Sunday, November 15, 2009

Yang Ini Monk Atau Monkee?



Monkee ni bernama Phra Phirom (28th) tinggal di Wat Wang Khaphi, Uttaradit, Thailand.

Dia ni bukan sebarangan sami. Dia penceramah agama terkenal di Uttaradit dan Setiusaha kepada Ketua Sami Daerah. Jangan disangka air cetek tiada buaya. Jangan disangka penceramah agama dan Setiausaha kepada Ketua Sami tiada main korek-korek.

Orang kampung mengesyaki perlakuan aneh dan mencurigakan sepasang lelaki-perempuan yang menyewa sebuah rumah berhampiran. Merela lapor kepada pihak polis. Lalu polis menghantar sepasukan anggota ke rumah tersebut. Bila tiba, polis mendapati sekumpulan 20 orang penduduk sedang mengepung rumah tersebut. Selang beberapa waktu Phra Phirom balik ke rumah dengan isterinya menaiki sebuah kereta. Dia memakai seluar pendek, baju T dan topi bagi mengelirukan identitinya.

Monkee ni entah kenapa tersangkut dengan anak gadis orang. Dia minta kekasihnya sewa rumah dan dia akan pergi cari setiap Sabtu dan Ahad.

Pada hari lain dia pergi rumah sewa, selapas "senam-robik" sama isteri dia balik semula ke wat sebelum fajar. Baik punya cilok.

Monnkee ni kemudian diserahkan kepada Ketua Sami Wilayah Uttaradit dan dia tak perlu "la sikha" kerana telah Parachik (putus dari alam Bhikkhu) sejak ada "senam-robik" kali pertama.

Nota: Kalau tak tahan, keluarlah cari bini, kenapa nak makan curi-curi dalam sami.





(sumber: Khaosod)

3 comments:

Khimao Talay said...

Patutlah monkee ni rela putus phra lubang senam arobic dia boleh tahan.!!!!

Anonymous said...

Mengapa dia jadi phra?
kerana boleh dapat wang dengan mudah, tak perlu kerja, langgar sila pun orang tak tahu.

Mengapa dia buat dosa?
kerana dia tak boleh kawal nafsunya.

Cuba tanya dia, adakah dia betul-betul tidak tahu kesalahan yang dibuatnya?
adakah penceramah agama seperti dia tidak tahu kesalahan yang dibuatnya?

kepada mereka yang masih 'tidur', bolehkah kita menasihati dan menegur orang seperti ini secara bersemuka?
mahukah dia mendengar kata-kata kita?
adakah dia akan rasa malu lalu meninggalkan kemungkarannya?

fikir-fikirkanlah.

SK TIN

pena reformasi said...

Inilah contoh permasalahan yang kita hadapi dengan Phra di Malaysia.

Misalnya, Phra yang ada pangkat dan jadi penceramah agama, bila buat salah, kita tegur secara bersemuka, adakah dia akan terima? Adakah orang kampung akan menyebelahi kita? Jawabnya kita akan dilabel "anti-phra" dan bermacam-macam diungkitkan.

Kerana tak terima teguran inilah pernah berlaku di Malaysia phra ditetak, diparang, dilempang dan diracun kerana kacau bini orang.