Thursday, November 26, 2009

Phra Khun Chau Mula Bersuara

Di bawah ini saya turunkan komen daripada sahabat kita, Hingprak, yang saya rasa sesuai kita kongsi bersama.


Hingprak said...

Asoka member,Than Maha mana yg kita perlu rujuk. Maha mat wat kura,, piangggg phuiiiis. Maha tak cukup garam.

Khun Pena, Meeting khanaksong Kedah/Perlis semalam di wat telok Wanjah, OK je.

Than Chau Khun Maison mau pemimpin kharawat (nai wat dan Nai barn) menjadi ahli khanaksong yg boleh bersuara mulai tahun hadapan. Sebab agama adalah tanggungjawab bersama.

Khathin khanaksong tahun depan dapat wat Cindaram, Kg. Senara, Prai Tiaw, Kubuq Panjang. Sebab nak bina ubosot. Wat SP usya nak juga tapi tak bina apa pun bangunan.

Than Chuang wat Naka bangkit isu Loy Krathong sesat. Dia kata kalau tak mau serentak dgn wat lain, CHING PRET pun kita jgn buat serentak la. Lagu loy krathong tak payah dok nyanyi. Than Chung tegur semua ketua sami dan juga Senator. Dia kata sebagai pemimpin jgn mencemarkan budaya.

Seramai 39 org ketua sami hadir. 12 org kharawat tu mungkin drebar ketua sami. Dlm surat tu, ada jemput sekali dgn Nai Wat dan Nai Barn (sebagai pemerhati) tapi maklumat ni tak sampai kpd Nai Wat dan Nai Barn.

Ha5555, Phra asli dah mulai bangkit bersuara. Semua ALAJJI diam seribu bahasa.

November 26, 2009 8:42 AM

Pena Reformasi: (Baguslah Khanak Song tak kondem KSB. Seperti yang kita maklum phra baik-baik di Kedah, Perlis, Kelantan mahupun Perak masih ada, malah ramai, cuma mereka lebih kepada "ubekkha". Phra Khun Chau yang baik-baik inilah yang WAJIB kita berikan sokongan. Sathuk! Sathuk! Sathuk!)

16 comments:

Siam Cheras said...

Bila nai wat dan nai barn sebahagian ahli khanak song, bolehlah mereka tegur sami sebelum isu sami diriuhkan dalam blog/internet. satu perkembangan yang membina.

Khon Thai Lantan said...

Di Trangganu loy krathong luar musim direstui than chau khun Kelate. Amacam yang ni? sapa nak bagi nasihat?

Hingprak said...

Tima kaseh khun Pena kerana pindah info ni ke depan page. Lupa nak bagi tau... seramai 39 org ketua sami hadir. 12 org kharawat tu mungkin drebar ketua sami. Dlm surat tu, ada jemput sekali dgn Nai Wat dan Nai Barn (sebagai pemerhati) tapi maklumat ni tak sampai kpd Nai Wat dan Nai Barn. Kenapa ye?

DEK DEK said...

Bila dah ada perkembangan positif, jgnlah dok kutuk tak ketahuan kat pihak yg lain.kita sepatutnya sama2 berusaha demi kebaikan khanaksong dan khonthai semua.Buatlah macam orang yg matang.

pena reformasi said...

(Hingprak) Maklumat tak sampai mungkin ada orang sengaja tak nak sampaikan.

(DEK DEK) Yang positif tak pernah dikritik. Yang dikritik adalah yang negatif. Selagi ada puak ALAJJI, kritikan tak akan diam. Selain KSB, banyak lagi saluran kritikan. Mulut orang tak boleh ditutup melainkan sami tumpukan amalan Dhamma-vinai Buddha. Sami baik tak akan dikritik.

DEK DEK said...

Pena Reformasi sudah salah faham dgn maksud saya.
sebagai contoh,kenapa di sindir wat SP bila wat Cindaram yg dpt Kathin khanaksong,12 org yg hadir mungkin drebar dan mungkin ada yg tak salurkan kepada naiwat dan naibarn tentang jemputan (dika) itu.
Bagi saya yg hadir pada hari itu,saya tahu apa yg sebenarnya. Tidak baik jika kita buruk sangka.
Jgn pandang rendah dan lucu khanaksong di bawah chaokhun
maison.sepatutnya bila phra khun chao mula bersuara atau bergerak,kita patut bersyukur dan memberi rangsangan yg positif demi kebaikan sangkhom siam dan khanaksong.harapan saya akan ada banyak perubahan pada khanaksong agar tidak lagi di pandang rendah malah seolah-olah dihina oleh khonthai sendiri.
Khanaksong mesti bersih dan dipandang hormat oleh khonthai. Saya kecewa kerana tiada sefahaman diantara cerdik pandai agama siam dan khanaksong.Sepatutnya ada sefahaman diantara dua pihak demi martabat ugama buddha dan kaum siam.Saya sokong KSB demi kebaikan tetapi jika diselit rasa irihati dan kutukan,saya tidak setuju. anyway,syabas KSB dan renungilah tulisan saya ini dgn hati terbuka. Khop Khun

pena reformasi said...

