamma

pena reformasi said...

(sikamma)Dulu saya selalu naik basikal masa mabuk dalam gelap lagi, boleh sampai rumah juga. Kurang pasti ada "sati" ke tidak masa tu ... heh, heh, heh!

fan ksb said...

menurut pakar sakit jiwa (psychiatrist) org kurang siuman juga mempunyai sati, tp sati yg luar biasa dr org yg berakal waras..

Dgn mempunyai Samadhi kita mampu mengingati pelbagai aktiviti seterusnya mengubahnya supaya menjadi tindakan melalui perlakuan dan percakapan dsb..

Tanpa samadhi , sati tdk mampu utk melakukan perkara2 yg telah disebutkan di atas..


org mabuk kena lihat juga sampai ke peringkat mana??...tp walo mcm manapun ianya masih terdedah kpd pelbagai risiko dek kerana Sati dah berkurangan.
Apabila individu tersebut kembali mempunyai Sati spt sedia kala, ia tentu akan terasa insaf dan kesal atas keterlanjurannya.

Anonymous said...

Itulah kena berjaga-jaga,dalam hurai tentang samadi...sati,dhamma tuan bolehlah tetapi dalam pasal samadi belum berputik lagi..samadi..sati ..vipassana ini,bukan seperti yang kita anggap,jadi kena pattibat dengan betul-betul.
sikamma

pena reformasi said...

Bila disebut Samadhi, kebanyakan orang terfikir akan "duduk buat samadhi" yang dipanggil samatha kammathan-vipassana kammathan. Samadhi jenis ini untuk mencari ketenangan sebagi asas kepada vipassana. Samadhi ini melibatkan sati-patthan 4. (kaya, citta, vedana, dhamma). Buddha menggunakan kaedah Anapana-sati.

Samadhi jenis ini ada bermacam-macam kaedah yang dicipta oleh acarn samadhi termasuk yang sebut "Buddho", "yupnor-pong-no" atau "Samma-Arahang"

Samadhi jenis kedua, tak perlu "duduk bersila" kerana minda/hati boleh jadi Samadhi dengan sendiri dalam semua kedudukan waima duduk, berdiri, berbaring atau berlari. Masa kita nak lastik burung, pandu kereta, ambil peperiksaan, malah bermain bola kita mesti ada samadhi, kalau tidak hasilnya tak berapa baik. Samadhi jenis ini ada pada semua orang, bezanya ialah tahap samadhi itu saja.

Kita mesti melatih minda kita agar sentiasa berada dalam samadhi sepanjang masa, dalam semua kedudukan - duduk, berdiri, berbaring, berlari, bekerja, bersembang dll.

Jadi, tak timbullah bahawa kita tak ada samadhi, atau tak tahu samadhi kerana ia wujud secara semulajadi dalam diri kita.

Begitu juga dengan Sati-Sampachanja (mindfulness and clarity of consciousness) yang ada pada semua orang. "Mod sati" (habis sati) bermaksud mati. Jadi, hanya orang mati tak ada sati.

Kopi-o-kau said...

Bagaimana orang yang koma? Ada sati?

Wit said...

Saya amat bersetuju dengan info2 yang diberikan. Sangat bermanfaat. tetapi saya ingin menegur tuan pena berkenaan dgn statement tuan, iaitu post ini untuk penganut Buddha sahaja, org lain x boleh ambil tau, bt kepala batu dan sebagainya. Agama ini adalah untuk semua org, dan info2nya bukan untk org buddha sahaja, malah untuk semua org. Saya harap tuan pena akan mengubah statement tersebut kerana menggambarkan kita sebagai org yang berlagak.