Thursday, November 12, 2009

Rokok: Apa Persepsi Persatuan Sami Siam Malaysia?

(foto: Ada gaya tersendiri. Sedut, sedut, sedut, mati esok lusa kerana kanser ada ingat ke Luang Ta?)



Thailand thought they had enforce a total ban on smoking but they now find out they left out locations where monks can be found.

The Public Health Ministry will issue a total ban on smoking in temples nationwide, following the discovery that over 18,000 monk smokers were suffering or had died from chronic diseases such as cancer, tuberculosis, and pulmonary emphysema.

Mekong river monk network's secretary general, Abbot Maha Worawuth Panyawuttho: "We have seen that over the past few years most monks suffered from smoking or exposure to second hand smoke. The campaign to ban smoking in temples will be a good model for communities to give up smoking, as the temple is the community center for practicing religious activities. Giving cigarettes to monks is a bad value for Buddhist society, he added."


......................................................



Persatuan Sami Siam Malaysia bagaimana? Bila nak haramkan merokok dalam Wat Siam? Satu dunia pandang "hina" rokok, tapi Tok Sami Siam masih sedut siang malam. Kalau tak percaya, pergi tengok sendirilah di wat berdekatan rumah anda.
Sesiapa yang sebelum ini pernah bagi "dana" (sedekah) rokok kepada Tok Sami, berhentilah kerana "dana" lain lebih mulia.


15 comments:

Anonymous said...

Nak sedar jadah apa, yang dok tumpang wat makan semuanya kepala tak ada IQ. samsu minum, rokok lagilah terror.

batu api

Thai SIAM said...

Bukan hanya rokok yang perlu diharamkan, arak, beer, tuak masam dan lain-lain yang melanggar SILA patut diharamkan dari tempat suci agama...

Anonymous said...

Isu rokok ini sudah menjadi permasalahan banyak agama di dunia.
Tetapi dalam agama buddha aliran Theravada kita masih berselisih tentang hal ini.
sami aliran Mahayana dan sami Sri Lanka tidak merokok.
Hukumnya jelas, haram.

Rokok memudaratkan kesihatan tubuh badan. seperti arak dan dadah. Jadi kenapa kita masih berselisih?
Memang haram.

Sami yang menjadi contoh teladan kepada umat perlu akur hal ini.
Kalau tak boleh berhenti, keluar dari sangha, jadi orang biasa.

Penganut yang berdana dengan rokok juga orang yang tolol.

SK TIN

Siam KL said...

Sami siam rendah moral. Masa dijemput datang "suatmon" beramai-ramai di Stadium Bukit Jalil dahulu, sami kita hisap rokok, duduk silang kaki, pegang kamera, cakap telefon dan lain-lain yang tidak bermoral.

Masa saya pergi upacara kematian Acarn K. Sri Dhammananda tempoh hari pula, sami kita buat perangai memalukan.

Upacara "suat"(chanting) dibuat ikut giliran. Masa sami kita suat, sami lain diam aje. Masa sami lain suat, sami kita buat bising hingga ada orang terpaksa minta sami kita diam. Malunya saya selaku orang siam.

Pengikut Dhammakaya said...

Saya setuju apa yang Siam KL kata sebab saya pun nampak apa yang berlaku hari tu ... amat memalukan ... barbarian ...

samanera said...

Masalah Phra Thai tak bermoral ni ada di mana-mana. Kita aeharusnya terima realiti, bukannya menafikannya.

Khanak Song Malaysia tak boleh berdiam diri. Perlu lakukan sesuatu bagi meningkatkan kualiti Phra Thai agar tak jadi rusa masuk kampung apabila masuk majlis besar.

Anonymous said...

Saya pun komen pandai juga,tapi komen saya tidak mahu siarkan pula ini yang susah. tidak adil.
tea-o

Anonymous said...

kerajaan siam jatuh kerana orang siam sendiri.Bukan kerana orang myanmar,bukan kerana musuh luar tapi musuh dalaman.Begitu juga kita kini,bicara sendiri.
wartawan timur

Anonymous said...

Pada pandangan saya, ini terjadi kerana banyak sami-sami siam yang muda atau yang mungkin baru sami.

Dan perlakuan-perlakuan ini pula tidak ditegur dan diambil cakna oleh sami-sami senior atau ketua sami kerana takut wat mereka tidak ada pelapis.

Tetapi ini bukan alasan untuk merosakkan imej sangha.
Biarlah kekurangan sami asalkan kita ada sami yang berkualiti.
Minoriti yang berkualiti, bukan majoriti yang tidak berkualiti.

Kepada kharawat, janganlah mengunjungi dan berdana kepada wat-wat yang banyak menyeleweng.
Ini sahaja cara 'menegur' wat kita supaya kembali ke landasan yang betul.

SK TIN

pena reformasi said...

Maaf, komen tanpa nama tak akan dilayan.

Hingprak said...

Persatuan Sami Siam Malaysia takdak masa nak pikiaq bab dalaman sami. Tujuan utama tubuh persatuan ini adalah arahan dari org politik nak menentang Than Chet atau puak konservatif terhadap PSM. PSSM juga lebih ke arah politik. Mereka lebih suka pergi cari duit kat kerajaan drp dok pikiaq bab masalah sami. Pi mai pi mai tang tu..

Anonymous said...

Merubah sesuatu bukan senang seperti yang fikirkan.Banyak perkara perlu diteliti terlebih dahulu,
sikamma

Anonymous said...

salam sejahtera saudara... Saya baru lagi melihat blog saudara. Tetapi dari pengamatan saya blog ini lebih banyak cacian terhadap bangsa sendiri dari kritikan membina. Jgn lah jadikan ruang siber ini sebagai medan memuaskan perasaan sendiri tanpa mengambil kira orang lain. Jika saudara adalah orang siam, tlg lah berhenti mengutuk prak. Jgn tambah dosa dalam hidup ini. Ikhlas dari khon mai rai

ป๊อป said...

I don't really understand what has been discuss here. Seems to be interesting.

WuMing said...

Sejak akhir - akhir ini Masyarakat berketurunan Thai di Malaysia leka dan abaikan ajaran agama kita iaitu Buddha. Nasib baik ada individu yang prihatin dan sedar tentang perkara ini. Mereka anjurkan khusus meditasi dan sebagainya. Ada juga yang menulis blog yang boleh menyedarkan Kita. Separti Blog yang baru saya jumpa ini. Beliau tulis hanya tentang ajaran agama Buddha sahaja. Banyak idea dan info yang menarik.
http://fahamanbuddha.blogspot.com/