Tuesday, November 17, 2009

Tauke Karaoke Mencabar Neraka

Rayong, Thailand - Tauke karaoke mencabar neraka, pandu kereta langgar Bhikkhu yang sedang "mengambil makanan" (pindapata) pada waktu pagi.

Tauke karaoke tersebut, Encik Somchai, berada di depan karaokenya. Ketika Phra Somchet dan budak yang pengikutnya tiba di depan karaoke, Encik Somchai berkata: "Phra tak tahu cari makan, tak nak buat kerja, hanya tahu minta sedekah!"

Phra Somchet menjawab: "Yom (anda) tak jadi phra, tak belajar. Yom tak tahu."

Encik Somchai marah mendengar kata-kata Phra Somchet, lalu mengambil batang penyapu dan memukul Phra Somchet bertubi-tubi dengan batang penyapu itu. Phra Somchet dibawa lari dengan menaiki motosikal. Encik Somchai mengamuk lalu mengejar dengan kereta Honda CRV, melanggar beberapa orang budak wat di tepi jalan sebelum melanggar motosikal yang dinaiki Phra Somchet. Phra Somchet terperosok di bawah kereta. Walaupun penduduk yang melihat kejadian memekik, tetapi tauke karaoke terus menekan minyak dan menyeret Phra Somchet sejauh 500 meter. Beberapa buah kereta lain turut dilanggar, sebelum tauke karoke itu melarikan diri dengan meninggalkan keretanya di tempat kejadian.

Phra Somchet tidak sedarkan diri, mengalami kecederaan teruk, sebelah kakinya patah dua tempat, dan luka-luka di badan.(sumber: Khaosod)


Nota: Apabila ditempelak, berdiam diri adakalanya lebih baik dari menjawab yang mungkin boleh mengundang kemarahan orang. Buddha juga pernah dilemparkan pelbagai tuduhan, tapi Baginda bijak menjawab tuduhan tersebut.
Bagaimana dengan phra tempat kita yang juga hanya tahu "minta sedekah", tapi tak tahu praktis dhamma-vinai?


(18-11-09: Tauke karaoke (45) telah menyerah diri kepada polis. Dia akan didakwa atas 2 tuduhan iaitu melanggar orang sehingga cedera parah dan cubaan membunuh. Phra Somchet masih koma tetapi telah melepasi tahap bahaya.)

17 comments:

Anonymous said...

Tak patut la Tauke Karaoke buat begitu.

Dahlah buka pusat karaoke, tidak berdana malah mencederakan sangha pula.

Ini menunjukkan bahawa masyarakat juga perlu dididik agar tidak jahil bab agama.

Dan sami-sami perlu menjalani kehidupan yang suci agar dihormati masyarakat. Selain itu sami-sami perlu menjalankan tugas mendidik dan membimbing masyarakat.

SK TIN

Siam KL said...

Karaoke nak bangkrup kot, pasai tu mengamuk balun phra.

Anonymous said...

Sami pun kena berhati-hati juga mengajar orang atau benda hidup.
Sami mengajar pun mereka boleh diputar belit oleh pendengar.
Sikamma

bekas sami said...

bahaya ada di merata tempat. orang sekarang tak ira sami, tak kira siapa bila marah dikerjakannya.

sami mati dibunuh perompak juga ramai. ditembak pemberontak di selatan thailand pun ramai.

Anonymous said...

Bukan senang juga jadi sami!silap hari kena potong kepala dekat selantan thailand.silap masa kena potong angin dekat mesyuarat!Ingat senang ke?tok sami pun ..........orang komen merata jua
sikamma

Anonymous said...

Dulu ada tok raja di wat di kelantan dipukul lelaki kerana intai isteri dia. Kini tok sami tu menjadi ketua tok raja di wat lain. tok raja ni tuak sama beer hitam suka nombor satu. tapi masih diterima menjadi tok raja.

rainbow

Anonymous said...

Siapa buat apa dia dapat apa yang dia buat.Kalau tidak,keturunannya,sanak saudaranya akan terima balasannya.
Kamma tidak ada rasuah,tidak belit- belit,tidak kira pengemis atau raja,tidak kira kuli atau boss.
sikamma

Khimao Talay said...

Karma selalu buta. orang jahat dapat baik, orang buat baik dapat susah.

Anonymous said...

Hai..karma tidak buta!Cuma,kadang-kadang kamma putih banyak dari kamma hitam.Manusia atau benda hidup,membuat kamma putih beribu-ribu kelahiran,jadi tidak akan kena kalau di kelahiran ini dia membuat kamma hitam.
sikamma

Khimao Talay said...

