Monday, November 23, 2009

Siapakah Orang Siam?

(Foto: Kembar Siam?)




Orang Melayu ada definisi khas tentang Melayu. Orang Melayu mesti beragama Islam, mengamalkan budaya hidup Melayu dan bercakap bahasa Melayu. Ini ada tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, orang Melayu tidak semestinya berasal daripada keturunan Melayu. Orang Cina dan orang India juga mungkin ada definisi khas bagi mereka.


Bagaimana dengan difinisi orang Siam di Malaysia? Apakah definisi yang kita terima pakai? Saya kata saya orang Siam kerana saya dilahirkan dalam keluarga Siam dan semestinyalah saya juga mengamalkan budaya hidup Siam. Kebetulan keluarga saya beragama Buddha. Bagaimana sekiranya keluarga saya beragama lain selain agama Buddha atau tiada agama, adakah saya masih orang Siam?


Bagaimana pula sekiranya keluarga saya tidak mengamalkan budaya hidup Siam sepenuhnya, sebaliknya mengamalkan budaya rojak dan bercakap dalam bahasa lain di rumah, adakah saya masih orang Siam? Dan apakah pula yang menjadi ciri-ciri atau "penanda" budaya hidup orang Siam?


Bagaimana pula dengan nama? Adakah nama seperti Eh Beng Lau Bun Tiam, Surin Endin Chew, Sin a/l Tan Hock Siew, Eh Dam a/l Ramasundram dan lain-lain adalah orang Siam? Kebetulan percakapannya pula pelat Siam - Cina lagilah haru biru jadinya.


Bagaimana dengan asal-usul? Adakah orang Siam (Malaysia) mesti berasal dari Daerah Nusantara sahaja? Dalam sejarah orang Thai (induk Siam?) berasal dari Tanah Besar China. Mungkin Siam Malaysia adalah orang asal bumi Malaysia (Tanah Melayu?) yang "degil" untuk kekal beragama Buddha walaupun selepas kedatangan Islam? Saya tak mahu pening dengan perkara ini. Biarkan orang sejarah cari jawapannya.


Kenapa saya bangkitkan hal ini? Kerana terdapat manusia moden yang namanya tidak menunjukkan jati diri keturunan, kaum atau bangsanya. Dalam masyarakat Siam, ramai juga golongan yang jadi katak suka melompat - sekejap Siam, sekejap Cina. Masa bergaul dengan Cina dia mengaku Cina kerana nak tumpang sekaki kekayaan Cina. Masa kerajaan buka ASN/ASB kepada orang Siam, dia melompat balik kepada Siam. Tidak kurang yang menyamar India bila nak minum todi sama India kerana nama dia ada A/L. Terdapat juga yang memberi "bin" dan "binte" kepada anak kerana mahu pengenalan diri anak seiras Melayu. Bolehkah mereka ini dikatakan beridentiti Siam dan sayang kepada bangsa Siam? (Maaflah ya kalau tersentuh sesiapa).


Bagaimana sekiranya mereka ini jadi Pengerusi Persatuan Siam? Misalnya Eh Beng Lau Bun Tiam atau Sin a/l Tan Hock Siew jadi Pengerusi Persatuan Siam, adakah orang akan tertanya-tanya persatuan Siam atau persatuan Cina?

Dan andainya dia dilantik jadi Senator maka akan jadilah YB Senator Eh Beng Lau Bun Tiam, wakil masyarakat Siam Malaysia. Aneh kedengarannya.


Mungkin ramai antara kita merasakan perkara ini remeh dan tak perlu diberikan fokus. Tapi kita perlu ingat bahawa identiti bangsa ada kaitan dengan nama, bahasa dan cara hidup dengan bangsa tersebut.


Bagaimana dengan kembar Siam, mangga Siam, mee Siam dan sepat Siam?


Oleh itu, perlukah orang Siam menetapkan definisi bangsa mereka sebagaimana orang Melayu?


9 comments:

Anonymous said...

saya rasa definisi Melayu yang dipakai oleh umno di Malaysia tidak sesuai untuk orang siam.

Di Indonesia dan tempat lain ada orang Melayu dan mereka tidak semestinya islam.

Definisi sesuatu bangsa sepatutnya dinisbahkan kepada pengamalan budaya hidup,keturunan dan bahasa.

Zaman sekarang banyak kahwin campur, ketulenan sesuatu bangsa semakin luntur. Lama-kelamaan definisi sesuatu 'bangsa' mungkin tidak berasaskan kepada keturunan lagi.

