Friday, December 18, 2009

Antara Pencuri Muzium dan Perompak Masyarakat




Kes kecurian dalam wat sering berlaku di Thailand mahupun di Malaysia. Sasaran kecurian ialah "phra kreung" lama berharga tinggi. Sejak kebelakangan ini, muzium "phra kreung" pula menjadi sasaran pencuri kerana di dalamnya tersimpan "phra kreung" lama yang berharta tinggi.

Contohnya, Muzium Kebangsaan Khonken telah kehilangan 91 "phra kreung" antik pelbagai jenis bernilai tinggi baru-baru ini. Usia kesemua "phra kreung" tersebut tidak kurang daripada 1000 tahun. Harga setiap satunya berbeza mengikut "harga pasaran" dan ada antaranya mencecah sehingga RM20,000. Wah, begitu meruntun nafsu pencuri sehingga terlupa dosa yang bakal diterima!

Selain kecurian, rompakan juga sering berlaku di wat atau kutti sami. Terdapat sami yang dibunuh sebelum dirompak. "Phra Kreung" berharga dan harta benda telah menyebabkan beberapa orang sami Thailand kehilangan nyawa.


Inilah salah satu sebabnya Baginda Buddha melarang Bhikkhu menyimpan barang berharga kerana barang berharga boleh menjadi sasaran kecurian, samun atau rompakan. Tetapi Bhikkhu kurang mengambil berat hal ini. Akibatnya, sami menjadi sasaran jenayah kecurian atau rompakan.
Sami "hartawan" di Malaysia juga jangan pandang ringan hal ini kerana apa yang berlaku di Thailand boleh berlaku di Malaysia. Dosa membunuh sami tak ada dalam diari "penyamun moden" kerana bagi mereka, sami juga orang biasa seperti orang lain. Bagi mereka, sesetengah sami ialah "perompak masyarakat" walaupun tidak sehebat Robin Hood. Perompak individu merompak perompak masyarakat. Aneh kedengarannya!
Antara pencuri muzium dengan perompak masyarakat, siapakah lebih berdosa?
















3 comments:

Anonymous said...

Perompak masyarakat? Keh keh keh keh keh ........... woit dosa tuduh sami perompak ....! Setahu sami pernah tuduh PSM perompak. Karang tuan tuduh sami perompak ... pening aku pening! mana satu betoi ni?

bekas ahli psm

pena reformasi said...

Saya tak menuduh sami perompak. Tapi perompak lain yang menganggap sami perompak masyarakat. Bila telah jadi perompak tentulah bukan sami lagi.

Kopi-o-kau said...

PSM tak rompak. Depa minta sedekah sama tok than. tok than bagi bising-bising apa laginya. depa nak buat apa dengan duit tu lantaklah. jumpa di mahkamah neraka.