Thursday, November 12, 2009

Sami Palsu Jual Nombor Ekor


Ini berita dari Wilayah Korat, Thailand. Polis menahan "Kumpulan Sami Palsu" yang menipu penduduk dengan mendakwa mereka pandai "menilik nombor ekor". Mereka juga mendakwa ramai yang telah kaya kerana kena nombor yang mereka berikan. Meleleh air liur kaki nombor mendengarnya. Ada berapa baht dalam poket dikorek keluar habis. Kalau tak cukup, berhutang dahulu, bila kena nombor baru bayar balik. Ini bukan bomoh, bukan penjual ubat kaki lima. Ini Tok Sami mesti tak tipu punya.

Modus Operandi mereka cukup mudah. Kumpulan ini terdiri daripada 7 orang. Setiap orang bersama barua-baruanya akan meronda-ronda dengan kereta pick-up di sekitar kampung dan wat bagi mencari mangsa. Penduduk yang tamak mudah terpedaya dan terus menjadi mangsa.

Mereka mempunyai pelbagai cara untuk menipu. Salah satunya ialah dengan minta penduduk kampung cari duit lama. Dakwa mereka duit lama itu akan dibawa kepada Sami untuk "dijampi" bagi menambahkan kekayaan. (Ini sama dengan kes duit panggil duit di tempat kita). Siapa yang tak sukakan duit. Lantas ramai yang dengan rela dimangsakan. Jumlah duit yang berjaya dikumpulkan oleh kumpulan penipu licik ini dianggarkan puluhan juta Baht.

Kita di Malaysia jangan ketawa kerana penyakit begini mudah merebak. Kaki nombor yang berjubah kuning di tempat kita juga ramai. Betul atau palsu selidiklah sendiri.

Beringat sebelum terkena tipu.




4 comments:

Anonymous said...

Menilik nasib ialah perbuatan yang dilarang oleh Bhagava Buddha.
Demikianlah juga menilik nombor kerana cara dan fungsinya sama.

Di wat-wat kita, ramalan nombor dan nasib menjadi tradisi wat.
Ini menjadi satu lagi keajaiban dan 'keunikan' agama kita.
melakukan apa-apa yang dilarang.

SK TIN

pena reformasi said...

Menilik nasib termasuk dalam kategori "ilmu yang rendah martabatnya"(Pali: Tiracchana Vijja). Menilik/meramal ada unsur pembohongan yang tidak patut diamalkan oleh Bhikkhu.

Cina Siam said...

Seorang Phor Than di Wat Kampung Jubakar, Kelantan terkenal kerana menilik nasib. Saya pernah bagi dia menilik nasib saya. Boleh tahan. Heh, heh, heh!

Anonymous said...

Semua tipu..banyak teruk. Jangan percaya did kasi number. .