Bangsa malaysia ialah contoh definisi yang tidak berdasarkan keturunan.

Walau apapun bangsa anda, berbaktilah kepada umat manusia dan agama ini (Buddha Dhamma).

SK TIN

Siam Cheras said...

Siam tak perlu definisi, siapa mengaku Siam, maka Siamlah dia. Lagi ramai lagi baik kerana "harga" rakyat Malaysia dinilai mengikut jumlah kaum/bangsanya. Kalau berani buat kecoh di jalan seperti Hindraf lagi tinggi harganya. Minta RM10 kerajaan bagi RM100 kerana kerajaan nak ambil hati.

booonDA said...

Saya sokong siam cheras : buat kecoh baru ada harga. Buat heboh baru ada "nam ja". Kita perlu juga belajar cara HINDRAF dan membentuk SINDRAF??? amacam????Padahal, jumlah buruh import pun lebih ramai dari jumlah ahli mereka yang sebenarnya.
Saya sendiri di tempat kerja, rakan sejawat mula-mula tengok saya serupa cina tambah pula nama pun 3 sukukata bunyinya seperti cth : "Wa Bo Ai", tapi saya mengamalkan budaya siam dari segi pertuturan, cara fikir dll. Tetapi kalau berborak lama-lama, ahhh....saya juga berjiwa melayu.
Inilah KECELARUAN IDENTITI yang amat serius bila ingin menggunakan formula yang ditetapkan oleh umno. Mereka hentam orang putih sebab 'pecah dan perintah', tapi apa yang mereka buat lebih teruk lagi iaitu 'pecah-pecah lepas tu lapah'

Anonymous said...

Betul juga kata Siam Cheras.

Tetapi takkan sesuatu bangsa hendak mengharapkan bantuan kerajaan sahaja.

selain Melayu, kebanyakan kaum lain ialah minoriti.
bahkan semakin kecil nisbahnya.

Kita tidak boleh mengharapkan kerajaan semata-mata.
Kualiti sesuatu bangsa dan umat itu penting. dengan adanya kualiti, orang akan hormat.
Contohnya kaum Sikh. Bilangan mereka sangat kecil tetapi berkualiti. Ramai yang berjaya dalam hidup dan menjawat jawatan tinggi. Kaum ini juga hampir tidak dikaitkan dengan pelbagai masalah sosial.

Bersatu, disiplin diri, pandangan jauh dan positif serta berubah ke arah kebaikan itulah asas kecemerlangan dan kekuatan sesuatu bangsa.


sk tin

Siam Cheras said...

Yahooo!

Anonymous said...

Wahai bangsaku,jangan kita asyik minta-meminta,berbuatlah kerja mencari rezeki.
Tiada sesiapa yang sanggup menolong kita sampai bila-bila.
sikamma

Anonymous said...

U r all writing in Malay - siam melayu - ching ching mai borg , pra apai mani - so U R SIAM - Selatan. go to Yunan In China d origin of Thai people - somdej pra chau tak sin,1 king of Siam - Chakri - now Ratanakosin - u R AS COMPLICATED AS Somtam as a Thai - yr southern language is not understood in Bangkok..n considered as a group of PAK TAI - Tem per...Roy Roy ..Nuk Nuk..So U need to DEFINE The Real Actual Terms from d Roots, how do the Central Thai look at YOU..Bangkok Guys, the MR. ML. MC. Royals Mon Chau, Mon Luang - MoM Rachavongs. nai ANACHAK THAI - So V R out of The Thai Territory..Orang Siam..Where do u stand..it is a very long history, casts, North east Thai, central thai - north thai, south thai, Mountain Thai Chau kow, Thai Yai, Thai Mon, Better not be any KON THAI _ Better U be MANUT>>Manusia>>U know so pa baan..sangpavay si --or sing succed..bern boon - PRA BUD>>See Buddha never plus hist / hism = to be Buddhist / buddhism than it becomes probelm=buddhist hindu..etc
than compare - than probelm start.
BUD " Means " D one who KNOWS' That all..finish - it is all so simple..U Know Kuam Chetana - Yak - Kilate -becomes tolate...POT HUAH>> buddha hv only 1 interest - interest MANUSIA - no mention of God,, but only Manusia..to HELP US TO learn HOw to USE N CONTrol yr MIND. Buddhism ITS all in d MIND< THai or Siam..all in yr MIND..u CANNOT TURN MANGO TREE TO COCONUT TREE. OR PUT A CUP OF SUGAR TO SWEETEN THE OCEAN - WHAT U KNOW IS JUST A LEAF IN D FOREST - EVERY ONE IS D SAME - SAME ENERGY - SAME UNIVERSAL FREQUENCY..CONNECTION..
IS SANYA..PANYA..ITS NOT OUTSIDE U - u r WHAT u THINK " oRANG sIAM " IF U TALK ABT BUDDHA - THAN ITS INSIDE u - D INNER DEPTH - v SAY -
'KAMATHAN - VIPASSANA " THAN THER WILL BE NO ORANG APA APA PUN..

