Wednesday, November 18, 2009

Musuh Utama Orang Siam

Musuh utama orang Siam ini telah sekian lama menghalang kemajuan orang Siam, dari generasi ke generasi. Bagaimanakah musuh-musuh ini dapat dihapuskan? Siapakah yang layak menjadi Panglima Perang menentang musuh-musuh ini?


(Bantah alkohol masuk pasaran saham, tapi tak bantah alkohol masuk perut orang)

16 comments:

Anonymous said...

inilah satu keajaiban dunia. Masyarakat yang penganutnya rata-rata mengaku beragama Buddha tetapi amat suka kepada benda yang diharamkan Bhagava.

Arak berleluasa dalam masyarakat, begitu juga rokok dan judi.

Kalaulah benda-benda ini dapat dicabut dari sesebuah masyarakat sudah tentulah banyak keberkatan yang diperoleh.

sk tin

Siam KL said...

ramai remaja siam kelantan yang tamat form 5 ketagih ubat. Kejadian naik rumah kerap terjadi di kampung siam kerana kerjasama 'orang dalam' yang ketagih ubat.

Siam KL said...

minum boleh tapi mesti tahu masa dan tempat. mabuk 24jam sehari, 7 hari seminggu mati belum tua.

jangan pula bila ada majlis nak jumpa menteri kita minum juga, malu. apa pandangan orang terhadap kita bila bercakap dengan menteri bau alkohol.

ini pendapat saya kerana saya juga peminum.

saribut said...

tok sami musuh siam juge ke Tuan Pena?

pena reformasi said...

Tok sami main politik, buat demonstrasi musuh siam kerana itu bukan urusan tok sami.

Jubah kuning yang berada dengan anjing juga musuh kita kerana jubah kuning tempatnya pada individu suci.

Anonymous said...

Hai...ramai anak-anak siam kelate yang punah habis pasal pil-pil ini.Kesian ibubapa yang anak-anak macam ini.Hari-hari main ubat,tak ada duit ,mula buat yang jahat-jahat pula.
sikamma

pena reformasi said...

(Sikamma) Masalah ini semakin serius dalam masyarakat Siam kita. Semua kampung mesti ada kumpulan "doktor" tanpa tauliah ini. Saya tak salahkan anak muda kerana saya juga pernah muda. Orang muda mudah terpengaruh. Kalau orang tua tak berikan perhatian, anak muda akan rosak.

Masa saya balik Kelate tempoh hari, saya jumpa sekumpulan anak muda yang berkumpul berhampiran dengan kumpulan senior yang sedang minum. Saya menegur kumpulan pemuda: "Tak minum dengan dia orang ke?"

Jawabnya: "Apalah abang ni, zaman sekarang minum tak mainlah, mesti main ubat baru ada gaya!"

Oh, main ubat baru ada gaya. Hebat sungguh anak muda Siam sekarang.

Ramai bu bapa melahirkan kebimbangan akan jenayah yang dilakukan kumpulan penagih ubat ini.

Rasanya pemimpin masyarakat Siam tak boleh pandang perkara ini sebelah mata lagi. Jangan asyik berangan nak Senator saja, masa depan anak bangsa juga mesti dijaga.

DEK LW said...

Saya pernah minta agar arak.ketum dan ubat (pil) diberi perhatian tetapi tak ada sambutan langsung dari Khonthai.
Kali ini saya harap tuan blog agar janakan kagi usaha untuk timbulkan kesedaran agar jenerasi akan datang dan Khonthai semua tidak rosak dimasa hadapan.Percayalah bahawa jika berterusan begini,KHONTHAI akan musnah dan dipandang HINA dimata semua kaum di M'sia.Lihat saja di Kelate dan Kedah malah di Perlis juga, arak, ketum dan pil dah tawan hampir 60% dari nak bangsa kita.AYUH! bangun dari lamunan dan kita bersatu untuk selamatkan anak bangsa kita.

pena reformasi said...

(DEK LW) Selama ini maruah kita tercalar oleh arak. Seorang pemimpin politik pernah sindir saya begini: "Nak dapat undi Siam, senang saja, bagi minum cukup-cukup gerenti dapat!"

Sekarang masalah ubat pula menimpa kita. Saya pernah menyarankan kepada sebuah persatuan Siam agar kerjasama dengan pihak polis buat "road show" ceramah kesedaran di kampung Siam, tapi tiada sambutan.

Masalah sosial budak Siam kalau tak diatasi, malapetakalah bangsa kita kerana generasi pelapis dalam dunia ilusi 24 jam. Pemimpin, Sami dan ibu bapa harus berbincang dan cari cara penyelesaiannya.

DEK LW said...

Terima kasih Pena Reformasi.
Saya cabar kepada semua cerdik pandai dan professional Khonthai agar kita beri idea dan panduan tidak kira dimana, bagaimana, saluran mana dan sumber mana demi untuk selamatkan anak bangsa kita di masa depan.saya amat risau sangat dgn situasi sekarang. Marilah kita bersatu hati dan cari jalan untuk jika tidak dapat hapuskan,kita kurangkan arak,ketum dan pil dari masyarakat Khonthai semua.

kapcai said...

Adik saya seorang musnah kerana ubat gila. Emak saya yang tanggung merana. Situasi ini bila tak atasi, belia Siam akan jadi seperti tunggul reput.

Anonymous said...

Siam kita marilah kita cari jalan atasi masalah anak-anak muda siam kita yang merbahaya sekarang.Ubat pil-pil ini bahaya dari minyak mati bunuh,bahaya dari racun perosak,bahaya dari cap tengkorak atau cap tongkat(samsu).pandanglah masalah ini dengan jelas....siam akan musnah pasal ubat ini.
sikamma

Anonymous said...

Apakah punca sebenar berleluasanya perkara ini di kalangan belia dan remaja? Adakah ini akibat budaya yang diwarisi?
Dari arak bertukar kepada pil/ubat khayal.

Masa depan bangsa siam/thai akan hancur kalau hal ini dibiarkan.

SK TIN

bapak prihatin said...

cakap pasai persatuan Siam meremang bulu roma aku. persatuan menatang ni hanya tahu guna orang saja. Bila orang susah depa tak peduli.

anak jiran aku sering dibawa oleh persatuan pergi menari, buat perarakan dan pertunjukan. Bila budak tu terjebak dengan pil gila persatuan tinggalkkan dia. Orang persatuan kata, jangan ajak budak tu, budak tu lekat ubat. Patut ke cakap begitu. kalau ada perasaan, pergilah tanya khabar, cari cara bagaimana nak selesaikan masalah. ini bukan, orang jatuh diketuk kepala pulak.

banyak lagi budak-budak yang pernah aktif dengan persatuan bila gagal SPM, persatuan tak peduli apa. persatuan hanya tahu pergunakan budak saja. Pergi jahanamlah persatuan siam gila babi.

persatuan begini patut diberi makan kapak!

Thai SIAM said...

masalah ini berlaku dari pengaruh orang-orang dewasa/tua Siam (bukan semua TAPI kebanyakkan). Sebagai contoh, tengok saja kepada para pemimpin Siam, kebanyakkannya kaki minum, tak boleh jumpa mesti jamseng....dan iji akan diikuti oleh para belia Siam.

pena reformasi said...

Phra alajji buka pintu neraka kepada orang dewasa.

Orang dewasa buka pintu neraka kepada orang muda.

Orang muda buka pintu neraka kepada budak-budak sekolah.

Siapa yang akan menutup pintu neraka tu?