Friday, November 27, 2009

Persoalan Syarat Kemasukan Sami Buddha

Thai SIAM said...

Kebelakang ini banyak isu-isu yang telah diutarakan oleh masyarakat Buddhist yang berkaitan dengan perilaku dikalangan Phra Khun Chau (sami).

Saya pernah tanya kepada seorang rakan yang rapat dan arif dengan khannak Song Thai Malaysia samada seseorang yang bakal memasuki alam sami (buath Phra) diberi kursus dahulu sebelum diterima atau dibuath, macam nak ambil lesen memandulah kiranya . Adakah bakal-bakal sami tersebut diminta mendapatkan pemeriksaan/pengesahan perubatan (doktor) untuk memastikan agar mereka ini sihat dan bersih dari gejala penagihan (arak./rokok/dadah) dan sebagainya.

Pada pendapat saya, sekiranya mana-mana bakal sami tersebut tidak bersedia atau tidak melepasi peperiksaan perubatan, maka mereka ini harus dihalang dari menjadi Sami atau sekadar dibenarkan menjadi sami pada masa yang singkat sahaja.

Ini bagi mengelak daripada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.Bagi para forumer atau Phra Khun Chau yang mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan, sila memberi komen/pendapat untuk dikongsi bersama ...

November 27, 2009 9:28 PM


Saya petik komen daripada seorang sahabat KSB yang saya rasa boleh dibincangkan lebih lanjut. Pertanyaan sahabat kita itu, adakah terdapat syarat-syarat atau kursusu-kursus tertentu kepada bakal Bhikku? Ini kerana terdapat banyak kes di Thailand penagih dadah dibenarkan masuk Phra. Akibatnya dia buat kecoh dalam wat, termasuk menjadi agen pengedar dadah. Begitu juga dengan golongan gay.

Di Malaysia, pernah berlaku seorang pemuda "kurang siuman" dibenarkan masuk Phra, akibatnya dia melanggar Sila 227 sesuka hati termasuk memegang titik perempuan.

Di Thailand, Khanak Song pernah keluarkan surat pekeliling kepada semua wat agar Upaccaya memastikan Bhikkhu yang "diupasobotkan" itu bebas daripada gejala-gejala negatif. Sama ada peraturan ini masih berkuatkuasa, saya tak pasti.

Khanak Song Malaysia bagaimana?

14 comments:

Anonymous said...

EEEEEh...TAK perlu di tapis dah,pasal setahun pun baru 4-5 orang aje jadi phra ,itu pun dok tak sampai 3 bulan,cabut!7 ari pun ada...lah nak susah-susah tapis apa lagi,lainlah kalu anak-anak member kat K L nie nak mau masuk!
mat kelate

Anonymous said...

Cubalah Phra khun chau ,tuan-tuan,puan-puan,saudara-saudari,abang-abang,adik-adik dan seterusnya yang tidak tersebut.Perkara: 1.Macam mana cara untuk memajukan orang-orang siam kita?
2.Menyatukan siam yang berpecah,geng tuak,geng dhamma dan lain-lain geng yang tak tahu nama,semua macaM kuliyuup.
3.Menghapuskan gejala ubat batuk dan ubat kuda yang telah memusnahkan generasi muda siam kita.
4.memperhebatkan kelas dhamma ke seluruh malaysia atau macam mana.
Rasanya boleh di kongsi bersama.
dari 3 teman kota.

Anonymous said...

kala tahu kepala 3 suku tak yah bagi masuk, rosak agama saja. pilih yang sempurna sikit. jenis lekat dadah, ada hiv problem juga.bila masuk buat ribut dalam wat.

bekas sami

pena reformasi said...

(3 teman kota) Pandangan yang bagus. Bagi saya, masalah Sami dan masalah Kharawas harus diselesaikan seiring. Dahulu sami memainkan peranan yang pelbagai termasuk sebagai ulama, guru, pemimpin masyarakat, pakar psikologi, hakim, pegawai kebajikan masyarakat dan lain-lain.

Peranan tersebut pada saya patut dihidupkan semula dengan kerjasama kharawas. Bila wat dan kampung bekerjasa erat, masalah masyarakat Siam mampu dikurangkan.

(mat kelate) Betul juga bila tapis nati seeorang pun tak ada. Tapi bila tak tapis langsung nanti "bangkai bernyawa" jadi phra haru biru jadinya.

(bekas sami) Saya setuju, jenis 3 suku tak dibenarkan masuk. Bukan apa, takut bila jadi phra ada tekanan hidup tinggal 2 suku saja ... heh, heh!

do re me said...

masalah phra ketagih arak ni ada di merata wat. orang kampung pula telah biasa dan boleh terima hakikat. aku tak mahu sebut nama wat, tak nak jatuhkan air muka orang. tapi bila masuk dekat bau arak. masa pergi suat rumah orang malu kalau orang tau. masalah ni nak selesai macam mana?