Apa bukti ada kelahiran dahulu ribu-ribu kali Sikamma? Apa bukti orang tu pernah lahir dalam kehidupan dahulu dan pernah buat karma hitam sehingga kalahiran kini peroleh balasan buruk?

fan ksb said...

aku kurang yakin dgn kelahiran dahulu, kelahiran hadapan..

itu bukan bermaksud aku menolak mentah2 hukum karma, bagi aku karma aku terhitung sejak aku lahir..mungkin semasa aku lahir aku kurang bernasib baik atau lebih bernasib baik dr individu lain tp itu bukan bermaksud disebabkan karma baik/buruk aku dr kelahiran yg lepas..

aku ibaratkan manusia memulakan kehidupan umpama memulakan sesuatu perniagaan, tak semestinya org yg mula dgn modal yg besar shj akan sentiasa berjaya..kadang kala org yg mempunyai modal kecil tp mempunyai perancangan serta strategi yg baik juga dpt mengatasi org yg mempunyai modal yg besar.

begitu juga mana2 individu yg lahir dlm keluarga yg berada atau serba sempurna dgn kemewahan , tdk boleh dianggap kata seseorang itu untung kerana dia mempunyai BUN dr kelahiran yg lepas..

org yg hidup serba mewah tp hidup dlm keadaan PRAMAT lama- kelamaan akan merasai keperitan hidup jua akhirnya, manakala org yg dilahirkan dlm keadaan serba kurang pula akan mengecapi nikmat hidup
setelah menjalani kehidupan mengikut lunas-lunas dhamma


inilah hukum karma dr perspektif aku..

pena reformasi said...

(fan ksb) Persepsi anda tidak lari daripada karma ajaran Buddha iaitu karma terjadi semasa berlaku PASSA (konteks) antara inderia - mata, telinga, hidung, lidah, tubuh dan hati dengan objek luar.

Konsep Karma yang melangkaui kehidupan banyak terpengaruh oleh konsep karma Brahmana.

Anonymous said...

Apa yang berlaku semalam kita ingat,tapi tidak begitu jelas.Yang berlaku tadi kita ingat jelas.apa macam pula yang berlaku 3 hari yang lepas,3 bulan yang lepas,3 tahun yang lalu,30 tahun yang lalu.Memang tidak,begitu ingatkan?
Jadi,kelahiran dulu kita tidak dapat ingatlah.apa macam lagi bermilion-milion kelahiran,jauh sekali kita tidak ingat.
manusia atau benda hidup melalui kelahiran yang bermilion-milion kali,mengumpul bun,melepasi batas-batas satu alam-ke satu alam dalam kesesaksaan yang begitu perit.
Tidak semudah yang kita fikirkan.Kadang-kadang Bun boleh habis juga.Tinggal dalam syurga lama-lama,kena turun ke nereka juga kalau Bun habis.
Yang kaya umur pendek pun ada.Lahir jadi orang kaya tapi cacat pun ada.Yang kaya hidup tidak senang pun ada.Jadi,banyak yang kita tidak faham,kena belajar dan pratic,sedalam-dalamnya,dulu.
sikamma

fan ksb said...

kalau kita nak kaitkan kehidupan sekarang dgn kelahiran yg lepas, bagi aku ianya tdk adil..sebab kita di kelahiran yg dahulu dgn kita yg sekarang adalah org yg berbeza..

aku pun tak pasti samaada persepsi aku tentang hukum karma ni selari atau tdk dgn ajaran Buddha tp bagi aku , sesuatu yg wajib kita hormati atau imani mestilah adil, kalau hukum karma pun pilih bulu baik aku jadi komunis!!

konsep hukum karma melangkaui kehidupan susah nak dibuktikan kpd manusia zaman moden...hanya org yg percaya dgn membuta tuli shj yg dpt teruskan kepercayaan ini.

Encik Blogger kalo ada masa tlglah tulis pasal hukum Karma yg diajar Buddha, supaya penganut Buddha tak keliru!!

pena reformasi said...

(fan ksb) Saya akan usahakan konsep karma yang diajarkan oleh Buddha daripada Sutra yang dikatakan daripada mulut Baginda sendiri.

Anonymous said...

Jika anda tidak percaya cubalah anda semua samadi(tetapi biarlah samadi yang betul,bukan yang dok ingat nombor ekor,ingat anak dara orang,ingat nak naik pangkat...itu salah samadi)
sikammma

Anonymous said...

Kepada yang meragui hukum karma itu senang sahaja,

1.apakah sebabnya seorang bayi dilahirkan cacat?

2.apakah sebab seorang kanak-kanak yang tidak berdosa hangus terbakar dalam kebakaran?

3.apakah alasannya seorang kanak-kanak mendapat kecelakaan sedang dia dia belum melakukan karma akusala (buruk)?

Jawapannya ada dua sahaja:
1. ini ialah ketentuan/ takdir tuhan.

2.ini ialah kerana tindakan mengikut hukum karma.
maksudnya karma itu bertindak sendiri tanpa dibatasi masa.

pilihlah satu jawapan, dan anda akan menjadi siapa yang anda ingin jadi.
seorang buddhis atau tidak.

SK TIN