Friday, November 27, 2009

Tambun: Buatlah Cara Yang Betul

"นึกอยากทำบุญให้ทำที่ไหนก็ได้ ไม่ไปวัดก็ได้ พ่อ-แม่เป็นพระอรหันต์อยู่ในบ้าน ทำบุญกับพ่อแม่แล้วอุทิศบุญให้เทวดาและเหล่าสรรพสัตว์ในโลกทิพย์ก็ได้ผลเท่ากับถวายทานในพระอรหันต์ วัดของอาตมามีพอกินพอใช้แล้ว ไม่ขาดแคลนอะไร จึงไม่มีความจำเป็นต้องมาหลั่งไหลทำบุญที่นี่” - พระอาจารย์เกษม อาจิณฺณสีโล.




Bun kiriya-vattu bermaksud jalan/cara mengumpul BUN.

Kebanyakan penganut Buddhis masih keliru dengan istilah "bun".

Kebanyakan kita apabila disebut "bun" kita akan terbayang "takbart", memberi sedekah material kepada wat, membuat Sanghadana dan sebagainya.

BUN atau dalam bahasa Pali PUNNA bererti cuci atau bersih. "Tambun" (membuat bun) bermaksud "menyucikan atau membersihkan rohani/hati/minda" daripada Lobha (tamak), Dosa (marah) dan Moha (sesat).

Lobha, Dosa dan Moha merupakan akar kepada segala kejahatan manusia. (Dalam bahasa biasa "bun" selalu kita samakan dengan "pahala").

Mengikut Tipitaka, kita boleh TAMBUN (membuat bun) melaui tiga cara utama iaitu:

1. Membuat DANA (sedekah). Sedekah ini termasuklah memberi keperluan asas kepada sami, memberi bantuan material kepada wat, membuat Sanghadana, atau memberi pertolongan dan bantuan sesama manusia atau memberi makan kepada haiwan termasuk dalam sedekah.

(Tetapi harus diingat bahawa memberi benda yang memabukkan seperti arak atau rokok bukan "bun". Memberi hiburan atau keseronokan indera (kama-guna) bukan "bun").

2. Menjaga SILA (moral). Menjaga Sila 5, Sila 8 atau Sila Ubosot. Mengawal hati, pertuturan dan perlakuan agar tidak terjerumuis dalam kejahatan atau perbuatan tidak bermoral.

3. Mengamalkan Pavana. Mengamalkan Pavana melalui Samatha-Kammathan dan Vipassana-Kammathan boleh membersihkan rohani serta melahirkan kebijaksanaan minda.

Membuat "BUN" mengikut Attha-katha mempunyai 7 cara lagi iaitu:

4. Bersopan, berbudi bahasa dan menghormati orang yang patut dihormati.

5. Membantu orang lain. Di samping membantu orang lain, tugas/tanggungjawab/kewajipan diri tidak boleh diabaikan.

6. Memberi hasil BUN kepada orang lain yang masih hidup dan kepada mereka yang sudah mati sebagaimana yang kita sebut "uthit suan bun" melalui bacaan IMINA.

7. Menerima atau mengalu-alukan perbuatan baik (tambun) orang lain yang kita sebut ANOMODANA. Maksudnya kita turut gembira dan bangga dengan perbuatan baik yang orang lain buat.

8. Mendengar Dhamma atau ajaran Buddha secara langsung dari Bhikkhu, pakar agama mahupun dari radio, TV (termasuk membaca dalam media) merupakan jalan datangnya "bun".

9. Memberi ceramah Dhamma. Selepas kita mengetahui Dhamma, kemudian kita beritahu orang lain, kita akan mendapat "bun". Memberi Dhamma lebih mulia daripada memberi material.