Anonymous said...

Tangkap phra yang buat tidak baik tu,kemudian kita orang rebut tempat mereka,habis cerita!Sebab kita semua tahu hal dan vinai.Kita orang mesti tak buat yang tak baik kan?Di sini kita ada BEKAS SAMI,3 TEMAN KOTA, DO RE ME DAN TUAN PENA.HA HA HA..KITA orang dapat takluk 7 wat. Takut apa lagi. Ayuh!

mat kelate

pena reformasi said...

Kalau mat kelate jadi Than, saya rela jadi luk wat.

DEK DEK said...

Jangan jauh menyimpang.
Dari komen2 diatas,adalah jelas bahawa kharawat yg bermasalah bila masuk phra,maka khanaksong jadi bermasalah.Problem solving perlu dari rootcause.Oleh itu kita perlu selesaikan masalah anak muda kita dengan secepat mungkin.Bila anak muda kita tiada bermasalah,maka masalah khonthai dan khanaksong akan berkurangan.
Jadi marilah kita sama-sama bersatu hati,muafakat dan kerjasama
untuk generasi muda yg lebih baik dan bermaruah.Bangunlah semua warga bangsaku!kita sama-sama hapuskan ARAK,PIL DAN KETUM dari hidup anak muda dan warga SIAM keseluruhannya.

Kopi-o-kau said...

masalah gejala sosial di kalangan remaja siam kita parah. tanpa tanam nilai agama gejala ini tak mungkin boleh selesai. bagaimana remaja nak ada nilai agama bila yang dalam wat sendiri tak ada nilai agama. bagaimana anak tak tagih arak kerana bapaknya hari-hari tonggeng botol. harap abang-abang yang masuk U jadi contoh, malangnya yang masuk U lagi teruk.

samran said...

Benda-benda mabuk sukar nak hapus dari masyarakat Siam. Arak telah jadi sebahagian dari kehidupan orang Siam. Kenduri kahwin, kenduri orang mati, majlis masuk phra, perayaan tradisi, perayaan agama, Siam mesti mabuk. Tak mabuk tak sah. Tak ada arak tak ada orang pergi menolong. Bila ada arak semua orang puji. Tiada arak orang kutuk.

Masalah ni boleh atasi bila semua orang Siam sedar bahaya arak terhadap masa depan kaum Siam. Jadah mana nak bagi kesedaran kerana sami, pemimpin dan budak U yang merupakan sandaran masyarakat mabuk pagi petang.

Anonymous said...

Masyarakat siam susah hendak diasingkan dari mabuk.Tapi,boleh kurangkan sahaja.Misalnya,minumlah hari minggu sahaja,minum sebelah malam dan tahu bertanggungjawab terhadap anak isteri.Cubalah seimbangkan masa dan asingkan dengan upacara agama dengan minum benda yang memabukkan.Cubalah. cubalah
mat kelate

Anonymous said...

Pada pendapat saya, kita di sini tidak dapat bersatu di bawah satu bumbung.

saya percaya kita di sini dari tempat yang berbeza-beza. Kalau kita di bawah satu persatuan, maka lebih banyak yang boleh dibuat. (mungkin) Syaratnya jangan kita pula berbalah dalam persatuan.
Biarlah bermula dari bawah.

saya percaya ramai yang semakin sedar dan insaf dengan kehidupan yang lampau dan permasalahan yang melanda penganut dan agama kita.
Kita mengharapkan perubahan yang segera.

Tapi selagi tidak ada persatuan untuk menggerakkan usaha-usaha pemulihan maka kita hanya dapat mengubah diri kita di sini.

Minta wat-wat, phorthan-phorthan dan ajk wat yang celik minda, tolong usahakan agar wat-wat menjadi tempat suci, tempat patibat dhamma dan tempat menyatukan umat.

SK TIN

Anonymous said...

Jika upacha (ketua sami) memilik orang yang cerdik pandai sahaja,(memilih sangat)dia juga akan di sabit dengan dhamma vinai pula.Bukan seperti yang kita fikir oooi,kalau tidak ramai dah yang kekal menjadi sami dan tidak mahu keluar dari sami.
bekas sami 1

syafa said...

maaf. saya pelajar u. saya sedang buat research tentang komuniti siam di malaysia. saya nak mintak tolong, boleh tak ceritakan sedikit tentang upacara tayai,pengalaman atau apa2 info anda tentang nya. ini sebab ramai masyarakat di luar tidak familiar @ tidak tau pasal upacara ini. saya sendiri pon agak sukar untuk mencari info di internet. hanya dapat info dari kawan saya sendiri yg juga dari komuniti siam di kedah. walaupun ia sedikit mmbantu, saya harapkan info yg lebih tentang upacara tersebut. smoge komuniti siam lebih dikenali selepas saya mmbuat pendedahan tentang ini dan selepas menjalankan research. harap membantu. terima kasih. :)