(DEK DEK) Saya berbanyak minta maaf! Memang saya tersilap tafsir. Terima kasih kerana memberi teguran membina. Syabas.

Kita akan bersama-sama membangun dan menjaga imej agama kita sebagaimana yang disaran oleh Than Chau Khun Maison - agama Buddha tanggungjawab kita berama, sami mahupun gharawas (Buddha-Borisat 4).

Anonymous said...

Dek Dek bagus juga anda menasihat.Demi kebaikan kita bersama.Kadang-kadang phra atau gharawas tidak suka di nasihat.Sikit tunjuk meletup macam bom.
Perasaan iri dan dengki seperti Dek Dek kata itu sepatutnya tiada. Sadhu kita dapat membina agama bersama.
Mr Narong.

Anonymous said...

Khon Thai Lantan berkenaan dengar loy krathong musim itu kita buatlah dalam musim pula. Habis cerita,usah risau tidak tentu pasal.Banyak lagi hal yang patut kita lakukan.
Carilah idea untuk membina agama buddha,di rumah,di sekolah dan di dalam masyarakat.
Mr Narong

Siam KL said...

Petanda yang baik. Kita tunggu dan lihat.

Anonymous said...

Bolehkah kita bersama-sama menghidupkan ajaran buddha atau menyebarkan buddha yang tulen.Usah kita mengkritik atau komen sesiapa.Gunakan cara tersendiri dan yang terbaik.Zaman Buddha dulu beliau tidak mengata agama tidak betul,malah beliau berkata jangan menghabis masa dengan agama lain.Buddha menitik ajarannya dan menyebarkan tanpa memperlekehkan ajarannya.Malah tidak paksa sesiapa percaya ajarannya.Datang dan lihat terlebih dahulu(tidak perlu tulis dalam bahasa pali)
Oleh yang demikian,kenapa kita semua tidak mengambil iktibar dari buddha.
cebisan hati

samanera said...

Bangkai gajah masakan boleh ditutup dengan tapak tangan.

Anonymous said...

TAK BLEH DENGAN TAPAK TANGAN ,BUATLAH TAPAK DAN KAMBUS!hABIS CERITA LOL
mat kelate

Thai SIAM said...

Kebelakang ini banyak isu-isu yang telah diutarakan oleh masyarakat Buddhist yang berkaitan dengan perilaku dikalangan Phra Khun Chau (sami).

Saya pernah tanya kepada seorang rakan yang rapat dan arif dengan khannak Song Thai Malaysia samada seseorang yang bakal memasuki alam sami (buath Phra) diberi kursus dahulu sebelum diterima atau dibuath, macam nak ambil lesen memandulah kiranya . Adakah bakal-bakal sami tersebut diminta mendapatkan pemeriksaan/pengesahan perubatan (doktor) untuk memastikan agar mereka ini sihat dan bersih dari gejala penagihan (arak./rokok/dadah) dan sebagainya.

Pada pendapat saya, sekiranya mana-mana bakal sami tersebut tidak bersedia atau tidak melepasi peperiksaan perubatan, maka mereka ini harus dihalang dari menjadi Sami atau sekadar dibenarkan menjadi sami pada masa yang singkat sahaja. Ini bagi mengelak daripada berlakunya gejala-gejala yang tidak sihat.

Bagi para forumer atau Phra Khun Chau yang mempunyai maklumat-maklumat yang berkaitan, sila memberi komen/pendapat untuk dikongsi bersama ...

Anonymous said...

Boleh ke orang kampung masuk ahli khanak song? nama pun khanak song elok ke ada putuchon dalam? tanya saja tak kutuk. jangan salah faham.

(orang kampung)

Anonymous said...

(Org kampung) hang kena tau. Depa nak memperkuatkan lagi pengaruh depa agar takdak mana2 kuasa boleh gugat depa. Meeting khanaksong itu hari ada agenda lain dimana ahli khanaksong sendiri tak tau.

Mereka di monopoli oleh Persatuan Pengurusan Wat Nikhotharam. Bagi khanaksong dan juga khonthai berada di barisan hadapan. Pemimpin persatuan ini kebanyakkan Cina yg diketuai Tok ren bebas mengaut keuntungan. Bila penganut khonthai bising, mereka akan berhadapan dgn khanaksong dulu, Puak Persatuan selamat.

Depa lantik Trustee baru di bawah Persatuan tu. Depa nafikan trustee yg dilantik oleh Phorthan Lindam dulu. Inilah dikatakan perompak era milinium. Phra Song diperalatkan. Phra yg ada degree seperti Than Chuang dan Phra yg telus mcm Than Chau Khun Praimai diketepikan oleh puak ni.

Phra gila pangkat diangkat ke taraf tinggi utk teruskan agenda mereka. Inilah mesej sebenar, perompak wat Nikhotharam.

Dr FBI