Anonymous said...

Saudara saudari Khon Thai,

Zaman sudah berubah, tidak perlu dijadikan isu edentiti keturunan Khon Thai. Nama keturunan anak diatas pilihan ibubapanya, boleh tulis mana-mana satu keturunan ibubapanya diatas sijil kelahiran. Begitu juga nama anak ada mirip Barat, Melayu, Cina & Hindi. Penamaan seseorang tidaklah perlu dipertikaikan kerana nama hanyalah untuk pengenalan diri seseorang. Harumnya nama seseorang bukan terletak pada namanya tetapi kepada jasanya.

Khon Thai perlu memahami bahawa pembentukan Negarakota memerlukan edentiti warganegara. Khon Thai sepatutnya harus berbangga menjadi warganegara Malaysia.

Saya juga berbangga menjadi anak 'Khon Thai'. Ingatlah pesanan Nenek moyang, namakan keturunan mengikut bapanya & selepas nama anak ditulis nama keturunan (Ct.Suwanmanie, Chindamanie dll).

Saya amat terhutang budi kepada Nenek moyang dan para Bikhu Thai yang mengekalkan Survival Khon Thai Malaysia hingga ke hari ini. Dengan kebijaksanaan nenek moyang maka anak-anak mereka berilmu. Dengan kebijaksanan nenek moyang juga mereka membawa para Bikhu bersama. Kedaulatan & Ketinggian darjat Khon Thai di Malaysia kerana mereka beragama. Agama Budha yang dianuti menjadikan Khon Thai dihormati oleh orang lain. Lihat saja di kg. penempatan Khon Thai tersergam indah Bot (biara). Anutan agama & perpaduan Khon Thai dapat dinilai melalui hasil pembinaan Watnya.

Kenapa saya berbangga menjadi Khon Thai di Malaysia ?
1. Sepanjang pengetahuan,tidak ada Khon Thai menjadi penghuni rumah orang Tua.
2. Saya tidak pernah melihat dimana-mana pun Khon Thai memegang tempurung menjadi peminta sedekah. 3. Saya sedar bahawa Khon Thai paling kaya di Malaysia. Ramai menjadi jutawan senyap! Ramai Khon Thai di Kg. banyak tanah kalau ditukar kepada wang, ramai jadi jutawan! (1 Relong tanah Kebun getah di Jitra RM 50 Ribu). Kalau mereka memiliki 20 relong,cuba nilai apa status Khon Thai kampung? Kekayaan seseorang bukanlah diukur dengan memiliki bangunan, tanah juga dikira sebagai aset.
4.Saya tahu ramai anak-anak Khon Thai berkhidmat dalam Jawatan Kerajaan. Ada jadi Pengarah & memegang Gred yang tinggi dalam pelbagai bidang spt perubatan, kimia,kejuteraan & Pegawai Tadbir(PTD).

Marilah kita berbangga kerana menjadi Khon Thai warganegara Malaysia.

Pesanan saya, sama-sama kita mengekalkan Survival Khon Thai di Malaysia. Untuk mengekalkan Survival Khon Thai maka Khon Thai perlu mengekalkan budaya menabung wang didalam bank dan tidak menjual aset tanah yang mereka miliki kepada orang lain. Adanya wang bolehlah menghantar anak belajar lebih tinggi kalu tidak dberi bantuan. Tiada tanah bererti tiadalah tempat tinggal anak cucu untuk Khon Thai. Janganlah jual Tanah Pusaka. Begitu juga dalam dunia politik, perlulah bijaksana & pilihlah jalan sederhana supaya tidak menggugatkan keseluruhan Khon Thai yang lain. Ramai Khon Thai masih memerlukan sokongan kumpulan Majoriti untuk mengekalkan Survival. Bertindaklah secara bijaksana seperti Nenek moyang kita.

Hidup Khon Thai...3X

Daripada:
Phai Chit Chindamanie-Jitra.

Anonymous said...

Terbaik