10. Mempunyai kepercayaan atau pandangan yang betul yang dipanggil SAMMA-DITHI.

Kalau kita lihat, dalam 10 cara membuat BUN, hanya 1 cara sahaja yang memerlukan duit/harta/material iaitu cara yang pertama. Sembilan cara lagi tidak memerlukan duit, harta atau material. Tambun dengan harta silap-silap boleh menyebabkan kita semakin tamak. Rasionalnya jikalau "tambun" hanya melalui duit/harta/material sahaja, orang miskin tidak berpeluang untuk "tambun". Ini tidak adil. Perkara yang tidak adil bukan ajaran Buddha. Ajaran Buddha memberi peluang sama rata kepada SEMUA MANUSIA membuat kebaikan. Oleh itu, penganut agama Buddha yang bijaksana tidak akan terperangkap dengan "propaganda" golongan pencari "bun" yang menekankan material dalam "tambun".

Oleh itu, tidak benar jikalau ada orang kata "tambun" memerlukan banyak duit. Hakikatnya "tambun" hanya memerlukan komitmen.

Jadi, kita boleh "tambun" di mana-mana sahaja dan bila-bila sahaja tanpa perlu pergi ke wat. Di rumah atau di pejabat pun kita boleh "tambun".

(NOTA: Memberi/membuat sedekah boleh mengurangkan/menghapuskan LOBHA. Menjaga Sila boleh mengawal Dosa dan mendengar Dhamma atau membuat Pavana boleh menghapuskan Moha).

12 comments:

Ho Liao said...

Anumodana, sadhu! Banyakkan Dhamma, kurangkan kritikan. KSB lebih menyerlah. Terima kasih!

Anonymous said...

Air mengalir turun ke arah hilir menuju ke arah lebih rendah.Begitu juga manusia kita menuju ke arah lebih rendah mengikut nafsu yang mengajak.Tidak begitu banyak yang berlawan arus menuju ke hulu.Sedikit dhamma seminit baca.sadhu.
rakdham.

Khimao Talay said...

Tambun mesti dengan niat yang ikhlas.

Anonymous said...

Bagaimana dengan bun kecil dan bun besar yang dianjur oleh sesetengah wat? Bun kecil ti sekecil mana? Bun besar sebesar mana? Siapa tahu tolong jelaskan kerana saya tak berapa tahu.

orang kita

Anonymous said...

Mengikut ajaran Buddha, memang ada besar kecilnya sesuatu 'punnya' itu. besar kecilnya punnya itu bergantung kepada
1. niat orang yang buat.
2. orang yang menerima punnya itu.

niat yang ikhlas, tanpa dosa, moha dan tanha maka besarlah 'punnya'.

sekiranya pihak yang menerima punnya itu sangha yang ariya, arahant, maka besarlah 'punnya'.

SK TIN

Thai SIAM said...

Terima Kasih tuan Pena Reformasi, Satu paparan yang sangat menarik, walaupun mungkin bercanggah dengan ceramah agama oleh sesetengah Sami.

Anonymous said...

Saya akui dulu saya seorang yang taksub dengan tambun material kepada wat/sami. Dengar wat mana bina bort saya pergi tambun. Bila ada tanam luk nimit saya bawa keluarga sama. Pergi sehingga Thailand.

Kamma menyebelahi saya. Kawan rekomen buku Acarn Buddhadat. Selepas baca buku Acarn Buddhadat baru saya sedar tambun tak semestinya di wat atau dengan material. Baca buku agama pun dapat bun.


Ubasok

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
samseng Pudu said...

Sami 'hai so' rayu orang tambun masuk poket sendiri. Menyampah aku dengar sami rayu orang buat derma. sami tak boleh minta-minta ... rayu-rayu... betul tak kawan-kawan KSB?

Anonymous said...

Tuang air ke dalam pasir aje.siapa mahu silakan. Ramai akan berkata..sia-sia belaka. Pi ajar sesiapa aje,mereka akan berkata kita gila..giler
Aslan

Anonymous said...

Bukan semua sami kaya-kaya ooooo! Yang tidak cukup duit bayar letrik dan pi cop sempadan pun ada. Hang pkir senang ke nak menipu orang?
bekas sami

pena reformasi said...

Yang miskin patut dihormati kerana masuk sami bukan untuk cari makan.

Bhikkhu bermaksud peminta (sedekah, jadi hidup seadanya paling layak dipanggil Brahma-cariya.